AWAN kelabu berarak perlahan menutupi belahan-belahan kehijauan gunung yang sering memukau sang pelepak setia di kawasan perbukitan Langat, Ampang. Tanda-tanda bahawa hujan bakal kunjung tiba, sudah kelihatan. Titis-titis halus mulai membasahi pipi gebu gadis bernama Alyssa yang sentiasa menjadi insan setia menemani keindahan mentari ketika tenggelam di ufuk barat. Namun begitu, petang itu mungkin dia tidak dapat menikmati keindahan alam itu kerana hujan telah terlebih dahulu bertandang membasahi muka bumi Allah yang fana ini. Tetapi, Alyssa tetap menunggu. Baginya harapan untuk mentari menyinar semula tetap ada kerana mendung tidak bererti hujan dan kalau hujan setitik tidak bermakna bumi mampu dibanjiri. Begitulah harapan Alyssa terhadap masa depan keluarganya. Dia mahu keluarganya kembali bahagia seperti suatu ketika dahulu, ketika papanya belum ditimpa kecelakaan. Oleh itu, dia sentiasa berdoa agar papanya segera sembuh dan kembali menceriakan kehidupan keluarganya walaupun dia tahu bahawa perkara itu adalah mustahil. Apa lagi setelah Alyssa menyedari bahawa usia papanya sebenarnya sudah berada di pengakhirannya dan sukar baginya untuk mengubah apa yang telah direncanakan tuhan bagi kehidupan papanya.
Alyssa, mati itu adalah pasti, tidak akan cepat walau sesaat dan tidak akan lewat walaupun sesaat. Sebagai manusia kita harus reda dengan takdir yang ditentukan untuk kita. Walau bagaimanapun, kita wajib bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai hidup di dunia yang indah ini,
terngiang-ngiang leseran kata-kata dari papanya. Tidak disangka, begitu cepat papa akan meninggalkannya ketika usianya baru menginjak untuk menikmati keindahan hidup di alam remaja pula.
Papa bersyukur sebab Allah memberi Alyssa pada papa. Nurul Alyssa adalah anugerah Allah yang tidak terhingga buat papa. Papa bahagia kerana dapat melihat Alyssa dewasa walaupun terkilan tidak dapat melihat Alyssa berumahtangga dan mempunyai cahayamata,
kesedihan Sulaiman disambut dengan batuk yang tiada hentinya. Bukankah papa pernah berjanji untuk menyulam kehidupan yang penuh warna-warni bersamanya Dan bukankah papa jua yang pernah berjanji untuk sentiasa menjadi tulang belakang menyokong dan mendukung segala cita-cita dan impian Alyssa Tetapi mengapa setelah bertahun menyusun impian, mencorak destinasi dan menggenggam harapan, papa pula akan terlebih dulu pergi dan membiarkannya menggapai impian sendirian. Tidakkah papa kasihan pada Alyssa yang bakal berdiri hanya bertongkatkan kenangan bersama papa Banyak persoalan yang bermain di benak Alyssa ketika ini. Namun, dia tidak menyalahkan papanya kerana itu tidak wajar seolah-olah dia menyalahkan ketentuan dan takdir Yang Maha Esa. Barangkali ada hikmah di sebalik segala-galanya, siapa yang tahu
Tetapi mama
Kecewa sekali Alyssa mengenangkan sikap mama yang berubah setelah mendapat tahu penyakit yang dideritai papa. Mama semakin jauh dari keluarga terutama setelah dia terjebak untuk bekerja sebagai penyanyi dangdut di Teratai Louge, salah sebuah kelab dangdut terkemuka di Kuala Lumpur. Mula-mula memang niat Mariana hanya untuk membantu suaminya yang telah kehilangan kerja akibat dari kemalangan dan penyakitnya. Tetapi lamakelamaan, dia berasa lebih bebas dan berkeyakinan apa lagi setelah punyai wang sendiri. Maka langkahnya lebih panjang dan yang paling penting bebas dari kongkongan suami dan keluarga. Itu yang dia mahu sebenarnya. Saban malam, dia bebas dipeluk oleh pelbagai lelaki buaya dan mata keranjang di kelab tersebut. Dosa pahala pun tidak dipedulikannya lagi. Untuk meluangkan masa bersama suami dan anak, bukan keutamaannya lagi. Alyssa sudah biasa tidak diperdulikan oleh mamanya. Sejak kecil, Mariana jarang memegang, mendukung apa lagi memanjakan Alyssa. Baginya, kehadiran Alyssa semata-mata satu beban yang meragut kecantikan bentuk tubuh badannya yang begitu dijagainya sejak zaman anak dara lagi. Malahan dari dulu lagi, Mariana merancang untuk tidak punya anak walaupun dari perkahwinan yang sah. Perkara itu telah dinyatakan pada suaminya dan nampaknya Sulaiman tiada bantahan terhadap keinginannya itu. Tetapi, dugaan datang dalam bentuk yang tidak disangka. Mariana disahkan mengandung lapan belas tahun yang lalu. Mengamuk Mariana memarahi doktor peribadinya ketika itu.
