Faghuzi nama aku. Baru tamat pengajian dari sebuah universiti awam tempatan yang cukup dikenali oleh orang Malaysia. Masih belum mendapat pekerjaan. Mungkin rezeki belum sampai lagi gamaknya. Hala tuju hidup juga masih tercari-cari.
Rakan-rakan seperjuangan ramai yang sudah mendapat pekerjaan. Ada yang mendapat pekerjaan diimpikan dan ada juga yang kerja asalkan mendapat pekerjaan. Tidak kurang juga yang mendirikan rumah tangga. Aku Masih tak bermakwe. Tak apa, aku pun malas nak kusut kepala buat masa ni.
Satu hari, aku berjalan ke restoran di Seksyen 13, Shah Alam. Ketika menghampiri, ternampak dua kelibat yang cukup dikenali. Mereka adalah Haeri dan Apip, rakan sejak zaman sekolah. Aku terus menarik kerusi di meja dan melabuhkan punggung tanpa bersalaman, cuma bro-fist je. Air sirap kenduri berais dan kopi O sudah kelihatan separuh di atas meja.
Seorang wak datang dan mengambil pesanan.
Aku memesan air teh O ais nipis, tak mau makan. Rokok Marlboro penyek dikeluar dari kocek seluar dan diletakkan di atas meja. Rokok dibakar dan asapnya dihembus secara dramatik ke udara. Asap rokok yang dihembus itu ditiup angin dan mengenai muka seorang budak kecil yang duduk di meja belakang aku. Aku toleh dan cuba minta maaf tapi kelihatan mak bapak budak tu juga sedang hisap rokok dan asap mereka kena muka budak tu. Melihat perkara itu, aku tak jadi minta maaf. Aku kembali menoleh ke arah dua rakan aku.
Haeri, sebaya aku. Bujang serta berperwatakan agak pendiam. Apabila bersuara, kata-katanya agak berbisa sehingga membuatkan segelintir rakan-rakan tergamam dengannya. Dia sesuai dengan perumpamaan Melayu, diamdiam ubi berisi. Mempunyai abiliti sebagai seorang pemikir yang berani berfikir di luar batasan norma-norma Melayu dan Islam di Malaysia. Dia seorang pekerja berdedikasi sebuah syarikat hartanah di Glenmarie untuk dua tahun. Susuk tubuhnya sederhana kecil namun bergaya ringkas dan tidak fancy. Manakala Apip yang juga sebaya aku adalah rakan dari sekolah rendah. Bekerja dalam bidang produksi dengan rakannya. Sudah dua tahun berkahwin dan bakal mempunyai anak. Agak berlawanan sifatnya dengan Haeri dimana Apip lebih lantang bersuara dan menyuarakan ketidakpuasan hati. Seorang penggiat seni sejak sekolah.
Faghuzi, camne interview kau hari tu Apip memulakan bicara.
Hmmm... entahlah wei. Malaslah nak fikir. Berapa banyak interview pergi, tak dapat-dapat pun. Balas aku. Apsal tanya Apip lagi.
Takdelah. Aku cuma bengang je, tak habis-habis kena reject pasal takde pengalaman. Camnela aku nak ada pengalaman kalau kerja pun tak dapat. aku membalas. Biasalah tu, belum rezeki lagi. kata Apip. Suasana senyap seketika semasa wak menghantar teh O ais nipis ke meja. Aku terus hirup minuman yang baru sampai dengan sopan.
Eh Haeri, kau jadi ke nak travel gi Indonesia sebulan tu Apip tiba-tiba bersuara menyebabkan aku tersedak.
Jadi je. Dah beli tiket pun. balas Haeri.
Serious ke kau nak gi travel Indo sebulan ni Haeri aku bertanya agak teruja. |
Betul doh! Dia ni siap plan berhenti kerja kot sebab nak travel. Apip menjawab.
Aah. Kau nak follow ke balas Haeri kepadaku.
Macam best je. Aku ni pun bukan buat apa. Berapa je bajet kau Pastu gi mana je kat sana nanti wei aku menambah.
Sambil mengeluarkan rokok gulungnya, Haeri membalas, Aku bajet dalam RM2000 ke bawah la. Tapi tiket flight aku kira lain.
Hah Faghuzi, apa lagi. Followla. Kerja tu nantinanti pun boleh. Apip memberikan galakan.
