TIGA bulan berlalu. Daniel lega. Ayahnya sudah kembali sihat. Sebulan lebih ayah berada di hospital Damansara Specialist. Keadaan kesihatan ayah semakin pulih tetapi doktor menasihatkan ayah supaya berehat panjang. Jenuh dia pujuk ayah untuk berehat di rumah mereka di Edinburgh. Akhirnya ayah mengalah juga dengan pujukan Daniel. Hampir seminggu dia berada di sisi ayah di sana sebaik keluar dari hospital.
Dia kembali semula ke Malaysia semula setelah seminggu beradad di sana. Banyak kerja yang perlu diuruskan dengan sepuluh syarikat yang terpaksa dikendalikan seorang diri tanpa ayah.
Aku kena lebih kuat bekerja. Ayah kena berehat panjang. Daniel melepaskan keluhan kecil.
Fikirannya mula teringat cerita Gagak pada malam majlis keraian itu di rumah Tan Sri Johari.
Siapa Tan Sri Johari ni Kenapa ayah aku pergi ke majlis dia malam tu Daniel bersandar di kerusi.
Masih memikirkan kejadian di majlis keraian di rumah Tan Sri Johari. Sehingga ke hari ini dia masih belum sempat bertanya tentang hal itu pada ayah. Kesihatan ayah perlu dijaga. Itu lebih penting.
Aku harap Gagak dan Robin sedang siasat hal ini..aku perlu tahu.Daniel menyambung semula kerjanya. Dia tidak perlu tergesa-gesa mendapatkan maklumat itu tetapi jika berlaku apa-apa pada ayah, dia tidak akan teragak-agak bertindak!
Telefon bimbitnya berdering kuat. Daniel menjawab perlahan. Sesekali dia berkerut kening. Aunt Beth menelefonnya memberitahu keadaan ayah yang tiba-tiba rebah.
What
Daniel mula tidak sedap hati. Bimbang ayahnya mengalami kesihatan yang sama seperti dulu selepas kejadian dia rebah di rumah Tan Sri Johari dulu.
Bergegas Daniel meninggalkan pejabat. Dia perlu ke Edinburgh segera. Ayah perlu diutamakan! Laju kereta Mercedes hitam membelah kesibukan jalanraya menuju ke KLIA.
DI KLIA, pengumuman penerbangan ke London mula kedengaran. Daniel terkocoh-kocoh melangkah ke arah balai pelepasan. Beg diheret laju.
NELISSA melihat jam di pergelangan tangannya. Dia mendongak melihat papan kenyataan. Pesawat MH43 dari lapangan terbang Heathrow yang membawa penumpang ke Malaysia sudah mendarat di lapangan terbang KLIA.
Terjenguk-jenguk Nelissa mencari kelibat Arissa.
Hmm..baru mendarat kut. Yang aku dengar tadi, flight ke London. Nelissa mendongak ke arah papan kenyataan. Ketibaan pesawat dari London sudah ada. Hmm...mungkin Arissa sedang mengambil bagasi.
Nelissa mula mencari bangku.Sudah setengah jam dia berdiri menunggu di situ. Terasa lenguh lutut dan kakinya.
Sesekali dia panjangkan leher ke arah balai ketibaan. Masih belum nampak kelibat Arissa.
Ambik bagasi ke buat bagasi Sekali lagi dia jeling jam di pergelangan tangan.Matanya menala ke arah jam di dinding lapangan terbang.
Mana tahu jarum jamnya tak sama dengan jarum jam di dinding itu.
Majalah yang sempat dibeli semasa perjalanan ke KLIA tadi dibelek sekilas. Banyak fesyen terkini dipaparkan di halaman majalah itu. Nelissa senyum. Di benaknya, sekejap lagi selepas mengambil Arissa, dia akan terus ke butik atau ke Pavillion. Ah! Kalau bab shopping memang nombor satu!
ARISSA mengheret beg pakaiannya menuju ke balai ketibaan. Terjenguk-jenguk mencari kelibat kawan baiknya.
Ish! Mana la minah ni Semalam beria chat dengan aku nak ambik aku kat sini.Sekali lagi matanya meliar mencari kelibat Nelissa.
Beb!!
Arissa terteleng. Nelissa berada di celah-celah orang ramai yang turut sama menunggu di situ.
Nely!! Im here!Arissa melambai-lambai ke arah Nelissa.
Cepat saja dia melangkah ke arah Nelissa yang sudah tersenyum dari jauh.
Datang jugak kau ya! Ingatkan dah lupa! Kalau tak datang tadi, alamatnya aku kena naik teksi la. Tak pun naik ERL.
Nelissa mendekati Arissa. Senyumannya sudah lebar. Arissa dilihat semakin cantik dengan blaus warna biru muda dan skirt labuh kembang warna yang sama tetapi agak gelap sedikit. Rambut ikal yang melepasi bahu cukup menambahkan lagi kecantikan wajah kacukan Arissa.
Cemburu tiba-tiba!
