IBU... ibu....
Sayup kedengaran suara kanak-kanak kecil memanggil ibunya. Nurul hanya mengerling ke arah suara itu sambil matanya tidak lepas mengawasi pergerakan Anis.
Sesekali dia membetulkan tudung yang ditiup angin agar tidak terus menutupi wajah. Kelihatan Anis terkial-kial menyorong kerusi rodanya ke sana ke mari. Anis, adik kandung Nurul itu tidak seperti remaja lain yang boleh berlari dengan laju dan berjalan dengan cekap. Anis tidak mampu untuk menggerakkan kedua belah kakinya. Kemalangan sewaktu berusia lima tahun telah meragut seluruh kudrat kakinya.
Kak, marilah sorong kerusi roda ni. Anis dah penatlah. Mulut kecil Anis merungut sambil mempamerkan riak muka keletihan.
Nurul tersenyum melihat telatahnya. Segera dia mencapai kerusi roda itu lalu membawa Anis bersiar-siar di sekitar taman permainan itu.
Umur Anis dah berapa sekarang
Dah nak masuk 13 tahun, sahut Anis dengan yakin.
Anis nak pergi sekolah, tak
Anis merenung mukaku. Mungkin dia tidak menduga soalan yang diajukan itu.
Boleh ke Anis sekolah, kak Anis bertanya kembali.
Boleh, dik. Umur Anis sekarang dah boleh masuk tingkatan satu, tau.
Anis hanya mendiamkan diri. Nurul tahu, walau umurnya masih mentah tapi kepayahan hidup banyak mematangkannya menjadi seorang yang tabah.
Anis takut, kak. Anis malu pada kawankawan. Anis mengetap-ngetap bibirnya. Jarinya menyimpul hujung kain yang menutupi kakinya.
Ish, Anis nak malu apa
Yalah, Anis tak pergi sekolah rendah.
Nurul berhenti daripada menolak kerusi roda adiknya itu. Dia memerhatikan wajah Anis yang bersih.
Dik, selama ni pun, akak yang ajar adik membaca, menulis dan mengira. Akak upah cikgu untuk ajar Anis kat rumah. Akak tengok keputusan UPSR Anis lebih baik daripada kawan-kawan adik yang lain, pujuk Nurul.
Anis masih berdiam diri. Gusar mungkin mengenangkan diri yang tidak mempunyai kudrat seperti kawan-kawan yang lain.
Anis risau kawan-kawan ketawakan Anis, ke soal si kakak.
Anis hanya mengangguk.
Kak, Anis takut. Di sekolah ramai kawankawan, tapi nanti mereka mesti tak nak kawan dengan Anis. Siapa nak dekat dengan budak yang cacat Anis ni kan cacat, kak. Mereka tentu jijik nak dekat dengan Anis. Anis merenung kakaknya dengan matanya yang mula berkaca.
Nurul mengeluh kecil. Tangannya membelai lembut rambut Anis. Bukan Anis sahaja, dia sendiri malah berasa takut untuk menerima kenyataan seandainya tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan Anis. Tentu Anis semakin jauh hati dengan dirinya sendiri. Nurul tidak rela andai semangat yang telah dia bina dalam diri Anis menjadi lemah.
Dik, kawan yang baik adalah kawan yang sanggup bersama dalam susah dan senang. Nak cari kawan sekarang memang mudah tapi ada kalanya sukar bila kita di dalam kesusahan. Mungkin Anis kurang dari segi fizikal namun Anis harus tanamkan keyakinan dalam diri dan kayakan diri dengan ciri-ciri sahabat sejati. Itulah yang sukar dimiliki oleh setiap orang.
Macam mana, kak tanya Anis, manja.
Hm, kita boleh tolong kawan selagi kita mampu. Anis juga tak boleh kedekut ilmu. Nanti ilmu tu tak berkat tau. Kalau Anis ajarkan kawankawan lagi banyak ilmu yang Anis dapat dan ilmu tu pula tak akan hilang. Anis akan sentiasa ingat. Berbakti pada ilmu itu sungguh mulia di sisi Allah. Hah, lagi satu. Hormati kawan seperti mana kita nak kawan hormati kita. Jangan kita nak orang hormat dan sayang pada kita sedangkan kita langsung tak hormat pada orang lain, nasihat si kakak dengan panjang lebar.
