TAKAFULMAN - 1
1. Di peringkat awal aku melibatkan diri dalam bidang Takaful, perkara pertama yang aku buat adalah menyewa kereta Satria milik adik aku dengan bayaran adik beradik kurang lebih RM300 sebulan selama 3 bulan.

2. Tindakan ini aku buat demi menyelesaikan beberapa masalah: - Boleh balik lewat malam.

3. Boleh ke hulu ke hilir selepas waktu kerja berjumpa orang.

4. Boleh ke kelas Takaful yang dibuat seminggu sekali pada hari Rabu malam Khamis di Phileo Damansara.

5. Masalah seterusnya timbul bilamana adik aku hendak pakai semula kereta Satrianya setelah tempoh 3 bulan tamat. Tidak ada jalan lain, aku terpaksa membelanjakan saving untuk membeli kereta Kancil second hand berharga RM8,000 (3 kali atau 4 kali bayar tak berapa ingat), dan mengkudanya naik ke Kuala Lumpur hampir setiap hari untuk meneruskan kerja-kerja nombor 2.

6. Untuk pengetahuan, berulang alik hari-hari dari Tanjong Malim ke Kuala Lumpur naik kereta memerlukan wang yang tidak sedikit. Minyak dan tol saban hari, bila dihitung maka merosot teruklah wang gaji yang sepatutnya boleh aku simpan dalam tabung SSPN anak-anak.

7. Lebih penat, hampir setiap malam aku bertemu pintu rumah seawal jam 12 malam, manakala sampai rumah jam 1,2 atau 3 pagi itu biasa. Keesokan harinya, aku perlu naik semula ke Kuala Lumpur dan rutin ini diulang untuk melaksanakan kerja hakiki di KLCC dan perkara nombor 2.

8. Sabtu Ahad jangan cerita lah. Sekejap aku naik semula ke KL, sekejap terus ke Seremban dan ada kalanya aku turun ke Ipoh, demi melakukan perkara yang sama, berjumpa orang untuk Takaful. Dari Tanjong Malim naik ke KL, dah sampai KL orang baru bagitahu tak jadi jumpa, adalah antara perkara paling celaka yang sering aku alami. Baca poin-poin di atas, pejam mata dan bayangkan.

9. Juga ketika semua proses ini berlangsung, aku sudah memiliki tiga orang anak.

10. Aku cuma mengambil masa kurang 10minit untuk menulis 7 poin di atas, tetapi setiap detik dan saat merealisasikannya, bila difikirkan balik, aku akan geleng kepala, Kerja gila!

11. Dan kerja gila ini sebenarnya, aku masih buat sekarang, cuma lebih senggang dan perlahan atas

12. bayaran penat kerja hakiki Petronas yang telah aku tinggalkan. 10. Kenapa Takaful

13. Kalau perniagaan Takaful yang hanya bercakap dan menebal muka berjumpa orang pun aku tak boleh buat, macam mana aku nak buat perniagaan lain yang lebih susah seperti peniaga nasi lemak yang kena bangun pukul 4 pagi tanak nasi dan masak sambal Atau peniaga pasar malam yang membanting tulang pasang buka payung niaga, berpanas berpeluh memasak itu ini tidak mengenal sakit demam

14. Setelah aku memegang piala kali pertama dua tahun lepas, ramai yang bertanya aku, Hendak buat juga, ajarkan bagaimana

15. Namun begitulah. Rumah di KL, kerja di KL, kahwin pun belum. Bila diajar suruh ke kelas Takaful yang juga letaknya di KL, sudah culas. Bila diajar pergi jumpa orang, tegur orang, buat presentation pada orang, malas. Bila diajar suruh ke kelas hari Sabtu atau Ahad, ada pula kenduri biras. Sudahnya, tenggelam semula dalam hiruk pikuk diri sendiri yang tidak terselesaikan.

16. Idea dan harapan hendak mengubah diri itu ada, tapi setakat ada saja lah. Tidak mahu laksanakan kerana terasa lebih enak melepak di Facebook sambil tersenyum berangan angan.

17. Lebih aku tidak faham, hendak meniaga tapi asyik fikir kalau meniaga yang tu tak best, meniaga yang ni tak hip, meniaga yang tu pula dah ramai orang buat, meniaga yang ni lambat untung.

18. Hidup yang singkat ibarat perut yang sedang lapar. Jumpa makanan, makan lah walau sekeping roti pun. Jangan difikir soal sedap, soal lazat, soal enak, soal ada lagi macam-macam makanan lain yang kita belum jumpa, kerana itu semua hal yang belum pasti, yang ada di depan cuma roti, jadi makanlah dengan lafaz Bismillah, jangan merungut. Kalau jumpa roti tak nak, jumpa nasi tak nak, jumpa KFC pun tak nak, maka akhirnya kita akan mati tersungkur bukan saja atas sebab lapar, tetapi lebih kerana penat berjalan membuang masa dan tenaga mencari cari entah apa benda.

19. Kita boleh sibuk dengan pelbagai hal dan masalah yang melanda agama, bangsa, negara, ekonomi, politik, masyarakat dan budaya. Tapi kalau kita tak dapat nak urus tadbir dan selesaikan hal dan masalah diri kita sendiri, yang itu memang terang-terang salah kita.

20. Ajarkan saya buat Takaful. Saya mahu buat. Ajarkan saya main property, saya mahu buat.

21. Ajarkan saya unit trust, saya mahu buat. Ajarkan saya meniaga online, saya mahu buat. Ajarkan saya! Ajarkan saya!

22. Sebelum menjerit minta diajar, ajarkan dulu diri kita untuk tekun. Ajarkan diri kita untuk fokus. Ajarkan diri kita untuk komited, ajarkan diri untuk bersungguh sungguh, ajarkan diri kita untuk bersusah susah.

23. Kalau hendak hidup kaya semata mata, memang ada jalan senang, tikam nombor ekor dan pastikan menang 1st prize. Namun untuk hidup berjaya dan bermakna, serahkan jiwa raga.

24. Berbuatlah apa saja pun, asalkan buat. Dan bila buat, buatlah betul-betul!

25. Aku cuma ada roti jenama Takaful. Mari makan aku hidangkan. Aku ajarkan selokbelok roti, dari bahan sampai ke pembuatan, supaya diakhirnya kau bukan sekadar makan, tetapi mahir dan pakar tentang roti sehingga kau menjadi RotiMan, atau MatRoti, atau MujahidRoti atau PejuangRoti.

26. Selamat Maju Jaya, semoga Allah meRahmati kita semua.