Aku sebenarnya bermimpi atau berada di dunia lain
Siapa yang kau orang bawa ni Seorang lelaki muda menghampiriku dengan wajah yang sangat tegang. Rambutnya warna oren gelap. Macam warna bulu Rome, kucing Parsi milik abah dan mama. Ketinggiannya pula mungkin mencecah 180cm. Kelihatan aura marahnya meruap-ruap sehinggakan wajah cerahnya berubah merah.
Aku telan air liur. Terasa kelat.
Tangannya melepasi bahuku dan aku menoleh ke belakang. Seorang lelaki berkot hitam sedang ditarik oleh budak rambut oren tadi di bahagian kolar. Aku toleh ke kanan dan kelihatan seorang lagi lelaki berkot hitam. Pasti mereka berdua yang menculikku.
Betullah ni bos. Kami dah bawa orang yang betul. Lelaki berkot hitam menjawab teragak-agak.
Habis tu kau nak cakap aku tak kenal girlfriend aku sendiri Mata budak rambut oren itu mencerlung tepat ke arah lelaki berkot hitam. Apa benda yang mereka sibuk bertengkar depan aku ni
Bos, saya dah cakap pada Bad tadi ini orang yang salah. Lelaki yang berdiri di kananku bersuara tiba-tiba.
Dah kau tahu salah, kenapa kau bawa juga orang ni! Jerkah budak berambut oren tersebut. Nampaknya dia makin marah.
Berubah terus wajah lelaki berkot hitam di kananku. Ingat boleh selamat agaknya tadi. Yang lelaki bersuara garau tadi dari awal sudah kecut perut. Pegangan di kolarnya juga masih belum dilepaskan.
Aku dah bagi gambar, kau orang berdua ni buta ke apa Soal budak rambut oren sambil memandang wajah orang-orang suruhannya silih berganti dengan muka yang semakin bengis. Walaupun agak bengis, tetapi comel juga budak ni.
Mengikut perkiraanku mungkin usianya lewat belasan tahun atau awal 20-an. Suaranya pula sedap didengar. Garau lemak berkrim romantik. Ish, buat apa aku pergi kaji suara dia.
Bos, kami tak cam sangat muka girlfriend bos tu. Lagipun lepas aje kami culik tu kami terus tutup mata dia dengan kain. Lelaki berkot hitam di sebelah kananku memberi alasan lain pula.
Ada aku suruh kau orang menjawab Parah akibatnya kerana kini kolarnya juga selamat ditarik.
Makin tak faham aku dengan masalah mereka ni.
Lagi lama aku di sini, boleh sakit mental aku. Assalamualaikum. Salam kuberi tapi tidak dijawab. Cuma mata mereka bertiga kini terarah kepadaku. Aku tarik nafas panjang untuk mencari kekuatan. Saya tak faham apa yang berlaku antara awak dengan pakcik-pakcik kot hitam ni dan dengan kawan-kawan awak yang pakai kain tak cukup ni.
Aku berpaling seketika dan tangan aku halakan ke arah beberapa orang gadis muda yang hanya memakai mini skirt dan t-shirt tanpa lengan. Kasihan pula aku tengok budak-budak yang sudah tersalah didikan ini.
Sekarang ni saya nak balik dan boleh tak tolong bertanggungjawab sedikit untuk penculikan yang entah apa-apa ni, sambungku lantas berpeluk tubuh sambil merenung tajam mereka bertiga silih berganti.
Budak rambut oren melepaskan pegangannya di kolar kemeja orang suruhannya. Dia kini merenungku tajam dan bergerak setapak demi setapak menghampiriku. Aku yang kembali takut mula berundur setapak demi setapak menjauhinya. Namun langkahku terhenti apabila sesuatu menghalang dari belakang.
Aku menoleh dan terus nampak meja yang menempatkan kek bersaiz besar. Di atasnya tertulis Happy Birthday Nelly. Sweet 18. Baru sekarang aku mengerti apa yang sedang berlaku. Pastinya orang yang ingin mereka culik ialah Nelly, tetapi tersilap culik pula. Entah kenapa dalam ramai-ramai orang, aku yang menjadi mangsa.
Dia semakin menghampiriku dan jarak kami hanya tinggal dua jengkal. Hendak lari ke mana lagi sekarang Aku tiada pilihan lain. Tangan kiriku terus meraba kek di belakang dan aku kepal setakat yang mampu. Ketika jaraknya hanya tinggal sejengkal, tanganku terus laju ke mukanya. Dia bagaikan terpaku dengan tindakan spontanku dan berhenti menghampiri.
