Kalau tak ada benda nak buat pun, pergilah bersenam. Tasik dekat Universiti Malaya tu tak pernah penuh pun dengan orang. Bukan kena bayar apa-apa pun. Tak sampai lima minit kalau berjalan. Nampak, tak ada benda nak buat tu hanya alasan untuk memanjakan diri sahaja. Dan jawapan yang sebenar-benarnya ialah penyakit M. Korang tahu penyakit apa tu Ya, penyakit malas. Jadi, kiranya ini satu perkembangan yang positiflah. Aku dah bangun awal. Buat sesuatu yang mungkin tak ada faedah, tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba untuk buat sesuatu bukan.
Aku sambung cerita semalam. Lepas solat Jumaat, hujan lebat di luar sana. Aku lihat katil dan bantal ibarat memanggil-manggil aku minta untuk ditemankan. Kelopak mata aku pun berat ibarat bebanan 5 tan sedang ditanggungnya. Feel menulis sudah bertukar kepada tidur. Jadi biarlah aku beradu dahulu. Malam ni aku nak tengok tetaer kompolasi, Aku Manusia Berdosa dekat Stor Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aku bangkit tidur lebih kurang jam 6.30 petang. Itu pun selepas floormate merangkap classmate aku telefon. Nama dia Qiu (Bukan nama sebenar).
Dekat kolej hujan tak Qiu
Hujanlah. Tapi pergi tetap pergi okay Aku
Okay. Aku gerak ke kolej lepas maghrib. Aku amik kau, then kita terus ke stor DBP k Qiu
Okay set Aku
Hujan masih lebat tapi aku bertegas untuk pergi juga menonton teater itu. Mungkin kerana hujung minggu, ditambah lagi dengan semalam merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke-21. Jadi aku anggap ia sebagai hadiah kepada diri sendiri sempena ulang tahun tersebut. Sedihkan, secara jujur aku tak menerima sebarang hadiah. Sekadar ucapan yang jumlahnya tak sampai 20 orang. Tapi jangan ingat aku menagih semua itu ya. Aku tak kisah pun sebenarnya. Sebab aku berpegang pada prinsip,
Jangan ingatkan bila aku akan lahir, tapi ingatkan bila aku akan mati..
Qiu. Anak kedua daripada empat orang adik beradik. Berasal dari Teluk Intan, Perak tapi telah lama menetap di Kuala Lumpur. Persahabatan kami betul-betul rumit. Aku pun tak tahu kenapa aku cakap macam tu. Aku dan dia betul-betul berbeza keseluruhannya. Kadang-kadang, susah untuk aku fahami dia dan kami tidak boleh dikategorikan sebagai kawan satu kepala. Tapi percayalah, perbezaan itulah yang menjadikan kami rapat. Kami bergaduh, tapi kemudian kami berbaik semula. Kami selalu berselisih pendapat, tapi kami cuba selesaikan. Ini cuma pendapat aku terhadap dia tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Tapi aku tak tahulah apa anggapan dia terhadap aku. Sebab kami ni berbeza.
Berkenaan teater, si Qiu jemput aku dekat kolej kediaman sekitar jam 8.00 malam. Kira lepas Maghriblah kami gerak ke Stor DBP. Untung ketika itu, hujan sudah reda. Hanya gerimis halus mengiringi pemergian kami. Ayat macam nak mengiringi jenazah je. Sampai je, kami terus dapatkan tiket. RM20.00 je. Kira berbaloilah hadiah hari lahir untuk aku tahun ni. Kan Jumpa dengan Faisal Mustafa. Eksekutif Rumah Anak Teater (RAT).
