Kesibukan merantai dirinya. Apatah lagi sejak menamatkan housemanship dia dikehendaki terus melaporkan diri untuk berkhidmat di hospital milik penuh keluarganya, Hospital Pakar Tunku Harith (THSC). Apatah lagi Tun Tunku Harith telah melantiknya untuk memegang jawatan sebagai Naib Presiden (VP). Malah bagi mengasah lagi kemahirannya, Tun Tunku Harith juga telah meletakkan dia di bawah Jabatan Perubatan Diagnostik (HDMD) dengan seliaan pakar-pakar yang terdapat di THSC.
Letih Ah, kerja apa yang tidak letih di dunia ini. Hatta, menganggur juga meletihkan. Jadinya, dia mengambil semua tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan tekun dan bersungguh. Bukan senang untuk mendapat latihan dan ilmu-ilmu dari pakar-pakar terlatih dan berkredibiliti seperti di THSC. Mujurlah Tun Tunku Harith itu Papanya dan mujurlah dia diberikan peluang keemasan begini.
Eh, bukan Tuan Hardie bercuti hari ini
Wajah Yoona diperhatikannya, Tertinggal barang, itu yang singgah.
Oooo ingatkan sayang sangat nak tinggal THSC, usik gadis itu bersahaja.
Tunku Hardie ketawa senang, Okeylah. Saya gerak dulu. Enjoy your day without me!
Selamat berdating, Tuan Hardie!
Thank you!
Langkah kaki di atur. Nasib baik hari ini dia diberi keizinan oleh Pengarah Urusan (MD) Tun Tunku Harith bercuti sehari. Jadi dapatlah dia bertemu dengan Qamra Ain, kekasih hati yang yang ayu bertudung dan setia berbaju kurung setiap kali menghadiri kuliah pengajian di A-AH. Entah kenapa dalam ribuan siswi di A-Ah itu, hanya Qamra Ain yang Berjaya mengusik jiwa kelelakiannya. Mungkin kerana sikap gadis itu sukar didampingi, pendiam dan tegas itulah yang menarik hatinya untuk mengenali gadis itu lebih dekat. Pelbagai usaha dilakukannya semata-mata untuk meraih perhatian dan cinta gadis itu. Akhirnya hati dan jiwa Qamra Ain berjaya ditakluki.
Wei, Eric Mun Hardie! Laung seseorang dari arah belakang. Pantas dia menoleh dan terus mencari empunya suara tadi. Tunku Hardie terlihat ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan sambil melambailambai tangan.
Hey, Maskulinitas! Sahut Tunku Hardie. Sampai saja lelaki itu, dia menghulurkan tangan bersalaman ala gaya mereka.
Lama tak jumpa, kau Dr. Tunku Hardie, tunggu Qamra ke Soal Reza Rizman seraya duduk di bangku kayu bersebelahan dengan jejaka itu. Tunku Hardie mengangguk.
Kalau tak silap aku, Qamra baru habis kuliah dengan Prof. Fattah tadi.
Kau dari dulu tau aje jadual Qamra, kan Still the same, nothing changed.
Hei, bro. Jangan nak cemburu, okey Kebetulan aku nampak Prof. Fattah keluar dari dewan, jadi aku ternampak Qamra dan Maria baru keluar sebab itulah aku tau, terang Reza Rizman.
Lama benar dia tak ketemu Tunku Hardie yang merupakan sahabat baiknya sejak awal semester lagi. Jika dulu, mereka sering bersama ke mana saja. Sejak Tunku Hardie menamatkan pengajiannya dan meneruskan housemanship, tinggal dia bersendirian menyambung pengajian di peringkat Sarjana pula.
Apa cerita kau Aku dengar kau kena repeat paper. Hello kaukan siswa terbaik Jurusan IT... Takkan kantoi, bro Macam tak caya! Soal Tunku Hardie, pelik. Setahunya, setiap kali semester Reza Rizman memperolehi kepujian dalam setiap subjek yang diambil. Agak terkejut juga bila mendapat info yang Reza Rizman perlu extend satu semester lagi.
