Orang-orang awam Rusia masih lagi tidak mengetahui apa-apa tentang kesukaran yang bakal dihadapi oleh mereka, yang ada di mana-mana, dan sementara itu terdapat segelintir pemimpin Rusia yang lebih bijak telah membantah kemaraan yang tidak sepatutnya itu; sekumpulan pencari keuntungan, antaranya Grand Dukes dan kerabat mereka, sudahpun mengepung Tsar. Mereka telah meletakkan taruhan untuk merampas Manchuria dan China, dan mereka tidak akan berundur. Oleh itu, bermulalah perjalanan tentera-tentera hebat Jepun menyeberang laut ke Port Arthur dan Korea, dan juga perjalanan banyak kereta api yang dipenuhi oleh petani-petani Rusia sepanjang landasan kereta api Siberia. Mereka seakan-akan datang untuk mati di medan peperangan yang jauh itu.
Orang-orang Rusia, yang dipimpin dengan zalim dan tidak jujur, telah kalah di kedua-dua medan laut dan darat. Angkatan Laut Baltik Rusia yang dikerah sehingga terpaksa berlayar mengelilingi Afrika untuk berperang telah kalah di Selat Tsushima. Gerakan revolusioner oleh orang awam Rusia yang marah dengan peperangan yang sia-sia itu telah menekan Tsar untuk menghentikan peperangan tersebut (1905). (Daripada A Short History of the World, oleh H.G. Wells, Tauchnitz, 923.)
Maka, Wells telah menolak kebangkitan revolusi pada tahun 1905 di Rusia. Namun begitu, ia bukan hal yang betul untuk menyatakan bahawa orang awam telah ma rah dengan peperangan yang siasia itu. Banyak lagi alasan kukuh yang menyebabkan kebangkitan golongan proletariat Rusia. Peperangan itu adalah kemuncak kepada kezaliman yang sudah lama dirasai oleh rakyat Rusia, dan ia merupakan golongan liberal dan bukannya orang awam yang telah memberikan tekanan kepada Tsar untuk menamatkan peperangan itu. Pada 20 Oktober 1904, seratus orang kenamaan dari Zemstvos (badan pentadbiran wilayah) telah menuntut perdamaian borjuis dan perwakilan rakyat dalam badan legislatif Rusia. Walau bagaimanapun, mereka langsung tidak menyebut perkataan perlembagaan.
Tuntutan untuk mewujudkan sebuah Duma telah mendapat banyak sokongan. Bahkan, sokongan itu datang daripada golongan Kanan yang mematuhi kerajaan . Namun demikian, para pelajar di sekolah-sekolah dan universiti-universiti di Rusia berasa ada sesuatu kekurangan dalam tuntutan berkenaan. Justeru, mereka telah mendekati pekerja-pekerja di bandar. Dua demonstrasi jalanan; satu pada 10 Disember di Petersburg, dan satu lagi pada 18-19 Disember di Moscow, telah terhasil daripada pengisytiharan tuntutan itu. Mereka semua tidak berpuas hati terhadap isi kandungan dalam resolusi liberal tersebut. Namun, mereka memiliki secara pantas dan terang-terangan berani untuk menuntut sebuah perlembagaan.
Akan tetapi, hanya pekerja-pekerja aristokrat yang telah menyertai demonstrasi pelajar tersebut. Pekerja-pekerja sebenar yang lain telah mengasingkan diri. Perlembagaan itu bukan sesuatu yang diinginkan oleh mereka. Ia tidak akan mencukupi. Justeru, mereka telah menemui Tsar secara langsung untuk melakukan rayuan seperti berikut:
Wahai Raja. Kami pekerja-pekerja, anak-anak kami, isteri-isteri kami, dan para orang tua kami yang tidak berkeupayaan, telah datang untuk memohon keadilan dan perlindungan daripada Raja. Kami dalam kemiskinan; kami ialah golongan tertindas; kami dalam pekerjaan yang menderitakan; kami dicemuh; kami tidak dilihat sebagai manusia; kami dilayan seperti hamba yang harus mendiamkan penderitaannya. Kami telah bertahan dalam penderitaan yang mengerikan, dan kami sedang ditolak dengan lebih jauh dalam kemiskinan, ketidakadilan, dan kejahilan. Kezaliman dan tirani telah menyeksa kami. Kami sengsara. Wahai Raja, kami sudah tidak memiliki kekuatan lagi! Kami telah sampai kepada batas kesabaran kami. Saat mengerikan itu telah datang kepada kami apabila kematian lebih baik berbanding terus bertahan dalam penderitaan.
