yang sudah dibuat sejak beberapa hari itu. Sebenarnya sudah lama dia memikirkan perkara itu. Cuma tiada keberanian untuk disuarakan kepada Uminya. Dan entah dari mana kekuatan hatinya untuk memberitahu perkara itu kepada Puan Hanim petang itu.
Apa! terkejut Puan Hanim di sebelah sana.
Kimi tak kenal pun dia Tahu-tahu Umi dah tunangkan kami.
Itulah alasan yang dapat diciptanya. Ya, dia tidak mengenali Wafa walaupun gadis itu adalah anak teman baik Puan Hanim sejak lama dahulu.
Okey-okey, Umi faham. Sebab Kimi di sana dan Wafa di sini dengan Umi. Jadi jarang berjumpa. Tapi Umi pernah bagi nombor dia pada Kimi kan Kimi ada call dia tak
Puan Hanim seperti serkap jarang anak terunanya.
Haa... Kimi tak call dia kan Puan Hanim sudah ketawa-ketawa di sebelah sana.
Hakimi senyap. Rambutnya diraup kasar. Memang dia tidak pernah berminat hendak menghubungi tunangnya.
Janganlah buat keputusan tergesa-gesa. Hujung tahun ni dah nak nikah!
Kimi tak nak nikah dengan Wafa, Umi! tegas Hakimi. Nada suaranya sudah berubah. Dia meraup mukanya dengan rasa bersalah selepas berkasar dengan wanita itu.
Kimi! melengking suara Puan Hanim di sebelah sana.
Tolonglah faham Kimi, Umi! rayu Hakimi.
Tak kesian ke pada Wafa. Dah dua tahun bertunang, tiba-tiba nak putus. Nanti apa kata mama dan papa Wafa. Puan Hanim mengeluh seperti tidak mahu mengalah dengan keputusan Hakimi. Hujung tahun pun dah tak lama lagi je Kimi.
Semua tu keputusan Umi. Bukan keputusan Kimi! Hakimi mengingatkan Puan Hanim.
Wanita itu yang beria-ia mahukan dia mengahwini anak teman baiknya. Walhal dia kenal Wafa pun tidak. Bukan dia memilih tetapi hatinya seperti berat hendak menerima gadis itu tidak tahu mengapa.
Ya, Umi tahu. Wafa pilihan Umi. Tapi dia dari keluarga yang baik-baik. Kimi bukan tak kenal dengan Pak Cik Amar dan Mak Cik Talha kan
Hakimi senyap. Biasalah, kawan baik, yang jadi mangsa anak-anak, dipaksa berkahwin walaupun tak suka antara satu sama lain. Wafa tu pun entah suka ataupun tidak dengan dia.
Entah-entah, gadis itu sudah punya pacarnya sendiri yang ditolak oleh orang tua,. Hakimi sengih dengan telahannya. Dah macam sinetron pula,
Apa Umi nak bagi tahu dengan mereka nanti... dia orang dah berharap sangat keluh Puan Hanim untuk kesekian kali. Nanti apa pula Walid cakap. Walid bukan sihat lagi, baru lepas operate jantung kan
Kedua orang tuanya mula menetap di Doha, Qatar sejak 5 tahun lalu untuk menguruskan Hotel Sweet Arena di sana. Hotel-hotel Sweet Arena terletak di bawah pengurusan Sweet Arena Management yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Terdapat 3 buah hotel di Malaysia, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, manakala di Doha di bawah pengurusan terus Walidnya, Encik Razali dan abangnya Hazami. Di Johor Bahru diuruskan oleh Naim, anak Dato Azizan yang juga sepupunya. Di Kuala Lumpur pula diuruskan oleh Dato Azizan dan di Pulau Pinang dibawah urusan Hakimi sendiri.
Kimi
Umi...
Kimi ada orang lain ke soal Puan Hanim seperti perangkap.
Ya! spontan Hakimi menjawab tanpa berfikir panjang. Berbohongkah dia
Ya Allah, ampunkanlah dosaku kerana berbohong dengan Umi dan sudah mengecewakan wanita itu. Dia dapat mendengar helaan nafas Puan Hanim di sebelah sana.
Umi fikir... kalau Wafa dan Kimi kahwin, bolehlah dia balik ke Malaysia. Dah lama sangat dia di sini, jelas Puan Hanim dengan maksudnya.
Umi...