How dare you! Jerkahnya bersama pandangan seperti hendak menelanku.
Seketika kemudian beberapa orang gadis muda datang mendekat sambil cuba mengelap pipi kanannya yang kini dipenuhi krim merah. Macam badut pun ada aku tengok. Spontan aku tergelak kecil.
Cepat-cepat budak rambut oren menepis tangan rakan-rakannya. Dia mengelap kasar krim yang masih bersisa di pipinya, namun renungannya tidak lari dari wajahku. Rosak budak ni. Kasihan muda-muda lagi sudah jadi macam ni. Muka comel dah, tapi perangai tak tercapai dek akal.
Bad, Tom. Aku nak kau bawa girlfriend aku datang sini walau macam mana cara sekali pun! Suaranya kedengaran tegang.
Aku tergelak. Dalam banyak-banyak nama glamour yang ganas, boleh pula nama Tom yang dipilih oleh lelaki yang menculikku tadi. Ini sah masa kecil suka tengok Tom and Jerry.
Tapi, bos, mana kami nak cari dia tengah-tengah malam buta ni Jawab Tom seperti biasa.
Itu kau orang kena pandai-pandai sendiri. Jangan balik selagi tak jumpa girlfriend aku! Arahan yang cukup tegas. Bad dan Tom mengangguk lesu sebelum beredar keluar dari bilik asing ini. Budak rambut oren berpaling kembali ke arahku.
Tempat apa sebenarnya ni Tempat maksiat ke Kelab malam ya Soalku dengan renungan setajam bilah pedang.
Hina sangat ke kalau ini betul kelab malam Suaranya cukup sinis. Ish budak ni kalau dah namanya tempat maksiat, mestilah hina.
Apa-apa ajelah. Sekarang ni saya nak balik. Boleh bagitahu tak macam mana nak balik sebab yang ada pada saya sekarang ni hanya kunci kereta. Dompet, telefon semua dalam kereta. Ini semua salah awak, Bad dengan Tom and Jerry tu. Kalau tak saya dah selamat sampai rumah. Awak semua ni tak ada kerja lain ke malam-malam buta pergi tempat tak senonoh macam ni Mak ayah tak risau ke kat rumah Balik baca buku lagi baguslah adik-adik semua. Tamat bebelan pendekku.
Aku tak suruh kau datang sini untuk membebel, balasnya sambil merenung tepat ke mataku.
Hello, saya datang sini bukan secara rela tahu. Secara paksa. Siap kena culik lagi. Punyalah takut ingatkan nak kena jual. Rupa-rupanya tersepit dalam permainan budak-budak macam awak semua ni! Luahku dengan penuh geram. Kemudian aku hela nafas sambil berpeluk tubuh.
Mak cik nak balik sangat ya Nampak tak pintu besar tu. Dipersilakan keluar... Dia ketawa sinis sambil tangannya dihala ke pintu.
Cantik sungguh budi bahasanya. Sesuka hati dia panggil aku mak cik. Rasa seperti hendak tenyeh lagi kek dekat muka dia.
Nak suruh mak cik ni balik naik apa ya anak Naik awan terbang. Tak faham bahasa ke yang dompet mak cik tinggal dalam kereta Perliku dengan cara yang paling budiman.
Oh nak duitlah ni ya Dia ketawa sinis lagi.
Amboi cantiknya bahasa budak ni. Kalau adik aku, memang sah aku sudah cubit-cubit. Sudahlah buat salah besar, tapi langsung tiada kata maaf yang terluah.
Ambil ni. Dua keping not RM100 dikeluarkan dari dompetnya.
Aku ingatkan dia bagi baik-baik, tapi wang tersebut dibalingnya betul-betul di hadapanku dan jatuh terkulai di tepi kakiku. Mulutku ternganga. Memang sah budak ni rosak. Perangai memang teruk yang amat. Dengan nafas yang berat, aku tunduk mengambil wang itu. Kedengaran dia ketawa sinis seperti menyindir.
Duit ni adik simpan ya buat belanja kat sekolah. Spontan kumasukkan wang itu ke poket jaketnya.