Maka, bermulalah petisyen yang popular berkenaan. Ia mempertimbangkan segala penderitaan dan penindasan yang dialami oleh pekerja-pekerja itu daripada kilang-kilang di mana mereka mesti bekerja dengan hak yang terhad. Petisyen itu telah menuntut pengampunan tahanan, kebebasan rakyat, pengasingan gereja daripada Negara, 8 jam waktu bekerja, gaji standard, dan penyerahan tanah kepada rakyat. Akan tetapi, tuntutan pertama dan terkuat adalah sebuah perwakilan harus diadakan dan ia mesti berasaskan hak pilihan raya yang adil. Petisyen itu berakhir dengan:
Wahai Tuanku! Ini adalah tuntutan utama kami, yang menjadi sebab kami datang kepada Tuanku. Berjanji dan bersumpahlah yang anda akan menunaikannya. Jika Tuanku membuatkan Rusia sejahtera dan makmur; Tuanku akan selalu mendapat tempat di hati kami dan anak-anak kami. Sekiranya Tuanku tidak menunaikannya; jika Tuanku mengendahkan doa kami; maka kami akan mati di sini, di sudut ini, di istana Tuanku. Tidak ada jalan lain, tidak ada tujuan lain. Ada dua cara kebebasan dan kebahagiaan, atau kematian. Wahai Tuanku, tunjukkan salah satu daripadanya kepada kami. Kami akan menerimanya tanpa aduan, sekalipun ia adalah jalan yang membawa kepada kematian. Semoga nyawa kami akan dikorbankan untuk Rusia. Kami akan memberikan nyawa kami dengan bermurah hati.
Pada 22 Januari, sebuah perarakan besar telah diadakan untuk membawa petisyen itu ke istana Tsar. Satu mogok telah dimulakan pada 16 Januari. Menjelang 20 Januari, ia sudahpun disertai seramai 140,000 orang pekerja. Golongan radikal tidak berpuas hati dengan elemen ekonomi dalam mogok itu dan mereka berusaha untuk memasukkan elemen politik.
Perarakan itu diadakan di jalanan secara senyap, tanpa lagu, tanpa bendera, dan tanpa ucapan. Mereka memakai pakaian yang biasa dipakai ketika tidak bekerja. Di beberapa bahagian di bandar itu, ada segelintir yang telah membawa gambar suci dan salib. Mereka telah bertembung dengan tentera-tentera di mana-mana sahaja. Mereka merayu kepada tentera-tentera itu untuk membenarkan mereka meneruskan perjalanan secara aman ke istana. Mereka telah menangis, memujuk, dan merayu agar dibenarkan untuk melintas. Namun begitu, tentera-tentera telah melepaskan tembakan ke arah orang ramai. Ratusan orang telah terkorban dan ribuan lagi telah cedera.
Berita Bloody Sunday telah tersebar ke seluruh Rusia. Satu demi satu bandar dan juga kampung telah berhenti bekerja sehingga jutaan orang telah ikut serta mengikut mogok. Industri-industri, landasan kereta api, lombong-lombong semuanya telah terlibat. Ketika penghujung tahun 1905, Rusia sangat menderita akibat cengkaman tirani dan kezaliman yang berpusat di Istana Tsar.