Assalamualaikum bang Qiu
Waalaikumussalam FM
Props macam mana bang Qiu
Ada. Tapi kalau kau nak, kau kena datang rumah amiklah. Semua ada dekat rumah aku. Setakat ni yang kau nak tirai jela. Kalau kau nak apa-apa lagi, beritahulah. Apa yang aku boleh tolong, aku tolong FM
Okay bang, terima kasih. Ni dia Hafiz. Stage Manager untuk teater yang saya nak buat tu Qiu
Oh okay. Baguslah korang ni. Tak ramai yang macam korang ni. Ke sana sini bersusah payah nak buat teater. Event budak lepasan U yang amik bidang ni pun diorang tak buat teater FM
Takde apelah bang. Si Qiu ni banyak tengok teater. Why not dia try buat satu berdasarkan pengalaman dia Aku
Oh okaylah. So enjoy teater malam ni. Terima kasih datang. Pasal teater korang tu, nanti korang roger aku jela eh FM
Okay Aku dan Qiu
Dalam keadaan hujan, perut pun lapar. Tak makan apa lagi ni. Nak tak nak, kena tunggu habis show baru boleh makan. Nak dipendekkan cerita, show habis lebih kurang jam 10.30 malam. Kami join pulak sesi soal jawab. Banyaklah persoalan yang diutarakan. Antara yang menjadi persoalan utama ialah tentang jalan cerita, plot dan props. Oh, tentu korang tak faham sebab aku belum cerita apa-apa tentang teater tu. Tajuk teater ni ialah Aku Manusia Berdosa. Kompilasi dua buah teater iaitu Kampung Chetek serta Jue dan Meo.
Kampung Chetek mempunyai lebih kurang 12 babak yang dilakonkan oleh seorang pelakon. Antara watak yang dilakonkan ialah seorang isteri kepada suami yang curang, seorang ibu kepada enam orang anak, seorang anak kepada seorang ibu tunggal, seorang guru yang difitnah sebagai perampas suami orang, seorang pelacur murahan di pekan dan juga sebagai pencerita dalam teater ini. Menggunakan teknik monodrama, teater ini mengangkat fahaman feminisme yang mana mengangkat kedudukan wanita di mata masyrakat.
Teater ini berkisarkan tentang seorang wanita kampung yang tidak mempunyai pelajaran tinggi dan sebarang pekerjaan. Hidupnya dihambakan untuk suami dan anak-anaknya sahaja. Cinta dan kasihnya yang terlalu agung buat suaminya telah menjadi benteng yang utuh daripada menerima sebarang keburukan dan perangai jijik suaminya.
Suaminya yang bekerja sebagai salah seorang kerani am rendah di agensi kerajaan merupakan seorang kaki perempuan. Selalu mengunjungi rumah pelacuran murah di pekan. Tidak cukup dengan itu, dia juga seorang pengintip tegar di kampung. Sasarannya ialah bilik mandi yang terdapat di luar-luar rumah. Perbuatan terkutuknya itu dapat dihidu oleh orang kampung sehingga perkara ini menjadi buah mulut orang kampung. Tapi bagi si isteri, dia menganggap perkara itu hanya bawaan mulut orang kampung yang cemburu akan kebahagiaan mereka. Bahagiakah
Klimaks teater ini ialah apabila si suami cuba melamar seorang janda berhias yang juga seorang guru. Namanya Cikgu Timah. Dia yang kematian suami ketika di awal perkahwinan mereka dituduh membawa sial oleh keluarga mertuanya. Sebagai seorang menantu perempuan, tiada apa yang boleh dilakukan selain memendam rasa sahaja. Tohmahan yang diterima menjadi lebih hebat apabila si suami menghantar rombongan meminang Cikgu Timah. Semua konflik terlerai apabila si isteri menghadapi tekanan yang melampau lalu membunuh kesemua keenam-enam anak mereka. Teater ini sebenarnya mengajak kita berfikir. Di bahu siapakah kesalahan itu harus diletak Adakah salah si isteri Salah si suami Atau mungkin Cikgu Timah Mungkin juga masyarakat yang sentiasa memandang enteng perkara-perkara sebegini
Habis teater pertama, pihak produksi berhenti berehat selama 15 minit. Masa itu baru aku perasan, ramai juga yang hadir. Ada yang datang dengan bas, dan ada juga yang datang secara orang perseorangan. Aku pun keluar mengambil angin. Berjalan sekitar DBP. Terletak di kawasan Bukit Bintang, menjadikan DBP meriah dengan limpahan lampu dan aktiviti para penghuni kota yang tak pernah tidur dalam erti kata kehidupan sosialnya.