Aku plan naik flight turun Jakarta, lepak la dalam dua tiga hari. Lepas tu gerak pergi Bandung, lepas tu, Jogjakarta. Pastu kita gi la Surabaya, ke Bromo. Pas naik Bromo, aku gi Bali dan last sekali aku nak lepak Lombok. Tiket flight balik dari Lombok. Tapi pergi aku naik MAS, balik naik AirAsia. ujar Haeri memberitahu tentatif programnya untuk sebulan di Indonesia.
Aku termenung sebentar setelah mendengar apa yang dibicarakan Haeri. Teh O ais aku hirup sedikit demi sedikit sebelum mengeluarkan sebatang lagi rokok. Sekali lagi rokok dibakar sambil membuat gaya seorang pemikir dengan ajakan Haeri itu.
Rasa macam nak join kau je Haeri. Boleh ke Hehe.
Nak join selambalah! Kerja tu nanti boleh cari. Bila kau dah start kerja, jangan haraplah kau boleh buat semua mende ni. balas Haeri.
Betul tu Faghuzi. Syok kot dapat mengembara macam tu. Aku ni menyesal gak tak buat dulu sebelum kerja. Sekarang dah susah nak cari masa travel. Kalau travel pun just dua tiga hari, tak pun seminggu. Mana puas! tambah Apip.
Tapi selamat ke nak travel lama-lama kat sana aku gusar.
Selamat tak selamat belakang cerita. Nak cerita pasal selamat, kat rumah sendiri pun kalau kau jatuh tangga, kira tak selamat jugak kan balas Haeri.
Tapi, duit pulak macam mana Kang balik travel, kopak pulak. aku membalas dalam keadaan mahu tapi malu. Ragu-ragu dengan kewangan. Masih tidak keruan sama ada untuk pergi atau tidak.
Duit boleh cari! Apip dan Haeri serentak membalas. Aku tertunduk sikit.
Takpe. Bagi aku masa untuk fikir masak-masak. Sebulan tu. Lama. Dalam seminggu dua ni aku bagitau camne. Kau tak ikut ke Apip aku membalas. Aku tak boleh. Bini mengandung ni, kang lari bajet pulak. Tu la aku kata kat kau, baik kau travel je sebelum kau da start kerja ke, kahwin ke. Nanti langsung takde masa dah. He he. Apip membalas dan tersengih. Jam menunjukkan sudah pukul 10.30 malam. Suasana di restoran masih sibuk dengan pengunjung yang tidak putus tiba. Di kaca televisyen terpampang drama tipikal Melayu, sentiasa menggambarkan kehidupan Dato-Datin yang mewah-mewah dengan bisnes berjuta-juta untuk Kencana Holdings.
Gelas kami bertiga sudah surut airnya. Ketika ini, hanya kelihatan lebihan air dari ais yang cair, menaikkan kembali minuman yang telah surut. Dalam fikiran aku, masih lagi berlegar-legar dengan kembara 30 hari ke Indonesia, walaupun kami sudah berborak topik lain. Aku bangkit dari tempat duduk dan menuju ke kaunter untuk membuat bayaran sebelum kembali untuk meminta diri. Eh, nak gi mana Awal lagi ni kalau balik. Tanya Haeri.
Aku gerak dulula, ada hal. He he. Aku membalas. Ye, ye je. Awal lagi kot. Tak bujang la wey! Apip memberi provokasi.
Sok lusa boleh lagi nak lepak lama-lama. Hari ni rasa lemau pulak. He he. Aku balas ringkas.
OK lah. Tapi ko nak follow ke tak ni gi Indo Kerja tu nanti-nanti. Kerja kuat mana pun, bila company dah tak sayang kau, diorang abaikan jugak. Masa kau berfungsi je diorang sayang. He he. tanya Haeri lagi sebelum aku mampu melangkah pergi.
Aku on je lah! kataku yakin sambil membuat isyarat bagus kepadanya.
Niceeee!!! balas mereka berdua. Aku kemudian terus berjalan meninggalkan restoran itu.
Hari dan malam terus berlalu. Sang mentari dan bulan bersilih ganti, namun sebuah keputusan masih belum terungkai. Terngiang dalam ruang dimensi otak mengenai perbincangan dengan kedua ibu bapa yang aku akan ke Indonesia selama sebulan. Mereka seakan tidak setuju. Pada mereka, usai pengajian dengan cemerlang, adalah lebih baik aku terus tumpukan perhatian untuk kerjaya agar cerah masa depan.