Benar, pelbagai kompromi memang telah diberi seperti hak untuk berhimpun dan hak untuk menganjurkan mesyuarat pelajar. Akan tetapi, ia hanya kompromi sederhana yang dibuat untuk memuaskan elemen-elemen liberal. Malah, pihak polis dan gendararme pula semakin bertambah dan kukuh. Kerajaan masih cemas. Tenteratentera mula muncul dalam mesyuarat-mesyuarat. Para pegawai tentera cuba untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa mereka mungkin bergantung kepada sekurang-kurangnya tiga daripada pasukan tentera tersebut. Di pihak tentera, kerajaan telah hilang kepercayaan orang ramai. Satu mogok landasan kereta api telah menyebabkan masalah yang besar terhadap kerajaan, dan secara perlahan-lahan kejatuhan matawang Rusia telah memberikan kesan kepada kerajaan.
Pada 31 Oktober 1905, kerajaan telah mengumumkan bahawa sebuah perlembagaan pasti akan diberikan. Berita itu diterima dengan penuh kehairanan dan kesangsian. Kemudian, orang ramai yang memenuhi jalan-jalan telah mula bertanya sesama sendiri Apakah maksudnya Sejauh mana kita berani pergi Apakah perkara-perkara yang tidak berani dilakukan oleh kita
Kemudiannya, telah tersebar berita bahawa Polytechnic Institute telah diserang oleh tentera-tentera pada malam sebelumnya ia telah diambil alih oleh tentera-tentera pada waktu itu. Satu set bom yang dipasang oleh ejen provokasi telah dijadikan alasan untuk mereka melakukan serangan. Tidak ada banyak persoalan sebagaimana dengan hal perlembagaan itu . Perlembagaan telah diberikan akibat daripada mogok dan pemberontakan orang ramai.
Walau bagaimanapun, ia tidak memberikan hak yang sebenarnya untuk pekerja-pekerja atau pelajar-pelajar revolusioner.
Rayuan untuk pengampunan tahanan politik telah dibangkitkan setelah mereka terinspirasi dengan pemberian sebuah perlembagaan. Ia tidak memerlukan ucapan-ucapan agitasi. Hal ini kerana ia telah menjadi bualan sesiapa sahaja. Golongan Demokrat Sosial telah menuntut supaya tentera-tentera berundur dari Petersburg, polis dipanggil semula, dan militia-militia rakyat ditubuhkan. Pemidato-pemidato telah berkhutbah kepada orang ramai dari balkoni University of Petersburg. Pelajar-pelajar pula menurunkan bendera-bendera, mereka mengoyakkan bahagian yang berwarna biru dan putih, dan hanya mengibarkan bahagian yang berwarna merah. Pada jam 4 petang, massa yang besar telah berarak ke penjara-penjara untuk menuntut supaya para tahanan politik dibebaskan.
Walaupun perlembagaan itu telah diberikan, namun kezaliman masih lagi wujud. Kebebasan perhimpunan telah diizinkan tetapi semua mesyuarat dikawal oleh militia. Kebebasan bersuara telah dijamin tetapi penapisan masih lagi dilaksanakan. Kebebasan berfikir telah dibenarkan tetapi universiti-universiti dipantau oleh sekumpulan tentera. Senang cerita, walaupun kesemuanya telah diberikan, tetapi hakikatnya tidak ada apa-apa pun yang sebenarnya diberikan.
Golongan proletariat menolak untuk menerima hak kebebasan tersebut meskipun ia telah termaktub dalam perlembagaan. Soviet of Workers Delegates telah memutuskan bahawa mogok awam itu harus diteruskan.
Mogok itu memang diteruskan sehingga 3 November, apabila pada waktu tengah hari, ratusan dan ribuan pekerja masih lagi mengekalkan disiplin revolusioner dan proletariat mereka kembali pada masa yang sama ke kilang-kilang dan menyambung pekerjaan mereka.
