Melangkah ke alam perubatan seperti memasuki sebuah mansion agam di tebing bukit. Dari jauh kelihatan elit dan menggamit. Dari luar tampak eksotik. Tanpa sedar, ia sebenarnya menyimpan pelbagai rahsia yang hanya sesekali terlepas ke luar melalui bunyian yang tambah misterius dan seling disalah tafsir. Cerita-cerita yang kemas tersorok, di sebalik potret-potret. Sawang labah-labah. Tangga spiral. Serta ukiran dinding dan patung seramnya.
Melangkah ke dalam tentu sekali memberi perasaan yang baru. Boleh jadi adventurous dan mengasyikkan. Atau saja menakutkan. Juga meletihkan. Berada di dalamnya, terbongkar segala kisah sebenar, realiti yang selama ini hanya disoksekkan melalui khabar angin dan bunyian misterius itu.
Lima tulisan saya ini adalah catatan dari dalam rumah misteri itu. Realiti dan cerita sebenar untuk saya kongsikan kepada orang di luar yang selalu tertanya-tanya: Bagaimanakah rupa di dalamnya Bermula dari posting pertama saya sebagai houseman, mengikut urutan, sehingga yang kelima. Bagi mengekalkan kerahsiaan pesakit, beberapa perincian telah saya ubah, tokok dan buang. Nama, umur, latar belakang dan maklumat lain juga telah saya ubah tanpa menjejaskan cerita utama yang ingin saya sampaikan.
Sebagai penghargaan, sejuta kasih dan cinta untuk umi dan abah yang membolehkan saya masuk ke rumah ini. Juga Alia, Aisyah, dua orang Ammar, dan Asma yang sentiasa menuruti. Perkongsian saya harapkan memberi manfaat dan kefahaman kepada khalayak agar lebih memahami rahsia-rahsia yang masih tersimpan di dalamnya.
Terima kasih.
Dr. Noor Hayati Yasmin Ngatimin
Untuk mak, babah, abang, Amal dan Bibah yang menyayangi diri ini tanpa syarat.
Untuk Miyul yang sangat comel.
Untuk Norsaadah, sahabat dari zaman KTAM merangkap rakan Dua Penulis.
Untuk Cikenet Crew yang menyokong kala susah dan senang dari zaman Master hingga sekarang, Hafizah, Azlean dan Hazwah.
Untuk Hazfadzila dan Afidzah, rakan sepermainan dari zaman undergraduate hingga sekarang.
Untuk rakan-rakan KTAM, KISAS dan UM yang mewarnai zaman belajar.
Untuk kenalan di HKL, HSA, PPUM, HQE dan HWKKS, terima kasih kerana menjadi rakan kerja yang hebat.
Untuk mereka yang tiada namanya disebut di sini, harap tidak kecil hati. Anda semua merupakan sebahagian dari fasa kehidupan saya.
Untuk pembaca yang memilih naskhah ini, terima kasih kerana memberi masa dan kepercayaan kepada karya kami.
Dr. Jacknaim
Untuk yang pernah hadir dalam hidup lantas pergi meninggalkan diri ini tanpa sebarang berita, atau terpisah oleh ruang dan waktu. Sesungguhnya pemergianmu membawa seribu pengalaman dan pengajaran buat diri. Untuk yang masih setia bersamaku dalam melangkah menggapai masa depan, ribuan terima kasih atas kesabaran dan kesetiaan. Untuk yang bakal hadir dalam hidupku, ku panjat rantaian doa agar kamu akan menjadi kenangan indah dalam hidupku atau memori hitam yang bakal menjadikan aku lebih kuat dalam meniti harihari mendatang.
Mak, ayah, adik-adik, adik ipar, bakal permaisuri hati, keluarga terdekat dan sahabat handai. Sesungguhnya kamu insan berharga yang membuat aku terus gagah melangkah biar mengharung duri-duri yang terpacak tajam dan mengoyak kasutku. Tetapi, adanya kamu membuat aku hanya tersenyum tatkala mengesat luka yang hinggap pada kaki ku.
Mutalib Uthman, Pidomat, Lucius, Amin, Acap dan seluruh warga DuBook. Terima kasih kerana memberi penghormatan kepada saya dengan menerbitkan buku Prognosis dan sekali gus memberi peluang untuk menerbitkan buku seterusnya dengan DuBook.
Abang Jasni Matlani dan seluruh warga Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), terima kasih kerana membimbing dan mengasah gaya penulisan saya.
We Bilal, Poji, Ujai, Jeme dan Adam, terima kasih kerana terus kekal menjadi rakan seperjuangan yang terus bersama saat jatuh dan bangkitnya kita.
Yang tidak saya lupa, terima kasih juga buat rakan-rakan, cikgu, fasilitator, mentor dan staf baik di SRK Sri Wangi, Sek Rendah Hamzah, Sek Men Hamzah, Kolej Matrikulasi Pahang, Universiti Sains Malaysia, Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Machang, Hospital Pasir Mas, Pejabat Kesihatan Tanah Merah, Hospital Tawau dan Hospital lahad Datu.
Dan akhirnya, paling istimewa adalah jutaan penghargaan buat para pembaca tulisan dan luahan perasaan saya. Maaf andai tersasul merapu dan meroyan. Doa saya, agar anda mendapat manfaat dari penulisan saya.