Kakiku terus laju melangkah ke pintu. Sesusah mana pun, aku tidak akan pernah membiarkan maruahku diinjak-injak seperti tadi. Biar aku balik jalan kaki dari aku balik naik teksi dengan menggunakan wang yang dibaling tadi.
Pintu kubuka dan kakiku pantas melangkah keluar. Sekali lagi bagaikan mahu terkeluar jantungku saat melihat apa yang ada di hadapanku.
Mama!!! Jeritku sebelum terus terduduk. Mukaku ditundukkan. Tidak berani melihat ke hadapan atau ke bawah. Lututku terasa longgar.
Apa lagi mak cik ni Budak rambut oren muncul sambil merengus kasar. Dia berdiri di hadapanku, namun aku tidak berani mendongak memandangnya.
Tinggi. Ting... tinggi La... laut jawabku dengan terketar-ketar. Memang sejak kecil aku fobia dengan laut atau istilahnya aquaphobia. Pada usia 7 tahun aku pernah lemas di laut dan sejak itulah aku mengalami aquaphobia. Pantai mahu pun pulau tak pernah menjadi destinasi percutianku sejak peristiwa itu.
Oh, mak cik yang berlagak berani ni rupa-rupanya takut laut. Tadi masa datang tak menjerit pula. Suaranya sinis.
Masa datang tadi Men In Black tutup mata saya, bentakku dengan suara masih terketar-ketar.
Dia merendahkan badannya dan tangannya dibawa mendekat kepadaku.
Jangan pegang! Pantas aku melarang. Terdengar keluhan pendek darinya.
Dia kemudiannya duduk melutut di hadapanku
dan tiba-tiba jaketnya ditanggalkan dan yang tinggal hanyalah singlet hitam. Seksi!
Perasaan takutku makin berlipat ganda. A... awak nak buat apa ni Soalku sambil tangan diangkat tinggi separas muka dan membentuk pangkah.
Dia kemudiannya ketawa sinis. Hello, jangan nak perasan boleh tak Cermin dulu diri tu sebelum nak fikir lebih-lebih. Pegang jaket ni dan bangun.
Jaket dicampak ke atas ribaku. Kemudian salah satu hujungnya dipegang oleh budak rambut oren. Dia bangun dan aku menurut dengan mata yang tertutup.
Awak nak bawa saya pergi mana
Keluar dari sinilah. Ikut aje saya sambil tutup mata. Kalau mak cik tak melawan dan ikut arahan saya, mak cik tak akan jatuh dalam laut tu. Suaranya tegas dan aku tiada pilihan lain selain mempercayainya. Tapi, boleh dipercayai ke budak ni
DAH boleh buka mata. Perlahan-lahan aku buka mata dan
alangkah terkejutnya apabila kelihatan berpuluh-puluh buah kereta di sekeliling kami. Kebanyakannya ialah kereta mewah yang selama ini aku setakat pernah tengok gambarnya sahaja. Ah, betul-betul macam mimpi. Sebiji macam dalam drama.
Jaket yang kupegang terasa ditarik dan aku terus mengikut budak rambut oren. Agak terkejut apabila aku dibawa ke salah sebuah kereta Ferrari berwarna merah. Wow! Ferrari 458 Italia! Harganya sahaja melebihi satu juta. Kaya benar dia. Kali pertama aku melihatnya di depan mata.
Mak cik bawa aje kereta saya ni pergi tempat kereta mak cik. Serentak kunci Ferrari dihulurkan kepadaku.
Haaaaaa! Mulutku ternganga. Selain kurang didikan, kurang waras rupanya budak rambut oren ini.
Tadi mak cik kata nak balik sangatkan Jadi baliklah. Pintu kereta dibuka untukku namun aku masih tidak berganjak.
Awak ni tak takut ke saya bawa lari kereta ni, lepas tu jual. Kata-kataku dibalas dengan ketawa pendek.
Saya belilah kereta lain. Selamba dia menjawab. Berapa gunung eh harta dia sampai boleh bercakap begini
Niel!!! Tidak semena-mena satu jeritan tiba-tiba bergema.
Kami sama-sama menoleh ke belakang. Kelihatan seorang gadis muda sedang bercekak pinggang. Macam pernah kulihat wajahnya atau lebih tepat sweaternya kerana ia sama denganku. Ha! Gadis yang terserempak denganku di dalam tandas di stesen minyak tadi sebelum peristiwa penculikan ni berlaku!
