Ayah mana, mak Soalnya sambil memanjangkan leher. Tak biasa kalau tak mencium tangan ayahnya kalau dia hendak ke mana-mana.
Mana lagi kalau tak ke laut, jawab Mak Wan.
Eh, ayah ni. Takkan turun ke laut juga Ombak besar tu mak, dia membebel. Degil sungguh ayah. Dengan cuaca yang tak baik, tetap mahu menangkap ikan. Kalau abang Afi tahu ni, siaplah ayah kena bebel.
Biasalah ayah Ika tu. Bukannya nak dengar cakap kita ni. Alasannya, tangkap ikan kat kawasan sini-sini aje. Tak bahaya. Bukannya dia pergi ke tengah laut, Mak Wan membalas sambil menuang teh ke dalam cawan.
Ayah tu memang. Degil sangat. Dah berbuih Abang Afi nasihatkan dia suruh duduk rumah, tak payah buat kerja. Tapi, ada ayah nak dengar Ayah buat derk aje ada la.. Ika sambung membebel.
Abang sulungnya, Afi Luqman sering mengingatkan Ika supaya tak membenarkan ayah mereka mencari rezeki di lautan lagi. Cukup dengan wang dikirimkan abangnya pada setiap bulan, memadailah untuk ayahnya goyang kaki. Tak perlu susah payah cari sesuap nasi.
Afi Lukman seorang doktor dan masih bujang dan selalu sahaja memasukkan wang ke dalam akaun bank Ika supaya diberi pada ayah mereka dengan tujuan menyara kehidupan keluarga.
Okeylah, mak. Ika pergi dulu ya Dah lambat sangat ni. Nanti berleter pula Puan Hasnah.
Erm, yalah. Hati-hati bawa motor tu, pesan Mak Wan pada Ika yang sudah berada di tangga untuk menyarung selipar.
Yalah, mak! Laung Ika dan terus mendapatkan skuter pinknya yang dibeli Afi Lukman.
Pada awalnya, dia menolak pemberian itu kerana tak mahu menyusahkan Afi Lukman. Tapi, abangnya tetap dengan pendirian. Kasihan melihatnya bersusah payah ulang-alik dari rumah ke kelas menjahit.
Ika ada duit ke Terjojol wajah Mak Wan di muka pintu jendela.
Risau kalau anak gadisnya tak cukup duit untuk dibuat belanja sepanjang hari berada di kelas menjahit. Yalah, nak balik makan tengahari di rumah, bukannya dekat. Jadi, terpaksalah anak daranya itu makan di luar.
Ika tersengih dengan menayang gigi tersusun rapi. Ada, mak, dia menepuk beg tangan sebelum menyilangnya ke bahu.
Mak Wan menggeleng sejurus skuter Ika menyusur perlahan di atas jalan tar yang tak diturap elok. Apalah nasib anak gadisnya. Dah jadi tunang orang pun macam tak ada apa-apa kesudahan.
Che Jah dan Che Long tu pun satu. Kalau betul anak lelaki mereka dah kahwin dengan perempuan lain seperti digembar-gemburkan orang kampung selama ini, tak boleh ke mereka bertandang ke rumah untuk putuskan saja pertunangan Dia dan suaminya bukan nak marah. Cuma rasa terkilan tu adalah sedikit. Bohonglah kalau dia dan suaminya tak rasa apa-apa. Dmana dengan status kau sekarang Kau AH lama kau jadi tunang orang. Macam
masih jadi terikat orang lagi ke Kalau putus, cakaplah putus. Nanti senang abang aku nak masuk meminang kau, Mek Jijah menyenggol bahu Ika sambil menayang sengih.
Dari dulu dia berharap Ika jadi kakak iparnya. Dahlah cantik, baik budi pekerti dan selalu tolong dia, mana boleh lepas ke tangan lelaki lain kecuali abangnya
Ika mencebik. Tak habis-habis Mek Jijah mahu mengenenkan dia dengan Wan Hafiz. Entahlah, Jijah. Aku pun tak tahu apa sebenarnya status aku sekarang ni. Nak kata bertunang, tapi tunangnya tak ada. Nak kata putus, tapi mak aku cakap pihak lelaki tak pernah hantar sebarang tanda untuk putuskan pertunangan. Ish, malaslah aku nak fikir.
