PANGGIL AKU MELAJU - 1
Air laut itu biru berkaca-kaca sejak sang mentari pagi riang bersinar. Mentari itu tidak lagi malu setelah seketika bersembunyi di balik arakan awan. Tadi malam hujan lebat membasahi pantai, teluk, tanjung, ngarai dan laut. Sebaik-baik sahaja sisa-sisa mendung dilarikan angin ke selatan, sang mentari galak memancarkan sinamya ke segenap pelosok hingga ke dasar laut. Berbinar-binar biasannya menembusi air laut sejemih kristal. Telus dan prisma. Silaunya tajam menusuk mata. Mata yang terus memerhatikan dengan teliti pada dasar laut yang geloranya merupakan hanyalah cerita semalam.Ombaknya kini menjadi jinak dan tenang setelah bayu laut kembali meniup lembut. Barangkali angin pantai pulau itu sudah keletihan kerana semalaman bekerja keras lagi ganas.

Bunyi deruan ombak melatari suasana tenang yang diselingi nyanyian burung-burung camar. Antara mereka saling sahutmenyahut. Bunyi sapaan mereka terdengar lantang memecahkan keheningan benderang pagi itu. Kehadiran mereka sendiri berbicara dalam alamat dan tanda-tanda. Rezeki pagi itu ada di sekitar mereka. Selingan nyanyian burung-burung itu menghadiahkan ketenangan pagi yang memukau hati dan mata yang memandang. Ketenangan itu begitu langka sekali sejak akhir-akhir ini. Cuaca tidak menentu. Sejak musim lalu. Tidak terkira kuatnya. Menusuk ke sumsum tulang dan membuat gigilan menemani kedinginan sepanjang malam. Entah bagaimana pula musim sejuk mendatang. Pasti sedingin lalu. Atau lebih teruk lagi. Sebab itu, ombak yang jinak dan tenang itu membawa kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan. Setenang sepasang mata telanjang yang tekun merenungi dasar laut yan terang dan jelas sambil mengekori lenggok-liuk sekawan ikan kerapu di celah-celah karang laut yang pelbagai rupa dan indah warna. Juga, ikan-ikan lain yang lebih kecil ikut bermain-main bersama-sama di celah-celah terumbu semula jadi dari deretan banjaran karang laut yang hidup berwarna-wami. Bukan sahaja terumbu laut berwarna-wami, ikan-ikan kecil dan sedang, samasama menghiasi indah denagan rona-rona cerah yang pelbagai. Terlalu indah pada penglihatan benak yang memerhatikan sepasang mata telanjang yang mengamati pergerakan ikan-ikan itu. Ikanikan itu juga barangkali menyambut keceriaan benderang suria yang galak bersinar. Penglihatan di benak Pengkhayal sungguh menakjubkan meskipun karang laut yang indah berwarna-wami merupakan sesuatu kebiasaan pada pemilik sepasang mata telanjang kalau hari secerah pagi itu. Di mata Pengkhayal, lelaki dan ikan-ikan itu ialah fauna pengisi flora laut yang sungguh mempersonakan. Menghiasi flora laut itu ialah binatang laut yang berwarna jingga, gamat berwarna emas, ketam-ketam merah menyala, obor-obor seputih kapas dan anak-anak penyu yang baru belajar berenang mengharung arus. Mata Pengkhayal tenggelam dalam buaian keindahan landskap laut yang merupakan gubahan arca-arca mindanya. Mata itu terus rajin mengikuti arca-arca itu.

Mengikuti dan mengamati sungguh melekakan. Tidak disedari pemilik sepasang mata telanjang itu bahawa yang dia tidak bersendirian. Apabila disedari sudah agak terlambat. Seekor burung camar telah lebih cepat dari mata lembingnya. Ikan-ikan kerapu itu bertempiaran. Burung camar itu yang menjunamkan patuhnya ke laut, berjaya menangkap seekor ikan kecil lantas membawanya terbang. Namun, lembing yang dilemparkan tidak mengena sasaran.

Sekali gus terlontar, kata sumpahan daripada mulut lelaki bermata telanjang itu, berkumandang lantang di segenap teluk. Gemanya membalik, berulang-ulang lalu menghilang ditelan kejauhan. Itulah lafaz penawar rasa kecewa. Dengan terkeluamya sumpahan itu, semangatnya kembali pulih. Sumpahan itu seolah-olah menjana kekuatannya semula. Dia tidak putus asa. Dan, tidak pernah sekali pun dia putus asa selagi dia masih mampu menyebut sumpahan itu. Peristiwa sumpahan itu segera terakam di mata Pengkhayal yang tidak setelanjang mata lelaki itu. Tidaklah pula kerana makna perkataan itu, dia harus menjadi pemburu sumpahan seperti yang disangka Pengkhayal. Memang dia seorang pemburu kerana tabiinya seorang lelaki. Ganjaran apa yang diperoleh nanti tidaklah pula akibat desakan naluri terpendam. Apa pun yang terjadi, dia berasa lebih berasa bahagia jika sasarannya mengena. Dan, sumpahan keramat itu ikut terdengar di halwa telinga Pengkhayal yang berkaca mata. Bunyi perkataan difahami tetapi tidak menjadi kelaziman Pengkhayal menyebutnya. Tetapi mungkin sahaja suatu homofon. Pengkhayal itu tampaknya separa pasti.