Nelly... Macam mana you boleh ada dekat sini Budak rambut oren terus menghampiri gadis yang baru muncul itu.
Ooo, baru aku tahu nama budak rambut oren ni Niel rupanya. Padanlah tu, Niel dan Nelly.
Kenapa You terkejut I datang tepat pada masanya untuk tengok kecurangan you. Perempuan mana yang you kutip ni
Eh, eh, eh... sedapnya mulut gadis di hadapanku ini. Dia ingat aku daun gugur boleh main kutip-kutip
You jangan salah faham. Dengar dulu penjelasan I. Ini semua salah faham. Niel cuba mencapai tangan gadis itu, namun laju sahaja ditepis.
Salah faham apa kalau dah banyak kali Ini bukan kali pertama I nampak you dengan perempuan lain. Tapi, untuk kali ni I memang dah tak boleh sabar.
Masa my birthday, you buat perangai. Nasib baik Dira sempat hantar gambar you dengan perempuan ni tadi. Matanya bulat merenung Niel.
Nelly, bukan macam tu. Dengar dulu apa I nak cakap, pujuk Niel sambil memegang bahu Nelly.
You memang tak guna. I nak kita putus sekarang juga. Nelly menolak kasar badan Niel.
Niel menggeleng laju, Please dear, jangan buat I macam ni. Suaranya lembut sekali seakan merayu.
Dengan aku punyalah kasar. Memang diskriminasi sungguh. Tetapi, kasihan pula dengan mereka kerana aku mereka bergaduh teruk. Dengan yakinnya aku membuka mulut, Dik, ini semua salah faham. Sebe
Mak cik diam, cantas Niel dengan tapak tangan diangkat tinggi ke arah mukaku.
Ooo, dia bagi isyarat talk to my hand ya Aku punyalah baik hendak tolong, ini yang dibalasnya. Sakitnya hati kita!
Nelly, please dont go. Tolonglah dengar dulu. Lengan Nelly dicapai lagi.
Dont you dare to touch me ever again! Im sick of you, so get lost! Jangan cari I lagi. Ini amaran I, hambur
Nelly dengan wajah masam-mencuka-kelat-pahit semua ada. Jari telunjuknya diangkat tinggi ke wajah Niel. Kemudian dia terus beredar.
Nelly! Niel hanya mampu memanggil sambil memandang Nelly yang berlari ke hujung barisan kereta. BMW terus laju meninggalkan kami berdua yang terpinga-pinga di tempat kejadian.
Aaaaaaa! Niel menjerit sampai terduduk. Maklumlah orang tengah frust akibat putus cinta.
Aku berjalan menghampirinya. Ini kali pertama aku menyaksikan peristiwa putus cinta secara langsung di hadapan mataku sendiri.
Dik... Sabar ya Nanti dia sejuklah tu. Perempuan kalau tengah marah memang macam tu. Tapi, nanti bila dipujuk akan elok semula. Kali ini suaraku lebih lembut persis seorang kakak yang sedang memujuk adiknya.
Niel mendongak dan memandangku dua tiga saat sebelum mengambil kunci keretanya dari tanganku dengan kasar. Dia terus berlalu ke arah Ferrarinya namun tidak terus masuk.
Mak cik, tengok apa lagi Masuk cepat! Suaranya cukup kuat. Menggeletar juga aku dibuatnya.
Bukan tadi awak suruh saya drive sendiri Aku sempat menyoal sebelum masuk ke tempat duduk penumpang.
Saya tengah stress ni. Tak boleh duduk dekat sini. Biar saya hantar mak cik sendiri. Mana tahu mak cik betul-betul bawa lari kereta saya nanti.
Oh tahu pun takut aku bawa lari kereta dia. Tadi bukan main sombong lagi.
Tapi, dengan satu syarat, pintaku sambil angkat jari telunjuk.
Niel balas dengan renungan tajam.
Pasang lampu dalam kereta boleh tak Tak elok gelap-gelap ni. Aku tersengih sedikit. Ini kali pertama aku naik kereta dengan lelaki asing lewat-lewat malam begini.
Mak cik ni memang suka perasankan Tak ada maknanya saya nak ada apa-apa perasaan dekat mak cik. Duduk aje diam-diam, jangan bising, rengus Niel sebelum menghidupkan enjin Ferrari. Kemudian Ferrari terus dipecut keluar dari kawasan ini.