"NAH!" Afiqa menghulurkan sehelai tisu kepada Katrina. Air mata merembes laju menuruni lekuk pipi gadis itu. Afiqa yang melihatnya Katrina ketika
itu sekadar menggeleng.
Sudah-sudahlah tu, Rina. Tak guna kau menangis sebab lelaki tak guna tu! nada suara Afiqa sedikit meninggi. Menzahirkan rasa geramnya.
Katrina menjeling tajam pada Afiqa. Bahu kembar angkatnya itu ditumbuk halus.
Aduh! Sakitlah! Kasar betul, Afiqa pura-pura marah.
Padan muka kau. Jangan kutuk dia lagi! marah Katrina.
Buat apa kau nak bela lelaki macam tu. Bukannya dia sayangkan kau pun, bicara Afiqa spontan.
Katrina semakin sebak. Tangisan dan raungannya semakin menjadi-jadi. Resah Afiqa jadinya. Bahu gadis itu pantas diusap lembut.
Aku mintak maaf, Afiqa cuba untuk memujuk, namun tidak menjadi pula apabila tangisan itu masih lagi sama nadanya. Aduh! Saat ini Afiqa sedang membayangkan dia sedang mengunyah telinga Riezal sampai putus. Jantan tak guna, kau punya pasallah ni!
Aku mintak maaf, Rina. Im so sorry.
Berkepul-kepul tisu dicapai Katrina. Dilap pula pipinya yang basah. Nafasnya yang tidak teratur itu, ditarik dan dihembus berulang kali sehinggalah dia kembali tenang.
Kau memang tak guna, Fiqa!
Bahu Afiqa dicubit Katrina perlahan. Bak kata orang cubit-cubit manja. Afiqa tergelak halus dengan perangai gadis itu.
Aku rasa aku kena pergi bercuti untuk tenangkan jiwa aku ni balik. Kau ikut aku selamba sahaja Katrina membalas dengan tangannya yang sibuk mengelap sisasisa air mata yang berguguran di pipinya.
Lambat-lambat, Afiqa mengangguk setuju.
Kau nak pergi mana
Afiqa mengajukan soalan lain pantas. Gelas jus oren di atas dulang yang terletak elok di atas meja kopi, dicapai lalu dihulurkan pada Katrina.
Nanti-nantilah aku fikir, Afiqa mengangguk sahaja. Segala rancangan kembarnya itu akan sentiasa disokong, selagi tidak bertentangan dengan agama.
Ikut suka hati kaulah. Asalkan kau bahagia!
KACA matanya dibetulkan posisinya agar selesa. Matanya merenung pada skrin komputer di hadapannya. Satu persatu ayat dibaca, kemudian diulang lagi. Mahu mencari kembali ideanya yang sudah hilang itu. Usai membacanya, bibirnya laju mengungkapkan kata dengan sendirinya.
Hah! Dah dapat idea! Papan kekunci ditekan laju, menulis itu dan ini mengikut setiap gerak tari jarinya. Tiba-tiba, jari-jemarinya terhenti. Dahinya berkerutkerut seperti menahan kentut seribu tahun lamanya untuk dilepaskan.
Kemudian... kemudian apa, ya Hah! Kemudian, Syarul menarik Fifi ke dalam dakapannya sebelum mengungkapkan.
Ting tong! Ting tong!
Kejap! Sebelum mengungkapkan mengungkapkan. Ting tong!
Mengungkapkan Mengukapkan! Ah! Dah tak ingat! Siapa tu marah Afiqa.
Bengang apabila ada orang yang menganggunya ketika dia sedang memberikan konsentrasi penuh pada penulisannya.
Ting tong! Ting tong! Ting tong!
Afiqa merengus! Ni dah lebih ni! Memang nak kena! Kakinya menapak laju ke arah pintu utama. Loceng itu masih juga belum berhenti daripada berbunyi. Afiqa melepaskan dengusan yang kasar! Nasib tak ada keluar asap dari hidung aku ni! Kalau tak, memang dah aku bakar pintu ni!
Pintu rumahnya dibuka.
Siapa
Mata Afiqa berlari-lari mencari di mana orang yang bermain dengan locengnya tadi. Ligat sekali mata itu mencari, namun hampa. Bayang pun tak kelihatan. Takkanlah hantu! Matanya tertancap pada pagar rumahnya apabila dirinya dirasakan bagaikan diperhatikan seseorang.
Lari! Lari! bising suara budak-budak yang bertempiaran berlari ke sana sini saat mata Afiqa tajam membunuh anak mata anak-anak kecil itu. Huh! Budakbudak ni. Memang sengaja nak cari pasal! Macam tak ada tempat lain nak main!
Pintu itu ditutup kembali. Kerusi di hadapan komputer ditarik lalu duduknya dilabuhkan di situ. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Mencari kembali moodnya untuk menulis. Dia perlu fokus. Tangannya diregangkan seketika. Ayat terakhir diulang baca.
Ting tong!