Lelaki bermata telanjang menyedari burung-burung camar itu tidak berbeza dengannya. Masing-masing ialah pemburu laut. Sama-sama menjadi pemangsa yang mencari buruan yang sama juga. Untuk sekadar mengisi perut yang lagi keroncongan. Burung itu pasti memamah ikan tangkapan dan membiarkan dagingnya dihadam lalu dimuntahkan sama rata pada anak-anak burung yang menanti di sarang. Begitu juga yang dia lakukan untuk isteri dan anak-anaknya. Semasa anak-anak lelakinya, Lu Ji dan Lu Zon masih kecil, mereka selalu memanjat tebing tinggi untuk mengambil telur burung-burung itu. Lalu, memakan telur burung secara mentahmentah. Adakalanya Lu Ji akan termuntah. Tetapi, bagi Lu Zon, dia tiada masalah.

Akhimya, kesempatan baru datang lagi. Kali ini tiada rebutan antara pemangsa. Mata lembing itu tepat mengena badan ikan kerapu. Menggelupur di hujung buluh runcing yang dijadikan mata lembing. Dicabut ikan itu lalu dimasukkan ke dalam raga galsnya. Beberapa lama berlalu, bakul itu hampir peuh dengan ikna-ikan tangkapan.

Kepulangan lelaki itu disambut isterinya. Pengkhayal mendengar isteri lelaki itu memanggilnya Pa Lu. Isterinya bemama Ma Lu. Demikian nama yang terdengar Pengkhayal ketika nama itu dipanggil Pa Lu. Rupa-rupa isterinya sudah siap dengan anak api untuk segera dibesarkan. Hanya seketika tadi ikan-ikan itu bebas merdeka di air jemih, kini berakhir sebahagiannya dipanggang di atas bara yang kian marak. Ikan tangkapan Pa Lu agak banyak. Pasti berlebihan untuk mereka bertiga. Kedua-dua anaknya Lu Ji dan Lu Zon telah meninggalkan mereka menuju selatan untuk suatu penerokaan demi memenuhi mitos budaya. Tinggallah Pa Lu, Ma Lu dan anak gadis satu-satunya, Ma We.

Ma Lu tidak memanggang kesemua ikan tangkapan. Ikan-ikan yang lebih itu diasinkan. Lalu, dijemur setelah isi perut dibuang. Apabila sudah kering boleh disimpan, untuk makanan ketika musim hujan ribut melanda. Musim tengkujuh makin memanjang. Ikan-ikan kering itu boleh menentukan antara hidup atau mati.

Semua perbualan antara Pa Lu, Ma Lu dan Ma We tidak difahami Pengkhayal. Pengkayal itu cuba sedaya upaya untuk memahami dan mengecam cakapan ketiga-tiga beranak itu. Segala ilmu bahasa suku yang pernah dipelajari digunakan habis-habisan. Namun, tidak sepatah perkataan pun mampu ditafsirkan apalagi difahami setelah menggunakan segala kemahiran etomologi, filologi dan dialektik bahasa-bahasa purba. Kecuali satu patah perkataan. Itulah kata sumpahan yang sungguh keramat.

Tiba-tiba Pengkhayal terkejut apabila Ma Lu mengeluarkan suatu perkataan. Betapapun loghat yang diucap asing di telinganya, Pengkhayal cekap menangkap seperti ketangkasan Pa Lu menangkap ikan. Ma Lu mengucapkan perkataan yang sudah sekian lama dinanti-nantikan Pengkhayal. Itulah perkataan kedua yang dapat dikenali, selepas mendengar Pa Lu menyumpah perkataa keramat sewaktu lembingnya gagal mengenai sasaran. Perkataan kedua yang tercatat di benak Pengkhayal, kebetulan sama dengan bahasa Pengkhayal. Tetapi persamaan itu bukan suatu kebetulan. Melainkan perkataan itu sebenamya telah mengembara. Mengembara ke segenap Nusantara melalui gelombang-gelombang penghijrahan manusia-manusia purba yang akhimya menjadi leksikon bahasa Pengkhayal. Betapa tidak, penemuan itu sungguh menakjubkan. Pengkhayal melonjak gembira. Apabila Ma Lu mengajak Pa Lu dan Ma We makan, Pengkhayal tidak dapat membendung kegembiraan ketika perkataan makan tercetus dilidah Ma Lu. Pengkhayal menitiskan air mata kejayaan. Betapa perkataan itu menjadi bahagian daripada bahasa Pengkhayal setelah lautan demi lautan, menyeberang selat demi selat, meninggalkan pulau yang satu ke satu pulau yang lain. Biarpun berusia ribuan tahun, kata-kata itu masuh digunakan beratus abad kemudian. Dua buah perkataan keramat itu yang jarang-jarang terucap secara terbuka, tetapi perkataan makan disebut setiap masa dan setiap hari. Setiap pesta, setiap upacara, setiap perkahwinan, setiap pemujaan, perkataan itulah yang disebut orang. Setiap pagi, setiap tengah hari dan setiap malam perkataan makan itu disebut dengan penuh keriangan yang sangat penting bagi pertumbuhan manusia. Makan disebut di seluruh nusa yang berbahasa Pengkhayal. Kata itu kekal dalam bentuk fonetik asalnya di sesetengah tempat. Di lain lokasi, ia mengalami sedikit perubahan daripada struktur suku kata. Ada yang menghilangkan suku kata pertama dan ada pula yang merubah suku kata terakhir. Biarpun bahasa-bahasa etnik dapat hidup dan mati, namun perkataan makan itu kekal dan abadi merentas zaman. Perkataan-perkataan seumpamanya tidak mati, ada yang kekal terucap dalam fonologi asal. Ada pula yang mengalami revolusi bahasa sehingga susur galur genealoginya mudah dikesan oleh pengkaji-pengkaji etnolinguis seperti Pengkhayal.