Satu petang yang dingin, tanpa membuang masa aku menuju ke hadapan komputer. Punat on ditekan tapi komputer tak terbuka. Aku kebingungan. Periksa sekeliling, oh lupa buka suis plug. Patutlah. Aku buka suis plug di extension dan sekali lagi punat on ditekan. Kali ini berjaya. Kemudian aku menunggu masa untuk komputer loading ke Windows 7 tiruan di samping secawan kopi O panas berada di sisi.
Habis loading, ikon Google Chrome ditekan untuk menempah tiket penerbangan ke Indonesia. Sambil tu buka Winamp, lagu Perjalanan Hitam dari The Korok berkumandang. Ya, aku tidak bekerja tapi masih punya simpanan. Semuanya hasil dari saki-baki duit PTPTN setiap semester waktu belajar dulu. Pelik bukan Aku masih punya duit baki PTPTN. Bukan apa, minat aku dulu lain. Masa belajar dulu, sebaik saja dapat tahu duit PTPTN dah masuk, aku tak terus keluarkan semua wang untuk berjoli seperti membeli smartphone terkini atau gajet-gajet hebat. Aku tak perlukan semua itu kerana aku perlukan wang untuk sesuatu yang lain. Berlainan dengan kebanyakan pelajar ketika itu. Mereka lebih gemar menggunakan duit pinjaman untuk membeli smartphone dan gajet-gajet, mahupun menikmati hidangan di tempat makan mewah. Hujung semester, terpaksa makan megi cawan. Aku percaya tak semua begitu. Mungkin ada segelintir terpaksa menggunakan duit tersebut atas sebab-sebab tertentu. Mungkin ada telefon bimbitnya sudah terlalu uzur dan dari keluarga kurang berkemampuan. Maka terpaksa mengharapkan duit pinjaman PTPTN. Tapi sedih, belum dapat kerja, rata-rata para pelajar sudah berhutang. Terkena batang hidung sendiri bila teringatkan hutang PTPTN. Sudahlah berhutang, nak buang masa mengembara pulak! teringat kata-kata yang dilemparkan oleh salah seorang kawan mengenai perancangan mahu ke Indonesia, tapi aku persetankan saja. Walaupun PTPTN jadi biasiswa kerana ijazah lulus dengan cemerlang, aku masih perlu bayar hutang PTPTN untuk diploma dulu. Aku percaya setiap manusia ada keutamaan dalam hidup masing-masing. Ada yang utamakan online game, melukis, menulis, membina kerjaya, menyertai pasukan keselamatan dan lain-lain. Keutamaan aku pada waktu ini adalah mengembara.
Aku membuka new igconito window di Google Chrome untuk memasuki laman web Malaysia Airlines (MAS). Berdasarkan tips yang aku baca, untuk membeli tiket penerbangan yang murah sentiasa menggunakan new igconito window. Tambahnya lagi, sekiranya browser internet kita mempunyai rekod pembelian tiket penerbangan, harganya sedikit demi sedikit akan meningkat setiap kali kita melayari internet untuk membeli tiket penerbangan seterusnya. Aku pun tak berapa pasti namun hanya berkongsi dan ikutkan saja tips itu.
Aku dah tak peduli apa lagi. Aku cuma klik dan terus klik untuk membeli tiket penerbangan. Destinasi-- Jakarta. Terpapar kod CGK mewakili Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Aku klik untuk menempah tiket penerbangan sehala ke Jakarta. Tarikh 13 Disember dipilih. Yeah! Usai sudah urusan pembelian online. Menunggu e-mel dari pihak MAS untuk cetak boarding pass. Kemudian aku melayari laman web pesaing MAS, iaitu AirAsia untuk membeli tiket penerbangan pulang. Memandangkan aku dan Haeri akan mengakhiri kembara di Lombok, hanya AirAsia yang akan membawa kami pulang ke Malaysia. Seperti biasa, tanpa berfikir panjang, aku membeli tiket sehala untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Lombok. Fuh, tak sabar aku nak pergi merantau sebulan ni! bisikku dalam hati, berdebar. Telefon bimbit dicapai dan terus hubungi Haeri untuk mengesahkan kehadiran aku mengembara bersamanya.
Tarikh 13 Disember semakin hampir. Tinggal satu hari saja lagi untuk aku berangkat ke Jakarta pada petang 13 Disember. Sisa-sisa hari menanti tarikh tersebut banyak dihabiskan dengan menyeru dan merangsang semangat serta mood untuk mengembara. Malam itu aku merenung backpack Deuter tiruan yang dibeli. Harganya RM50 saja untuk saiz 45+10 liter, dibeli dari seorang kawan sama universiti dulu. Itu pun kirim dengan sedara dia yang pergi Kemboja. Dalam hati terfikir, tahan ke pakai bagpack tak ori ni.
