Pada tanggal 26 Dis 2005, kira-kira jam 8.59 pagi (waktu Malaysia) satu gempa bumi yang sebesar 9.0 Skala Richter telah berlaku. Gempa tersebut yang menggegarkan bangunan dan mengejutkan orang ramai yang sedang berpusu-pusu berurusan di tempat kerja. Tanpa sebarang amaran awal terhadap kemungkinan akan berlakunya gegaran tersebut menyebabkan ramai yang menjadi bingung dan panik di atas kejadian tersebut.
Gempa bumi pada 9.0 Skala Ritcher merupakan kejadian yang keempat terbesar yang mencapai ketinggian ombak di antara 10 hingga 35 meter dan telah bergerak pada kelajuan sehingga 800km sejam. Ia bergerak menuju ke beberapa negara lain. Pusat gempa yang terletak pada kedudukan bujur 3.298 darjah utara dan 95,779 darjah timur iaitu kira-kira 160km ke sebelah Aceh. Gempa tersebut berlaku di bawah paras air sedalam 10 km.
Sementara itu kerja-kerja mencari mangsa yang hilang dan terkorban dijalankan dengan tekun. Terlalu banyak mayat terapung-apung di perairan mengatasi jumlah sampah sarap. Mayat-mayat yang telah semakin busuk terpaksa dijaringkan untuk dikumpulkan. Ia perlu diuruskan segera sebelum menjadi bertambah busuk dan mengakibatkan masalah yang lebih besar iaitu bau busuk, pencemaran dan penyakit.
Ombak Tsunami yang boleh bergerak sehingga 800 km sejam dan kekuatannya semakin bertambah di laut cetek. Ia boleh mengakibatkan kerosakan yang sangat besar. Namun ombak yang bergerak pada kelajuan tinggi ini sukar dilihat. Anda dapat merasakannya jika berada di dalam Bot. Sifat ombak ini menjadi bertambah kuat jika ia melalui pantai yang cetek. Malah ketinggian ombak boleh mencapai sehingga 15 meter hingga 40 meter.
Pegawai kanan saintifik pusat pengawasan Hongkong, Encik Wing Tak berkata, amaran awal masih boleh diberi walaupun ombak bergerak pada kelajuan 800km sejam. Namun sistem amaran yang digunakan mestilah yang canggih dan sofistikated. Gegaran kuat yang boleh dirasai sehingga ke negara Britain yang terletak 800km dari pusat gempa membuktikan pergerakan gelombang adalah meliputi seluruh dunia.
Dr Yamashita Tomoko, iaitu salah saorang sukarelawan terpaksa bekerja keras merawat dan membimbing mangsa yang cedera, mengidap kencing manis, darah tinggi serta tidak dapat menerima hakikat apa yang telah menimpa mereka. Bekalan ubat semakin terhad tetapi keperluan semakin meningkat. Masalah sesak nafas, demam, cirit birit dan masalah jantung semakin ketara dan bilangan pesakit bertambah dengan mendadak.
Sebanyak 12 negara mengalami kesan yang sangat teruk akibat Tsunami. Di Malaysia, kawasan yang terlibat adalah di Utara semenanjung Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Kepala Batas, di Kuala Muda Kedah dan Pulau Langkawi. Ramai yang kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian akibat kerosakan pukat dan bot. Seramai 68 orang disahkan meninggal dunia ke semua mereka adalah rakyat tempatan yang sedang bercuti di Batu Feringgi.
India
India juga mengalami kesan yang amat dahsyat dan negeri yang paling besar menerima kesannya adalah di Tamil Nadu, Kepulauan Andaman dan Nicobar yang mempunyai kepadatan penduduk hampir 400,000 orang.
