Aku, Dia Dan Somtam - 2
BAB 2

ANIS pandang kalendar. Sudah seminggu dia berada di Kuala Lumpur. Begitu cepat masa berputar. Dia jeling jam di atas meja studi. Sudah menghampiri jam dua petang. Buku-buku rujukan perlu dihantar semula ke perpustakaan hari ini. Anis jeling nota jingga di sudut kiri meja. Sudah dua minggu juga nota tu tidak dikemaskini.

Ah! Aku dah lambat ni! Anis melangkah laju ke arah perhentian bas. Tidak jauh dari rumah sewa. Kaki dihayun melalui jalan kecil menuju ke jalan besar. Sesekali tali beg sandang melurut jatuh. Cepat-cepat ditarik semula ke bahu. Kain baju kurung diangkat sedikit. Kalau tak, asyik tersekat saja langkahnya. Tudung warna merah jambu yang dipakai mula menggerbang ditiup angin yang tiba-tiba bertiup kuat.

Anis mendongak ke langit. Awan sudah bertukar warna. Dari terang benderang sudah berubah kelabu.

Macam nak hujan.. Anis cepatkan langkah ke perhentian bas. Sesekali dia mendongak ke langit yang semakin gelap. Kaki dihayun semakin laju bila terasa ada titisan air hujan mula menitik ke pipi.

Aduh! Terjelepok jatuh. Nasib tidak tersembam muka di jalan tar. Kalau tidak, jalan itu jadi habuan ciumannya.

Bawa kereta macam jalan ni bapak dia punya! Anis mengomel sendiri. Kakinya sudah calar. Sakit. Buku rujukan dalam beg sandang tercampak keluar. Habis bersepah!

Alamak! Berdarah ke Anis mengesat darah yang keluar dari tapak tangan dengan sehelai tisu. Beg sandang ditutup rapat, bimbang buku akan terjatuh lagi seperti tadi.

Cik tak apa-apa

Anis pantas mendongak.

Awak Serentak Anis dan lelaki itu berkata. Terdiam seketika. Lelaki itu dilihat mula membuka cermin mata hitam.

Awak yang jual somtam tu kan What a small world!

Anis jeling. Memang dunia ni kecik! Dia juga tidak sangka akan berjumpa lagi lelaki sombong itu. Sudahlah buat dek saja padanya yang sudah terjelepok di sini. Bukannya hendak tolong ke hapa ke

Hina sangat ke jual somtam Awak juga yang belikan Berlagak karat betullah mamat ni! Bagi penumbuk sebiji baru tahu! Lekeh sangat ke jual somtam Anis mengetap bibir.

Dah kebetulan jumpa ni. Nah! Lima ringgit!

Sekeping wang kertas hijau dibaling. Tepat kena ke muka Anis.

Anis merenung tajam lelaki itu yang hanya bersikap selamba.

Nah! Ambil balik duit awak! Anis lempar semula ke arah lelaki itu yang tersengih-sengih dari tadi.

Eh! Dah kaya sangat ke Lima ringgit pun duit juga tau tak! Dia beliakkan mata. Kaca mata hitam dipakai semula dan mula beredar dari situ.

Anis julingkan mata. Blahlah!

Air hujan mula menitik kecil. Anis dongak semula ke arah langit. Sudah gelap. Cepat-cepat dia berlari berteduh di perhentian bas.

Hujan rintik begitu tidak mudah meredakan hati yang mula panas dengan kejadian sebentar tadi. Tidak sangka, dia akan jumpa lagi dengan lelaki sombong berlagak itu.

Cepat-cepat Anis menahan bas bila melihat bas mula merapati ke bahu jalan. Hujan pula semakin lebat menyimbah bumi.

EH, apa pasal basah ni Tegur Izara.

Sakit hati aku! Tadi masa tunggu bas, entah mamat mana nak cari gaduh dengan aku! Ikutkan hati, nak je aku tumbuk mamat tu! Anis mengibas baju kurung yang sudah basah kuyup. Turun dari bas tadi, terpaksa dia meredah hujan.

Kau ni..mentang-mentanglah kau belajar silat, semua kau nak bantai! Izara sengih sambil menjeling Anis yang masih mencuka.

Huh! Nasib baik aku tak buka silat tadi masa dia pegang tangan aku! Kalau tak Anis ketap bibir. Sudah terbayang lelaki itu tersembam jatuh kena tumbuk dan dia tergelak sakan! Hahaha! Kalaulah.

