Segala-galanya telah kembali tenang. Kenangan silam yang pahit telah dibawa mega. Kini hidupnya diwarnai bunga ceria. Dia telah mengorbankan jiwa raga untuk kembali ke pangkuan suami demi seorang anak.
Perlahan-lahan dia membuka matanya semula. Pandangan terasa segar. Kerusi malas di pinggir kolam itu dipanjangkan, lalu dia melunjurkan kaki. Dia mencapai semula buku yang diletakkan di atas meja bulat berhampiran kerusi malas itu. Buku itu dibuka. Namun fikirannya bukan di situ.
Imran kini telah jauh, tak mungkin akan kembali. Dia melontarkan dirinya ke seberang benua, dipisahkan tujuh segara. Lelaki itu pergi membawa hati, memujuk diri setelah cinta yang disemi bersemadi di pusara abadi. Cintanya terhadap Ayu telah layu lalu kering walaupun dia tidak pernah meminta. Imran pasrah. Hanya kudrat Ilahi menjanjikan begitu. Kerana... ini adalah kehendak Allah semenjak azali....
Ayu meraup wajah. Matanya redup. Dia perlahan-lahan membelek perutnya. Anak itu menendang - mengulit kulit tembuni dan cuba bermanja. Ayu senyum. Bahagia. Di dalam rahimnya kini, bergerak seorang bayi, sejemput nyawa, seurat nadi yang bakal lahir ke jagat ini. Ayu mengerti, anak kecil yang bakal lahir ini pasti menggegarkan - membawa seribu kisah yang masih belum tercerna. Ayu juga mengerti, anak itu tidak berdosa. Anak itu suci, sesuci titisan dingin embun pagi. Sesuci cintanya yang tak kesampaian.
Hanya dia dan Imran saja yang akur. Rahsia bayi yang sedang bergerak di dalam perutnya mesti dijaga rapi. Namun sampai bila Sedangkan persengketaan antara dirinya dengan Jalil telah reda. Anisah pula sudah pun melutut meminta maaf.
Semuanya angkara Syarifah. Dialah yang bertanggungjawab menjadi dalang. Dialah punca buraian air mata. Dialah sebenamya onak dan duri yang mencangkuk sengketa. Manakala Anisah adalah alat. Alat yang paling ampuh untuk meragut dan melerai kasih. Segala yang berlaku adalah rancangan mereka untuk memecahbelahkan perkahwinan Jalil dan Ayu. Ya, mereka telah berjaya. Kerana mereka, Ayu sanggup menodai kesucian dengan meninggalkan Jalil. Malah, semenjak kejadian itu, dia telah merapati Imran sehingga tidak lagi dimalami Jalil hampir tiga bulan.5
Lalu, apabila purnama menjejak empat, Jalil bersemuka dengan Ayu. Ayu mohon dirinya dilepaskan daripada belenggu itu. Dia tidak mahu dirinya terpenjara.
Jalil bersetuju lalu, Jalil menggugurkan talak satu dengan bersyarat. Pada ketika itu wajah Mohamad Danial bermain di benaknya. Ayu juga bersetuju mereka bercerai kontrak. Namun, perceraian mereka menjadi rahsia.
Ahli keluarga tidak diberitahu kerana Jalil ingin cuba untuk hidup tanpa isteri dan Ayu sendiri ingin cuba hidup tanpa suami.
Entah kenapa, tari gemalai berpentas di hati, lagu kasih berserunai di jiwa, wajah Imran melayari bahtera dan LA segera dihubungi.
Apa...
Imran sudah pun tiba dari LA, membungkus rindu segera membawa Ayu bercuti. Mereka bermain kenangan di mata, meniup buih-buih udara pada senja nan merah. Apabila malam menjelang, mereka bermadah setia di pondok pusaka.
Jari-jemari bertautan, menggenggam jingga cinta yang utuh.
Ayu... I tahu, Jalil tahu tentang hubungan kita!
Biarkan... kerana itu yang dipintanya!
Maka mereka berlayaran di angkasa, berenangan di pelangi lalu singgah di ranjang sepi. Dua tubuh menjadi satu - lambang kasih termeteri.
Namun, keindahan tidak kekal, apabila Jalil menuntut kasih yang silam. Ayu serba salah. Demi mengenangkan anak, dia pasrah lalu berterus terang 6
dengan Imran.
Kaca tajam mula menabiri mata cinta, onak dan duri memamah hati. Imran bagai terhempas ke batu, berkecai bersama cinta yang punah.
Dua kali dia mengalami derita begini. Namun dia mengerti, Jalil lebih berhak walaupun adiknya itu telah menceraikan Ayu.
Tetapi, empunya tubuh sendiri ingin kembali demi damai dan anak, siapalah dia untuk dikira. Lebih baik mengalah, walaupun bukan bererti kecundang. Dia mengalah demi adik dan kekasih, juga seorang anak saudara yang tidak mengerti apa- apa.
Imran bertekad membawa diri, tidak mungkin akan kembali....
Ayu menangis, mengusap perutnya yang mem- boyot. Anak ini adalah anak abadi! Dia bakal lahir menggoncang bumi.
SAYANG.... Jalil datang dari belakang, mengundang kelembutan sambil menatap wajah isteri tersayang. Diusapnya perut isteri yang menggunung, membelai anak kedua yang membawa damai dan kasih.
You kena jaga diri, okey sayang
Ayu senyum dan angguk. You tak pergi lagi ke
Jalil geleng. I dah suruh orang kanan I urus- kan studio... I ambil cuti!
Cuti Ayu senyum.
Yap... I ambil cuti sampai you bersalin! I nak jaga you!
Ayu tersengih.
Hai, Kak Ayu... hows your invisible baby inside there
Anisah sengih.7
Okey... tak sabar nak keluar!
Kata-kata Ayu itu menjemput tawa antara Jalil dan Anisah.
Okey... Ani pergi dulu!
Segala-galanya telah ceria.
Jalil...
Yes...
I nak balik kampung!
Why
I rasa... I nak bersalin di klinik Sri Dang Wangi!
Jalil mencerun mata. Tapi....
Itu niat I, Jalil... please understand!
Tapi....
Please... kalaupun I mati... I rasa puas hati. Sayang! Jalil melekapkan jari telunjuknya. I tak nak dengar semua itu. Okey... I setuju you bersalin di sana. Nanti... apabila dah dekat hari bersalin, kita pergi... okey!
Thanks! At least one week before... okay!
Jalil angguk. Nanti I beritahu mama dan papa! Ayu senyum ceria. Hasratnya untuk melahirkan anak di bumi kelahirannya akan menjadi kenyataan. Segala-galanya berwarna riang...
Ayu melayan perasaan. Lembaran demi lembaran di singkap sekadar untuk kenangan. Ah., hidup ini terlalu banyak kebetulan, keluhnya.8