Sekarang, kerajaan telah mula membalas dendam mereka. Penganiayaan, perampasan, dan pembunuhan telah terjadi di seluruh Rusia untuk beberapa bulan yang mendatang. Kelibat Pegawai-pegawai polis dan perkhidmatan rahsia yang mabuk telah berada di mana-mana dan melakukan apa sahaja yang diingini oleh mereka. Namun, di Petersburg, tidak ada penganiayaan yang terjadi meskipun penduduk-penduduk Yahudi berterusan hidup dalam kebimbangan dan ketakutan. Parti-parti revolusioner dan Soviet mula mempersenjatai pekerja-pekerja tersebut. Pada 11 November, dengan gerak hati yang sama, ribuan pekerja kilang dan bengkel besi atau keluli, menghasilkan senjata-senjata logam mereka sendiri pisau belati, tombak, cambuk, buku jari besi. Pada petang hari tersebut, dalam sebuah mesyuarat delegasi Soviet, seorang demi seorang wakil, berdiri di platform, mengangkat tinggi senjata mereka, dan bersungguh-sungguh meyakinkan pekerja-pekerja yang telah memilih mereka bahawa mereka akan melawan segala jenis penganiayaan. Para pekerja telah menubuhkan militia mereka dan melantik peronda-peronda malam mereka sendiri. Perkara ini bagaimanapun telah diketahui oleh pihak kerajaan. Militia para pekerja telah dibubarkan dan senjata-senjata mereka telah dirampas. Walau bagaimanapun, sementara itu, sudah tidak kedengaran lagi sebarang berita tentang penganiayaan di Petersburg.
Selama ini, delegasi Soviet of Workers telah merancang dan mempersiapkan massa untuk tindakan yang seterusnya. Delegasidelegasi itu semuanya Marxis yang bagus yang memahami bahawa selagi tentera itu tidak bersedia untuk bertempur untuk pekerja-pekerja; selagi tekanan revolusioner di seluruh tempat tidak bersatu; selagi golongan petani dan kampung-kampung masih tidak mengetahui apa-apa tentang perjuangan tersebut, maka matlamat utama tindakan-tindakan mereka mesti dilaksanakan untuk melemahkan musuh. Masa untuk mengambil alih pemerintahan dan mewujudkan kediktatorian proletariat masih belum cukup matang. Akan tetapi, mereka tidak seperti Menshevik, yang telah berpuas hati dengan teori berkenaan. Mereka telah meneruskan pekerjaan mereka, seolah-olah hari yang berikutnya adalah hari kemenangan mereka. Setiap dekri baharu daripada istana atau kementerian telah diingkari oleh para pekerja. Di mana-mana sahaja, dalam setiap cara yang mungkin, pekerja-pekerja itu telah meletakkan halangan di jalan perarakan Black Hundred Tsar yang zalim.
Dalam sebuah manifesto yang dikeluarkan pada 15 Disember, Soviet telah menyatakan bahawa rakyat akan menolak untuk menerima tanggungjawab melunaskan hutang-hutang kerajaan semasa peperangan tersebut. Ia telah menuntut supaya semua pekerja dibayar dengan emas. Ia mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak memperoleh kepercayaan rakyat dan tidak ada cara lain selain menggulingkan kerajaan. Manifesto itu telah ditandatangani oleh Soviet of Workerss Delegates; Ketua Committee of the All Russian Peasants Union; Central Committee and the organization Committee of the Social Democratic Workers Party of Russia; the Central Committee of the Social Revolutionary Party; dan oleh Central Committee of the Polish Socialist Party.
Manifesto ini telah memberikan impak serta-merta. Pada Disember setiap tahun sebelumnya, deposit tunai dalam bankbank simpanan Rusia telah melebihi pengeluaran tunai sebanyak 4 juta rubel, namun pada Disember 1905 pengeluaran tunai telah melebihi deposit tunai sebanyak 90 juta rubel. 94 juta rubel emas telah hilang akibat kerajaan Tsar.
Manifesto itu yang telah dicetak pada lapan akhbar telah dirampas dan disekat. Pada hari yang sama, satu dekri dikeluarkan untuk menentang mogok berkenaan, dan satu lagi dekri yang menyatakan bahawa mereka yang mempunyai keanggotaan dalam kesatuan sekerja kereta api, perkhidmatan pos, dan telegraf akan dihukum dengan empat tahun penjara. Untuk pertama kalinya, kerajaan mengumumkan secara terbuka kepada orang awam bahawa partiparti ekstrem tersebut telah mengancam kerajaan dan parti-parti itu adalah bersifat anarkis.
Dalam sebuah mesyuarat Executive Committee of the Soviet of Workers Delegates yang telah diadakan pada petang yang sama, Railway Union telah menganjurkan sebuah persidangan pada 19 Disember untuk membincang dan mengisytiharkan sebuah mogok. Mereka disokong oleh perwakilan-perwakilan daripada kesatuan sekerja perkhidmatan pos dan telegraf. Akan tetapi, ia telah diganggu dengan berita bahawa delegasi-delegasi itu akan ditangkap pada hari sama. Bahkan, bangunan yang digunakan untuk sesi mesyuarat mereka telah dikepung oleh para pengawal yang terdiri daripada Cossacks , polis, dan gendarme. Soviet of Workers Delegates Trotsky salah seorang dalam kalangan mereka telah ditangkap oleh pengawal-pengawal separuh mabuk yang mewakili kerajaan imperial Rusia. Lebih daripada 300 anggota telah ditangkap dan ditempatkan dalam tiga penjara yang berlainan di Petersburg. Namun demikian, Soviet kedua telah ditubuhkan dengan sertamerta, terdiri daripada delegasi-delegasi yang baru dilantik, dan sebahagian mereka yang tidak ditangkap dalam serbuan tersebut.
Perbicaraan awam telah ditetapkan pada 3 Julai, tetapi ia telah ditunda sehingga 2 Oktober. Perkarangan bangunan mahkamah dan jalan-jalan di sekitarnya telah bertukar menjadi kem ketenteraan. Media liberal yang sebelum ini menyatakan simpati telah mengubah nadanya. Bahkan, media radikal telah bercakap dengan sarkastik tentang ilusi-ilusi Workers Soviet. Walau bagaimanapun, para pekerja tetap setia. Petisyen-petisyen daripada pelbagai pihak telah dimasukkan dan dibawa oleh para saksi. Terdapat satu petisyen yang telah berpindah daripada satu tangan ke tangan lain dan mempunyai tandatangan dua ribu orang pekerja.
Delegasi-delegasi itu telah dihukum kerana menganggotai pertubuhan bersenjata, memiliki senjata revolver, dan mempunyai wang yang mungkin digunakan untuk membeli senjata revolver tersebut.
Hari-hari yang panjang dalam kurungan tidak mematahkan semangat para delegasi Workers Soviet. Trotsky sendiri telah menamatkan ucapannya kepada hakim-hakim dengan kenyataan seperti berikut:
Saya bertanya kepada anda: apa kami, orang-orang yang telah dituduh, dapat memahami istilah kerajaan Adakah wujud perkara itu di negara kita Kerajaan sudah lama diasingkan dengan negara, dan ia bertahan dan menyokong dirinya dengan bergantung sematamata kepada Black Hundreds, tentera-tentera, dan pasukan polis. Apa yang kita ada bukanlah kerajaan nasional. Ia adalah aparat untuk pembunuhan massa. Saya tidak boleh memanggil lebih daripada itu. Sebuah kerajaan yang telah membunuh rakyat kita. Dan jika anda memberitahu saya bahawa semua yang telah terjadi di Tver, Rostov, Kursk, Siedletz bahawa jika anda memberitahu saya bahawa Kishinev, Odessa, Bielostok adalah rejim kerajaan daripada empayar Rusia ya, saya memang mengakui bahawa penuduhpenuduh kita adalah benar bahawa kita telah mempersenjatai diri kita pada bulan Oktober dan November untuk menentang kerajaan Rusia.
Perbicaraan itu diteruskan sehingga 15 November, apabila 15 orang yang telah didakwa, termasuk Trotsky, telah dihukum dibuang negara selama seumur hidup di Siberia; dua orang telah diberikan hukuman yang lebih pendek di penjara; dan semua orang yang lain telah dibebaskan.