Kebencian membungai hatinya. Segala penghinaan yang pernah dilemparkan kepadanya dahulu harus dilu naskan. Dia tidak boleh membiarkan wanita tersebut men da pat kan apa yang dicitacitakan dengan mudah. Se kurangkurangnya dia harus membalas dengan memberi aib kepada wanita itu.
Soalnya, dia tidak mempunyai kekuatan untuk mela ku kannya secara bersendirian. Soalnya, dia tidak punya kebe ranian untuk membalas dengan tangannya mahupun tenaga. Wanita itu terlalu ampuh dan tidak mudah dika lah kan. Wanita itu terlalu payah untuk ditakluki dan dire bahkan.
Dia telah sering melihat bagaimana wanita itu terlalu mem pu nyai keazaman yang kukuh. Wanita itu terlalu mem percayai dirinya.
Sesiapa pun yang pernah bersamasama wanita itu perlu mengakui betapa wanita itu memiliki hati yang terlalu keras. Wanita itu tidak mungkin akan akur dengan sebarang pandangan lain.
ah, dia memang perlu diajar. Dia perlu tahu bahawa tidak semua perkara boleh diperolehi dengan mudah! Dia perlu tahu, apa yang dihajatkannya itu adalah sesuatu yang boleh membahayakan orang lain.
iii
Mungkin wanita itu tidak akan peduli dengan se ba rang nasihat yang bakal mendesah telinganya, namun dia telah mengorak langkah untuk memulakan segalaga lanya. Seseorang yang setia dan jujur untuk menja lan kan tugastugas itu telah diberikan arahan. Dia hanya perlu menunggu hasilnya.
Segala hasil jerihnya akan terkabul sekiranya segala ran cangan berjalan lancar. Segala citacitanya akan menjadi suatu kebenaran seandainya pemuda itu berjaya dalam tugasnya. Dan dia.... Dia akan bergelar jutawan! Malah lebih dari itu, dia mendapatkan semula maruahnya yang sudah lama tercalar.
butiran di dalam fail yang terbentang di hadapannya ditatap lagi. Sudah lama dia menginginkan namanya tercatat di dalam senarai paling atas dalam fail tersebut. Sudah terlalu lama dia menyimpan hasrat untuk mengua sai sebahagian besar daripada empayar perniagaan ter sebut.
Pintu kejayaan terbentang luas. apa yang perlu dilakukan, hanyalah sedikit kerja dan keberanian.