Teater kedua bermula sekita jam 9.45 malam. Teater ni sebenarnya yang aku tunggu-tunggu. Teater yang bertajuk Jue dan Meo merupakan singkatan untuk Romeo dan Juliet. Berkisar berkenaan keagungan cinta sesama manusia. Keagungan cinta antara Romeo dan Juliet. Siapa tidak tahu, karya agung William Shakespeare yang telah membawa fenomena ke serata dunia lebih kurang seabad lalu. Pengkisahan jalan cerita teater ini telah disesuaikan dengan ciri-ciri ketimuran. Mempunyai lima bab yang akan membawa penonton kepada kronologi hubungan percintaan mereka.
Bermulalah bab perkenalan, permulaan cinta, konflik, penyelesaian dan peleraian. Bila aku menonton teater ini, baharu aku sedar cinta agung sekalipun, pasti akan ada badai yang melanda. Konflik yang cuba diutarakan dalam teater ini ialah Meo yang seolah-olah sudah bosan dengan hubungan cinta mereka. Tetapi ini hanya pandangan pada firasat Jue sahaja. Jadi sebagai seorang wanita, Jue menuntut janji dan bukti kesetiaan cinta mereka terhadap Meo.
Maka terjadilah beberapa babak yang melucukan di antara mereka dalam suasana romantik. Mereka sentiasa mempersoalkan kenapa itu dan kenapa ini. Bagaimana itu dan bagaimana ini. Penghayatan yang berjaya dibawa oleh pelakon sehingga penonton terbuai dek belaian cinta mereka. Pada pendapat aku, teater ini sangat rapat dengan aku. Bukan kerana aku sedang hangat bercinta. Tapi kerana aku sedang berperang dengan diriku sendiri, berkenaan cinta.
Jadi aku harap korang fahamlah sedikit sebanyak tentang teater ni. Kalau tak faham pun, buat-buatlah faham okay. Habis teater, aku terus balik kolej. Sebelum tu, singgah Amjal (nama kedai makan). Lapar kot. Sampai jaga kolej, aku berkata,
Habis aku. Mesti kena ni. Patutnya kena balik sebelum pukul 11.00 malam. Sekarang dah pukul 12.00 Aku
Aku pun dengan berbudi bahasa bagi semalam dekat pak cik jaga tu. Aku minta maaf sebab balik lewat dan aku nyatakanlah aku dari mana dan sebab apa. Tapi dengan selamba pak cik tu jawab,
Teater tak teater dik, nama tetap kena tulis! Pak Guard
Aduh, rilekslah pak cik. Aku bukan sengaja pun. Dengan hari hujan lagi. Esok bukan ada kelas. Nak tak nak, kena bagi jugalah nama tu. Habis kena blacklistlah nama aku. Niat dalam hati, esok kalau aku kena panggil dekat pejabat aku bagi penjelasan dekat pihak pengurusan. Mesti diorang faham. Nama memang kena bersihkan. Aku nak duduk sini lama lagi kot. Tapi aku taklah marah sangat dekat pak cik jaga ni. Aku faham dia jalankan tugas dia. Dah memang tugas dia macam tu. Takkan kita nak marah-marah pula. Terima kasih jugak dekat Qiu sebab bawak aku pergi tengok teater ni. Standing ovation sikit, hee.
Aku rasa dah banyak aku membebel ni. Aku pun dah bosan. Baik aku berhenti dulu. Nanti aku sambung lagi tapi mungkin bukan hari ni. Sebab ada kerja nak buat. Nampak, sebenarnya memang ada kerja nak buat. Cuma penyakit M tu je yang dah jadi kanser dalam diri ni. Dan aku sedang bagi komitmen dekat diari ni. Jadi kalau nak tulis hari-hari tu memang payahlah sikit sebab aku sedang cuba. Aku ulangi sekali lagi, aku sedang cuba okay. Tapi jangan risau. Nanti aku sambung lagi. Bercerita tentang hati pula. Jadi tunggu.