Sampai jugak kau ya! Ingatkan tak nak balik Malaysia dah! Mana tahu kau dah tersangkut dengan mamat saleh kat sana! Nelissa turut menolong Arissa mengheret beg.
Tak ada la sampai macam tu cik Nelissa oi! Tak main la mamat saleh! Not my taste! Aku ni keturunan melayu tulen tau! Arissa gelak.
Saat ini terbayang wajah Tuah. Lelaki itu selalu beritahunya ke mana dia pergi. Baru tadi dia terima mesej dari lelaki itu yang tidak dapat menjemputnya di lapangan terbang kerana dia terpaksa ke Jerman atas urusan kerja. Terasa Tuah begitu mengambil berat tentangnya. Nyata lelaki itu tidak pernah putus asa memenangi hatinya walaupun perkenalannya dengan Tuah dirasakan terlalu singkat.
Nelissa jeling. Dia mencebik.Tulenlah sangat! Mak kau tu orang Korea la! Dah tak ada maknanya tulen ni!
Kenapa tengok aku macam tu Arissa sengih.
Tak ada.. Nelissa sengih sumbing.
Aku ni keturunan pendekar tau!Tambah Arissa.
Pendekar Nelissa tercengang.
Moyang aku kan keturunan Mat Kilau!Arissa berkata bangga. Arwah ayahnya yang berasal dari Pahang memang dari keturunan pendekar ternama itu.
Nelissa sengih. Kemudian ketawa mereka berdua pecah berderai.
So,hows your trip Best tak Bertuah kau Arissa, papa aku siap beri kau pakej melancong round Europe lagi! Jealous aku! Nelissa mencebik.
Alhamdulillah...papa kau sangat baik hati. Thanks! Arissa sengih.
Sejak projek itu berjaya, Tan Sri Johari menghadiahkan percutian kepadanya selama seminggu. Di London dia tinggal di rumah rehat Tan Sri Johari selama seminggu. Rasanya baru semalam dia menjejakkan kaki ke kota London, belajar di sana dan terasa baru semalam juga dia balik ke Malaysia dan ditawarkan bekerja di makmal milik Tan Sri Johari sehinggalah dia digelar saintis muda.
Err..kau tunggu sekejap. Aku bayar tiket parking dulu. Nelissa bergegas ke mesin Auto pay.
Arissa duduk di bangku. Dia memandang sekitar KLIA. Masih seperti dulu. Sibuk dan tak pernah lengang dengan manusia yang sentiasa memenuhi segenap ruang di lapangan terbang terkemuka di Malaysia itu.
Dia kemudian membuka beg tangan yang disandang di bahu kiri. Teringat hadiah yang dibeli untuk ibu. Sebuah kotak kecil turut dikeluarkan dari beg tangan. Lama dia memerhati kalung kecil yang dibeli di Oxford Street, London, hadiah untuk ibu yang sehingga sekarang tidak pernah bersua.
Uh!
Tercampak kotak merah itu ke lantai.Tangannya dirempuh seseorang dengan kasar. Arissa mendongak. Seorang lelaki berkulit putih kemerahan segak berbaju kot putih dan berkaca mata hitam terkocoh-kocoh berjalan ke arah balai pelepasan sambil mengheret beg yang agak besar.
Langsung tidak pandang ke arahnya.
Langkah Daniel terhenti seketika. Sebuah kotak sudah berada di kakinya. Ah! Aku dah lambat!
Daniel memang nampak kotak kecil itu tercampak di kakinya tadi tetapi saat ini fikirannya hanya pada ayah yang sedang sakit. Dia tidak hiraukan gadis itu yang menjeling tajam ke arahnya tadi. Dia perlu ke balai pelepasan segera. Pengumuman ke London sudahpun kedengaran tadi.
Huh! Bukan nak minta maaf apa ke! Main rempuh je! Arissa capai kotak merah yang tercampak di lantai tadi. Kotak itu dimasukkan semula ke dalam beg tangan. Nasib baik tidak disepak lelaki tadi. Kotak itu jatuh betul-betul di kaki lelaki itu.
Kau cakap dengan siapa Nelissa tiba di tempat Arissa.
Tak ada siapa. Kau dah bayar
Nelissa angguk.
Mereka berdua mula menuju ke tempat letak kereta.
SEMENTARA ITU, di Edinburgh, Daniel masih menemani ayahnya yang terbaring lemah di atas katil.
Daddy..please..dont think too much.. Daniel memujuk ayahnya. Dia sebak melihat keadaan ayah yang masih lemah.
Tadi, dia sempat mengambil penerbangan pertama ke London. Tergopoh-gopoh dia menapak ke balai pelepasan. Teringat kejadian di KLIA tadi, memang dia sedar, dia telah melanggar sesuatu semasa sehingga tercampak sebuah kotak kecil jatuh di kakinya tapi fikirannya sarat dengan keadaan kesihatan orang tuanya. Sebaik menerima berita ayah jatuh sakit, dia terus meninggalkan pejabat dan bergegas ke London. Dari kota london, dia terus ke Edinburgh.
