Wahai Nabi utusan Tuhan Yang Agung, kami datang ke sini untuk mohon nasihat dan petunjukmu. Bagaimana caranya mengasuh kelima-lima anak kami yang luar biasa sukar diatur dan nakal-nakal ini. Tolonglah kami wahai Nabi yang Bijaksana. Ibu bapa tersebut memohon.
Sungguh di luar dugaan, Nabi Yang Agung dan Bijaksana itu hanya memberikan nasihat singkat.
Wahai ibu bapa yang baik, mulai saat ini ubahlah satu demi satu perilakumu menjadi lebih baik dan sekarang pulanglah, insya-Allah anak-anakmu akan berubah menjadi lebih baik. Sungguh ini sebuah cerita yang luar biasa!
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, ternyata nasihat ini pun secara ilmiah disetujui oleh para ahli pendidik pada era modern. Dalam pandangan psikologi pendidikan, dipercayai lebih dari 70 peratus perilaku anak itu adalah mirroring atau cerminan langsung dari perilaku ibu bapa, dalam seharian mendidik anak-anak mereka.
Dalam program parenting yang kami adakan bagi para ibu bapa, selalu kami sampaikan bahawa jika ingin mengubah perilaku anak, ubahlah satu demi satu perilaku kita terlebih dahulu. Seterusnya barulah kemudian perilaku anak berubah dengan sendirinya.
Kami mencubanya berkali-kali melalui terapi yang kami sebut sebagai Terapi Kasih Sayang. Ketika ibu bapa perlahan-lahan mulai mengubah sikapnya di rumah, secara perlahan-lahan pula sikap anaknya di sekolah mulai berubah menjadi lebih baik dan terus membaik.
Oleh itu, kami sering memberikan penghargaan kepada para ibu bapa di sekolah kami yang disebut sebagai Parent Award. Penghargaan ini diberikan kepada ibu bapa yang berjaya membantu kami untuk bersama-sama mengubah perilaku anaknya.
Sekolah kami berasa perlu memberikan awards kepada para ibu bapa kerana kami tahu betapa sukarnya kita memiliki kemahuan untuk berubah, walaupun sebetulnya perubahan yang kami jalankan dalam proses Terapi Kasih Sayang itu amat mudah dilakukan. Namun, tidak semua ibu bapa dengan mudah boleh dan mahu berubah. Hal ini terjadi kerana perilaku yang ada itu pada umumnya sudah ada dan menjadi kebiasaan selama bertahun-tahun.
Saya sangat terkesan pada sebuah kisah yang terukir indah di batu nisan Westminster Abbey, seorang genius, arkitek Istana Kerajaan Inggeris.
Beginilah ceritanya:
Ketika aku masih muda dan bebas berkhayal, aku bermimpi ingin mengubah dunia. Lalu seiring dengan bertambahnya usia dan kearifanku, aku dapati bahawa dunia tidak juga berubah maka cita-cita itupun aku kecilkan. Lalu aku memutuskan untuk hanya mengubah negeriku. Namun, tampaknya hasrat itupun tiada hasilnya.
Ketika usiaku semakin senja, dengan semangatku yang masih tersisa, aku memutuskan untuk mengubah keluargaku, orangorang yang paling dekat denganku. Namun, celakanya merekapun tidak mahu berubah!
Dan kini, ketika aku berbaring sewaktu ajal memanggil, tibatiba aku sedari: Andai sahaja yang pertama sekali aku ubah adalah diriku sendiri, dengan menjadikan diriku sebagai teladan, mungkin aku boleh mengubah keluargaku. Lalu berkat inspirasi dan dorongan mereka, boleh jadi aku pun mampu memperbaiki negeriku, kemudian siapa tahu aku bahkan boleh menggubah dunia.
Westminster Abbey, Inggeris, 1100 M
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, mari kita renungkan bersama kisah tersebut. Menginspirasi sekali, bukan
Ubahlah satu demi satu perilaku kita terlebih dahulu, perilaku anakpun akan berubah dengan sendirinya.