Ya, mereka mahukan keadilan. Segala kebenaran ada di tangan aku. Apa yang boleh ku lakukan Aku hanya mampu perhatikan dari sini. Banyak dongengan, banyak lakonan, ramai terasa hati, ramai mendapat manfaat.
Desakan atas desakan, akhirnya tertubuhlah sebuah Suruhanjaya Siasatan di-Raja terdiri daripada Tan Seri Datuk Sri James Foong Chen Yuen (Pengerusi), Dato Haji Abdul Kadir Sulaiman, Dato Selventhiranathan Thiagarajah, Dato Dr Buphinder Singh Jeswant Singh dan Professor Dr Mohamed Hatta Shaharom. Namun, malangnya, tiada sebarang pendakwaan dilakukan. Perbicaraan demi perbicaraan. Saksi demi saksi memberi keterangan.
Dr Pornthip yang menjalankan bedah-siasat terhadap tubuhku mendapat tekanan daripada Kerajaan Thailand yang tidak membenarkan beliau datang bagi memberikan keterangan lanjutannya. Atas kejujuran beliau dan berpegang teguh kepada professionalism bedah siasat beliau, dia akhirnya tidak dibenarkan datang untuk membantu kes Sugumar (Februari 2013) yang mati di tangan anggota polis. Saat-saat akhir penarikan beliau akhirnya terdedah. Beliau memberitahu bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menelefon Perdana Menteri Thailand supaya aku tidak hadir memberi keterangan. Apakan daya Beliau merupakan doktor forensik kerajaan Thailand (sebut: kakitangan awam). Orang ramai yang ingin mengetahui kejadian sebenar hanya dijalankan mealui inkues awam sahaja.