Pertanyaan Hasya tatkala menanggalkan kasutnya sebelum menyarung selipar bulu yang tersedia. Yes, but shes with a customer right now, jawab wanita muda dari Filipina itu sebelum mempersilakan Latifah Begum untuk ke bilik rawatan kecantikan ala pesawat kapal terbang; satu konsep kontemporari yang ternyata cukup unik.
Hey Angela my angel.. dont forget to do Brazilian Wax for Miss Tipah yeah pull all the hair out from the root; everything out, not to mention her VJJ as well, gurauan Hasya yang menyebut VJJ; singkatan dari perkataan vagina itu, disambut tawa gemuruh Angela dan Marlia, apatah lagi melihatkan aksi mamanya yang terkebil-kebil menahan malu.
Hasya malu akak! Tak naklah Brazilian.. waxing half leg dengan armpit aje, macam biasa, kata Latifah Begum sebelum digesa masuk ke sebuah bilik mirip cockpit penerbangan oleh Angela yang merah muka dek menahan tawa.
Marlia dan Hasya di ruang santai Apron Bay sementara menanti Latifah Begum membuat rawatan kecantikan. Suasananya yang sungguh cosy diwarnai kusyen-kusyen empuk sangat mendamaikan hati seolah merasa seperti di kediaman sendiri. Mereka bersembang, bercerita itu dan ini tentang pelbagai topik. Hot Topic kali ini: Madonna dan kekasih mudanya, Brahim Zaibat! Marlia dengan selamba bertanya, Hasya, what do you think of Madonnas new toyboy
Tanpa berfikir panjang, Hasya menjawab, Well I think its great! Age is but a number. Kalau ikutkan beza umur 29 tahun antara Madonna dan Brahim, my potential boyfriend now could only be like 11- year- old, since Im 40! Too bad I cant even touch him otherwise i will be convicted as a child molester!
Kata-kata Hasya itu sekali lagi menggeletek hati Marlia hingga membuatnya ketawa pecah perut. Dia, gadis comel penuntut Mascom UiTM Shah Alam, matang disebalik usianya yang baru mencecah 19 tahun. Mungkin disebabkan perdedahan kepada realiti yang ditekankan oleh mamanya sejak azali lagi, secara tidak langsung mendewasakan diri Marlia.
Satu yang sangat dikagumi Hasya ialah kerja keras Latifah Begum sebagai agen hartanah dalam membesarkan anak-anaknya setelah suaminya Rahmat jatuh sakit sejak tujuh tahun yang lalu yang kini hanya mampu
terlantar akibat Dementia yang semakin memamah kekuatan serta jati dirinya sebagai manusia. Adakah lagi maruah yang tinggal pada Rahmat andai segala apa yang sepatutnya menjadi rahsia diri, kini sudah menjadi tatapan sehari-hari buat pembantu atau sesiapa jua yang terpaksa menguruskan kencing beraknya Memandi serta memakaikan seluar bajunya Latifah Begum sentiasa berdoa moga dia, keluarga serta mereka yang rapat dengannya tidak menerima nasib yang sama di kemudian hari... dan doa itu sering diaminkan Hasya. Amin.
Menyedari gelak ketawa Marlia yang berpanjangan seiring dengan aksi-aksi Hasya yang menari-nari di depan cermin yang menghiasi segenap ruang sambil menyanyi lagu Like A Virgin, Ashley, wanita Cina yang lemah-lembut dan bersopan; si empunya spa dan butik kecantikan, turut meraikan Hasya, pelanggan yang disifatkannya sebagai paling ceria dalam sejarah dengan membawa bersama cookies dan teh.
Sambil menghulurkan piring kepada Hasya, Ashley menyapa, Wah only by looking at you, even sad people would know how to laugh again, Hasya!
Hasya tidak menunggu lama sebelum biskut beralih tempat dari piring ke mulut mungilnya. Ashley tersenyum sambil berlalu pergi sebelum kembali semula beberapa saat kemudian dengan seorang wanita muda yang mendukung anak kecil. Turut kelihatan, pembantunya mungkin yang memegang botol susu.
Thanks Ashley by presenting me with these free cookies , its automatically cemented first class of beauty experience as the Apron Bays motto!
Kanak-kanak itu terserlah bulat matanya melihat Hasya yang melafazkan kata-kata tersebut dengan aksi pramugari yang mengalu-ngalukan penumpang di pesawat sambil mengunyah biskut penuh di mulut. Hasya kemudian berbisik kepada Marlia, Kita tengok siapa yang kena!
Dia kemudiannya mendekati anak comel itu sambil mengacah-acahnya dengan wajah lucu sambil bertepuk tangan. Ibunya yang dikenali sebagai Atika teruja apabila anaknya yang begitu asyik memerhati Hasya sambil ketawa. Qisya jarang nak dengan orang, kata Atika apabila bayi berusia enam bulan itu menghulur tangan kepada Hasya minta didukung. Ketika itu juga, Latifah Begum muncul sesudah selesai menjalani terapi, dengan wajah berseri-seri.
Terkesima melihat anak kecil yang begitu ralit bermain dengan Hasya, Latifah Begum bersuara, Hasya.. budak ni suka kat awak! Ini tandanya awak dah bersedia nak jadi ibu!
Atika yang kini mula dipersiapkan oleh Angela untuk rawatan manicure, turut tersipu.
Ha kak Tipah jangan banyak cekadak! Budak ni suka kat Hasya mungkin sebab dia ingat Hasya clown, kot!
Itu penjelasan relevan Hasya sambil terus mengagah anak kecil itu sebelum berkata, and furthermore, it takes a lot to be my daughter; shes got to be a ballerina and pianist with a Masters Degree in Mathematics from Oxford albeit the heart of the poet plus a capacity to push everybodys button, but deep inside shes nothing but a nothingness with a kind and generous spirit!
Hujah Hasya dengan slanga mat salehnya yang begitu petah sekali berucap dengan hanya satu nafas sahaja seolah ditemuramah oleh E-News; sekaligus membuatkan Latifah Begum terkedu, rasa meluat pun ada, kala mendengar slang Hasya setiap kali berbicara dalam Bahasa Inggeris.
Ha sebab kriteria dia hebat sangat, sebab itulah sampai sekarang dia tak lahir-lahir lagi!, sambung Hasya lagi sambil ketawa seraya menyerahkan baby Qisya ke dalam rangkulan Latifah Begum pula.
Latifah Begum sambil tersenyum payau membalas, Iyalah tu.. banyaklah awak punya cekadak! Baik cepat umur dah 40 tahun!
Hasya sambil menjeling-jeling ke arah Marlia yang sedari tadi terhibur melihat keletahnya, memberi isyarat mata kepada Hasya untuk mengenakan mamanya itu. Sambil memerhati kening Latifah Begum, Hasya berkata, Eh Kak Tipah kenapa kening tu berpantis Bukankah dalam Islam, haram hukumnya seorang Muslimah sejati lagi suci seperti Kak Tipah memantis kening
Latifah terkulat. Malia menyampuk, kuang kuang kuang mama dah kena!!!!!