Ataupun Kimi tukar balik ke sini. Biar Alongnya balik Penang semula. Cepat-cepat Puan Hanim memotong kata-kata Hakimi.
Bukan senang nak tukar-tukar gitu-gitu, Umi! Memang dia tidak bercadang hendak ke Doha semula. Dia lebih suka menguruskan Hotel yang berada di Penang sekarang.
Puan Hanim senyap.
Kimi serius nak putuskan pertunangan ni! Sekali lagi Hakimi bertegas dengan keputusannya.
Jangan macam tu Kimi. Kesian dengan Wafa.
Habis Siapa nak kesiankan Kimi Kenapa kasihan dengan perempuan tu Aku ni anak dia. Kenapa tak kasihan pada aku je, Hakimi sudah bersungut sendiri.
Puan Hanim senyap.
Umi, tolonglah faham Kimi. Beri peluang Kimi buat pilihan Kimi sendiri. Hakimi sudah merayu kepada Puan Hanim di sebelah sana.
Jadi siapa budak perempuan tu Sampai minta Umi putuskan pertunangan dengan Wafa Intonasi suara Puan Hanim seperti marah yang ditahan-tahan.
Tiba-tiba kepalanya berasa pusing dengan soalan Puan Hanim. Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam.
Dia bukan orang kaya. Yatim piatu je. Seorang yang simple suka memasak. Periang, lucu dan selamba. Ya Allah, apa yang aku cakapkan ni Asyik berbohong pula dia hari itu. Ya Tuhanku, sekali lagi aku memohon ampun kerana berbohong dengan Umi, doanya. Kepala yang tidak gatal digaru-garu dengan kasar.
Puan Hanim senyap di sebelah sana.
Hakimi terus gelisah dengan kebisuan wanita itu. Dadanya masih berdebar-debar dengan cerita dogengannya. Percayakah Puan Hanim dengan ceritanya
Umi
Kimi serius ke
Ya, Insya-Allah. Kimi akan kahwin dengan dia. Kimi sayangkan dia, Umi! Sungguh-sungguh dia berkata seolah-olah gadis yang disayangi itu wujud di dalam hati dan hidupnya. Kimi memang tak ada hati dengan Wafa Umi.
Sebab perempuan lain Kimi sanggup tolak rancangan Umi, ya. Puan Hanim menutur rasa kecewanya.
Hakimi menarik nafas dalam-dalam. Semakin sesak dan ketat dadanya dengan telahan Puan Hanim.
Kita bincang lain kalilah Umi, Kimi sibuk sekarang. Ada mesyuarat dengan Uncle Zizan.
Kenapa hari ini penuh dengan pembohongan. Dah lewat petang, tiada siapa yang hendak bermesyuarat lagi. Dato Azizan pun masih berada di Kuala Lumpur lagi. Lewat malam nanti baru lelaki itu akan ke sini dengan menaiki kapal terbang dan bermalam di hotel mereka untuk mesyuarat pagi esok.
Apa-apa kita bincang dulu Kimi. Jangan pandaipandai nak buat keputusan sendiri. Bulan Jun nanti Umi balik, cetus Puan Hanim seolah-olah tidak puas hati.
Giliran Hakimi pula senyap.
Umi balik dengan Wafa.
Kenapa mesti bawa Wafa Terasa Puan Hanim sengaja menggunakan Wafa untuk menghalang keputusannya.
Kalau Kimi sayang Umi, dengar cakap Umi!
Kalau Umi sayang Kimi, tolong fahami Kimi! Kimi yang nak kahwin, bukan Umi! tegasnya.
Umi tak mahu Kimi tersilap pilih.
Kenapa Umi cakap macam tu Seharusnya Umi doakan yang baik-baik untuk Kimi. Umi lebih tahu tentang Kimi, dan Kimi akan pilih yang baik-baik dan bukan sebarangan orang. Dia juga seorang yang baik, walaupun tak kaya dan yatim piatu. Yang penting dia sayang Kimi dan Kimi sayang dia!
Begitu tegas katanya walaupun ia hanya lakonan semata-mata. Nampaknya dia tidak boleh berlamalama bercakap dengan Puan Hanim.
Kita bincang lain kalilah Umi, Kimi ada mesyuarat ni. Okey... kirim salam kat Walid. Assalammualaikum. Pantas dia memutuskan talian itu. Dia menarik nafas lega.
Begitu pun rancangan Puan Hanim untuk pulang pada bulan Jun membuat dia gelisah sendiri. Ya Allah, macam mana ni soalnya sendiri.
