KITAB XX - 30 Langkah Memikat Lelaki - 1
Cinta adalah seni. Bukan hanya sebagai kehendak dan pelengkap pada kehidupan setiap insan bergelar manusia. Cinta itu indah. Cinta itu juga manis. Ia sangat berseni.

Justeru, dalam mengenali apa itu cinta dan bagaimana mahu memikat pasangan, ada baiknya kita mengenali dahulu apakah yang menjadi punca cinta ini.

Ada yang mengatakan dengan adanya cinta, dunia akan menjadi harmoni. Ada juga yang mengatakan, cinta adalah penyebab lahirnya tamadun manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Wahai cinta, besar sungguh peranan dan tanggungjawabmu pada kehidupan manusia.

Jadi, apakah punca anda jatuh cinta

Pandang pertama

Persamaan karakter

Ego

Nafsu