Kenapa Nira tak cari je adik Nira tu Usul Salmi.
Mendengar kata-kata Salmi, Danira termenung panjang. Perasaannya sebak apabila diungkit soal adiknya. Memang itu sebab terbesar kenapa dia bersetuju bekerjasama dengan Joshua agar dirinya dapat dibebaskan. Semuanya kerana adiknya! Dia harus mencari Naufal dengan apa cara sekalipun!
Nira ni baik hati sayang. Sebab tu ALLAH berikan ujian yang cukup besar untuk Nira. Kak Sal percaya suatu hari nanti, semua penderitaan Nira akan ALLAH balas dengan kebahagiaan. Percayalah pada DIA. Pujuk Salmi.
Danira mengangguk. Airmata yang meluruh di pipi diseka dengan jari-jemarinya. Dia mahu belajar untuk terus kuat menghadapi segala duri-duri hidup. Dia ingin kembali seperti dulu. Tapi mampukah semua itu dipenuhi
SEBAIK pintu tembok besar itu dibuka, dia segera melangkah keluar. Kepalanya didongak ke arah langit cerah yang sudah enam tahun tidak ditatapnya. Hukuman 15 tahun penjara yang dibeban di atas kepalanya, dipendekkan kerana usaha Joshua serta kerana saksi baru yang dikatakan lelaki itu.
Menurut Joshua, saksi itu tampil memberi keterangan yang menafikan penglibatannya. Tapi siapa orangnya Dan kenapa selepas enam tahun, baru saksi itu muncul Dan yang paling dibimbanginya, apakah saksi itu tahu setiap perkara yang berlaku pada malam musibah itu Malam yang telah menghancurkan hidupnya
Betul awak tak tahu siapa yang turut berada tempat kejadian
Saya dah kata saya tak tahu Joshua. Nada suaranya dikeraskan sedikit.
Lelaki itu memandangnya seperti kurang yakin dengan kata-katanya. Sedikit sebanyak dia jadi gugup dengan renungan Joshua. Biarlah Joshua terus meneka dalam kesamaran siapakah orangnya. Dia tidak mahu membuka mulutnya. Lagipun semuanya telah berlalu! Apa gunanya dia mengulang kisah silam jika ia tidak akan mengubah apa-apa pun.
Apa Nira nak buat lepas keluar nanti Pertanyaan Salmi beberapa hari yang lalu menggantikan ingatannya terhadap Joshua. Wanita berbadan besar berasal dari Kuala Selangor itu memang prihatin orangnya. Sejak dia mula-mula dipenjarakan dahulu, Salmi lah yang sering membantu dan melindunginya dari menjadi mangsa buli Sister Kojak. Wanita berwajah garang dan bekas anggota penyeludup itu sering menganggunya sejak dia mula-mula menjejakkan kakinya ke pusat tahanan wanita Kajang. Mujur ada Salmi yang sentiasa mempertahankannya. Sejak hari itu dia menganggap Salmi kakaknya sendiri. Tempat dia meluahkan segala cerita pahit yang menyelubungi hidupnya.
Kalau Nira bimbangkan tentang kerja, kakak akan tolong Nira. Lagipun kakak masih ada ramai kawan di luar sana. Kalau Nira dah keluar nanti, carilah anak saudara kakak. Dia boleh tolong Nira. Pesan Salmi.
Dia mengangguk dengan wajah lesu. Saat ini, bukan kerja atau tempat tinggal yang difikirkannya, tapi perkara pertama yang melintas di kepalanya adalah Naufal. Jauh di sudut hati, dia amat merindui Naufal. Dahulu sewaktu dia berpisah dengan Naufal, anak muda itu baru berusia 16 tahun. Sekarang sudah pasti usia Naufal mencecah 22 tahun. Sudah dewasa! Entah bagaimana dengan adiknya itu Apakah hidup Naufal baik-baik sahaja
Sepasang kakinya, diheret menjejak bumi ALLAH yang masih mengizinkan kakinya berlabuh. Fikirannya terus melayang, sehingga dia tidak sedar kakinya tersasar sehingga ke tengah jalan.
Bunyi hon yang agak kuat dan bingit singgah di gegendang telinga. Dia terkejut besar. Wajah Naufal segera menghilang dari kelopak fikiran. Matanya ditala ke suatu arah. Menyedari terdapat sebuah Audi Coupe berhenti hanya selang beberapa puluh meter jaraknya dari tempatnya berdiri, wajahnya segera memucat. Dia memandang ke arah kereta bercermin gelap itu.
Pintu kereta itu tiba-tiba dikuak. Sepasang kaki melangkah turun. Danira memalingkan wajahnya. Hatinya gementar bimbang dimarahi si pemilik kereta itu. Bagaimana kalau pemilik kenderaan itu marah dan mengugut mahu menyelesaikan insiden itu di balai polis Dalam keadaan sekarang, dia tidak ingin lagi kembali ke sana. Dia sudah letih berurusan dengan undang-undang. Cukuplah!
Awak tak apa-apa Suara lelaki itu kedengaran. Tidak lantang sebaliknya berbaur kebimbangan. Danira cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Dia tidak berani langsung memandang wajah lelaki itu.
Maaf, saya tak nampak awak lalu tadi. Awak tak cedera kan Lelaki itu tak sudah-sudah bertanya. Sekali lagi Danira menggelengkan kepala. Memang dia tidak apa-apa. Malah tidak ada sedikitpun cacat cela di tubuhnya. Hanya jantungnya sahaja yang berdegup kencang seperti mahu melompat keluar dari injapnya.
Kalau awak nak ke mana-mana, saya boleh hantarkan. Pelawa lelaki itu tak disangka-sangka.
...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah lelaki asing yang menegur Danira Adakah dia mengenali Danira