Dia pegang tangan kau Sengih Izara semakin menjadi. Faham sangat dengan Anis yang tidak suka bersentuhan dengan lelaki bukan mahram.

Anis angguk. Ya! Berani dia pegang tangan aku!

Izara ketawa. Dia sudah masak dengan sikap Anis. Cukup pantang ada lelaki yang mengambil kesempatan seperti itu. Kalaulah Anis buka silat tadi, mahu terduduk mamat tu!

Dahlah! Jom kita ke library! Kau nak pulangkan buku kan Lepas ni nak ke KLCC takIzara tarik tangan Anis menuju ke arah perpustakaan.

KLCC Buat apa

Laakau jugak yang ajak aku ke Kinokuniya. Izara jeling Anis yang tersengih-sengih. Sendiri berjanji tak ingat ke

Setelah buku dipulangkan, mereka berdua membelah kesibukan kotaraya menuju ke KLCC. Hari itu, kelas pagi

tidak ada. Itulah yang selalu mereka berdua lakukan. Lepak di kedai buku terkenal di KLCC itu.

JAM sudah hampir sepuluh pagi. Tidak ramai lagi pengunjung di situ. Anis berjalan perlahan di lorong di antara rak-rak buku.

Terus matanya menjadi segar bila melihat bermacam-macam jenis buku masakan tersusun kemas di rak. Laju saja tangannya menyambar salah satu buku masakan chef terkemuka dari London, Jamie Oliver. Buku itu diselak satu persatu. Banyak foto masakan yang menarik dan berwarna- warni.

Wah! Bagusnya kalau dapat jadi anak murid Jamie Oliver.. Anis mula berangan. Senyum. Dia mula pejam mata membayangkan diri berada di negara Eropah. Buku masakan itu dipeluk erat. Mata pula dipejam semakin rapat. Fikiran mula melayang jauh. Terawang-awang.

Hoi! Minah somtam!

Pantas Anis buka mata. Erk! Tergamam. Segala keindahan angan-angannya tadi hilang lenyap. Sebaliknya terasa berdesing telinga bila dijerit kuat dari dekat .Mamat ni lagi

A..apa awak buat kat sini Macam mana awak boleh berada di siniSoalannya sudah seperti bertih jagung yang meletup-letup. Pantas dia berundur setapak.

Lelaki itu hanya senyum. Dia pandang Anis atas bawah. Tangannya mula menyambar buku yang dipeluk Anis.

HmmJamie Oliver! Wow! Tak sangka yaawak ni peminat chef ni. Ingatkan pandai tumbuk somtam busuk je. Hahaha!

Anis diam. Kelu. Busuk Terloncat-loncat Anis hendak mengambil semula buku dari tangan lelaki itu. Buku itu sengaja dilepaskan jatuh ke lantai.

Eii! Mentang-mentanglah tinggi aku ni takat bahu dia je, sengaja nak buat darah aku mendidih!! Sekali lagi Anis mengetap bibir menahan marah. Adrenalin dalam tubuhnya

sudah sampai had maksimum. Dia membongkok, mahu menguutip buku di atas lantai dekat dengan kaki lelaki itu.

Erk!

Anis cepat-cepat berundur lagi setapak sebaik mendongak. Pipinya hampir menyentuh pipi lelaki itu.

Ingatkan minah kampung macam awak ni hanya tahu tumbuk somtam je! Tak sangka pandai membaca rupanya! Masuk U pulak tu! Tabik!

Geram melihat lelaki itu semakin galak menyindir. Ingat aku ni apa Minah kampung Budak tadika

Awak nak apa sebenarnya hah Anis memandang tepat ke arah mata biru milik lelaki sombong itu. Memang biru! Asli! Dia menelan liur.

Saja! Masa kat gerai buruk awak tu dulu, awak bolehlah berlagak tapi kat sini awak jangan harap! Ingat! Saya tak suka diberi sedekah! Jari telunjuknya dihala ke muka Anis.

Anis terdiam. Rasa hendak lempang mulut celupar mamat tu! Tak sangka lelaki itu masih mengingati kejadian di gerai dan di perhentian bas tadi. Nampaknya episod mereka belum berakhir. Semuanya gara-gara duit kertas lima ringgit!

Tepilah! Anis tolak badan lelaki dengan kasar. Tersandar di rak buku.

Wei! Setakat ni tak ada lagi perempuan yang berani buat macam apa yang awak buat tadi pada saya! Lelaki itu tarik tangan Anis dengan kuat. Matanya tepat merenung Anis.