Aunt Beth! Come here! Hurry up!!Laung Daniel dari bilik ayahnya. Nafas ayahnya berombak-ombak.
Dad...please...dont be like this.. Daniel sebak. Dada ayahnya diurut lembut. Selama ini dia tidak pernah menumpahkan air mata. Jiwa lelakinya cukup kental bila berdepan dengan apa saja. Urusan perniagaan yang dijalankannya saja cukup membuatkan dirinya kebal dengan sikap dan karenah ahli perniagaan yang cukup licik dalam merebut peluang. Tapi kali ini...jiwanya kalah dengan ayah.
Daniel,what happened Aunt Beth mendekati katil ayah Daniel.
We need to do something!Daniel bingkas bangun dan menelefon doktor peribadi ayahnya.
DANIEL lega. Selepas mendapat rawatan dari Dr. Albert, kesihatan ayahnya semakin pulih.
Daniel, dont let your dad think too much. Let him has a lot of rest. He needs a long rest. Dr. Albert menasihati Daniel sebelum beredar dari situ.
Sure! I will! Thanks doc..
Daniel kembali menapak ke bilik ayahnya. Tangan ayahnya diusap lembut.
Daniel..
Dad...just rest ok
Daniel..I need to tell you something..
What is it dad
Daniel mendekatkan telinganya ke mulut ayahnya. Suara ayahnya sudah tersekat-sekat.
Dad..please, dont think too much. Just rest ok Daniel selimutkan tubuh ayahnya dan dia mula duduk di sofa sebelah katil.
Lama dia termenung memikirkan kata-kata ayahnya sebentar tadi. Wajah ayahnya ditatap lagi. Kasihnya pada ayah tidak pernah surut malah semakin menebal. Dia pewaris tunggal harta dan segala syarikat dan perniagaan milik ayahnya. Di London, ayahnya dikenali di kalangan ahli perniagaan di sana. Dengan hampir dua puluh anak syarikat yang ada, tidak mustahil ayahnya mempunyai musuh. Di Malaysia saja, ada sepuluh buah anak syarikat yang harus dikendalikannya seorang diri. Tak sangka ayah telah menambah satu lagi anak syarikat bersama rakan kongsi. Syarikat yang telah membuatkan ayahnya terlantar sakit.
I love you dad..so much..Daniel meraup muka. Kepalanya ditundukkan ke lantai. Kedua sikunya diletakkan atas kedua lutut.
SUDAH seminggu Daniel berada di Edinburgh. Rumah di tepi laut milik ayahnya itu diperhati seketika. Rumah lama yang diperbuat daripada batu bata besar yang tidak bercat itu sememangnya nampak unik dari luar. Siapa sangka, keadaan dalam rumah cukup elegan dengan perabot mewah.
Daniel menapak ke balkoni, mengadap laut yang terbentang luas. Burung camar berterbangan mencari makanan. Memang di situ, penduduk gemar menikmati juadah ikan atau apa jua makanan laut.
Angin sejuk dengan suhu mencecah 2 darjah celcius itu cukup membuatkan tulangnya terasa sengal. Sejak menetap di Malaysia, dia seakan tidak berapa gemar dengan cuaca sejuk begitu. Kalau boleh dia ingin menjadikan Malaysia tempat tinggalnya sehingga akhir hayat dan di bumi London dan Edinburgh pula, hanya menjadi tempat persinggahan sahaja. Dia tiada sesiapa lagi di situ jika ayah tiada kelak kecuali Aunt Beth yang telah banyak berjasa dengan ayah. Ayah juga anak tunggal dan mewarisi harta datuknya yang berasal dari Switzerland.
If something happened to my dad..I will not let you and your family live happily! Just wait and see! Daniel mengetap bibir. Jiwanya memberontak. Sukar untuknya terima apa yang dikatakan ayah tadi. Benar, dunia perniagaan terlalu banyak mainan kotor!!
Esok, dia akan bertolak semula ke Kuala Lumpur. Urusan perniagaan sudah seminggu tertangguh walaupun ramai pekerjanya yang boleh diharap tapi dia lebih senang melakukannya sendiri.
DI KLIA, Daniel menapak malas ke balai ketibaan. Terpaksa meninggalkan ayahnya dalam jagaan Aunt Beth. Urusan perniagaan yang memaksa dirinya tinggal berjauhan dari ayah.
Boss!This way!
Daniel angguk. Ali a.k.a Gagak, merangkap pengawal peribadinya sudah menunggu di ruang legar depan balai ketibaan. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Mercedes 7 series hitam mula meninggalkan KLIA.
Where to boss
Daniel berpaling kepada Gagak. Dia melemparkan pandangannya ke arah luar tingkap. Masih berfikir sama ada ingin kembali ke pejabat ataupun terus ke rumah. Atau...
Boss
Emm...send me to Cameron. I need to see someone.
Mercedes hitam meluncur laju menuju ke lebuhraya PLUS.