Happy birthday Awin.
Aku terima WhatsApp itu pada 3:30 pagi. Banyak WhatsApp unread yang dibiarkan dari pukul 12 tadi. Hari berlalu dengan cepat disebabkan kerja luar yang banyak, aku terus peluk Amir di sebelah dan sambung tidur.
Harijadi yang ke 25. Tempoh 24 jam berlalu dengan cepat. Aku sibuk dengan kerja di luar sempena persiapan karnival sukan untuk Puan Sri. Hujan lebat sepanjang hari seperti melekakan, sama macam harijadi-harijadi lepas yang tak pernah disambut. Sampai rumah selewat 8 malam, terpaksa gagahkan diri menaiki keretapi dari KLCC ke Bangi setiap hari. Thats how I travel everyday since four months ago. Pilihan mencampakkan diri ke bandar yang aku tak familiar mungkin persiapan awal jika tercampak di negara orang. Untuk sedapkan hati lagi, syukurlah kerana masih di Malaysia.
Setiap kali harijadi, imaginasi aku mesti lebih dari apa adanya. Sedangkan setiap kali, aku tahu angan-angan tinggi selalu beri harapan. Bila terjatuh, diri sendiri yang kena kutip. Selalu mengharapkan orang meraikan harijadi aku sebagaimana aku meraikan harijadi orang. Mungkin bagi orang, akan ada banyak kawan yang akan meraikannya. Setiap kali harijadi, sebenarnya aku cuma duduk depan laptop atau phone untuk reply birthday wishes. Hari akan habis macam tu je.
Dua tahun lepas, aku sangat mengharapkan seseorang untuk ada sewaktu harijadi. Masih ingat riak mukanya yang penat bekerja, menjemput aku di rumah dan bawa untuk makan malam di Giza. Dia selalunya lelaki yang penuh kejutan. Seperti biasa, aku ternanti-nanti kejutan dia kali itu.
Tapi, tak. Kami makan di Movida. Sebuah bar yang penuh dengan orang-orang minum malam Khamis. Cara dia menyambut seperti sekadar cukup syarat--tak senyum dan tak mengujakan. Dia cuma suruh pesan dinner plate yang hanya ada potato wedges, sotong, nugget dan entah apa lagi untuk aku makan seorang. Dia cuma duduk dan habiskan satu tower beer.
Ingatan aku cukup kuat. Jenis yang terlalu menghargai orang walau sekecil kuman. Bila ia melibatkan hati, perasaan dan pedoman, aku selalu ditarik bayang lepas yang lama sangat didiamkan.
I have a lot of things to tell you since the day you left. Its just that I dont have a special time to let it all out as I was busy collecting all the broken pieces. And today Im dedicating my birthday speech for you. Dear Amirun Nazreen, I thank you for once being a true lover, for the trust and for the eternal promises. I may not be who I am right now if you didnt disappear and left me. I may not know how far I can go if you didnt leave me and fall in love with someone else. Id handled the pain for 9 months until I stumbled upon the phrase you dont find love, love will find you. Alhamdulillah, I had found myself once I tried to let you go.
When my husband proposed to me months after you left, I was still hoping that it was you. Silly me, afterall my heart still keep a space for someone like you. He loves me more than I love him. I learn a lot from you-- about life, cruelty, pain, and loyalty. Maybe we werent meant to be together as the path that weve been through was totally wrong. Ive been missing you terribly since the day youre gone. The fact that the only worthy guy in my life left me just like that is painful. I dont know why in the world you had the idea to come to my wedding. I miss you a lot.
Ive never regret the things that we shared and the moment we had. It makes me who I am today. Thank you for not forgetting my birthday. I remember yours too, thats why I get engaged on the same day. Its crazy why Im telling you all these. I hope your effort by leaving me worth thousand times. I hope youll have a better life with or without me. I hope youre as happy as I am now.
Beratus kali agaknya kepala aku meyakinkan diri untuk balas mesej malam tadi. Aku harap ucapan itu hanya habis begitu. Sepanjang dua tahun, aku tak pernah suarakan apa-apa, hanya pendam dalam kepala. Dan tujuan aku ini hanyalah untuk melepaskan apa yang terbuku.
I am reading, one second
Saat munculnya typing... dekat kepala WhatsApp, aku terus tak tentu arah. Fuck man, kau tak payah reply lah. It wont be the last message kalau kau reply. Its going to be a conversation instead. I dont want to have a conversation with you!
This is too long. I am having Apnea Syndrome now in case you dont know. My memory fades away day by day. Its at its last stage. You look like Mak. I thank you for these lines. My part is done. I told you that you will end up being somebody though I am the audience now. I miss the stairs, trains, busses. You dont know. Goodnight.
Ah, sudah mamat ni. Aku terus Google what the hell is Apnea Syndrome dan cepat-cepat tamatkan perbualan dengan cara paling neutral.
Take care.
I saw that typing... sign again. Aku dah picit kepala.
Im watching you from the space that you never private just in case someone missed you. I called Mak two days back. I hope you dont mind. I know it is not right but I missed her all the way. Shes the only one who cooks for me. I rather let you stab me with the knives if we are talking now. You knew what happened. Hey, be happy youre done now. I will be okay.
I knew I knew nothing. Yep, we dont have to talk since Im happy. Its just.. It feels so weird when it took two years for God to answer my question.
Perbualan malam itu aku biarkan tergantung walaupun ada typing... lagi. Dia terus menyambung taip dan hantar link YouTube John Legend All of Me, lagu yang sama Amir berikan pada aku minggu lepas.
Amir balik tepat jam 12.45 malam.
Ada orang datang rumah ke
Tak pun. Kenapa
Ada kereta parking dekat tempat kita. Ingat awak jemput sesiapa.
Mana ada, awak takutkan kitalah. Dia terus peluk, cium dahi.
Kenapa awak tak sambut kita balik tadi Tanya dia lembut.
Hmm, sorry, kita tak perasan.
Are you okay
Okay je. Awak kenapa
Kita tak sedap hati. Dari office lagi.
Aku telan air liur, selalu ingatkan diri untuk tak melayan orang sepertimana dilayan dulu. Im being unfair towards me, towards him.
Kita ada benda nak cakap.
Cakap apa sayang Tiap kali dia lembut, gugup jantung aku nak bersuara.
Awak tahu kan dia mesej kita
Aha, sambil angguk, kenapa
Kita mesej dia balik. Kita tak tahu nak bagitahu awak ke tak. Tapi kita tak senang duduk. Kalau tak bagitahu, kita akan rasa berdosa belakang suami. Kalau kita bagitahu, I know it might hurt you. Awak faham kan Aku pandang tepat pada mata dia sambil menahan sebak.
Sini, baring dekat kita.
Dia peluk, usap belakang dan cium dahi.
Kalau sebab itu awak tak sambut kita balik tadi, kita faham. But a person like that, doesnt need any explanation from you. Aku terus menangis.
I lost you once, 7 years ago. I dont want to lose you again. I dont mind you replied to him. But make sure that he doesnt influence you. Ke awak dah terganggu ni
Aku angguk.
Astaghfirullahalazim. Kita tidur eh. Ame sayang awak sangat.