Afiqa merengus kasar. Siapa pulak tu Kalau budakbudak tu lagi, siaplah. Aku kejar sampai hujung kampung! Siapa Pintunya dibuka.
Tumpah se air. Tumpah dua air. Numu neja ne kia, sapene dikeair. Habbatum, merademmmm.
Bulat mata Afiqa saat melihat Hilman memetik gitar sambil menyanyi lagu Hindustan itu.
Suka tak soal Hilman sambil tersengih panjang. Giginya terserlah. Afiqa sekadar memberi senyuman sinis.
Suka Suka sangat. Thanks. Terharunya, balas Afiqa meluat. Nada suaranya seperti ditahan-tahankan sahaja.
Hilman tersenyum penuh makna, sangkanya kata-kata Afiqa itu semuanya benar. Topi di kepalanya, dibetulkan.
Dah tak ada apa-apa kan Fiqa nak masuk dulu. balas Afiqa seraya mahu menutup pintu rumahnya namun segera dihalang Hilman.
Tunggulah dulu. Kenapa awal sangat Baru aje jumpa. Tak puas lagi ni.
Tapi, Fiqa dah puas! Dah jemu! Fiqa ada banyak benda lagi nak buat ni! pintu itu mahu ditutupnya lagi. Saat pintu rumahnya mahu ditutup, Hilman lantang memanggil namanya. Afiqa merengus kasar.
Apa lagi bentaknya namun matanya membuntang apabila budak-budak tadi berdiri di hujung pagar rumahnya sambil mengangkat tinggi kertas yang dibawa mereka.
Matanya memerhati satu persatu perkataan itu.
I Love You.
Hilman mengeja satu persatu huruf itu.
Sudi tak Fiqa kahwin dengan Man
Afiqa tergelak kecil. Lebih kepada ketawa mengejek.
Auw sweet. Thanks. But, no!
Dum!
Pintu rumahnya ditutup sekuat hati. Kahwin Dia tidak pernah lagi memikirkan tentang itu semua.
Ting tong!
Ah! Lagi Matanya mengerling sekilas pada pemukul bola lisut yang disandarkan pada rak kasut di tepi bahagian pintu utamanya. Pemukul bola lisut itu dicapai.
Nak apa lagi, Man Nak aku sumbatkan pemukul bola ni ke dalam mulut kau marah Afiqa saat pintu itu dibuka. Geramnya semakin menjadi-jadi.
Weh! Apahal ni
Rina Huh, mana Hilman
Aku dah hambat dia. Dont worry!
Afiqa sempat melirik pada gadis yang sangat santai pakaiannya itu. Katrina siap membawa bagasi lagi. Bagasi Nak buat apa
Ada apa ni
Katrina tersenyum panjang.
CEPAT, Fiqa! Cepat! Katrina termengah-mengah berlari sambil membawa bagasinya. Penat betul! Tak cukup tanah dirasakannya bila dia berlari. Penat yang amat!
Sabarlah! marah Afiqa sambil membetulkan gengamannya pada beg bimbit yang mahu dibawanya. Sengal rasa segala sendi di lengannya.
Tak boleh! Dah lambatlah! Katrina berpatah kembali, berlari semula ke arah Afiqa. Lengan gadis itu ditarik Katrina laju. Panggilan terakhir penerbangan ke Bali sudah diumumkan menyebabkan dia semakin melajukan lariannya.
Sabar. Sikit aje lagi. Dah nak dekat tu!
Sesampainya mereka di kaunter, mereka segera mendaftar. Semuanya diuruskan oleh Katrina.
Dah siap! Lega! Katrina tersenyum manis. Bunyi riuh rendah yang secara tiba-tiba di KLIA itu menarik perhatian mereka.
Ada apa tu soal Katrina. Lehernya memanjang melilau ke sana sini.
Afiqa yang berdiri bertentangan dengannya turut mahu memusingkan badannya ingin melihat ke arah yang sama namun malang, bahunya tiba-tiba dilanggar seseorang dari arah belakang.
Aduh!
Afiqa tertunduk. Bahunya yang sedari tadi sengal, semakin sengal dirasakan. Lelaki yang terjatuh akibat terlanggarnya itu direnung. Lelaki itu lantas bangun dan berlari meninggalkan Afiqa begitu sahaja.
Apa kena dengan mamat tu Bukannya nak mintak maaf! bebel Afiqa.
Bahunya diurut-urut, mahu menghilangkan rasa sengal di bahunya. Sedang ralit memerhatikan bahunya, matanya terhenti pada sesuatu objek di lantai itu. Handphone Lantas, iPhone 5 tersebut dicapai lalu dibeleknya. Mesti mamat tu punya! Matanya segera bertukar menjadi teropong submarin untuk mengesan jejak langkah lelaki tadi.
Gila iPhone 5 kot!
Kau ok soal Katrina mendekati ke arah Afiqa. Bahu rakannya diusap lembut.