Dia betulkan tali inci yang tersangkut di leher. Kepala tak gatal, mula digaru-garu. Tak kuasa dia nak layan soalan maut Mek Jijah. Buang karan je. Pening kepalanya apabila memikirkan masalah itu. Masalah yang tak pernah selesai.
Macam isteri digantung tak bertali. Nak berkawan dengan lelaki pun, dia terpaksa fikir banyak kali. Bimbang kalau jadi buah mulut orang kampung. Yalah, semua orang kampung tahu dia adalah tunang orang.
Sampai sekarang, satu nama itu masih kekal dalam kepala. Gambarnya ada. Bukan tak ada. Tapi, gambar tujuh tahun lalu ketika lelaki itu berusia 22 tahun.
Tentu sekarang mukanya dah berubah. Kalau mereka selisih bahu, belum tentu dia dapat cam.
Haila... kesian aku tengok kau ni. Kalaulah aku boleh tolong kau, bukan ke bagus
Kau nak tolong aku macam mana
Tolong paksa tunang kau yang halimunan tu supaya kahwin dengan kau secepat mungkin, Mek
Jijah tergelak.
Ika mencemik. Mek jijah kalau bergurau langsung tak masuk akal. Tak peduli kata-kata Mek Jijah, Ika menyambung kerja. Meletak pembaris kayu panjang pada kain yang nak ditoreh dengan kapur.
Agak-agaklah kan, kalau lelaki tu muncul dan dia terus nak kahwin dengan kau. Macam mana Mek Jijah menyoal lagi. Dia benar-benar ingin tahu.
Ika berhenti buat ukuran pada kain. Nampaknya, dia sedang berfikir sesuatu. Aku akan cakap dengan dia yang aku dah tak minat nak jadi isteri dia. Baru padan dengan muka. Siapa suruh dia buat aku macam ni, kan Ika berseloroh. Itu hanya jawapan kosong yang tak memberi apa-apa erti padanya.
Tak hairanlah aku dengan lelaki yang lupa diri tu. Mungkin sekarang dia dah senang lenang hidup di Johor Bharu. Dah dapat kerja bagus. Mana nak ingat kampung lagi dah. Entah-entah ada perempuan lain. Mungkin sudah berkahwin seperti apa yang dia dengar dari mulut orang-orang kampung yang suka bergosip. Lebih-lebih lagi geng Cik Kiah yang suka duduk atas pangkin bawah pokok di waktu petang.
Ish, kau tak rasa rugi Bukan ke tunang kau tu belajar kat luar negara Kalau kerja, gaji mahal tau.
Eleh... Peduli apa dia pernah belajar luar negara Gaji mahal sekalipun, aku tak hairan. Lagipun, aku malas fikir fasal dia. Cuma aku nak pastikan, biarlah mak ayah aku serius sikit dengan keluarga lelaki tu tentang kedudukan aku. Tak selesalah hidup macam ni. Nak bergerak pun susah. Kalau nak ke mana-mana, mesti mak aku akan cakap, baik-baik awak tu tunang orang... Ika mengajuk kata-kata Mak Wan.
AMNI bawa sarapan untuk Idlan. Sejurus dulang diletak, dia menyedari Idlan sedang mengelamun.
Are you okay, Encik Idlan
Pertanyaan Amni tak diendah.
Encik Idlan... sekali lagi dia memanggil.
Hailaaa... Encik Idlan ni. Problem lagilah tu dengan isteri dia. Tak habis-habis masalah rumahtangga. Muka handsome pun dah tak handsome kalau setiap hari datang office macam muka tak siap. Kutuk Amni dalam hati. Berani dia nak kata macam tu depan Idlan Nanti tak fasal-fasal Idlan jegilkan mata. Mahu kecut perut dia nanti, barulah padan muka sendiri.
Idlan segera membetul duduk. Lamunannya
terbang. Hah, okey. Saya okey.
Entah bila masa pula si Amni terpacak kat sini Langsung dia tak sedar apa-apa. Macam manalah dia nak sedar kalau dalam kepala asyik mengenang masalah rumahtangga saja Aduhai Idlan...
Nampak Encik Idlan macam tak sihat aje Soal Amni. Sekadar mengambil berat soal kesihatan bos sendiri.
Saya sihat.
Sure
Ya. Awak jangan risaulah. Mana sarapan saya
Amni mendekatkan dulang ke arah Idlan sebelum dia meminta diri untuk beredar. Sejurus Amni keluar, dia segera didekati Mia. Rakan sekerja yang sering menjadi tempat untuk bergosip.