Matanya menjeling jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 6.30 petang. Macam mana dia boleh tidak sedar yang siang sudah sampai ke penghujung.
Kimi, Akak balik! jerit setiausahanya, Anita dari pintu bilik.
Ya, balasnya sambil mengangkat tangan. Dia juga patut pulang. Pantas dia mencapai telefon bimbitnya semula lalu mencari nombor pemandunya, Badrul.
Saya nak balik, katanya.
Baik Bos, turun 10 minit lagi.
Kau kat mana
Cuci kereta kat parking ni, jelas Badrul.
Kat mana kita nak makan soal Hakimi ingin tahu.
Memang dia amat susah hati apabila perutnya begitu sukar hendak menerima makanan selain dari masakan Mak Cik Ruhaya. Wanita itu pula bercuti selama seminggu. Masakan dia hendak menahan Mak Cik Ruhaya dari bercuti. Wanita itu bekerja tujuh hari seminggu walaupun hanya memasak sahaja.
Bos nak ke mana soal Badrul ingin tahu.
Hakimi mengeluh sendiri. Saya tak tahulah... Awak ada cadangan soalnya.
Tak ada Bos. Bos ada
Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Lepas maghrib nanti awak pergilah cari kat mana-mana nasi goreng kampung untuk saya.
Baik Bos.
Seketika dia tidak mendengar suara Badrul lagi. Telefon bimbitnya tadi diletak di atas meja sambil menarik plannernya. Diselak beberapa kali. Hujung bulan depan Uminya balik. Tiba-tiba dia merasa hendak meraung.
Hakimi menggeleng beberapa kali.
Relaks... apa-apa balik dulu. Fikirkan semua tu di rumah nanti, pujuknya sendiri.
Di tutup planner tadi. Pensil, pen dan kertaskertas tidak berguna disusun kemas. Seketika Hakimi mula melangkah ke pintu sebaik menyelempang beg komputer ribanya. Namun fikirannya masih merewang tidak menentu. Dengan apa yang dikatakan tadi.
Haish! Tulah pandai bohong lagi, kan dah susah hati, dengusnya sendiri.
ARISSA menekan loceng yang berada bersebelahan pintu. Selepas menunggu beberapa saat tiada respons dari dalam, Arissa mengetuk pintu kayu itu pula. Kembali dia memandang telefon bimbitnya. Betullah alamat yang dihantar oleh Shima tadi.
Ija, keluar! pekiknya.
Diketuk sekuat-kuat hatinya. Ikutkan hati mahu sahaja ditendang pintu kayu itu.
Ija keluar! Aku nak duit aku balik! pekik Arissa geram.
Dik!
Arissa berpaling sebaik mendengar suara seorang lelaki tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Tak payahlah panggil perempuan jahanam tu. Dia tak ada di rumah tu. Dah ramai yang datang ke sini cari dia, cerita lelaki itu.
Terkejut Arissa mendengar gelaran yang disebut oleh lelaki tadi. Lagi brutal mamat ni. Perempuan jahanam! Memang menjahanamkan orang je kerja dia, hati Arissa terus mengutuk Ija.
Ya
Lelaki itu mengangguk dan menghampiri Arissa.
Adik kena berapa soal lelaki yang tidak dikenali namanya.
Sepuluh ribu.
Hmm... tak adalah banyak.
Tak banyak Mungkin pada kau tak banyak tetapi pada aku, terasa sepuluh ribu itu, berpuluh-puluh juta ringgit.
Abang kena dua ratus ribu ringgit.
Ternganga mulut Arissa mendengar jumlah yang telah dilabur oleh lelaki di hadapannya.
Err... Betul ke Rasa tak percaya dengan pengakuan lelaki itu. Tetapi melihatkan gaya dan kondo yang dimiliki memang tidak mustahil.
Takkan abang nak bohong. Lelaki itu menggeleng beberapa kali seperti kesal. Ada tu, lima ratus ribu ringgit. Itu yang paling banyak abang dengar melabur dengan dia. Yang lain-lain abang tak tahu berapa banyak jumlah dia orang melabur, cerita lelaki itu lagi.
Lima ratus ribu! Rasa nak gugur jantung Arissa mendengar cerita lelaki itu. Mana dia orang dapat duit sebanyak itu nak melabur dengan perempuan jahanam tu
Arissa menarik nafasnya dalam-dalam. Ada rasa lega di hatinya namun sebahagiannya lagi ada rasa resah dan gelisah tidak menentu. Nampaknya bukan dia dan Shima yang terkena tetapi ramai yang tidak diketahui sudah terkena dengan penipuan Ija.