Aku ok, tapi rasanya mamat tu tak kot, balas Afiqa sambil menayangkan telefon bimbit itu pada Katrina.
Katrina hanya menjungkit bahu.
Kau tunggu kejap, aku nak bagi handphone ni pada petugas airport.
Bulat anak mata Katrina mendengarnya.
Kita tak ada masa! Kau pegang je. Nanti mesti mamat tu call balik handphone dia tu. Lepas kita balik Malaysia nanti, kau jumpa dia dan pulangkan.
Afiqa tak sempat bersetuju. Pantas sahaja Katrina menarik tangannya dan mereka terus bergegas ke balai pelepasan.
Lantaklah, fikir Afiqa. Bukan aku curi pun.
IM so sorry, Fiqa. Aku hanya boleh dapat yang ini aje.
Katrina melabuhkan duduknya di sebelah Afiqa yang berada di hujung tingkap. Afiqa sekadar melemparkan senyuman manis.
Aku tak kisah pun. Economy class tak adalah teruk sangat. Sama aje, Rina.
Tak sangka pulak, ramai yang nak pergi Bali bulan ni, omel Katrina sendiri.
Mungkin sekarang musim orang tengah putus cinta agaknya, usik Afiqa.
Katrina sempat membalasnya dengan jelingan tajam.
Kau perli aku, ke
Afiqa menggeleng sambil tersengih. Sengihannya mati tatkala memandang wajah serius Katrina. Afiqa pantas turut memandang ke hadapan, arah yang sama dilihat oleh Katrina. Matanya membulat tiba-tiba. Kepalanya digeleng. Oh, tidak!
I think, this vacation will be the tragic one! Katrina mahu bangun tapi lengannya ditarik Afiqa.
Jangan buat kecoh kat sini, Rina! Ini tempat awamlah, Afiqa memberikan peringatan. Suaranya ditekankan sedikit.
Siapa yang mula dulu! Dia, kan Katrina pantas melangkah ke arah ruangan first class. Wajahnya dimimikkan serius.
Im sorry, miss. Only first class passenger can go through, halang seorang pramugari apabila menyedari Katrina yang mahu bergerak menapak ke arah ruangan itu.
Afiqa sekadar membuntuti Katrina dari belakang, bimbang gadis itu akan melakukan sesuatu di luar jangkaan nanti. Katrina tu bukannya boleh dijangka.
Moved! terus ditolak pramugari itu jauh daripadanya.
Laju langkah Katrina dihalakan pada gadis yang duduk di bahagian hadapan untuk ruangan kelas pertama itu. Afiqa membantu pramugari tersebut bangun.
Im so sorry. Afiqa terus mengikuti jejak langkah Katrina.
Rina! Stop!
Malangnya, Katrina hanya berlagak umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan pula. Wajah perampas kekasihnya dipandang dengan penuh dendam. Tubuh Katrina berdiri tegak di sisi kerusi Maria.
Betina tak guna!
Katrina terus menyerang. Rambut Maria ditariknya
kuat. Mereka saling tarik menarik. Semua orang memandang pada mereka yang sedang bergaduh sakan. Kecoh seketika suasana di situ. Afiqa segera menarik bahu Katrina. Keadaan yang semakin tak terkawal itu begitu membimbangkan.
Rina. Dahlah!
Katrina tertolak Afiqa secara tak sengaja. Tubuh Afiqa terdorong ke belakang. Gadis itu tidak dapat mengimbangkan badannya terus terjatuh.
Ah! jerit Afiqa.
Jeritan kecil itu menghentikan pergaduhan yang sedang hebat berlangsung tika itu. Katrina berpusing ke belakang. Matanya membulat.
Sakitlah! omel Afiqa geram.
Tangannya yang berada di lantai, mahu ditolak ke atas, untuk menolak tubuhnya agar bangun berdiri pantas. Tapi, tolakkannya tidak menjadi apabila dirinya terperasankan sesuatu. Ini rasanya... macam... bukan lantai ni! Lantas, diraba-rabanya lantai itu. Bukan lantailah tapi rasanya macam paha seseorang! Nafas Afiqa bagaikan tersekat-sekat menahan perasaannya sendiri. Wajahnya diraupkan. Wajah seseorang di sebelahnya rasa bagaikan tidak mahu dipandang.
Im sorry, Afiqa bingkas bangun.
Airish Katrina menyoal. Bibirnya melongo luas. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Airish masam mencuka. Langsung tiada sebarang senyuman diberikan. Dah! Jom! Afiqa lantas menarik lengan Katrina agar mengikutinya. Wajahnya sudah cukup merah. Bahang di wajahnya masih jelas terasa. Apa yang berlaku tadi, bagaikan diulang tayang kembali. Afiqa menggeleng laju.
Malu!
Rasa malu yang tebal itu membuatkan Afiqa langsung terlupa bahawa lelaki itulah yang melanggarnya semasa di lapangan terbang tadi. Lelaki itu jugalah pemilik iPhone 5 yang masih berada di tangannya.
Dia lupa.