Apa kena dengan Encik Idlan pagi ni Monyok aje Tanya Mia sambil melabuh duduk di hadapan Amni. Kalau jadi bahan gosip, bagus ni.
Amni yang baru saja membuka fail, menutupnya semula apabila soalan itu menampar telinga. Berminat dia nak jawab kerana dia juga sering tertanya.
Entahlah, Mia. Aku tak tahulah. Tapi, aku syak dia ada masalah dengan Puan Irdiana.
Ye ke Mia beriak ingin tahu. Dia menongkat dagu.
Amni jongket bahu. Dia tak pasti samada telahannya betul atau tak. Aku syak aje. Lagipun bukan kau tak tahu Puan Irdiana tu. Angin satu badan. Dia kan, selalu datang sini buat kecoh Bukan saja Encik Idlan pening kepala. Dato Arshad pun sama.
Mia terangguk-angguk. Masih segar diingatannya beberapa kejadian lalu. Dia mahu terus bergosip, tapi hasratnya terpaksa dibatalkan apabila Dato Arshad muncul.
Amni, bos awak dah sampai Saya nak jumpa dia, Dato Arshad membetulkan kaca mata. Dah tak sabar dia nak jumpa Idlan. Nak tahu perkembangan terkini mengenai rumahtangga anak menantunya yang dirasakan goyah kebelakangan ini.
Dia terpaksa menemui Idlan untuk bertanyakan hal itu di pejabat kerana Idlan dan Irdiana sudah lama tak menunjukkan muka di rumahnya. Kalau diikutkan, dia tak suka mencampur-adukkan hal peribadi dan urusan kerja.
Kehadiran berulang kali Irdiana di pejabat Idlan dengan menunjuk sikap protes, menguatkan lagi telahannya. Macam ada yang tak kena dengan hubungan suami isteri itu. Lebih menambah keyakinan Dato Arshad apabila Irdiana sering meminta wang yang banyak dari Idlan untuk berbelanja sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pada menantunya.
Itulah disuruhnya Irdiana bekerja, tapi Irdiana tetap berdegil dan malas. Asyik nak meminta aje kerjanya. Macam manalah Idlan boleh sabar Dia sendiri hairan dengan sikap Idlan. Terlalu manjakan sangat Irdiana.
Amni berdiri sambil hujung jari menekan butang interkom. Sekejap ya, Dato.
Erm, balas Dato Arshad sepatah sambil bermain-main pada janggut yang hampir memutih keseluruhannya.
Encik Idlan, Dato nak jumpa.
Suruh dia masuk.
Talian interkom dimatikan sebelum Amni memberi isyarat pada Dato Arshad untuk memasuki bilik pejabat Idlan. Apa hal pula Dato Arshad nak jumpa bos dia di awal pagi macam ni Tengok muka macam stress aje. Erm, ada hal keluarga agaknya. Amni jongket bahu tanda tak peduli kalau mereka ada urusan anak-beranak.
Pintu bilik diketuk. Idlan berdiri sebelum sempat menghabiskan sarapan. Ayah mentuanya muncul di pagi hari menerbitkan resah di dada. Aduhai... ada hal apa ni Tak pernah Papa nak jumpa dia pagi-pagi macam ni Mesti nak tanya fasal Ir. Aku nak jawab apalah nanti. Takkan nak buruk-burukkan Ir depan Papa
Kamu baru sarapan Soal Dato Arshad apabila terpandang dulang di atas meja kerja menantunya. Memang tak syak lagi. Kalau Idlan bersarapan di pejabat, tentu anak perempuannya masih terbongkang di rumah. Tidur lagilah jawabnya tu. Apalah nak jadi.
Ya, Papa, jawab Idlan ringkas. Janganlah Papa syak apa-apa. Sungguh tak larat dia nak bersoal jawab. Kenapa tak sarapan di rumah Sengaja soalan
itu terbit dari bibir Dato Arshad. Teringin sangat dia nak tahu apa jawapan Idlan.
Idlan tersenyum nipis. Tak tahu macam mana nak jawab. Kepala yang tak gatal digaru. Err... saya bangun lambat. Tak sempat nak sarapan kat rumah tadi, dia mencipta alasan.
