CARTA HATI - 2
ERR Lidah Syakila seperti kelu hendak bersuara apabila tiba-tiba sahaja diserbu oleh beberapa orang jurugambar dan wartawan.

Cik... kami perlukan penjelasan

Cik... apa hubungan cik dengan Zairis

Kenapa Cik bergaduh dengan dia

Beberapa orang wartawan mula mengajukan soalan lagi.

Klik!

Klik!

Terdapat tiga orang jurugambar menangkap beberapa keping gambarnya secara candid. Syakila gelisah. Matanya melirik pada wajah Zainura. Dari lirikan itu, berharap Zainura faham maksudnya.

Tak ada apa-apa yang berlaku. Mohon jangan salah faham, kata Zainura. Dia menarik lengan Syakila lalu masuk ke dalam kereta.

Wartawan tu semua dari mana soal Syakila polos.

Itulah, aku dah cakap dengan kau. Jangan buat kerja gila, tapi kau degil! Kau tahu tak, ni tempat terbuka Apa-apa pun boleh jadi. Ha, kalau masuk surat khabar macam mana

Kenapa nak masuk surat khabar pula Lelaki tadi tu siapa Artis ke sampai nak masuk surat khabar Kau tahu tak kalau kau tak ada tadi, memang aku dah rosakkan kereta mewah tu! Kurang ajar betul!

Kau tak kenal ke lelaki tadi tu

Syakila menggelengkan kepalanya beberapa kali, Tak kenal langsung. Muka berlagak sombong nak mampus! Sampai satu tahap muka dia tu memang minta penampar aku!

Kau jangan cuba-cuba buat macam tu Kenapa pula Tok! Tok!

Tok! Tok!

Cermin keretanya bertalu-talu diketuk oleh dua orang wartawan.

Hah, perkara inilah yang buat aku risau.

Apa tunggu lagi Cepat pergi!

Usai menghidupkan enjin, kereta tersebut terus beredar dari kawasan parkir kereta.

Zainura menghela nafas lega. Fuh, selamat!

Wartawan tu semua nak apa

Ni semua sebab kaulah

Apa yang aku dah buat

Hesy, kau ni! Yang kau berlagak macam minah gangster dekat parkir kereta tu, kenapa Nasib baik bodyguard dia tak ada. Kalau tak, percuma aje kau kena hempuk nanti,

Hah Bodyguard Siapa sebenarnya mamat tu sampai pakai bodyguard bagai

Errr, tak ada apa-apa. Zainura terus berdiam diri. Tak nak cakap pasal lelaki tu. Kalau terkantoi, matilah dia! Tak pasal-pasal nanti si Syakila tu tahu yang dia gunakan Instagram Syakila sebab nak sertai dan memenagi giveaway bersama artis tersebut.

LANGKAH dibawa menuju ke apartment yang berada di tingkat dua sebaik barang-barang dari bonet kereta dibawa keluar. Tanpa semena-mena, Zainura menoleh perlahan-lahan ke belakang. Automatik wajahnya berubah panik.

Weh, wartawan-wartawan tadi tu, ikut kitalah.

Tak perasan pula aku.

Hah Kau biar betul, Nura

Ya!

Langkah semakin dilajukan. Perasaan panik mula hadir dalam diri masing-masing.

Cik, tunggu! Suara Haleeza, salah seorang wartawan bergema. Seperti mengejar langkah mereka berdua.

Tolong berikan penjelasan kepada kami!!

Habislah kita! kata Syakila. Dia membuka langkah seribu. Wajahnya pula kelihatan panik.

Sampai saja di lif, Syakila terus menekan punat untuk naik ke tingkat atas. Terbuka saja lif tersebut, mereka berdua bergegas masuk.

Cepatlah, tekan tingkat dua! arah Syakila

Zainura lekas menekan punat, menuju ke tingkat dua. Pintu lif tertutup semula.

Ting!

Pintu lif terbuka. Kelam-kabut Syakila dan Zainura segera keluar lalu menuju ke apartment mereka.

Nasib baik sempat. Dah macam kena kejar dengan pihak polis, Tercungap-cungap Syakila dibuatnya. Dia menutup pintu lalu membawa langkahnya ke ruang tamu.

Kan aku dah cakap. Jangan buat kerja gila. Sebab

tu aku risau kalau bawa kau. Kau ni, memang tak ada kerja lain. Nak juga buat kerja gila tu!

Lelaki tu kurang ajar. Memang patutlah aku buat kerja gila. Kalau ikut geram aku tadi memang dah pecah muka lelaki tu. Nasib baik aku tak hempuk

pakai kayu hoki.

Eh kayu hoki tu mana

Syakila menepuk dahi. Alamak!

Aku pergi campak kat kawasan parkir kereta tadi. Gelabah punya pasal

Ya Allah, kau ni! Kau tahu tak, kayu hoki tu abang aku punya. Matilah aku kena cekik dengan dia. Dahlah kayu hoki tu abang aku sayang sangat. Aduh

Relakslah. Nanti ganti yang lain. Syakila mengambil beberapa plastik yang berisi barang seraya menuju ke dapur.

Hmm

SYAKILA sudah terlewat hendak pergi ke tempat kerja. Keluar saja dari bilik, matanya memerhati ke segenap ruang. Kelibat Zainura dicari.

Nura... ooo, Nura...

Mana pula dia ni Aku tahulah dia cuti hari ni. Tapi, takkan pagi-pagi dah menghilang kut Syakila berbicara sendiri. Dia membuka bilik gadis itu lalu masuk ke dalam.

Ish, tak adalah pula. Ke manalah dia pergi. Aku dah lambat ni, siapa yang nak hantar Satu keluhan mula dilepaskan.

Telefon teksi ajelah, Syakila oiii... Segera telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam beg tangannya. Pelik betul dengan perangai Zainura sekarang ni. Entahentah kemaruk cinta kut

KERETA diparkirkan di tempat yang disediakan. Tetapi, dia tidak masuk ke kawasan parkir aras bawah. Keluar saja, dia terus melangkah ke arah padang pusat membeli-belah Setia City Mall. Bersemangat sungguh!

Zairis, betul ke awak mempunyai hubungan dengan pembantu peribadi awak Seorang wartawan mula menyoal.

Zainura mula teruja. Dia terus mendapatkan lelaki itu. Nasib baik tak ramai orang yang mengerumuninya.. Err, tak.

Tapi, dikhabarkan awak ni suka kaum sejenis ya Betul ke awak bercinta dengan pembantu peribadi awak yang bernama Irsyad Hakimi

Terhenti langkah Zainura. Air mukanya berubah.

Hah Zairis. suka lelaki ke Biar betul!

Irsyad Hakimi mencelah. Ini semua salah faham saja.

Zainura segera menghampiri pembantu peribadi lelaki itu.

Buk! Tumbukan mengena tepat pada wajah Irsyad Hakimi.

Jantan merenyamm!!

Zairis dan beberapa orang wartawan terkejut dengan apa yang berlaku.