Anis hampir tersungkur bila ditarik kuat. Uh! Dah gila ke apa mamat ni Tudung yang dipakai sudah terselak. Cepat-cepat dia betulkan semula. Rasa sakit bila dicengkam kuat. Dahlah sakit luka masa jatuh tadi masih belum hilang.

Lepaskan tangan saya! Kalau tak.. Anis cuba beri amaran. Kes dia kali ni bukan menentang penjenayah tapi penyibuk! Anis pandang sekitar rak-rak yang tersusun rapi. Tiada sesiapa di situ. Aku akan guna silat aku kalau dia apa-apakan aku!.Dia nekad jika sesuatu yang buruk berlaku nanti.

Kalau tak, apa Nak tumbuk Nak jerit

Anis mencebik. Eii..berlagak dia ni!. Kau belum rasa lagi penumbuk aku! Meluat! Macamlah dia tu hebat sangat!

Dengar sini! Perempuan macam awak ni berlambak kat pasar borong! Lelaki itu semakin rapat.

Anis berpaling ke arah kiri. Kali ini dia rasa desah nafas lelaki itu sudah berombak di pipi. Ya Allah! Selamatkanlah aku dari lelaki gila ini!Kenapalah aku jadi kaku. Lupa langkah-langkah silat yang aku pernah belajar dulu. Dia hanya mampu pejamkan mata. Tidak berani melihat tindakan lelaki itu yang nyata sudah gila! Berkali-kali dia beristighfar.

Aik! Dah blah ke mamat ni

Anis buka mata. Kesan merah di tapak tangan masih jelas.Lelaki tu sudah hilang. Sudah lesap entah ke mana.

Huh! Sudah berambus! Cepat-cepat Anis melangkah ke tempat Izara. Izara asyik melayan novel-novel cinta.

Errkau nak ke mana Izara terpinga-pinga. Tangan Anis ditarik kuat dari belakang.

Aku nak balik!

Apa yang tak kena pula ni Izara masih terpinga-pinga dengan tindakan Anis yang terburu-buru keluar dari situ.

Anis bergegas ke medan selera sebelah kedai buku. Sakit hati masih membara dengan tindakan lelaki berlagak itu sebentar tadi.Paling dia sakit hati, lelaki itu sekali lagi berani memegang tangannya.

Apa dia ingat dia tu hebat sangat ke Anis hempas beg sandang atas meja.

Kau marah kat siapa Izara turut duduk.

Entah, aku pun tak tahu..malas nak ambik tahu.

Hmm..macam-macam kau ni. Kau nak makan apa

Kau belilah dulu..hati aku panas ni.

Izara beredar dari situ menuju ke gerai-gerai di medan selera di tingkat empat tu.

Anis termenung seketika, bagi reda sikit hatinya yang panas. Dia mula bangun dan kembali semula dengan sepinggan mi goreng. Dia lihat sekitar medan selera, mana tahu ada kelibat mamat itu di situ.

Hmm..lega. Anis senyum. Mi goreng dikunyah laju.

Uhuk!

Anis meraba-raba mencari gelas air. Tangan kiri masih menepuk dada. Tersedak.

Ya Allah! Apa pasal aku lupa nak beli air pulak ni! Anis luku kepala sendiri. Tu la, kalut tak ingat!

Nah!

Anis mendongak. Membuntang. Salur darah oartanya sudah terasa sempit. Dia ni lagi Nak apa lagi mamat ni Siap bawa kawan sekali ni..nak buli aku la tu! Huh!

Ni! Saya sedekah jus oren untuk awak! Minah kampung memang macam ni! Gelojoh!

Anis mengetap bibir. Jus oren tu dijeling sekilas. Lantas dia tolak ke tepi.

Aik! Sombong nampak Apa, dah kaya sangat ke

Anis tenung mata biru lelaki itu yang tersenyum sinis. Mata mereka bertentang.

Apa yang awak nak sebenarnya Anis bingkas bangun.

Jus oren tu..ganti somtam yang awak beri hari tu dan FYI, jus tu pun sedekah!

Ni bukan sedekah! Ini dah paksa namanya! Anis ketap bibir.

Whatever!

Anis pandang lelaki tu yang sudah beredar dari situ. Blahlah cepat! Menyampah!

ANIS dan Izara kembali ke kampus. Jam dua petang nanti, ada kelas Profesor Hamdan.