Seboleh-bolehnya mahu menutup rahsia Irdiana yang semakin malas menyediakan sarapan. Tahu nak tidur aje. Mengantuklah, penatlah. Macam-macam alasan. Namun, masih ditanganinya dengan penuh rasa sabar.
Dato Arshad mengerutkan kening. Tak percaya dengan alasan Idlan. Dia menanggalkan satu butang kot sebelum menarik kerusi untuk melabuh duduk.
Betul ke kamu bangun lambat Selama Papa kenal kamu, tak pernahnya kamu lewat bangun. Sudahsudahlah tu, Papa tahu kamu tak pandai berbohong
Idlan tunduk sebelum dia duduk semula. Aduhai Papa. Janganlah syak yang bukan-bukan.
Kamu yang bangun lambat atau isteri kamu tu yang bangun lambat Dia tak buat sarapan untuk kamu, kan Dato Arshad membuat telahan. Bebola mata Idlan dipanah tepat. Si menantu melarikan anak mata ke arah lain. Itu tandanya, Idlan sedang berbohong.
Lan.. panggil Dato Arshad apabila Idlan hanya berdiam diri. Resah di wajah Idlan menambah rasa sangsi di hati.
Ya, Papa.
Terus-terang saja dengan Papa. Macam mana cara Ir layan kamu sekarang Dato Arshad menegak badan. Dipandangnya Idlan dengan bersungguhsungguh. Dia tahu, Idlan seorang lelaki yang pandai simpan rahsia. Suka memendam rasa.
Idlan menghela nafas. Ditolaknya dulang ke tepi.
Ir okey. Kami baik-baik saja. Dia masih layan saya sama macam dulu.
Dato Arshad memicing mata. Tak percaya dengan kata-kata Idlan. Dia tahu, Idlan sedang membela Irdiana.
Boleh Papa percaya
Idlan diam. Hanya anggukan saja diberikan. Tolonglah Papa. Jangan tanya apa-apa fasal Ir. Dia dah tak sanggup nak menipu. Hatinya merayu.
Okey. Selagi dia tak datang ke sini dan buat kecoh macam dulu, Papa percaya dengan cakap kamu, ujar Dato Arshad. Bunyi seakan mengugut. Pandai betul menantunya nak menyokong Irdiana. Buat-buat bodoh, ya Lambat-laun Papa akan tahu juga masalah kamu berdua. Tak perlu simpan-simpan.
Saya janji. Perkara macam tu takkan berulang lagi, Idlan memberi jaminan walau dia sendiri tak pasti.
Sikap Irdiana sukar diramal. Manalah tahu lain kali Irdiana akan datang menyerang pejabat lagi. Sungguh malu pada pekerja-pekerja kalau kejadian itu berulang. Mana nak diletak mukanya ni Jatuh maruah dia sebagai suami di hadapan semua orang.
Ada hal apa Papa datang jumpa saya Dia cuba mengalih topik. Tak mahu lagi diasak dengan soalan serupa. Jerih sungguh rasanya.
Dato Arshad senyum sebaris. Dia tahu, Idlan tak selesa bila bersoal jawab mengenai Irdiana. Kamu tu dah lama tak balik ke rumah. Mama rindu sangat dengan kamu. Sekali-sekala, baliklah. Bawa Ir tu sekali. Jangan asyik sangat kamu nak mengalah dengan dia, kata Dato Arshad berbaur nasihat.
Idlan mengangguk. Insya-Allah. Nanti kami balik jumpa Mama.
Kali ni jangan pula ada alasan. Si Ir tu, selalu sangat nak mengelak jumpa dengan Mama. Papa tahu, Ir tak suka dengar Mama dia membebel.
Idlan tunduk. Halkumnya bergerak-gerak, meneguk liur berkali-kali. Papa, Ir tak macam tulah. Masih nak membela nampaknya dia.
Erm, itulah kamu. Beri muka sangat pada Ir sampaikan Papa dan Mama tak boleh nak kata apa langsung pada dia. Nasihat sikit, melenting. Cakap sikit, merajuk. Kalau dengan kamu, agaknya tentu bertambah melampau perangai dia, ulas Dato Arshad dengan riak tak puas hati.
Dia tahu, selama ini Idlan cuma membela dan menyokong tindakan Irdiana. Sebab itulah anak perempuannya makin naik tocang!