Anis akan ikut cakap akak. Anis pun tak suka orang yang kedekut ilmu. Tapi, ada juga kawan yang suka sakitkan hati, kan kak.
Itu tak boleh dinafikan. Dah jadi resam manusia. Tikam belakang ni ibarat macam permainan saja. Orang macam tu, elok dijauhi. Kita berserah saja pada Allah. Biar Allah yang menghukum. Kita tiada hak. Hak kita sekadar memaafkan dan beri nasihat. Itu saja. Allah itu Maha Adil. Anis tak perlu takut, ya sayang.
Baiklah. Anis tak akan takut lagi. Anis tahu Anis cacat tapi Anis tentu ada kelebihan yang tak ada pada orang lain. Betul, kan kak Anis memegang tangan kakak kesayangannya itu.
Betul! Sayang adik akak, Nurul berasa gembira melihat Anis sudah ceria semula.
Nanti pergi sekolah akak hantar, balik sekolah pun akak ambil, ya Nurul memberi semangat.
DALAM perjalanan pulang dari tempat kerja, Nurul singgah di Restoran MacDonald sebentar. Dia teringatkan janjinya dengan Anis semalam. Nurul sudah berjanji akan membelikan ayam goreng untuk adik kesayangannya itu. Sesekali selepas mendapat gaji, apa salahnya dia berbelanja lebih sedikit untuk Anis.
Nurul beratur di kaunter menunggu giliran. Tidak seperti kebiasaannya, ramai pula pengunjung yang datang hari itu.
Pang!
Semua pelanggan di restoran itu terdiam. Mata masing-masing tertumpu ke satu arah. Nurul yang terperanjat turut menoleh sama.
Ibu dah kata, makan elok-elok tak boleh agaknya! Satu suara meninggi memecah kehening an restoran itu.
Kanak-kanak kecil yang dimarahi itu membatukan diri. Wanita itu tidak habis-habis berleter sambil tangannya mencubit lengan dan kaki anaknya. Nampaknya dia langsung tidak berasa malu perbuatannya dilihat orang ramai.
Dari jauh Nurul dapat melihat kanak-kanak kecil itu mengetap bibirnya menahan tangis.
Baju nya habis basah lokos dibasahi tumpahan air. Mungkin, dia secara tidak sengaja menumpahkan air tersebut.
Kedinginan restoran itu tidak memberi kesan pada Nurul. Sebaliknya, dia terasa bahang yang kuat sedang menghimpit dadanya. Nurul yang tiba-tiba berasa tidak puas hati itu, perlahanlahan merapati meja wanita tersebut. Dia sempat mengagak usia anak kecil itu mungkin dalam lingkungan umur lima tahun.
Sewaktu Nurul menghampiri, wanita itu sedang sibuk mencubit bahu anaknya. Budak itu sedang mencebik menahan tangis dan malu. Tanpa bertangguh Nurul membuka mulut, Maaflah kak, saya masuk campur. Ini bukan caranya nak didik anak.
Setelah menuturkan ayat pertama itu, Nurul memperolehi semangat untuk menegur wanita itu lagi. Anak akak ni budak lagi. Apa yang budak umur macam ni tahu apa yang dia buat suaranya ditekankan agar didengari oleh wanita itu.
Wanita itu amat terkejut mendengar teguran Nurul. Mata wanita itu terjegil seperti tidak percaya melihat ada orang yang berani memalukannya begitu. Bergantang mata dalam restoran itu sedang memerhatikan mereka berdua. Dia mula berasa serba-salah.
Kak, tegurlah anak dengan cara yang lembut. Itu lebih digalakkan dalam Islam. Jangan salahkan
anak jika besar nanti dia membenci akak, sambung Nurul dengan tenang.