Dok, you kata ubat perancang ini amat baik. You sendiri yang recommend pada I. Tapi, kenapa boleh lekat jugak
Puan, ini soal rezeki. Kalau dah tuhan tetap nak beri pada puan, kita tak ada kuasa nak menahannya. Walaupun ubat perancang kita tu setebal tembok China, tapi boleh roboh jugak puan kalau dah tuhan menghendakinya begitu
jelas Doktor Burhan yang telah berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada keluarga Sulaiman sejak sekian lama. Beberapa kali Doktor Burhan mengeleng-gelengkan kepalanya kerana kesal dan tidak faham dengan sikap Mariana itu.
Aaah, sudahlah dok. You ni memang tak boleh diharap. Lain yang I mintak, lain pulak yang I dapat,
bentak Mariana lagi.
Sudahlah tu, sayang. Bukan ke doktor dah kata tadi Persen untuk kita dapat baby tetap ada walaupun kita dah gunakan perancang. Terima sajalah rezeki dari Allah ni. Abang gembira sangat kalau dapat anak dengan sayang. Bukan ke anak ni bakal mengikat kasih sayang kita dengan lebih kukuh lagi,
Sulaiman berkata tenang cuba meredakan kemarahan isterinya.
Abang cakap senanglah! Bukan abang yang akan bawak benda berat macam batu ni. Bukan jugak shape badan abang yang lari dan jadi teruk. Tapi I bang, I yang akan tanggung beban ni semua!
marah Mariana lagi.
Jangan cakap macam tu. Bukan ke anak dalam kandungan sayang tu anak abang juga. Nanti, samasamalah kita tanggung segalanya. Abang janji, sayang. Abang akan jaga sayang dan baby dalam kandungan tu dengan baik,
pujuk Sulaiman lagi.
Huh..menyampah! Semua tak boleh diharap,
Mariana terus mendengus dan meninggalkan ruang kamar Doktor Burhan itu. Sejak itu, Mariana tidak ambil peduli langsung pasal anak dalam kandungannya. Setiap hari dia merungut kerana keadaan perut yang semakin menampakkan bentuknya itu. Segala makan, minum dan pil supplement yang dibekalkan oleh Doktor Burhan dijaga dan dipantau oleh Sulaiman dan pembantu rumah mereka, Mak Tom. Mujurlah Mariana tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilannya. Kalau tidak, mahu berbakul-bakul dia maki bayi di dalam kandungannya itu. Begitu juga ketika melahirkan Alyssa, Mariana tidak mengalami banyak kesukaran melahirkan dan masa sakit bersalin yang panjang. Dia hanya sempat merasa derita sakit bersalin tidak sampai dua jam dan untungnya air ketubannya pecah dengan sendirinya bagi memudahkan proses bersalin. Itupun, mulutnya tidak henti-henti menyumpah kerana terpaksa melalui semua itu.
Puas Sulaiman dan kakitangan bilik bersalin menyuruhnya bersabar dan beristighfar banyakbanyak, namun langsung tidak dipedulikannya. Mereka yang terpaksa makan maki hamunnya. Kesian Sulaiman kerana terpaksa menanggung malu dengan doktor dan jururawat atas perangai isterinya. Setelah Alyssa lahir, keadaan dan perasaan Mariana tetap sama. Dia tidak punya hati langsung untuk mendakap dan menyusukan Alyssa. Untung dunia punya susu formula, kalau tidak tentu bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu akan mati kelaparan. Sulaiman tahu dia telah tersilap percaturan. Sangkanya, hati Mariana akan jadi lembut apabila melihat wajah bayi secomel Alyssa. Tapi tidak seperti yang diharapkannya. Sememangnya bayi yang diberi nama Nurul Alyssa itu terlalu comel. Rambutnya lebat, kulitnya putih merah, mukanya tembam, matanya sepet bak kata kakitangan nurseri wad bersalin itu, persis anak korea. Sejak itu, Alyssa hanya hidup bernaungkan kasih sayang papanya dan menumpang kasih ibu dari Mak Tom, yang menjaganya sejak dari dalam pantang sehingga usianya dua belas tahun. Kemudian, Mak Tom pula meninggal kerana mengidap penyakit lelah yang kronik. Berhari-hari Alyssa menangis mengenangkan Mak Tom yang sudah tiada. Sulaimanlah yang beriyaiya memujuk Alyssa supaya tenang semula. Hendak mengharapkan Mariana, dia langsung tidak punya perasaan terhadap anak gadis suntinya itu. Baginya, Alyssa sudah besar untuk mengurusi hidupnya sendiri. Namun begitu, Sulaimanlah yang sebenarnya melakukan segala-galanya untuk puteri tunggalnya itu termasuk hal-hal yang berkaitan dengan alam pemula kewanitaan. Tapi kini, papa pula yang bakal meninggalkan Alyssa macam Mak Tom juga.
Mengapa setiap insan yang sayangkan aku, pergi tinggalkan aku satu per satu
rungut Alyssa dalam hatinya.
Mengapa dunia tidak adil padaku
Alyssa, jangan begitu. Ingat Allah. Mengucaplah banyak-banyak. Jangan jadikan semua tu alasan untuk kita mempersoalkan ujian Allah pada kita,
tibatiba seakan-akan terdengar suatu suara berbisik di telinganya persis suara papanya.
Astaghfirullahhalazim. Apa yang aku fikirkan nih Ya Allah, ampunilah aku kerana bersangka buruk padaMu. Aku hanya hambaMu yang lemah. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu,