Saya menulis buku ini dengan penuh sedar bahawa bidang deklamasi adalah seni persembahan yang melibatkan perkara teknikal. Justeru, agak sukar untuk diajar di atas lembar-lembar kertas. Deklamasi tidak boleh diajar, tetapi boleh dipelajari. Buku kecil ini menyediakan panduan ringkas akan seni deklamasi puisi secara asas. Buku ini juga boleh menjadi panduan kepada peminat-peminat puisi untuk terlibat dalam seni deklamasi.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas kerana memberi dorongan untuk saya menulis buku ini. Tidak lupa juga Puzi Hadi, johan deklamator pertama kebangsaan pada tahun 1987 yang berkongsi beberapa bahan penulisan. Begitu juga kepada rakan penulis, Mohd Dahri Zakaria yang pernah terlibat dengan AKSES dan PROKSI. Sekalung terima kasih buat Legasi Oakheart yang sedia menerbitkan naskhah ini. Dan ya, sudah pasti kepada anda yang sudi memiliki buku ini. Semoga beroleh manfaat dan selamat membaca.
Nimoiz T.Y