Pengkhayal amat menghargai pengalaman visualnya itu. Dia sangat berharap dia mampu menyusuri arca-arca lampau yang menjelma di penglihatan dalamannya agar eksplorasi mindanya memberikan alamat dan petanda awal tentang asal usul bahasa ibunda Pengkhayal. Dia menyedari bahasa ibunda Pengkhayal rupa-rupanya mempunyai sejarah silam yang cukup lama, kuno dan purba.

Pa Lu terus menyalahkan dirinya. Bukan orang lain. Bukan Lu Ji mahupun Lu Zon. Dia tidak habis-habis kesal. Kadang-kadang dia berasa kekesalan yang berterusan tidak mendatangkan apa-apa keuntungan untuknya. Namun demikian, dia terus dihantui rasa bersalah. Tetapi, apa yang diceritakannya merupakan amalan tradisi nenek moyang. Cerita itu diturunkan oleh keturunannyayang terdahulu melalui lisan setelah nenek moyangnya berjaya mencipta pertuturan. Melalui pertuturan lahilah bahasa yang memungkinkan Pa Lu menyatakan perasaa kekesalannya, fikir Pengkhayal itu lagak seorang ahli antropologi sosial pula.

Entah sudah berapa lama, dia cuba untuk tidak menyalahi dirinya, tetapi fikiran itu tetap kembali. Dan, entah bagaimana caranya untuk melupakan kesilapannya itu, dia sudah hilang ikhtiar. Bersalahkah dia bercerita tentang mitos nenek moyang untuk meneroka bumi impian di laut selatan Soalan itu selalu muncul semula. Apabila dia merenung ke ufuk selatan, dia tetap menyesali apa yang pernah diceritakan kepada anak-anaknya. Kadangkala dia sendiri tidak pasti. Namun, di kebanyakan ketika, dia berasa sebaliknya. Dia berasa telah memenuhi tanggungjawab nenek moyang dan nenek moyang sebelum mereka. Memberitahu mereka ialah suatu keharusan yang mesti bagi penghuni asli Ilha Formosa seperti yang dilakukan oleh bapa, ayah dan datuknya. Cerita itu bukanlah cerita dongeng. Pengkhayal dapat menyelami rasa hati Pa Lu. Ketika Pa Lu bersedih, Pengkhayal menampakkan wajah melankolik dan sayu. Kadang-kadang Pengkhayal lebih murung daripada Pa Lu.