Aku ada family matters sikit masa tu. Thats why aku kena extend. Lagipun, kau ingat nak selesaikan Sarjana dalam bidang IT ni senang ke Lainlah kau, Hardiegenius terkenal kat sini. Lagi-lagi ambil bidang Perubatan, sah-sahlah kau selesai je housemanship terus dapat gelaran Doktor. For your info, Qamra dah jadi blue eyes Prof. Fattah tau! Aku yakin, Qamra bakal menyandang Top Medical Student, merampas takhta kau nanti cerita Reza Rizman yang menyembunyikan perkara sebenar.
Lepas ni, Prof. Fattah tentu daring tak kelip punya kat Qamra.
Kalau statement kau bikin aku jeles takkan luak, bro. Aku kenal sangat Qamra. Bukan sebarangan perawan yang ada dalam akademi ni. Sementara kau ada ni, aku nak tanya ni Hmmm, Qamra masih berkawan dengan Maria lagi
Bestie forever dia tu, Hardie. Cuma, satu aje aku nak pesan kat kau. Jaga Qamra baik-baik. Tak mustahil, satu masa nanti ah, kau faham sendiri dahlah, bro.
Tunku Hardie mengerut dahi. Cuba menganalisis kata-kata Reza Rizman ini. Takkan jejaka ini memasang niat untuk merampas Qamra Ain darinya. Tak mungkin!
Apa maksud kata-kata kau ni! Aku tak faham. Tunku Hardie mula terasa goyah. Amaran lisan Reza Rizman membuatkan hatinya mula berbolak dalih.
Mungkin satu hari nanti kau akan faham apa yang aku katakan tadi. Sebagai kenalan rapat kau aku cuma ingatkan aje. Okeylah, cinta hati kau pun dah datang. Aku gerak dulu, bro. Ada masa, kita chill out kat kaf. Sembang sampai lebam.
Tunku Hardie sekadar mengangguk walhal nalurinya mula dihimpit rasa paranoid. Usai berjabat tangan dengan Reza Rizman, jejaka tadi terus beredar pergi. Dari jauh, diperhatikan Qamra Ain sedang berselisih jalan dengan Reza Rizman. Sementara menanti Qamra Ain menghampirinya, kata-kata Reza Rizman kembali menerjah semula di benaknya.
Amboi, laju aje cik kak jalan. Aku kat sebelah kau tak perasan ke Taulah sang kekasih tengah tunggu, tegur Reza Rizman ketika melewati gadis itu.
Qamra Ain terhenti langkah. Segera menoleh ke belakang seraya mengulum senyum. Iyalah, hati tengah melonjak ke bintang mana sempat hendak ditoleh kiri kanan. Tak sabar nak berjumpa kekasih hati yang dirindui.
Kau ni macamlah baru kenal aku semalam. Nanti kita chill out ok Aku nak lekas ni jawab Qamra Ain yang hanya jarak beberapa jengkal saja dari tempat Reza Rizman berdiri.
Niatnya hanya sekadar mengusik gadis itu. Reza Rizman tahu, hanya Tunku Hardie saja di hati Qamra Ain. Diperhatikan setiap langkah Qamra Ain yang semakin menjauhinya. Dia hanya mampu merahsiakan perasaannya yang terlebih dulu menyintai Qamra Ain dan dia juga saksi utama ketika Tunku Hardie melamar gadis itu di hadapannya.
Di kejauhan, dia memerhatikan mereka bergurau senda sambil bergelak ketawa. Hardie, aku harap kau jangan terlepas pandang nasihat aku tadi!
II
Hanya kerana cinta kau melangkah jauh,
Aku tak bisa tersenyum bila terperangkap dalam kenangan.
- Tunku Hardie -