MY DARLING ANGEL - 2
LYN, ITU Haziq tu! Haziq ada dekat sana. Tu baju yang dia pakai tadi. Aku pasti sangat tu Haziq. Jom, jom! Elzaara sudah terjerit-jerit menyatakan bahawa itu adalah anak buah kesayangannya. Dia sudah agak jauh beberapa langkah ke hadapan meninggalkan Lyn.

Dek kerana Lyn yang memakai heels, dia tidak dapat berlari dengan pantas kerana tumit kasutnya yang terlalu tajam. Elzaara yang sudah tidak sabar lagi melihat Lyn berjalan terkedek-kedek lalu menghentikan pergerakannya dan terus menghampiri serta merentap kasut Lyn, lantas menjinjitnya sambil berlari. Lyn hanya ternganga melihat perlakuan Elzaara yang agak brutal sebentar tadi.

Oi El, kau buat apa tu! Bagi balik kasut aku. Takkan aku nak berjalan kaki ayam sampai sana kot Kau ni pun agak-agaklah kalau nak pergi dekat gazebo tu. Tak ada larinya si Haziq tu. Jerit Lyn namun tidak dipedulikan oleh Elzaara yang sudah beberapa tapak dihadapannya.

Kau nak, kau jalan cepat-cepat!

Lyn menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia ni tak habis-habis dengan perangai brutal tu! Bebel Lyn dalam hati.

Ala... Lyn, tak adanya orang nak tengok kaki kau. Hari dah gelap pun, memang tak nampak kaki cantik kau tu. Lagipun siapa suruh kau jalan lambat sangat, terkedek-kedek macam itik pulang petang. So, aku rentap ajelah kasut kau ni... Smash maut diberikan oleh Elzaara.

Wei El... Bagi baliklah kasut aku tu! Jerit Lyn yang kelihatan bengang kerana kasutnya direntap oleh Elzaara.

Kau jalan je berkaki ayam dulu. Nanti sampai sana aku pulangkanlah balik. Cepatlah jalan tu! Nanti Haziq kena apa-apa pula.

Lyn hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat gelagat Elzaara. Tanpa kasut di kakinya, dia terpaksa menahan kesakitan memijak tanah dan batu. Mujur dia memakai stokin nipis, jadi tak adalah perit sangat apabila dia hendak memijak tanah yang tidak berapa rata itu.

Haila... minah ni, tak menyempat-nyempat betul. Nasib baiklah aku pakai slack, kalau tak harus dengan skirt-skirt aku sekali kau rentap, kan El Rungut Lyn sambil berjalan perlahan-lahan.

KELIHATAN Haziq sedang terduduk dan memeluk kedua belah kakinya di atas sebuah kerusi panjang sambil menangis. Disampingnya kelihatan seorang lelaki tinggi lampai yang sedang memujuk. Elzaara sudah tidak keruan apabila melihat Haziq yang sedang menangis. Dalam hatinya berdebardebar dan tertanya-tanya apakah yang sudah terjadi kepada Haziq dan siapakah gerangan lelaki yang berada disamping anak buah kesayangannya itu.

Haziq... panggilnya lembut dan tanpa membuang masa, dia mencampakkan kasut Lyn ke atas lantai.

Pantas dia terus menerpa ke arah Haziq lalu memeluk anak saudaranya itu dengan erat tanpa mempedulikan lelaki tersebut. Kelihatan raut wajah lelaki tersebut terkejut dan terkedu seketika melihat kelibat seorang wanita datang secara tiba-tiba dan memeluk anak kecil itu.

Lyn yang baru tiba kelihatan termengah-mengah akibat menahan kesakitan berjalan tanpa kasut lalu dia mengutip kasutnya yang baru sahaja dicampakkan oleh Elzaara. Sempat lagi dia membelek kasut tumit tingginya. Tangannya pantas menyapu debu serta kekotoran yang sudah melekat di stokin kakinya sebelum menyarungkan kembali kasut tumit tingginya.