Setiap kali Pa Lu duduk di dada pantai, berhadapan dengan ufuk selatan, dia terkenangkan cerita-cerita datuknya. Menurut cerita, lama-lama dahulu ada sebuah pulau besar yang luas dan subur ke arah orang di Ilha Formosa itu dapat berjalan menyusuri permatang laut ke sebuah laut sebuah pulau besar yang subur. Pulau itu tidak bemama. Mereka dapat pergi dan kembali beberapa bulan kemudian. Ada yang pergi dan bermastautin di pulau itu. Kemudian air laut naik mendadak dan tidak surut-surut. Laut menjadi dalam. Permatang laut yang menjambatani antara dua pulau itu pun tenggelam. Selepas laut menjadi dalam, laut selat itu menjadi kubur bagi pelaut-pelaut yang cuba menyeberang dengan menggunakan sampan kecil. Biarpun orang-orang Ma Lai Wu terkenal sebagai pelaut mahir di laut Ilha Formosa, tetapi mungkin tidak di laut dalam. Mereka tewas dan terkorban ditelan laut. Laut selat itu amat bergelora. Barangkali memerlukan beberapa generasi untuk orang-orang Ma mengenal fiil laut dalam dan mencipta sampan yang lebih ampuh. Apabila benak Pengkhayal dilambung ombak besar, Pengkhayal itu pun ikut berasa mual dan muntah-muntah. Pengkhayal turut bersedih apabila Pa Lu berduka mengenangkan nasib bapanya. Turut hilang, entah terkorban di perut laut ialah bapa Pa Lu. Semasa Pa Lu kecil dia diberitahu ibu, bapanya akan kembali dari lau. Dari hari ke hari, dia menunggu bapanya yang tidak pulang-pulang. Begitu juga halnya dengan Pengkhayal yang tampak seolah-olah melakonkan mimik wajah menunggu. Resah lagi gelisah. Apabila ibu Pa Lu meninggal dunia, dia tetap setia menunggu di tepi pantai. Namun, bapanya tidak juga pulang dari laut. Kini pula, dia menanti-nanti anak-anaknya Lu Ji dan Lu Zon. Perita yang dideritainya bertahun-tahun lama, mendampinginya dari sejak kecil hinggalah dewas. Keperitan itu masih belum berubat lagi, kini kegundahan baru menambah keresahannya setiap kali dia duduk menghadap ufuk selatan. Segundah itulah Pengkhayal memperlihatkan kehibaan. Pa Lu cukup berharap sekali, mereka kembali ke Gua Arku untuk membawa berita gembira. Memberitahunya bahawa mereka menemui pulau mistik yang subur, luas dan besar. Menurut cerita orang-orang tua, ada gunung berasap hitam di pulau itu. Seperti di Ilha Formosa, kawasan tanah sekitar gunung berasap menjadi rebutan. Menurut cerita, gunung di pulau mistik itu lebih besar dan gah. Gunung itu gunung keramat yang debu dan lahamya menganugerahkan semangat kesuburan pada tanah. Setahun sekali, gunung itu menuntut pengorbanan seorang dara sunti yang menemani puaka gunung itu di alam abadi.

Pengkhayal dapat memahami mengapa penduduk asli Ilha Formosa perlu mencari tempat baru yang selamat. Dahulu mereka menempati tanah-tanah subbur di pulau itu. Suku Ma itu kaya dan mewah dengan binatang temakan dan tanah sawah. Mereka sudah mahir bercucuk tanam dan menjinakkan haiwan liar menjadi binatang temakan. Kejayaan mereka membuatkan suku-suku lain di pulau itu iri hati. Antaranya suku Han Gao yang terkenal ganas. Mereka menyerang penempatan suku-suku lain, merampas harta milik suku-suku yang lemah merupakan tradisi mereka mengumpul kekayaan. Serangan akan dibalas dengan serangan. Tetapi, suku Han Gao selalu menang. Peperangan antara suku merebut tanah subur dan pantai kaya sumber laut mengorbankan banyak nyawa. Wanitawanita diperkosa, kaum lelaki dibunuh, tidak terkecuali kanakkanak lelaki. Manakala, kanak-kanak perempuan dan wanita muda dijadikan tawanan. Wanita-wanita tua dibunuh. Tawanan pula dikurung untuk melayan nafsu berahi lelaki Han Gao. Akhimya dijadikan gundik-gundik mereka. Wanita-wanita itu dipaksa atau terpaksa meninggalkan bahasa dan budaya mereka , menjadi hamba seks lelaki penakluk.

Suku Han Gao di mata Pengkhayal mempunyai tatahidup dan budaya yang berbeza. Lelaki Han Gao hidup dalam rumah panjang yang berasingan dengan wanita mereka. Meskipun berasingan, tetapi tidak berjauhan. Menjelang malam hari, lelaki Han Gao akan membawa daging buruan dan menghadiahkan kepada wanita pilihan. Jika wanita itu merestui, lelaki Han Gao akan bermalam dengannya dan kembali ke penempatan lelaki apabila fajar menyinsing. Apabila wanita Han Gao hamil, anak perempuan akan tetapi tinggal bersama-sama ibunya di rumah panjang perempuan, sedangkan kanak-kanak lelaki apabila sudah agak besar akan berpindah tinggal di penempatan lelaki. Anak-anak yang dilahirkan dalam perkampungan Han Gao ialah anak komunal. Anak-anak itu hanya mengenal ibunya, tidak bapanya. Berbeza dengan suku Ma, hidup dalam suatu unit keluarga yang terdiri suami, isteri dan anakanak.

