SAYA BUKAN FANATIK - 1
Pernah tak kita bertanya, kenapa perlu menyebut kalimah syahadah walaupun telah dilahirkan sebagai Muslim Setiap kali solat, kita akan menyebutnya dalam bacaan tahiyat.

Sejak dari kecil, saya diajar sekiranya seseorang ingin memeluk agama Islam, dia perlu mengucap dua kalimah syahadah. Jadi sekiranya saya sudah menjadi seorang Muslim, kenapa masih perlu menyebutnya lagi

LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Adakah setiap kali disebut, ianya safety net untuk kita Jika terdapat kemungkinan kita telah terkeluar dari landasan Islam secara tak sengaja, maka bila menyebutnya, akan kembali Islam

Saya menanyakan soalan yang sama kepada Wise Owl. Walaupun soalan ini pada sesetengah orang agak remeh tetapi jawapannya amat penting bagi saya. Saya perlu faham apa yang diucapkan setiap kali dalam solat dan kenapa.

Bertahun saya solat seperti robot, membaca ayat-

ayat Quran tapi tak faham satu pun. Bayangkanlah, surah al-Fatihah pun langsung saya tak faham maksudnya kerana tak pernah ambil endah. Saya dilatih untuk cuma menghafalnya sejak kecil. Memang macam robotlah, ikut membuta tuli tanpa makna.

Yang saya faham, Tuhan tidak menjadikan kita seperti robot kerana telah diberi akal untuk berfikir. Jadi, saya pun mula berfikir!

Wise Owl bukanlah seperti Islamic scholar yang biasa. Cara dia berdakwah amatlah berbeza. Dia mempunyai tahap kesabaran yang menggunung dan saya percaya, dia telah dihantar oleh Tuhan untuk orang-orang degil macam saya! Walau apa pun soalan, provokotif atau tidak logik yang dilemparkan kepadanya, dia tak pernah marah atau menuduh saya ingin murtad. Dia memahami naluri saya yang tidak puas hati sekiranya sesuatu perkara tersebut tidak logik.

Wise Owl selalu tenang dan sebelum menjawab soalan, dia memberikan saya satu senyuman. Saya pun selalu senyum balik he he he.

Apabila saya bertanya kepadanya mengenai syahadah, dia menerangkan kepada saya (ketika itu, saya menunggu dengan penuh suspen!).

Sister, syahadah itu bukanlah hanya deklarasi di mulut. Percaya kepada syahadah bermaksud kita menerimanya dengan jujur dan sepenuh hati

serta live by it. Kita harus secara fizikal dan spiritual submit to Him entirely.

Ketika itu saya sedar bahawa selama ini setiap kali mengucapkan syahadah dalam solat, ianya cuma lip service sahaja tanpa sebarang makna atau kepercayaan yang utuh. Maksudnya Bagi saya, syahadah adalah merupakan janji atau sumpah kepada Tuhan, tetapi setiap kali berjanji, saya telah menipu. Saya langsung tidak maksudkan dalam hati apa yang dijanjikan. Ianya cuma janji mulut.

Saya berjanji bahawa Tuhan itu satu tetapi bukan Dia tempat saya minta pertolongan bila tersepit. Kadangkala, saya hilang kepercayaan kepadaNya terutama bila semua jadi porak-peranda. Saya sepatutnya bersangka baik kepada Tuhan, tetapi ada kalanya merasakan Tuhan tak sayangkan saya apabila musibah menimpa. Ada juga kadangkala saya merasakan Tuhan tidak adil... Astaghfirullahalazim

Walaupun telah bersumpah bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT, saya tidak pernah kisah pun untuk mengetahui apa yang disuruh oleh baginda. Mengikut ajarannya, memang jauh sekali!

Saya sedar bahawa syahadah adalah perkara yang paling basic dalam Islam. Ia adalah rukun Islam yang pertama dan itupun I cant get it right! Hancus! Bagaimana saya boleh menipu setiap hari tanpa rasa bersalah Buat masa ini memanglah lidah akan berkata seperti yang dimahukan tetapi akhirat nanti, ia akan ada suara sendiri. Ketika itu saya tak mempunyai sebarang kawalan terhadapnya. Ketika itu nanti, lidah akan mengadu kepada Tuhan bahawa saya telah menipu selama ini. Oh tidak!

Islam ini mudah sebenarnya. Kita hanya perlu percaya kepada Tuhan yang satu; Allah SWT, perlu ikut seorang nabi sahaja; Nabi Muhammad SAW, dan satu buku; Quran. Setakat ini, taklah complicated sangat tetapi soalannya kenapa susah untuk kita menjadi seorang Muslim yang sejati

Jawapannya saya rasa adalah dalam diri masing-masing. Kita harus tanya diri sendiri, kenapa susah sangat untuk kita jadi seorang Muslim Persoalannya, adakah kita ingin menjadi seorang Muslim in the first place

Kalau jawapan bagi soalan pertama adalah saya tak tahu, maka dinasihatkan agar kita mencari jawapannya secepat mungkin supaya jiwa kita boleh berada di jalan yang benar sebelum terlambat.

Jawapan soalan kedua adalah yang penting sekali. Sekira jawapannya adalah tidak, tiada nasihat yang boleh diberikan kecuali fikirkanlah kembali masak-masak. Akan tetapi, jika jawapannya adalah ya, maka saya cadangkan agar kita mencari perkara yang menghalang dari memenuhi syahadah dengan sempurna.

Dalam kes saya, sebenarnya jawapannya mudah-- alasan! Seperti yang dikatakan sebelum ini, Islam itu mudah. Ia sebenarnya terpulang sama ada saya hendak ikut atau terus membuat alasan. Saya dah banyak buat alasan dalam hidup dan merasakan masanya sudah sampai untuk berdepan dengan syaitan dalam diri sendiri, start putting things into perspective.

Memang saya mengaku bahawa ia bukan semudah itu kerana terdapat banyak faktor lain yang boleh mengganggu seperti keluarga, kawan, masyarakat dan keadaan sekeliling akan tetapi, seperti yang Wise Owl selalu katakan, Take care of God and God will take care of you.

Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya ingin mulakan bab baru