Aku persetankan lalu melangkah menuruni tangga. Mak dan ayah sedang menonton televisyen di bahagian ruang tamu rumah. Aku terus ke dapur. Pintu peti ais dibuka untuk menjenguk apa-apa yang boleh ditelan kerana aku sudah kembali lapar walaupun dah makan waktu maghrib tadi. Aku godek habis-habisan peti ais sambil dengar bunyi pembaca berita Buletin Utama merapu amende tah. Last-last aku makan Kit-Kat anak buah aku. Kejap lagi aku keluar la ganti Kit-Kat ni. bisikku dalam hati setelah mematahkan coklat Kit-Kat itu kepada dua. Sedikit kecewa, Kit-Kat terbelah kurang sempurna seperti yang diharapkan.
Kemudian aku menuang air masak dan minum sebelum kembali ke ruang tamu. Aku labuhkan papan punggung ke sofa berhampiran mak dan ayah sambil mengorek gigi mengeluarkan sisa coklat. Pandangan mereka berdua beralih dari peti propaganda ke arah aku. Aku membalas pandangan mereka. Terdetik rasa hendak menyemburkan perkataan dari mulut pada waktu itu namun sangkut. Sekali lagi aku cuba dan kali ini berjaya.
Uzi nak gerak Indonesia dah esok ni. ayat pertama yang keluar dari mulut aku mengubah sedikit riak wajah mak dan ayah.
Kau nak pergi jugak tanya ayah sambil menyuap kuaci ke mulut. Aku tak tau nak buat apa, hanya mengangguk kepala.
Hhhhhhhmmmmmmmm... kedengaran ayah mengeluh panjang. Kuaci demi kuaci digigit.
Tiket pun Uzi dah beli. aku menambah. Mereka berdua terus berdiam dan memandang satu sama lain. Macam mana dengan kerja Sekarang ni hidup susah kalau tak dapat kerja bagus. balas ayah.
Aku mendiamkan diri. Sebenarnya dah malas nak berbicara pasal ini. Hati, mood aku, dan segala macam benda dalam kepala otak sentiasa menolak idea untuk mencari kerja waktu ini. Aku rasa tak bersedia lagi. Tak mahu dibebani dengan tanggungjawab merepek diberikan oleh syarikat korporat yang tamak haloba.
Mak kalau boleh tak nak Uzi hidup susah. mak pula bersuara seakan memujuk.
Dan aku, masih berdiam. Sambil mata sepet dibuat, aku memang malas nak fikir pasal tu. Aku tak pasti sama ada sedang buat silent protest ke apa. Tiba-tiba ayah bersuara. Kau ni memang degillah, keras kepala, tak dengar cakap! sedikit tinggi suara garaunya berbunyi tetapi masih asyik memakan kuaci.
Aku angkat punggung dan berlalu dari ruang tamu menuju ke tingkat atas. Aku tidak mahu berdebat. Aku malas nak tinggikan suara kerana setiap kali berbalas hujah dengan mereka, aku akan meninggikan suara. Dalam kepala aku, tak mahu semua tu menjahanamkan mood dan semangat ini. Aku berlalu pergi menuju ke ruang tidur. Aku menghampiri meja tulis dan mencapai sebatang rokok dari kotak Marlboro penyek. Aku bakar dan menuju ke tingkap ruang tidur. Yeaaa! Lepas ni kemas-kemas beg semua pastu tidurlah, malas fikir gaduh-gaduh tadi. Sok dah nak gerak, yeah! aku berbicara dalam hati. Manusia dari dulu lagi sudah mengembara. Mengembara adalah sebahagian dari hidup manusia. Dunia ini adalah sebuah gudang ilmu yang luas untuk diterokai.
Cahaya matahari terik memancar tepat mengenai wajah. Dalam keadaan mamai aku buka mata. Pusing ke kiri dan ke kanan, tangan aku menggagau cari di mana henfon. Tak ada. Aku bangun dan memandang ke tepi, jatuh rupanya. Satu kesimpulan dibuat bahawa aku bangun lewat kerana henfon terjatuh dari katil. Sebenarnya, hari-hari aku bangun lambat. Aku bergegas ke bilik air untuk mandi. Selalunya aku masih bermalasan di atas tilam namun hari ini lain rasanya. Bersemangat. Rasa berkobar-kobar.
Setelah bersiap aku melihat henfon dan terdapat mesej WhatsApp dari Haeri.