Sebab itu Pa Lu dan orang-orang Ma itu melarikan diri ke pantai selatan di Ilha Formosa. Orang-orang Ma selalu berpindahrandah, mencari tempat yang selamat agar tidak dapat dikesan oleh orang-orang Han Gao. Temyata pelarian mereka ke tempat baru memberikan perlindungan yang cukup lama. Teluk, tanjung, tebing tinggi dan gua merupakan wilayah terlindung yang baik dan selamat. Orang-orang Ma tidak lagi mengusahakan tanah. Tiada lagi tanah subur untuk bercucuk tanam di tepi pantai. Lantaran itu, tanah subur tetap menjadi idaman. Di wilayah terlindung panatai itu, mereka tidak lagi memiliki haiwan temakan. Semua temakan, ayam, itik, dan babi mereka telah dirampas. Orang-orang Ma telah pandai mentemak kambing bukit yang telah dijinakkan. Dahulu, kulit kambing bukit yang berbulu tebal itu menjadi pakaian yang menyelimuti mereka ketika musim dingin yang teruk. Adakalanya anak-anak Ma membesar tanpa diselimuti apa-apa. Hanya haiwanhaiwan kecil yang dilapah kulitnya, wanita-wanita Ma dapat menjahit dengan serat batang pokok-pokok menjalar yang liat dan kukuh, untuk dijadikan pakaian dan selimut ketika dingin. Pengkhayal melihat mereka menggunakan urat tendon haiwan untuk menjahit. Jarum diperbuat daripada tulang jari binatang yang diraut. Kerana kesejukan yang kian menggila itu, orang-orang Ma harus mencari penempatan baru yang suhunya lebih selesa. Pulau mistik di selatan ialah jawapannya. Di sana, selain subur, jauh daripada pengganas Han Gao, pulau di selatan dikatakan lebih panas dan lebih selamat. Pa Lu berharap di pulau mistik itu tiada musim sejuk yang menikam nyituke sumsum tulang. Pengkhayal terketar-ketar menggigil apabila membayangkan kedinginan yang di alami Pa Lu sekeluarga.

Oleh sebab cuaca merupakan masalah utama, Pa Lu banyak belajar membaca cuaca. Pada mulanya daripada datuknya. Kukuh tersimpan dalam ingatan. Kemudian, dia belajar daripada alam. Alam ialah guru kedua apabila datuknya mati. Datuknya dulu juga kerap berguru kepada alam. Tingkah laku alam kerap berulang. Saban hari, Pa Lu tidak pernah lupa mendongak ke langit. Jenisjenis awan memberikan tanda cuaca yang bakal ditempuhi esok harinya. Pada malam hari, dia tetap mengimbas langit. Lama-lama, dia sudah menghafal kedudukan bintang-bintang yang berkelipkelipan. Pa Lu tidak pernah lupa untuk merenung bulan setiap kali bulan itu muncul di langit. Apabila terdapat gegelang cahaya mengelilingi bulan, Pa Lu pasti menduga kedatangan hujan pada keesokan harinya. Besar kecilnya gegelang cahaya itu menentukan hujan akan turun di sebelah pagi, tengah hari atau lewat petang. Orang-orang Ma sudah lama membaca alam. Mereka serasi dengan alam, malah mereka ialah sebahagian daripada alam, sebagai fauna yang mengisi alam floranya. Tetapi, mereka melangkah setapak maju lagi. Kerana mereka mempunyai kemampuan mencipta budaya dan tradisi. Demikian fikir Pengkhayal. Pengkhayal sangat kagum dengan kebolehan kaum Ma. Sudah pandai meramalkan cuaca dan mengatur kegiatan. Baik di daratan untuk tujuan bercucuk tanam mahupun di lautan untuk menjelajah samudera. Dan, wajah Pengkhayal tampak mengukir rasa bangga yang gemilang. Bercahaya, berseri dan penuh ceria.

Pa Lu paling takut apabila mengesan gerombolan burung bangau putih terbang meninggalkan Ilha Formosa menuju ke selatan. Burung-burung camar akan ikut sama-sama beredar ke selatan, jauh sebelum musim sejuk mendatang. Jika turun ke laut ketika itu, segala makhluk laut akan menghilangkan diri daripada pandangan. Barangkali ikan-ikan itu akan bersembunyi dalam terumbu karang asli untuk mengelak gelora laut musim sejuk. Laut selat pada musim sejuk bergelora amat. Anginnya kencang, tidak menentu dan berubah-ubah arah secara mendadak, menyebabkan burungburung camar melarikan diri ke arah selatan, mencari laut yang tenang dan jemih, tempat ikan kecil-kecil boleh dikesan dari suatu ketinggian. Justeru, Pa Lu berkawan dengan burung camar. Di tempat ada burung camar, di situlah ada sumber laut, habuan mereka selama ini. Kehilangan burung-burung itu daripada flora dan fauna pantai Ilha Formosa itu bermakna mereka terpaksa mencari tempat perlindungan seperti ikan-ikan penghuni laut pada musim sejuk.