Penempatan mereka terletak kira-kira 1200km dari tanah besar India. Air laut yang masin itu melimpah dan melibatkan 52 buah pulau. Adalah dianggarkan 15,693 orang telah meninggal dunia dan hampir 8000 adalah dari Tamil Nadu. Sekurang-kurangnya 140,000 orang kebanyakannya keluarga nelayan hilang tempat tinggal dan terpaksa berlindung di tempat tinggal sementara di kem perlarian. Di Andaman dan Nikobar sahaja, adalah dianggarkan 900 orang terbunuh dan lebih 12,000 orang dipindahkan. Sekitar 6000 orang pula hilang tanpa dikesan.
Sri langka
Negara Sri langka yang sentiasa berkonflik antara puak Harimau Tamil dengan kerajaan juga mengalami kesan ombak Tsunami. Kematian akibat konflik sahaja adalah melebihi 60,000 orang sejak tiga dekat yang lalu. Ombak besar melanda di kawasan pantai timur Sri Langka iaitu dari Jaffna di utara hingga ke pantai pelancongan popular di selatan. Peralatan nelayan dan kediaman musnah akibat tamparan ombak Tsunami. Adalah dianggarkan 30,527 orang terbunuh termasuk pelancong dan 10,000 hilang tanpa dapat di kesan.
Hampir sejuta hilang tempat tinggal dan terpaksa menetap di 781 penempatan sementara. Tragedi tersebut memberi kesan teruk kepada industri pelancongan kerana pantai-pantai dan pusat pelancongan rosak teruk.
Indonesia
Indonesia adalah negara yang paling teruk dilanda gempa bumi dan ombak Tsunami. Seperti padang jarak padang tekukur jika ditinjau dari udara. Sungguh dashyat! Tempoh 15 tahun pun belum tentu dapat memulihkan Aceh. Banyak nyawa terkorban dan kampung-kampung hanyut termasuk jalan raya dan hospital yang rosak teruk. Bangunan-bangunan batu telah musnah sama sekali.
Seperti sebuah mesin basuh, Aceh dipintal dan diratakan dengan hanya menggunakan air laut yang datang pada kelajuan 500 ke 800km sejam dan mengkotak katikkan Aceh hingga pada jarak 5km di daratan. Jumlah kematian adalah dianggarkan 160,000 orang dan hampir setengah juta hilang tempat tinggal. Risiko kematian yang membawa kepada jangkitan penyakit amat membimbangkan. Aceh masih menangis hingga ke hari ini dan kesedihan itu tidak mungkin dapat dipadamkan dengan bantuan yang melimpah-limpah kerana yang hilang bukan sahaja harta, tetapi nyawa orang yang tersayang.
Thailand.
Di Thailand juga mengalami kejutan Tsunami. Bukan orang tempatan sahaja yang terlibat, tetapi ramai pelancong asing juga yang sedang bercuti menjadi korban. Enam wilayah telah terlibat iaitu Phang Nga, Puket, Ramong, Krabi, Trang dan Satun. Pulau Puket yang menjadi syurga bagi pelancong asing telah mengalami kerosakan yang teruk termasuk resort dan hotel. Kebanyakan mangsa adalah dari 36 negara asing yang sedang bercuti dan menyambut Krismas di Puket.
Maldive
Daripada 199 pulau di Maldive, 20 buah mengalami kerosakan total. Resort dan pantai musnah teruk serta mengubah pemandangan daripada pusat pelancongan kepada kawasan bencana. Seramai 12,500 orang terpaksa dipindahkan jauh dari pantai. Sebanyak 3997 bangunan-bangunan cantik Maldive telah rosak.
Walaupun tidak seteruk Aceh, Myamar juga tetap mengalami kejutan akibat kedatangan tetamu yang tidak diundang dan melawat secara mengejut kepada petani dan nelayan. Junta tentera melapor, seramai 64 orang telah terkorban. Namun kematian adalah dianggarkan lebih kerana setiap rumah yang sebanyak 200 buah di tepi pantai mempunyai nelayan yang turun ke laut pada hari tersebut.
