SEMBANG TEPI JALAN - 1
Sembang Tepi Jalan (STJ) adalah cerita-cerita dalam bentuk luahan hati yang ditulis tanpa pernah dirancang atau disusun. lanya apa yang terlintas dalam otak aku. Kadang-kadang isunya menarik dan kadang-kadang tidak. Asas atau konsepnya santai, namun membawa maksud yang serins. Isu-isunya tidak kompleks. Tetapi itulali aku tulis selalu. Isunya mudah, pasal hidup, pasal mati, pasal orang miskin, pasai orang kaya, pasal orang gila, pasal Tuhan; mengikut persepsi aku kcrana aku pencerita. Kefahamannya bergantung pada tahap pemahaman pembaca. Aku suka kalau pembaca suka niembaca dan berfikir. lanya bagus untuk proses kematangan. Aku inula menulis sejak isu pertama beberapa tahun dulu seperti yang aku cerita sebelum ni selepas mengenali dengan seorang pengend.ili laman sawang di Pulau Redang. lanya sebuah perjalanan yang panjang juga, tetapi tiada penghujungnya. Dahulu aku pernah bekerja di Yamaha Music dari 1996-2004. Masa aku mula menulis, aku sudah berhenti dari pusat muzik tersebut. Aku menjadi guru gitar dan jadi pemuzik jalanan sepenuh ffliisa, Biasanya jika ada masa terluang, aku akan ke kedai Internet (Cyber Cafe) untuk hantar artikel. Dari situ aku terdedah dengan duni teknologi maklumat (IT). Isi-isi cerita STJ pusing-pusing ke situ sahaja. Aku selalu melihat dunia dari atas. Jadi aku boleh lihat dan tulis macam-macam mengikut persepsi aku. Aku tidak suka melihat dari bawah atau dari sudut pandang yang rata sebab tidak akan nampak banyak pandangan. Aku berpendapat seorang penulis perlu banyak tahu dan faham tentang apa yang ditulisnya. Idea-idea kebanyakannya daripada apa yang aku lalui. la berlaku sccara sedar atau imaginasi yang membentuk persepsi. Cuma aku sukakan kehidupan yang sederhana atau marhaen, cerita orang-orang biasa yang biasanya tidak banyak kepentingan dalai hidup. Oleh yang demikian, masa aku menjadi pemuzik jalanan dahulu, aku lalui banyak pengalaman dan cerita yang biasanya aku tulis dalam STJ ni. lanya seperti di; hidup seorang manusia yang masih punya Tuhan. Sebahagian besar nukilan ini berdasarkan kepada pengalaman aku di dunia ini. Aku suka kalau orang kita berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu isu kerana setiap isu ' itu ilmu. Jadi, kalau kamu susah untuk mendengar pendapat orang lain, maka di sitt sahajalah kamu bermukim sedangkan hidup kita ini sendiri sebuah pengembaraan. Hijrah demi hijrah telah kita lalui. Bermula dari benih pertama di dalam perut ibu. kemudiannya tinggal di dalam kandungannya sembilan bulan, lahir ke dunia nyata membesar. Itulah hijrah. Dari segi pemikiran pun begitu juga. Kamu diajar tentang

Tuhan oleh ibubapa kamu sejak dari kecil bagi yang beragama. Fahaman kamu tentang Tuhan adalah dari otak kamu. Aku dulu bayangkan Tuhan ni macam giant robot masa umur empat hingga lima tahun dahulu. Giant robot ini cerita kartun hitam putih yang popular pada sekitar tahun 1974-75 dahulu. Tapi itulah, selepas itu kita semakin dewasa, semakin kita faham, mulalah kita mahu mengenenal Tuhan. Dari proses pembelajaran melalui pengalaman dan praktikal aku terjemahkan dalam STJ ini. Aku rasa itu adil untuk semua bagi yang mahu tahu dan sudah tahu. Kamu boleh terus dengan apa yang kamu suka dan selesa. Aku tidak ada masalah untuk itu. Kalau kamu suka ke sini, datanglah. Kalau suka ke sana, pergilah. Aku akui aku pernah melalui zaman free thinker dan pernah mendalami agama Hindu, Kristian, Buddha dan aliran-aliran rohani lainnya. Cuma asas keagamaan aku kukuh sebenarnya. Ianya sudali ditanam sejak dalam bayi lagi. Satu yang mencari adalah jiwa, bukannya nafsu. Jadi, kalau dari jiwa ianya dalam linkungan yang maha tahu juga. Kalau dari nafsu, mungkin aku aku sudah bunuh diri atau pun duduk di Hospital Bahagia sekarang ni. Pada awal 90an dahulu, aku gila belajar ilmu hakikat. Bermacam-macam gurulah aku dekati. Sekarang pun sudah ramai menjadi guru dan mengajar agama. Selepas berkahwin, aku mula relaks dan seimbangkan diri. Jadi prosesnya panjang. Aku suka hakikat sebab ianya nyata, tidak ada penipuan. Kalau syariat, perkara itu telah kita lalui sejak kecil. Hari ini agama sudah menjadi barang dagangan. Orang politik menggunakan agama untuk kepentingan. Semua parti politik pun begitu sebab mereka tahu, orang Melayu sangat sukakan kebaikan yang ada di mata. Jadi apa susahnya Kebaikan yang ada di dalam ini siapa yang nampak Itu sebabnya kamu jangan menilai orang semudahnya. Kalau kamu memang baik, bagus. Aku rasa semua orang politik sembahyang. Selepas tu korup sana sini, makan duit rakyat. Dosa pahala hanya sekadar kata-kata yang lahir di bibir. Kita boleh menipu sesama kita, tapi kita tak kan boleh tipu diri kita sendiri..apatah lagi Tuhan..