Ma We dan Ma Lu sedang mengutip kepah di pantai yang aimya surut. Memang pagi itu cukup cerah seolah-olah sesuatu yang membahagiakan akan muncul menerpa mereka. Yang cukup ketara kepah-kepah yang mereka peroleh banyak sekali. Yang menakjubkan pula, temyata kepah-kepah itu lebih mudah dicari dan ditemui. Ma Lu menyedari alat yang diciptakan oleh Pa Lu sangat berkesan. Dengan cangkul kecil yang diperbuat daripada kayu, Ma Lu cuma perlu mencangkul pasir pantai. Pada pagi yang secerah itu, warna pantainya seputih awan yang berarak. Terang cahaya mentari bagaikan menguliti pasir pantai berkaca-kaca dengan benderang simanya. Suasana itulah yang melatari pengutip-pengutip kepah di pantai wilayah terlindung yang hutan musim bunganya terhias pelbagai warna. Bau harum bunga-bungaan dibawa angin bukit, terhirup segar dan nyaman. Ma We akan mengutip kepah-kepah yang tersembunyi di bawah pasir pantai yang telah dicangkul Ma Lu. warna kulit kepah yang gelap berlatarkan keputihan pasir pantai begitu ketara perbezaannya. Ma Lu sangat berterima kasih kepada Pa Lu kerana mencipta alat itu. Buatan cangkul kayu sungguh halus. Kayu pemegang diraut licin. Pa Lu tidak mahu selumbar yang menusuk ke tangan isterinya. Sangat kemas kerja pertukangan kayu itu di mata Pengkhayal yang tahu menilai artifak-artifak purba. Mata cangkulnya diikat rapi dengan tali kulit kayu yang liat dan kukuh. Pengkhayal membayangkan dia mahu menemukan alat prasejarah itu dan meletakkannya dia biorama muzium di akademi tempat dia bekerja. Supaya dunia tahu bahawa nenek moyangnya ribuan tahun yang lalu ialah etnik Malayonesia, sudah lama berpecah dari induk Austronesia di bumi pulau Formosa itu, dan telah berjaya mencipta tamadunnya sendiri. Penemuan ini diabadikan dalam kertas kerja hasil penyelidikannya, dan akan dibentangkan di seminar-seminar sosioantropologi peringkat antarabangsa.

Kawasan pantai itu menjadi wilayah terlindung bagi dua puluh keluarga orang-orang Ma itu. Dahulu mereka hidup dalam kelompok besar beratus-ratus keluarga. Malah, di sesetengah penempatan terdiri beribu keluarga. Mereka terpaksa lari menyembunyikan diri dalam kelompok-kelompok kecil. Sebahagian melarikan diri ke bahagian selatan Ilha Formosa, sebahagian lain menyeberang selat ke Pulau Lanyu dan yang lain belayar ke pulau-pulau kecil di laut selatan. Mereka menjadi nomad laut setelah diusir dari bumi yang telah membudayakan mereka. Mereka pernah mempunyai tanah yang luas dan subur, tetapi di rampas pengganas-pengganas Han Gao. Kini mereka lebih damai di pantai selatan Ilha Farmosa yang dilindungi tanjung dan tebing tinggi terdapat gua yang dikenali oleh orang-orang Ma sebagai Gua Arku. Gua itu menjadi tempat perlindungan dan persembunyian daripada musuh-musuh orang Ma.

Ma We menggamit rakan-rakannya. Mereka juga sedang mencari kepah. Tetapi, menggunakan tangan sahaja. Panggilan Ma We disahut. Dua orang anak gadis berkulit sawo matang seperti Ma We, seorang berambut hitam berjurai panjang, menghampiri tempat Ma We dan ibunya mengutip kepah. Sambil berbual dan ketawa kecilkecil, mereka bersama-sama mengutip kepah yang banyak. Ma Lu bertambah laju mencangkul. Berebut-rebut gadis-gadis bertiga itu mengutip. Lucu dan kelakar sekali hingga Ma Cun yang berambut ikal tersungkur kerana berhimpit-himpitan. Raga-raga yang mereka bawa hampir penuh dengan kepah-kepah. Berat sekali. Raga Ma Cun terjatuh. Ma We dan Ma Run yang berambut berjurai panjang itu menolong memasukkan semula kepah-kepah yang tercicir. Ma Cun mengepal pasir basah lalu membaling ke arah Ma We. Ma We pula mengambil lembut ke arah Ma Run. Akhimya anak-anak gadis sebaya itu saling berbaling kepalan pasir basah. Pengkhayal ketawa berdekah-dekah.

Ma Lu terus sibuk mencangkul. Dia tidak menyangka budakbudak itu tidak lagi mengutip kerana raga mereka benar-benar sarat. Menyedari gelagat anak-anak gadis itu, Ma Lu pun berhenti mencangkul. Pinggangnya mulai terasa sakit. Tadi, ketika budakbudak itu berebut-rebut mengutip, tidak menang tangan dibuatnya. Ma Lu cuba menegakkan tubuhnya. Sekali lagi terasa lenguh di pinggangnya. Dipaksakan juga, akhimya berjaya dia mengatasi kekejangan otot-otot pinggang. Dibiarkan anak-anak gadis itu bergurau. Ketiga-tiga mereka meletakkan raga-raga yang sarat itu ke bawah. Mereka bekejar-kejar sepertimana mereka bermain di sawah dulu semasa kecil-kecil.

Pengkhayal ikut terhibur dengan gelagat gadis-gadis sunti itu. Bayangannya pada payu-payu dara yang segar mekar bergegargegar dan terhuyung-hayang ke sana ke mari dalam larian dan hambatan berjenaka dalam gurau senda, memberikan suatu nikmat yang hanya boleh dirasai oleh Pengkhayal. Apalagi apabila mata di benak Pengkhayal melihat gadis-gadis itu membersihkan pasir yang melekat pada payudara masing-masing. Di bioskop mindanya, dialah sutradara dan dialah pula penyunting lakon layar. Dia tidak perlu meminta kebenaran daripada sesiapa untuk kelulusan penayangan di bioskop mindanya.