Cubalah kamu terus-terang dengan Papa. Apa sebenarnya berlaku pada rumahtangga kamu Papa nampak sangat yang kamu dah tak bahagia macam dulu. Irdiana tu, sesuka hati dia saja nak buat apa. Boros berbelanja. Kamu jangan ingat Papa tak tahu, sambung Dato Arshad lagi tanpa memberi peluang untuk Idlan membuka mulut.
Kali ini, jangan harap Idlan dapat menyokong tindakan Irdiana lagi. Walaupun Irdiana anak kandungnya, tapi kalau dah buat salah, ia tetap menjadi salah.
Idlan mati kutu untuk memberi penjelasan. Lagipun, untuk apa dia membuka pekung kisah rumahtangga sendiri Maruah isterinya itu samalah dengan maruahnya, perlu dijaga walau buruk mana sekalipun.
Papa, saya minta maaf. Saya tak boleh terangkan apa yang berlaku dalam rumahtangga saya. Kalau Papa dapat tahu dari mulut orang lain, saya tak kisah. Asalkan Papa tak tahu dari mulut saya sendiri. Pendirian saya jelas. Hal-hal rumahtangga tak sepatutnya saya ceritakan pada orang lain.
Jadi kamu anggap Papa ni orang luar
Bukan macam tu maksud saya, Idlan menafikan.
Dato Arshad menanggalkan cermin mata. Memerhati seraut wajah menantu yang amat disayangi. Bukan niat nak masuk campur atau mengorek segala keburukan anak perempuan sendiri. Tapi, dek kerana terlalu sayangnya dia pada Idlan inilah yang membuatkan hati tuanya meronta-ronta ingin tahu.
Tak apalah kalau kamu tak mahu cerita. Cuma satu saja yang Papa nak pesan. Jangan diikutkan sangat kehendak Ir. Jangan terlalu dengar cakap-cakap dia. Nanti makin dipijaknya kepala kamu, Dato Arshad beri peringatan sebelum dia berdiri.
Hai... susah bercakap dengan Idlan ni. Tak sudahsudah nak menangkan Irdiana. Kenapalah sampai macam tu sekali Sayang benar agaknya. Kalau lelaki lain, dah lama cari pengganti. Mungkin juga sanggup berpoligami semata-mata mahukan layanan terbaik dari isteri. Tapi, Idlan ni lain. Dia tak sama macam lelaki yang bersepah di luar sana. Cukup bertuah Irdiana dapat suami macam Idlan. Atas sebab itulah dia sayang sangat dengan menantunya ini.
Idlan turut sama berdiri, menghormati ayah mentua yang ingin beredar. Perasaan lega memenuhi ruang dada apabila mentuanya tak lagi bersoal jawab mengenai Irdiana.
Sebelum Dato Arshad memulas tombol pintu, dia berpaling. Habiskan sarapan kamu sebelum buat kerja. Kalau buat kerja dengan perut kosong, bukan ke tak elok untuk kesihatan Papa keluar dulu. Lebih baik keluar cepat-cepat sebelum mulutnya ini lebih banyak menyoal itu dan ini. Kasihan melihat Idlan yang sedang bersarapan, tiba-tiba pula terganggu dengan kehadirannya.
Idlan sekadar mengangguk sambil memerhati Dato Arshad menapak keluar. Dia menarik nafas lega. Kalau ayah mentuanya masih ada, jenuhlah dia nak jawab dan terangkan satu per satu macam mana sikap Irdiana sejak akhir-akhir ini.
Tubuh dihenyak pada kerusi empuk sebelum tangan menarik dulang untuk menghabiskan sarapan. Dia perlu makan untuk mengisi perut. Kalau bekerja dengan perut lapar, sangatlah mengganggu konsentrasinya.
Selesai bersarapan, dia menarik laci untuk mengambil buku catatan harian. Dah lama dia tak mencoret sesuatu. Segala yang terpendam di hati dan berkaitan dengan Irdiana, akan diluahnya dalam buku hitam itu. Dah macam perempuan pula aku ni. Suka meluah perasaan dalam diari. Rungutnya sendiri.
9 OKTOBER 2013
Malam tadi kami bergaduh lagi. Macam biasa, aku lebih banyak mengalah. Aku masih mampu bersabar dengan sikap Ir. Biarlah dia buat apa pun, aku akan cuba bertahan.
Pagi ni Papa datang jumpa aku. Bertanyakan tentang Ir. Aku tak mahu buka mulut. Aku tak mahu sikap Ir buruk di mata Papa. Kalau buruk di mata aku tak apa.