Setelah meminta maaf, dia segera beredar mengambil pesanannya yang telah siap di kaunter. Nurul terus melangkah keluar dari restoran itu tanpa menoleh lagi. Dia mengutuk diri kerana tidak tahu menahan sabar. Kalaulah dia boleh menahan rasa marah sudah tentu dia tidak bertindak mendadak begitu. Apa boleh buat Nurul sememangnya sukar menerima andainya melihat seorang anak kecil dilayan sebegitu rupa. Dia terbayang wajah Anis. Tidak pernah sekalipun Nurul meninggikan suara terhadap adik tunggalnya itu. Dia cukup menyayangi Anis. Hanya Anis keluarga yang dia miliki.
NURUL membawa bungkusan makanan yang dibeli tadi ke dapur. Di sana, dia meletakkan ayam, bubur, burger dan nuget berasingan di dalam pinggan. Kemudian, dia menuangkan air soda ke dalam jag yang telah diisi ais.
Setelah berpuas hati, Nurul melangkah ke bilik Anis. Pintunya ditolak perlahan. Kelihatan Anis sedang menulis di atas meja. Sesekali mulutnya bergerak-gerak seperti menyebut sesuatu. Nurul melangkah masuk perlahan-lahan dan duduk di birai katil.
Nurul melihat tangan Anis semakin ligat
menulis. Teringin pula Nurul melihat apa yang ditulis oleh Anis.
Anis tulis apa Nurul bertanya lembut seraya tangannya menyentuh bahu adiknya itu.
Buat kerja rumah, jawabnya.
Nurul ketawa mendengar kata-kata Anis. Dia langsung bertanya, Hm, siapa yang bagi Anis ker ja rumah ni
Cikgu Anislah. Dia kata kalau Anis nak pandai, Anis kena rajin baca buku.
Nurul menggelengkan kepala. Petah sungguh Anis menjawab. Baru dia menyedari bahawa usia adiknya itu sudah semakin dewasa. Nurul yakin yang Anis sudah bersedia untuk ke sekolah. Melihat daripada caranya, Anis begitu bersemangat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Nurul berasa gem bira, namun jauh di sudut hati, dia risaukan keadaan kaki Anis itu.
Anis, akak ada belikan ayam goreng, tau.
Tangan Anis yang ligat menulis, terhenti. Sepantas kilat dia menoleh memandang kakak kesayangannya itu. Keriangan jelas terpancar di wa jahnya.
Yahoo! Cepat, kak. Anis nak makan ayam goreng!
Nurul tersenyum melihat keletah Anis. Dia sedaya upaya mahukan Anis gembira. Dia tidak
mahu keadaan Anis membuatkan anak gadis itu berasa sedih dan takut untuk keluar bercampur dengan dunia di luar sana. Nurul segera menyorong kerusi roda Anis menghala ke dapur.
Banyaknya, kak! Wah, terus berkeroncong perut Anis ni, ngomel Anis bila sampai di meja dapur.
Amboi, ni nak makan ke nak bercakap ni Nurul sengaja mengusik.
Nak makanlah, kak!
Tangan Anis pantas mencapai paha ayam. Nurul menuangkan air soda ke dalam gelas dan diletakkannya di hadapan Anis.
Akak tak makan Anis bertanya setelah hairan melihat Nurul hanya memerhatikannya.
Anis tu makan sampai lupakan akak, Nurul mengambil kesempatan untuk berpura-pura merajuk.
Anis meletakkan kembali paha ayam ke dalam pinggan. Tangannya segera mencapai tangan Nurul. Dia bertanya perlahan, Akak me rajuk
Nurul sengaja mendiamkan diri. Sebenarnya dia mahu melihat reaksi Anis. Anis mencubit sedikit ayam dan menghalakan tangannya ke mulut Nurul.
Anis suapkan akak, ye
Nurul menggeleng laju. Dia masih ingin terus mengusik.
Makanlah, kak....