Abang tinggal sebelah rumah dia je. Kalau dia balik abang boleh dengar, tapi... ni dah dekat dua minggu dia tak balik-balik. Sejak kerajaan umum tutup laman-laman web pelaburan internet ni, dia lesap macam ditelan alien, keluh lelaki itu.
Macam mana agaknya duit-duit kita tu ya.
Mesti dalang-dalang tu makanlah... harap-harap perut siapa yang makan duit kita tu, berulatlah sebelum mati! suaranya menjadi sedikit tinggi.
Arissa senyap.
Tak payahlah nak harap duit tu lagi. Mesti dah lebur kat dia orang!
Tetapi dia masih berharap untuk dapatkan semula duitnya dan dapatlah dia membayar hutangnya kepada Along. Tiba-tiba sahaja dia mahu meraung bila mengenangkan Along. Sampai bila dia harus diburu begitu. Hari ni mungkin dia terlepas, macam mana esok atau lusa. Ke mana dia hendak lari
Tak apalah bang, saya turun dulu, kata Arissa.
Dia melangkah lesu menuju ke lif yang terletak di tengah-tengah blok kondominium mewah itu. Di mana aku hendak cari si Ija ni Kalau aku dapat kau, aku siat-siat kulit kau, Ija. Biar kau tahu sakitnya kena tipu, hatinya terus membebel sendiri.
Sebaik keluar dari lif dia terkejut melihat koncokonco Along yang sedang berlegar-legar di lobi. Pantas dia menyembunyikan diri di sebalik tiang yang menghalang pemandangan mereka. Macam mana konco-konco tu boleh tahu dia berada di situ
Tiada guna dia bersoal jawab sendiri. Apa yang penting, dia harus keluar dari situ tanpa dilihat oleh orang-orang itu. Matanya melingas memandang kepada orang yang keluar dan masuk ke satu pintu. Mungkin itu pintu ke tingkat bawah, bisiknya.
Arissa melangkah laju menuju ke pintu itu dan sempat memandang kepada konco-konco Along. Terkejut dia sebaik ada yang menyedari dirinya dan pantas dia menarik pintu itu dan menguncinya dari dalam. Arissa segera menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Dia tidak pasti ke mana arah tangga itu. Sesampai di bawah dia mencari kalau-kalau ada jalan keluar selain dari tempat laluan kereta. Dia pasti sangat orang-orang itu akan mencari jalan ke arah itu.
Arissa berlari ke belakang apabila mendengar bunyi beberapa tapak kasut menuruni anak-anak tangga. Ya Allah, tolong aku. Turunkanlah malaikatmu untuk menyelamatkan aku. Dia berlari laju menuju ke jalan belakang di mana tempat lori mengambil sampah.
Tak kisahlah, asalkan aku selamat. Bau sampah pun bau sampahlah!
Matanya tertuju ke Hotel Sweet Arena di mana dia pernah bekerja di situ. Di situlah tempat dia bekerja dahulu. Tiba-tiba kakinya sudah melangkah menuju ke situ. Mudah sungguh laluannya menuju ke seberang jalan tanpa sebarang halangan.
Sempat lagi Arissa memandang ke belakang namun konco-konco Along tidak kelihatan. Langkahnya terus masuk ke lobi dan mencari lif. Tidak tahu ke mana hendak ditujuinya. Dia menarik nafas lega sebaik berada di dalam lif dan terus bersandar di dinding lif.
Arissa!
Pantas dia menoleh. Terkejut dia melihat Hakimi. Sangkaannya dia sendirian di dalam lif itu. Tak sangka ada pula orang di dalamnya dan lif itu kini membawanya turun ke bawah. Sangkaannya naik ke atas, pasti tersilap tekan semasa dia kalut sebentar tadi.
Err... Encik Kimi. Dia membetulkan dirinya. Apa khabar
Alhamdulillah, jawab Hakimi dengan dahi berkerut. Awak ni kenapa soal Hakimi melihat rambut Arissa yang sedikit kusut.
Arissa sengih sambil membetulkan rambut dan bajunya yang mungkin seperti orang gila.
Tak ada apa-apa. Arissa sengih yang dibuat-buat.