Anis, kau pergi dulu. Aku ada hal sikit. Izara memecut keretanya entah ke mana. Anis dihantar sampai ke kompleks perdana siswa.

Zara! Hish! Minah ni! Nak ke mana pulak dia. Tak nak masuk kelas ke Alamak! Aku pun dah lambat!

Terkocoh-kocoh Anis berlari ke dewan kuliah. Buku rujukan digenggam kemas. Beg sandang pula dikepit bawah ketiak. Pukul sebelas setengah nanti ada kelas Profesor Hamdan, pensyarah garang yang tidak ada tolak ansur jika pelajarnya lambat ke kelas.Tidak sanggup jadi pak pacak di depan papan hitam nanti. Laju saja dia menghayun kaki ke bangunan dua tingkat yang terletak di sebelah dewan peperiksaan tidak jauh dari perpustakaan.

IMRAN letak pinggan nasi lemak di atas meja. Kopi O panas diteguk perlahan.

Im..siapa tadi Zafran turut jamah nasi lemak.

Siapa Imran buat tidak faham.

Perempuan tadi tu..cantik.. Zafran sengih.

Cantik pun nak buat apa kalau dah kasar macam lelaki! Imran menghabiskan nasi lemak dalm pinggannya.

Kasar Aku tak faham..

Ah! Sudahlah! Buang masa je cerita pasal perempuan tu. Pura-pura baik. Entah-entah pakai tudung pun sebab nak ikut fesyen je. Kan sekarang ni ramai yang bertudung dah jadi trend! Bukan ikhlas pun! Kopi O diteguk sampai habis.

Eh! Yang kau benci sangat dengan perempuan bertudung ni kenapa Kaca mata yang melurut jatuh ditolak dengan hujung jari. Zafran masih tidak faham dengan sikap Imran.

Tudung tutup rambut tapi perangai terdedah buruk! Imran genggam gelas.

Im..kau ni tak baik tuduh perempuan bertudung macam tu. Tak semua macam tu. Jangan disebabkan seorang yang ada perangai buruk, kau nak labelkan yang lain tu macam tu jugak! Zafran geleng. Dia faham maksud Imran. Imran pernah kecewa dulu.

Ah! Mereka semuanya sama. Memanglah sekarang ni elok dan sopan je pakai tudung, esok-esok..dah jumpa balak, habis dibuka! Imran ketap bibir. Bencinya meluap-luap.

Habis tu, adik dan kakak kau tu pun samalah Zafran turut geram. Pandangan Imran terlalu sempit.

Imran pantas menoleh. Jangan samakan adik dan kakak aku dengan yang lain tu.

Tahu pun kau! Zafran senyum sinis.

Dahlah...kau nak masuk kelas tak Imran bingkas bangun dan terus berlalu pergi ke tempat letak kereta.

Zafran geleng. Tahu pun nak melenting bila sentuh hal adik dan kakak dia. Dia berlari membuntuti Imran.

ACTUALLY, aku suka perempuan macam tu. Berani! Zafran mula memuji tindakan Anis di depan Imran.

Berani apa ke bendanya! Kasar adalah! Belum pernah lagi perempuan buat macam tu kat aku! Imran semakin geram.

Aku suka. Berani, lasak! Tengoklah pakaiannya..sopan. Tak macam koleksi kau tu, semuanya macam tak cukup kain! Kita ni bukan hidup di zaman batu! Zafran sengih.

Eh, yang kau puji melangit perempuan tu apa hal Dia tu tak layak jadi gadis koleksi aku! Bukan selera aku! Imran buka nota kuliah. Beg sandang diletak di lantai, dekat dengan kakinya.

Zafran hanya senyum. Dia faham benar sikap Imran yang dikelilingi gadis moden dan seksi tetapi itu semua hanya main-main.

Dia tahu citarasa Imran sebenarnya adalah perempuan yang bertudung tetapi disebabkan gadis tak tahu malu itu dulu, sekelip mata Imran berubah 360 darjah.

Im..Im

Apakau dah syok kat minah tu ke Imran jeling Zafran. Sesekali dia mencatat nota. Pensyarah di depan rancak bersyarah.

Kau rasa

Imran diam. Berfikir seketika. Soalan Zafran tidak dijawab. Laju saja dia mencatat apa yang diajar pensyarah. Dia cuba meneka kata-kata Zafran tadi. Dia jeling Zafran yang sudah tersenyum-senyum. Mamat ni betul-betul dah syok ke kat minah somtam tu

Apa yang istimewa sangat minah tu