Err, excuse me. Cik ni siapa ya Cik ni penjaga kepada adik ini ke Tanya lelaki itu kepada Elzaara sambil menunjuk ke arah Haziq. Dia harus memastikan dahulu identiti wanita tersebut sebelum menyerahkan Haziq kepada sesiapa. Bimbang juga kalau anak kecil itu menjadi mangsa sindiket penjualan atau penculikan kanak-kanak yang sering berlaku pada masa kini.

Elzaara yang tidak terkesan dengan pertanyaan lelaki dihadapannya ini, langsung tidak mempedulikan gerangan lelaki itu dan terus memeluk Haziq yang sedang teresak-esak. Riak cemas bercampur takut masih lagi terpancar di wajah Elzaara lebih-lebih lagi melihat Haziq yang berada di dalam keadaan ketakutan dan mengigil.

Haziq! Kenapa ni Siapa yang buat Haziq macam ni Macam mana Haziq boleh sampai ke sini Kenapa jauh sangat Haziq pergi Bertalu-talu soalan seperti bedilan mortar Elzaara tujukan kepada Haziq yang sedang menangis.

Haziq menyambung tangisnya akibat takutkan nada suara tinggi Elzaara yang seolah-olah menjerit kepadanya.

Lyn menggelengkan kepalanya melihat Elzaara. Seketika, pandangan dialihkan kepada lelaki tinggi lampai yang berdiri memerhatikan mereka. Alamak, mat saleh ke Dia jadi teragak-agak untuk menyoal lelaki ini walaupun tadi dia mendengar lelaki ini bercakap menggunakan bahasa Malaysia.

Err, excuse me... Encik ini siapa ya Macam mana Encik boleh berada dengan Haziq

Sebenarnya I sedang berjogging di kawasan sini tadi. Kebetulan I nampak adik ini tengah menangis teresak-esak di bawah pokok tu sambil memegang lututnya. I nak tolong adik ini cari parents atau penjaga dia sebab tu I bawa dia dekat dalam gazebo ni. Dari tadi I cuba bertanya tapi dia tak mahu menjawab apa-apa, terang lelaki ini.

Ooo, jadinya Encik bukan penyebabnyalah

Eh... bukan-bukan. Saya pun tak pasti dia jatuh di mana sebab dia tak mahu bercakap langsung. Mungkin sebab dia sedang menahan kesakitan di lututnya atau barangkali dia ketakutan...

Lyn ternganga apabila mendengar lelaki itu menjawab. Sangkanya dia tidak faham bahasa Melayu kerana rupanya seperti mat saleh.

Elzaara yang hanya mendiamkan diri terkaku mendengar penjelasan lelaki tinggi lampai itu. Dia terus menyelak seluar yang dipakai oleh Haziq ke paras lutut. Alangkah terkejutnya dia melihat lutut Haziq yang berdarah dan kelihatan koyakan di lutut itu yang agak besar. Barulah dia faham dan mengerti kenapa Haziq menangis teresak-esak dan ketakutan.

Oh, ya mulutnya pun berdarah mungkin kesan terjatuh tadi, sambung lelaki berwajah mat saleh ini.

Lyn masih memandang kagum lelaki mat saleh dihadapannya.

Maaf ya... tapi, tadi kalau dia tak nak jawab apaapa, I memang nak hantar ke balai polis je. Tapi, nasib baiklah cik berdua ni muncul dan maaf kalau saya bertanya. Apa hubungan Cik dengan kanak-kanak ni

Elzaara terus memeluk erat Haziq dan dia sempat memberikan jelingan maut kepada Lyn supaya tidak membuka mulut untuk berkata yang bukan-bukan kepada lelaki asing itu. Lyn mengerti akan jelingan yang ditujukan kepadanya.

Ohh, saya adalah aunty budak ini dan ini mamanya. Maaflah kerana anak saudara saya ni sudah menyusahkan Encik pula, ujar Lyn sambil tersenyum.