Muram wajah Anis setelah melihat kakaknya yang masih mendiamkan diri. Ketawa Nurul pecah akhirnya. Dia tidak tahan melihat wajah Anis yang mula mencebik seperti mahu menangis.
Sayang juga Anis kat akak. Ingat dah tak sayang bila jumpa ayam goreng, perli Nurul.
Anis turut ketawa. Nurul membuka mulut membenarkan tangan kecil Anis menyuapkan ayam ke mulutnya.
Akhirnya, Nurul dan Anis berebut-rebut menghabiskan semua makanan di atas meja.
HARLINA kembali ke rumah dengan hati yang gembira. Ya, dia telah berjaya menemui perempuan yang dicari-carinya selama ini. Perempuan yang bakal merubah hidupnya.
Cantik dan penuh sifat keibuan, getus hati kecil Harlina. Harlina mencongak-congak menilai peribadi wanita itu. Selama ini, Harlina merangka agenda untuk mencari wanita yang boleh melahirkan anak untuknya. Harlina tahu tindakan yang bakal dilakukannya akan menimbulkan rasa marah suaminya. Namun dia benar-benar sudah tekad. Sudah habis daya upayanya untuk
menimang cahaya mata. Sudah kering air mata menahan hinaan dan cacian ibu mentuanya.
Harlina bukan menantu pilihan. Sejak mula melihat Harlina lagi ibu mentuanya telah menyimpulkan dia wanita pengikis. Namun dia tidak cepat melatah. Harlina berpegang kepada nasihat suaminya.
Biarlah apa orang nak kata, sayang. Nak tutup mulut orang bukan senang, nanti dah penat, mereka diamlah, pujuk suaminya.
Seperti selalu, suaminyalah menjadi tempat untuk dia mengadu. Kadangkala kesepian menceng kam dirinya. Mahu diluahkan pada siapa lagi segala isi hatinya Dia sendiri sudah tiada saudara mara. Kehadiran suaminya sewaktu di Universiti Malaya dulu telah mengubat kedukaannya setelah kehilangan kedua ibu bapanya.
Abang, saya akan bersabar selagi saya mampu. Batu yang dititiskan air lama-lama akan terhakis juga. Saya harap, keluarga abang akan menerima saya suatu hari nanti. Saya akan menunggu saat itu, bang, janjinya.
Sayangnya kesabaran itu akhirnya punah juga apabila dia belum mampu melahirkan anak walaupun setelah lima tahun usia perkahwinan mereka. Ibu mentua mula mencucuk jarum dalam rumah tangga mereka. Dia menuduh Harlina man dul dan tidak mampu menghadiahkan cucu
buatnya. Harlina terkedu, hilang semua semangat yang dibina selama ini.
Benarkah Harlina mandul Tidak, dia tidak mandul. Malah, dia juga subur seperti wanita lain. Untuk menidakkan hinaan ibu mentua terhadapnya, dia dan suami telah menjalani pemeriksaan untuk menentukan tahap kesuburan mereka. Ternyata mereka tiada masalah dan mampu melahirkan zuriat dari benih mereka sendiri.
Namun ibu mentuanya, Datin Rafeah, tetap menyalahkan Harlina. Mengatakan dia menantu tidak berguna dan hanya menumpang kesenangan anaknya. Malah sikapnya semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Setiap kali datang ke rumahnya, tiada lain yang diucapkan melainkan hinaan untuk Harlina. Harapan Harlina agar wanita yang dipanggil mak itu dapat menjadi pengganti ibu kandungnya tidak kesampaian. Harlina dipandang seperti orang asing. Atau lebih tepat lagi musuh yang paling dibenci dan perlu dihapuskan.
Harlina tidak pernah sekali-kali mengadukan sikap ibu mentuanya itu kepada Khairul. Harlina tidak mahu hubungan suami dan ibu mentuanya renggang hanya kerana dia. Sebaliknya, di hadapan suami, Harlina mengatakan Datin Rafeah melayannya dengan baik dan mesra. Cukuplah dia seorang yang merasainya.