Melihat gurauan anak-anak gadis itu, Ma Lu menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak melarang mereka berhenti. Sakit pinggangnya masih terasa kejang. Dalam berusaha menghilangkan sengal yang mengganggu, dia menggoyangkan pinggangnya ke kiri dan ke kanan. Dengan menggoyangkan pinggangnya, matanya teriut mengimbas ufuk selatan. Tiba-tiba matanya terpaku pada suatu titik di kejauhan. Air peluh membasahi dahinya. Diusap peluh itu dengan belakang tangan. Perbuatan itu diperhatikan oleh Pengkhayal. Bagi Pengkhayal, gerakan itu mempunyai maknanya yang tersendiri.

Betapa manusia purba mahupun moden harus berterima kasih pada gerakan sapuan peluh itu. Tanpanya, manusia tidak bakal mempunyai dahi dan kening. Apabila makhluk pramanusia mulai berdiri dengan dua kaki, peluh mengalir daripada kulit kepala ke arah kedua-dua matanya. Akibatnya mata menjadi kabur. Untuk mengelakkan kekaburan itu, makhluk pramanusia terus menyapu kawasan dahi yang masih berbulu sehingga menjadi botak. Yang tertinggal hanyalah kening yang masing berbulu dan dahi telanjang tanpa bulu. Malah, tulang di bawah kening menjadi menonjol akibat sapuan peluh oleh makhluk pramanusia lebih kurang lima juta tahun yang lalu. Semuanya kerana ekomorfisme. Pengkhayal percaya di sebalik setiap manusia moden tersembunyi rahsia kejadian yang mengukir jasad makhluk pramanusia ke bentuk kontemporari. Dan, apa yang kita lakukan sekarang membentuk ciri-ciri badaniah pada masa depan melalui evolusi dan seleksi. Biar, itu seleksi natural atau seleksi seksual. Demikian bahasan minda Pengkhayal yang rajin meneliti.

Ma Lu terus meneropong dengan kedua-dua belah tangannya melindungi dahi. Pengkhayal berpura-pura tidak tahu apa yang dilihat Ma Lu. Mungkin perahu nelayan Rungus, fikir Ma Lu. Kadang-kadang mereka tersesat dibawa angin. Tetapi, angin sekarang bertiup ke selatan. Titik di ufuk selatan nampaknya makin mendekati. Ia menongkah angin. Agak lambat titik itu membesar di lapang pandang Ma Lu. Dia segera bergegas. Menjerit-jerit pada anak-anak gadis itu untuk segera kembali ke pantai. Ma We sempat menghadap ke arah ufuk selatan. Dia pasti faham mengapa dia harus lekas meninggalkan laut surut itu. Begitu juga kedua-dua kawannya. Demikian pula kesemua wanita Ma yang rajin memungut kepah. Kerja memungut, mengutip dan mengumpul ialah kerja bersifat kewanitaan, fikir Pengkhayal. Wanita-wanita itu tidak rela menjadi tawanan pengganas Han Gao yang akan mengurung mereka di tempat terpencil, jauh dari rumah panjang perempuan Han Gao. Di tempat tahanan itu, lelaki Han Gao boleh berpesta seks tanpa perlu membayar daging seketul atau seekor haiwan buruan.

Maka berlarianlah wanita-wanita itu dalam suasana kelam-kabut dan takut. Suara jeritan yang riuh itu mengejutkan kaum lelaki Ma. Mereka cepat bertindak. Pertama, mengamankan kanak-kanak dan kaum wanita di Gua Arku di tebing tinggi. Apabila air naik, tidak mungkin penceroboh tahu ada orang bersembunyi di situ. Kedua, mengumpulkan kesemua lelaki Ma lengkap bersenjata. Apa saja senjata yang ada dibawa. Sumpit beracun, panah berbisa, tombak runcing dan kapak bermata batu.

Makin lama semakin dekat, tampak pergerakan itu di ufuk selatan. Pada mulanya mereka mengambil langkah strategis. Mereka mengintip pergerakan itu. Kalau boleh jangan apungan di laut itu mendekati pantai mereka. Pa Lu sudah mahir mengatur langkah gaya sateria. Apabila sudah pasti tidak ada iringan pada apungan dan apungan itu dikenal pasti sebuah sampan, mereka beramairamai muncul berdiri di gigi pantai. Kadang-kala ada apungan di laut yang disangka sampan musuh, tetapi kemudian temyata hanya sebatang kayu tua yang hanyut dibawa arus. Itu pun mereka bersepakat bertindak secara berhati-hati.

Pa Lu sebagai ketua suku Ma Lai Wu di Gua Arku berdiri paling hadapan. Mempamerkan jumlah merupakan suatu helah. Jika pendatang bemiat jahat, melihat jumlah yang ramai, mereka beralih arah. Lagi pula pengganas Han Gao tidak mahir mengendali sampan. Mereka bukanorang laut seperti suku Ma.