Erm, boleh tahan juga mamat ni. Muka dia cute ala-ala babyface. Tinggi lampai tu weh! Boleh jadi model ni. Handsome betul! Boleh tergugat iman tengok wajah dia! Puji Lyn. Sempat lagi dia menilik dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki mamat dihadapannya ini.

Ehem! Lyn, jom ke klinik. Luka Haziq ni aku tengok macam teruk je. Karang kalau kena infection, susah pula, tegur Elzaara kepada Lyn yang sedang asyik menilik wajah lelaki asing itu. Pantas dicuit bahu Lyn yang kelihatan seperti sedang berangan jauh.

Lyn terkejut apabila bahunya dicuit, Aah! Ha, yelah, yelah. Jom. Encik, terima kasih banyak-banyak ya kerana menemukan anak saudara saya. Terima kasih banyak-banyak. Nama saya Lyn, Lyn menghulurkan kad namanya yang sememangnya berada di dalam tas tangannya.

Sama-sama Cik Lyn. Oh ya, nama I Brian. Brian William. Nice meeting you, Brian menarik walletnya dan menghulurkan kad namanya kepada Lyn sambil tersenyum. Dia melirikan matanya ke arah Elzaara yang sedang sibuk menguruskan Haziq dan langsung tidak mempedulikan mereka. Dia ingin bertanyakan nama Elzaara tapi belum sempat dia bertanyakan nama Elzaara cepat-cepat Elzaara memotong niatnya.

Oh, Mr. William, thank you very much for your help. I really appreciate it!

My pleasure. Just call me Brian. Errr.. Belum sempat Brian meneruskan ayatnya, kelibat Elzaara dan Haziq sudah hilang dari pandangan. Hanya Lyn sahaja yang masih tercegat di situ. Lyn hanya tersenyumsenyum melihat Brian di hadapannya.

Elzaara yang sedang mencempung Haziq meneruskan perjalanannya ke arah kereta Lyn manakala Lyn dan Brian masing-masing tercengang sambil berpandangan antara satu sama lain.

Lyn! Cepatlah! Apa yang kau tercegat dekat situ lagi! Laung Elzaara.

Lyn yang tersedar dari lamunan terus saja mengekori Elzaara. Sempat lagi dia memberi isyarat tangan kepada Brian supaya menelefonnya dan Brian yang memahami isyarat itu tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arah mereka. Lyn dengan segera membuka kunci kereta dan dengan pantas Elzaara membolosi dirinya ke dalam kereta.

Kita terus ke hospital jelahlah, arah Elzaara.

Lyn mengangguk lalu memecut keretanya menuju ke hospital yang terdekat.

Haziq kan kuat. Tahan sikit ya sayang... Kita pergi hospital cuci luka Haziq, pujuk Elzaara sambil mengusap badan Haziq. Air matanya kembali bertakung di tubir kelopak mata. Dia tidak dapat membayangkan seandainya apa-apa berlaku kepada Haziq dan dia tidak dapat nak memaafkan dirinya sendiri di atas kecuaian dan kelalaian dia.

Tadi Haziq nampak orang jual aiskrim, Haziq panggil Acu banyak kali tapi Acu tak dengar tu yang Haziq kejar. Bila Haziq tengok belakang, tengok-tengok Acu dah tak ada. Haziq sesat tadi. Masa Haziq nak cari Acu Haziq terpijak batu lepas tu Haziq jatuh. Haziq ingatkan Acu dah tinggalkan Haziq. Haziq teresakesak mengadu kepada Elzaara tentang apa yang berlaku tadi.

Ssshh.. dah-dah, Haziq tak mau cakap apa-apa dah. Acu minta maaf. Acu lupa janji Acu nak belikan Haziq aiskrim coklat tadi. Maafkan Acu. Sekarang Haziq tahan tau. Kita pergi hospital. Tak mau cakap apa-apa dah

Lyn, cepatlah sikit! Gesa Elzaara.

Ye, ye, sabarlah sikit. Kejap lagi kita sampai. Lyn terus memecut keretanya dan bangunan hospital sudah menampakkan rupanya dari jauh.