Tersenyum Hakimi melihat sengihan comel gadis itu. Gadis itu pernah bekerja di Hotel Sweet Arena tempat dia bekerja dan berhenti beberapa bulan yang lalu. Tidak pasti mengapa tetapi dia merasa sedikit terkilan kerana gadis itu salah seorang pegawai pemasaran yang bagus dalam mempromosi hotel mereka.
Awak dari mana hendak ke mana soal Hakimi.
Mungkin Arissa bekerja di salah sebuah syarikat bangunan bersebelahan hotel itu. Namun tidak pernah dia melihat gadis ini berlegar-legar di sekitar kawasan hotel setelah meletak jawatan tempohari. Hai, banyak pula soalannya. Biarlah di mana sahaja gadis itu bekerja, bukan mengganggunya pun.
Arissa sengih lagi. Tak tahu nak jawab apa.
Seketika lif berhenti di Basement One. Hakimi melangkah keluar. Arissa menuruti langkah lelaki itu tetapi untuk apa dia tidak pasti. Matanya melingas memandang sekitar. Tiba-tiba matanya menangkap bayang-bayang orang berlari-lari seperti mencari sesuatu.
Alamak!
Encik Hakimi. Arissa menarik lengan lelaki itu ke tiang sebagai melindungi mereka dari dilihat oleh konco-konco Along.
Terkejut Hakimi dengan tindakan Arissa.
Kenapa ni soal Hakimi memandang tepat ke wajah gadis yang kelihatan takut-takut dan sesekali memandang sekitar ruang parkir kereta itu.
Tolong saya Encik! Hilang rasa malunya terhadap Hakimi selama ini.
Kenapa soal Hakimi. Terkejut dia melihat mata Arissa yang sudah digenangi air mata.
Konco-konco Along kejar saya.
Kali ini memang dia sudah tidak malu lagi. Suara orang memanggil namanya bergaung di ruang itu dan sesekali bertingkah dengan suara lelaki Melayu yang seperti menyuruh mereka keluar dari situ.
Apa! terkejut Hakimi dengan pengakuan Arissa. Along Along yang tempat orang pinjam duit tu Hakimi mulai cemas dengan penjelasan Arissa. Dadanya pula berdebar-debar.
Arissa mengangguk-angguk. Tidak tahu bagaimana hendak dijelaskan lagi.
Arissa, wa tau lu ada di sini! Keluar cepat! suara seorang lelaki berbangsa Cina bergaung di ruang tempat parkir itu.
Semakin terkejut Hakimi. Telinganya dapat mendengar suara orang memanggil Arissa. Dia memandang keretanya yang terparkir agak jauh.
Encik! gesa Arissa yang sudah memegang lengan Hakimi dengan erat. Tolonglah, saya sanggup buat apa je yang Encik suruh nanti. Tidak pasti dengan apa yang dikatakan namun ketika ini dia amat terdesak sekali.
Dia tidak mahu terus menjadi pelarian.
Arissa! pekik suara lelaki India pula.
Encik!
Hakimi menarik nafas dalam-dalam. Tidak pasti apa yang perlu dibuatnya. Sekali lagi dia memandang ke keretanya kemudian beralih memandang Arissa. Ada rasa simpati melihat wajah gadis itu. Segera dia memberi isyarat agar Badrul mengambilnya di tempatnya berdiri ketika itu.
Ikut saya, lepas tu ceritakan pada saya semuanya! Keras suara Hakimi sambil memegang lengan kecil Arissa. Dia menyuruh gadis itu masuk ke dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang sebaik keretanya sampai di hadapan mereka. Mujurlah konco-konco Along yang mengejar Arissa tidak melihat gadis itu membolos masuk ke dalam keretanya.
Arissa menarik nafas lega.
Seketika kereta yang dipandu oleh Badrul meluncur laju keluar dari situ tanpa halangan. Arissa yang duduk di belakang, disuruh tunduk agar gadis itu tidak kelihatan di mata sesiapa. Hakimi dapat melihat beberapa orang lelaki bertubuh tegap berbangsa Cina dan India berlegar di ruang parkir kereta.
Awak boleh bangun Arissa, kata Hakimi sebaik kereta yang dipandu oleh Badrul telah jauh meninggalkan Hotel Sweet Arena.
Terima kasih, Encik, ucap Arissa sebaik membetulkan duduknya. Dia sempat menoleh kebelakang yang kelihatan hanya bangunan Hotel Sweet Arena dari jauh.