Makin dekat makin jelas perahu itu. Namun, dua orang pendayung perahu itu belum dapat dikenali raut wajah mereka mahupun suku asal mereka. Perahu itu jauh lebih lebar daripada perahu-perahu buatan orang-orang sekitar Ilha Formosa. Terdapat sepasang cadik pengimbang di sisi kanan dan kiri sampan itu. Sebatang tiang tegak di tengah-tengah sampan. Ada gulungan bagaikan kulit binatang yang besar dan panjang.

Seorang pendayung melambai-lambaikan tangannya ke arah pantai. Pa Lu tersentak daripada pengamatan gaya sateria. Berderau darahnya mengimbau penantian lampau. Bapanya yang selama ini dinantinanti telah kembali. Sedikit pertanyaan itu mencabar benaknya. Kewarasannya cepat mematikan mimpi. Impian sedemikian tidak mungkin menjadi kenyataan. Bapanya tidak mungkin sekuat lelak pendayung itu. Segera penantian itu bertukar kepada anak-anaknya Lu Ji dan Lu Zon. Makin mendekat semakin jelas raut wajah Lu Zon, tetapi wajah Lu Ji terlindung pendayung di hadapan.

Apabila Pa Lu menjerit nama Lu Ji dan Lu Zon, lelaki-lelaki Ma yang berada di pantai melompat riang. Riuh sekali hingga terdengar sorakan kegembiraan itu di Gua Arku. Burung-burung yang hinggap berehat di tebing tinggi ikut terkejut oleh riuh yang menggema. Berkawan mereka terbang serentak seolah-olah menyambut suatu kepulangan. Suasana siap untuk berperang itu bertukar menjadi upacara perayaan. Beberapa lelaki Ma menjerit meminta penyembunyi-penyembunyi keluar dari gua. Ketakutan penyembunyi-penyembunyi berubah menjadi keriangan. Ma Lu gembira tidak terkira apabila terdengar suara pekikan nama Lu Ji dan Lu Zon meskipun wajah-wajah mereka tidak kelihatan. Segala penantian selama ini tidak sia-sia. Semasa Ma Lu di pantai tadi, dia berasa berbelah bagi untuk meninggalkan pantai. Tetapi, dia perlu akur pada arahan Pa Lu. Jika isteri ketua mengingkari perintah ketua, pasti hormat anak-anak buahnya tercalar. Namun, rasa hatinya sejak tadi, tidak menyangka sebarang tanda keburukan daripada arca kecil di ufuk selatan. Kini arca itu melabuhkan berita gembira yang sekian lama dinantikan.

Pa Lu menerpa anaknya Lu Zon dan memeluknya. Dibalas pelukan itu dengan rangkulan erat daripada Lu Zon. Mereka saling bersapaan dengan iringan linangan air mata kegembiraan. Pengkhayal ikut menitiskan air mata. Lebih-lebih lagi Ma Lu, air mata itu bagaikan air terjun kecil di kelopak matanya. Dakapannya sangat erat, tubuhnya lembut longlai, melorot turun dan akhimya melutut di pasir pantai. Begitu juga Ma We, memeluk abang-abangnya yang wajah silam mereka sayup dan kabur dalam ingatan. Pa Lu berasa hairan ketika dia memeluk Lu Ji. Dia kaku tanpa reaksi. Dia segera menyedari tubuh yang dipeluk bukan Lu Ji. Lu Zon cepat memperkenalkan lelaki yang menemaninya sebagai Ta Galog. Ma We sempat memeluk Ta Galog. Dia dan Ma Lu juga menyangkanya Lu Ji.

Lu Zon menceritakan bagaimana Lu Ji terkorban dalam perjalanan pulang. Dia menemui pulau mistik itu dan berkawan dengan penduduk Ma yang tinggal lama di pulau itu. Bahasa mereka telah berubah, tetapi masih sedikit banyak ada persamaan.

Lu Zon membawa banyak hadiah. Antaranya kalung pelbagai manik, gegelang kaki dan tangan. Cantik dan pelbagai warna. Tidak ada manik-manik seperti itu di Ilha Formosa. Lu Zon juga membawa minuman khas dari pulau mistik itu. Penduduk Ma di pulau mistik itu membuat minuman itu daripada air kelapa. Apabila mereka mengajak semua yang berada di pantai itu untuk minum, Pengkhayal menjadi terkejut. Betapa orang-orang Ma itu menyebut minum seperti yang disebut dalam bahasa ibunda Pengkhayal. Lebih menarik lagi ketika Ta Galog menyebutnya inum. Perkataan minum dan inum itu datang, menurut Pengkhayal, daripada proses penelanan air yang mengeluarkan bunyi ke telinga. Mi bermula dengan pembukaan mulut yang kecil dan num ialah bunyi yang dihasilkan apabila air melewati tenggorokan.

Pengkhayal telah menyaksikan dalam benaknya bagaimana beberapa patah perkataan yang sama dengan bahasa ibunda Pengkhayal, meninggalkan Ilha Formosa untuk memulakan migrasi lingua dalam upaya menjadi bahasa besar dan bermartabat ribuan tahun mendatang.