KERAMAT SEBUAH HATI - 1
Hati adalah anugerah Tuhan yang hanya diberikan kepada manusia.

Hati yang dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah qalb merupakan titik tolak dari apa yang akan, sedang dan telah kita kerjakan. Hati juga adalah sesuatu yang fluktuatif. Hati mampu menjadi tenang dan suci apabila kita beristiqamah dalam melakukan sesuatu yang baik (amal shlih). Hati juga akan menjadi kelam dan hitam ketika kita terus menerus menodainya dengan berbuat dosa dan maksiat kepadaNya.

Rata-rata ulama mengibaratkan hati sebagai cermin. Cermin bagi cahaya Allah. Ketika cermin itu bersih maka ia akan memantulkan cahaya keilahian. Namun apabila cermin itu suram dan penuh dengan noda, maka bagaimana mungkin cahaya boleh terpantul darinya. Jika hati dilimpahi cahaya Tuhan, maka ia akan dapat mengetahui rahsia-rahsia Tuhan.

Mata hatilah yang boleh melihat Allah Tuhan atau musyhadah (Al an Am :103). Imam Ali ra pernah berkata : Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku, dan akupun berkata :Tidak ragu lagi bahawa Engkau itu adalah Tuhan. Disinilah letak marifah. Dalam mencapai sebuah pengetahuan yang hakiki (gnosis) atau marifah ini diperlukan adanya sebuah ketaatan murni (surah Azumar:3). Ketaatan ini bersumber dari ketauhidan dan rasa cinta kepadaNya.

Kemurnian hati seseorang dapat menembus hijab antara dia dengan TuhanNya. Dalam perjalanannya hati seseorang akan selalu dicemari berbagai penyakit. Penyakit inilah yang bisa mengotori kebersihan dan kemurnian hati seseorang. Takabbur atau sombong adalah penyakit yang sering menyerang hati kita. Ketika kita sombong maka sebenarnya kita sudah merasakan diri kita Tuhan.

Oleh kerana itu kita tidak berhak mendakwa bahawa segala keunggulan kita adalah milik kita sendiri. Semuanya adalah atas dan kehendakNya. Sebesar-besarnya kuasa kita adalah berkat kuasaNya. Jangan pernah kita menganggap semua yang ada pada kita adalah milik kita dan kita berhak mengatur segalanya tanpa sebuah perhitungan. Ini adalah suatu kesombongan.

Kesombongan inilah yang mempertebal hijab kita denganNya. Kesombongan ini pula yang mengharamkan kita menjejakkan kaki di syurgaNya. Dengan kesombongan, kita akan merasa lebih dari orang lain. Pada akhirnya, ketika ada orang lain yang lebih unggul dari kita, nescaya rasa dengki akan hinggap di hati kita. Setelah itu kita ingin menghancurkan dan melenyapkan orang itu. (wal iyazubillah).

Jika setiap orang sudah mempunyai hati yang penuh kesombongan dan kedengkian, maka kedamaian dan ketenangan tidak akan tercipta. Padahal agama kita membawa kedamaian dan rahmatan lil-lamn. Pangkal dari segala penyakit hati itu adalah kesombongan. Pada akhirnya, kita harus sentiasa memerangi rasa sombong tersebut supaya hati kita menjadi bersih dan suci murni. Kita isi hati kita dengan limpahan cahayaNya (sebagai yang dikatakan oleh Ibnu Abbas iaitu dengan cahaya Alquran).

Kita murnikan hati kita dengan setiap berbuat baik tanpa dikotori dengan riya dan takabbur demi menuju redhaNya. Selain itu, kita juga sentiasa berharap akan rahmat dan hidayahNya agar selalu menuntun kita tetap di jalanNya. Setelah hati kita murni semata-mata karena dan untukNya, nescaya kita akan mencapai kebahagiaan sejati. Sebuah harapan yang bukan hanya untuk diharap tetapi diusahakan dengan penuh kesungguhan dan istiqamah, InsyaAllah.

Semoga buku motivasi tentang hati ini akan memberi satu panduan dan kesedaran tentang keajaiban hati yang kita miliki selama ini. Sesungguhnya usaha kecil ini diharap akan dapat memberi manfaat kepada setiap lapisan pembaca dan menjadi pengajaran buat kita semua tentang kepentingan dan menguruskan hati.

Rasa cinta ini dilandasi dengan keimanan dan tauhid yang murni bebas dari segala kekufuran dan kemusyrikan. Dalam hal ini, hatilah yang berperanan sebagai pengawal ketauhidan. Hatilah yang mampu membuat seseorang itu disebut mukmin, musyrik atau pun kafir. Kemurnian hati atau ikhlas adalah sebuah kemungkinan dari salah satu trilogi agama iaitu ihsan.

Rasulullah S.A.W mendeskripsikan ihsan dengan beribadah kepada-Nya seolah-olah kita melihat-Nya, karena walaupun kita tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah melihat kita. Ihsan inilah yang sangat menentukan posisi seseorang di sisiNya. Kerana dalam ihsanlah, Allah dapat memilih dan menentukan kekasihNya. Dan semuanya ini bersumber dari kemurnian hati.

Ucapan jutaan terima kasih juga ingin di rakamkan kepada semua yang terlibat membantu menjayakan penghasilan buku ini. Kepada isteri saya, Puan Khairah dan sahabat saya Ustaz Farid Ravi bin Abdullah yang memberi komitmen yang sungguh tinggi dalam proses penulisan buku ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan - Ibnu Abbas