Pukul 2 ni Aidil anta kita kat KLIA.
Mesej dihantar pada jam 9.57 pagi. Aku membalas.
OK.
Aku melihat ke arah jam yang telah menunjukkan pukul 1.50 petang. Segera aku capai backpack dan cari mak dan ayah. Walaupun semalam macam ada konflik tapi aku tetap nak salam mereka. Ini untuk menghormati dan kalau boleh nak ambil restu juga. Selalu macam nak rebel je sekali sekala nak restu mak bapak gak! bisikku seakan menyindir diri-sendiri. Ala! Sid Vicious pun sayang mak dia jugak.
Mereka berada dalam kamar. Pintu diketuk dan aku terus masuk tanpa menunggu kebenaran. Kedua tanganku dihulur tanda ingin bersalam.
Uzi nak pegi dah. Kawan dah nak sampai tu. aku bersuara.
Uzi taknak gaduh apa, balik nanti Uzi carilah kerja. Sekarang ni nak chill dulu. Uzi tak mintak apa, cuma kalau boleh nak restu mak abah je. aku sambung berbicara seikhlas mungkin. Tanpa bersuara apa-apa aku menghulurkan tangan dan berkata Maafkan Uzi, Uzi nak buat apa yang Uzi suka tapi Uzi tak nak gaduh dengan abah ataupun sesiapa.
Kata-kata aku hanya dibalas dengan bisuan ayah.
Aku berlalu keluar dari bilik untuk ke tingkat bawah. Terasa seperti konflik dalam drama Melayu pula. Aku salam dan cium tangan mak. Dia mencium pipiku dan berkata, Uzi jaga diri baik-baik, walaupun mak tak berapa setuju tapi mak doakan Uzi selamat pergi dan balik. Jangan buat benda tak senonoh! Ingat Tuhan! Pasal abah, biarlah dulu, nanti pandailah mak cakap apa yang patut. mak bersuara seakan merelakan, aku tersenyum dan memeluknya. Kedengaran hon kereta Aidil di depan rumah. Sebenarnya dia tak perlu hon pun sebab aku kenal bunyi enjin keretanya. Kedengaran bunyi mesej WhatsApp bertubi-tubi masuk selepas itu. Ini memang sah perangai dia. Aku meminta diri dari mak dan berlari menuju tingkat bawah. Kasut Vans disarung sebelum meluru keluar membuka pintu. Semasa menutup pintu rumah, aku terhenti memandang kelibat ayah di ruang tamu. Dia terus menatap rancangan sukan kapal layar di kaca televisyen tanpa menghiraukan aku. Pintu rumah aku tarik perlahan sambil melihat-lihat ayah. Mana tau tiba-tiba dia lembut hati memalingkan badannya dan memberi restu. Akhirnya pintu rumah tertutup rapat. Tiada sebarang reaksi ditunjukkan oleh ayah seperti yang diharapkan. Dia lebih fokus kepada sukan lumba kapal layar. Aku hanya mampu tersenyum sinis saja sambil berfikiran positif sebelum melangkah pergi.
Kini aku dan Haeri sudah berada dalam badan kapal terbang, duduk di tempat masing-masing. Haeri duduk entah mana, manakala aku pun entah kat manamana di bahagian belakang. Aku bermain-main dengan skrin yang terletak di hadapan aku. Movie-movie yang disediakan oleh MAS dibelek-belek untuk dijadikan tontonan ketika flight. Blank kepala otak tak tau nak pilih movie apa. Last-last aku pilih je movie Reel Steel dan biarkan ia terpasang. Penerbangan ini akan mengambil masa dua jam. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang.
Kedengaran suara dari corong meminta para penumpang memberikan perhatian tentang langkahlangkah keselamatan dan juga kecemasan yang dipaparkan di skrin. Tiada lagi contoh ditunjukkan secara live oleh pramugari di hadapan, semuanya hanya di skrin. Tak taulah kalau AirAsia pun dah guna skrin, sebab kali terakhir aku naik, pramugarinya masih lagi begitu. Aku memakai seat belt kerana penerbangan akan dimulakan tak lama lagi. Walaupun dah beberapa kali naik flight, perasaan cuak tu masih ada. Orang kata bila dah terbang, nyawa kita dalam keadaan 50-50. Aku persetankan saja kerana bahaya ada di mana-mana. Tak apa, sebentar lagi nak menyusur awan. Teringat pulak lagu band punk rock Temerloh, Soul Savior yang bertajuk Menyusur Awan.