Pertama, bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah mengizinkan saya menulis dan akhirnya menzahirkan kata-kata yang terbit dari perasaan dan fikiran dangkal saya. Zine Hujan Akhir Bulan Julai adalah usaha pertama saya dalam menerbitkan karya bersendiri. Maaf jika pembaca merasakan ianya sesuatu pembaziran atau tidak menarik langsung atau ianya bukan sebuah karya yang memiliki suaranya tersendiri. Apa yang telah saya nukilkan hanyalah sebuah pinjaman dari Dia yang Maha Memberi; segala apa disukai oleh para pembaca yang saya kasihi, ianya kurniaan nikmat daripada Dia; dan apa jua yang tidak disukai atau merasakan tak best, ianya adalah dari kelemahan dan kekurangan saya sebagai seorang penulis yang tidak seberapa.
Ucapan penghargaan tak terhingga buat kenalan dan sahabat tercinta; keluarga, kawan-kawan dan guru-guru yang saya temui sepanjang perjalanan singkat hidup ini;
Mama dan Papa, B61 Family, kawan-kawan kolej dan kampus, Faa Rashid merangkap pseudo-editor dan penasihat sepanjang saya memasuki scene. Hikayat Lasykar dan Anis K yang membakar minat saya untuk membukukan penulisan saya. Kak Fazleena Hishamudin dan Kak Wany Ardy juga Along dari Pondok Puisi. The Cool-Cat-Daddio Bang Jayzuan saya anggap sebagai mentor (jika sudi dia menganggap saya sebagai mentee-nya, haha...) yang membuka pemikiran saya lebih luas. Bang Bobcincinsuasa yang sering memberi semangat, kata-kata hikmah dan tunjuk ajar. Kaklong dan Paklong Azhar dari GilaKata. Bang Hafiz Latiff dan Kak Eja dari Legasi Oakheart mengajar macam mana nak buat zine, akhir sekali teman-teman seperjuangan sastera dan puisi yang saya pernah berjumpa atau hanya bertemu di laman sosial sahaja. Zine ini adalah untuk kamu semua.
Terima Kasih Tuhan, Terima Kasih Semua.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, terimalah...