Somolia
Somalia juga menerima kehadiran Tsunami tetapi agak lambat kerana jarak dari pusat gempa adalah jauh. Kawasan yang paling teruk adalah di wilayah Puntland dan Semenanjung Hafun. Sebanyak 2400 bot rosak dan 1,180 buah rumah di persisiran pantai musnah. Kematian adalah 300 orang dan beribu hilang tempat tinggal.
Gempa bumi pada 9.0 Skala Richter merupakan kejadian yang ke empat terbesar di dunia sejak tahun 1900. Ombak besar yang mencapai ketinggian di antara 10 meter hingga 35 meter telah bergerak sehingga 800km sejam menuju ke beberapa negara lain. Pusat gempa yang terletak pada kedudukan bujur 3,298 utara dan 95,779 timur iaitu kira-kira 160 km ke sebelah Aceh. Gempa tersebut berlaku di bawah paras air sedalam 40km.
Ombak yang telah menyapu bersih segala objek sehingga di jarak lima kilometer dalam masa yang begitu singkat sahaja. Keindahan pantai hilang serta merta dan digantikan dengan lumpur dan bau busuk di mana-mana. Mayat bergelimpangan di merata tempat.
Para sukarelawan tidak perlu berebut mayat untuk mendapatkan statistik pencapaian kutipan seperti yang berlaku pada tragedi ribut Greg di Sabah dan tragedi Pos Dipang di Perak. Pergilah ke mana sahaja, samada di sungai, di runtuhan bangunan atau di persisiran pantai, mayat dalam berbagai bentuk dan kondisi yang amat menginsafkan.
Adakah ini merupakan tanda kiamat telah tiba. Belum lagi, tetapi bagi penduduk Aceh ia tidak dapat di bayangkan dahsyatnya kerana keadaan huru hara dan kemusnahan tetap amat menakutkan. Malah penduduk yang terselamat menyatakan hanya keajaiban yang telah menyelamatkan mereka.
Sukarelawan berkumpulan berkampung di sini untuk misi kemanusian yang terbesar bagi membantu dan menyelamatkan mangsa-mangsa terlibat. Seperti sebuah perkampungan antara bangsa, mereka dari berbagai bangsa negara latar belakang bertungkus lumus membantu tanpa berkira pada ketika itu.
Maklumbalas yang diterima dari sukarelawan amat memilukan. Walaupun berhadapan dengan dengan risiko gempa yang berlaku begitu kerap, namun demi misi kemanusiaan, mereka berusaha membantu menggumpul mayat dan membantu mangsa dari pelbagai cara.
Mangsa yang perlu dirawat terlalu ramai. Ada yang terminum lumpur sehingga menyebabkan paru-paru mereka berulat. Ramai kanak-kanak bergelut untuk bernafas kerana paru-paru mereka dipenuhi dengan lumpur ketika menyelamatkan diri. Tiada pakaian untuk dibuat persalinan dan tempat rawatan juga terpaksa dibuat secara terbuka.
Di Malaysia mangsa bernama Zulkifli Mohd Nor telah kehilangan anak seramai 5 orang dalam sekelip mata. Beliau yang sedang berehat di pantai perkelahan Pasir Panjang Balik Pulau Pulau Pinang itu tidak menyangka ikan yang melompat ke darat sebelum ombak tsunami merupakan satu perangkap.
Ketika mereka sedang mengumpul ikan tersebut di celah-celah batu, tiba-tiba mereka diterjah ombak yang besar setinggi 5 meter dan menghanyutkan 5 anak mereka. Beliau, isteri dan anak bongsu terselamat kerana berpaut di pokok.
Begitulah Allah mempamirkan sedikit kuasaNya kepada manusia agar beringat bahawa segala-galanya adalah milikNya. Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah dan hamba kita perlu redha dengan bencana dan peringatan yang Allah tunjukkan kepada kita.