Dia yang baru sahaja selesai membeli-belah di Gold Coast Sweets Heaven & Treats kelihatan tercengang ketika ingin menuntut beg sandangnya yang diletakkan di kaunter penyimpanan beg.
I am sorry sir, your bag is not here. I think Ive mistakenly given the bag to the other customer. Shes wearing a denim and a white shirt. Wajah pekerja yang bertugas di kaunter penyimpanan beg berkenaan bertukar pucat usai dia membuat pemeriksaan rakaman CCTV.
There, I think that lady is holding the same beg as yours. Wearing denim and white shirt. Ujar seorang lelaki yang sedang berdiri di belakang Faliq secara tiba-tiba.
Mereka semua dengan serta merta memandang keluar. Jelasnya kelihatan seorang gadis berwajah Asia sedang menjinjing beg yang sama bentuk dan warnanya dengan beg milik Faliq.
Okay, okay. Thank you. I need to grab my bag first. Faliq berlari keluar daripada kedai berkenaan untuk mendapatkan begnya.
Excuse me! Miss, thats my bag! Jerit Faliq dengan tangan kanannya turut dipanjangnya seolaholah dia dapat menggapai begnya yang sudah hilang dipandangan setelah ditelan perut teksi.
Dia yang sedang mengejar gadis berkenaan menjadi kelam kabut sebaik sahaja melihat gadis itu menaiki sebuah teksi. Mujurlah di saat dia sedang kekalutan, sebuah teksi lain berhenti dihadapannya. Tanpa berfikir panjang Faliq mengarahkan pemandu teksi yang dinaikinya untuk mengekori teksi dihadapan.
Please follow that taxi. Ujar Faliq tergesa-gesa. Uish, mangkuk betul! Marah Faliq sendiri.
Mati kutu Faliq dibuatnya bila memikirkan situasi yang dihadapi. Sudahlah berada jauh ditempat orang, dompet dan segala pengenalan dirinya pula berada didalam beg berkenaan.
Passport serta maklumat client yang baru sahaja ditemuinya juga turut tersimpan didalam beg tersebut dan dia juga sekarang dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Tanpa beg sandangnya itu, Faliq mungkin terkandas disini. Itulah yang menyebabkan dia bermati-matian mahu mengejar gadis tersebut.
Dia yang sedang dilanda selesema akibat cuaca yang agak dingin terpaksa menyelongkar poket bajunya mencari penutup mulut dan hidung yang baru dibeli tadi bagi mengelakkan keadaannya menjadi bertambah serius.
The lady stops here, ujar pemandu teksi yang dinaiki Faliq dan berhenti di tepi jalan di tengahtengah kawasan bandar.
Oh, okay thank you! Mujurlah ada juga sekeping not AUD20 yang terselit di dalam poket seluarnya.
Your balance, sir!
Faliq sekadar mengangkat tangannya dan pantas berlari mendapatkan gadis yang sudah meninggalkan teksi di hadapan. Hidung yang berair tidak dipedulikan.
Hey, lady! Wait for me. Faliq berusaha memanggil gadis berkenaan yang sudah pun berada diseberang jalan. Hilang sudah segala segan dan malu, Faliq meninggikan suaranya di tengah jalan.
Allahu! Masa ni la dia nak tukar hijau pun! Faliq merungut mengenangkan situasinya. Dia terkandas seketika kerana menunggu lampu isyarat bertukar merah. Dari kejauhan, gadis berkenaan menoleh ke arah suara yang memanggilnya namun dia langsung tidak berhenti malah terus berjalan menuju ke kawasan kediaman di Seventh Avenue.
Hey, wait for me! Faliq enggan berputus asa.
Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar merah, Faliq laju melintas jalan mencari kelibat gadis yang memakai baju berwarna putih. Dari kejauhan dia dapat melihat gadis itu sedang laju melangkah menuju ke loronglorong kecil yang memisahkan blok-blok bangunan.
Aduh, penatnya! Rungut Faliq sambil matanya masih mencari-cari. Dia berhenti seketika untuk menghilangkan lelah. Jalan-jalan asing ini terpaksa diteroka oleh Faliq sendirian. Kelibat gadis berbaju putih itu sudah hilang dari pandangan. Macam mana dia nak balik kalau pasport dia tak ada! Ah, masalah betul!
Adoiii! Kepala Faliq terasa seakan-akan dihempap oleh pasu bunga. Tangannya serta merta menggosok kepala sendiri yang mula terasa peningpening lalat.
You stupid thief! Come close to me if you dare. Gadis berbaju putih itu muncul entah dari mana sambil memberi amaran.
Faliq yang sedang menanggung kesakitan hanya mampu mengangkat sebelah tangannya tanda menyerah. Dia terduduk di atas jalan tar itu sambil berkali-kali menggosok kepalanya.
Wait, wait, wait, wait, wait, wait, wait. Entah berapa kali wait yang sudah keluar dari mulut Faliq sebaik sahaja dia memanggungkan kepala. Gadis itu kelihatan sedang mengangkat tinggi penyapu yang berada ditangannya.
Listen to me first. Please Your bag is here. Faliq cuba memberi penjelasan.
Faliq mahu menenangkan gadis yang ternyata sedang berada dalam mode menyerang itu dengan mengangkat beg sandangnya. Entah dari mana penyapu buruk itu dijumpainya.
Huh Beg saya Ujar gadis itu. Penjelasan Faliq menyebabkan gadis berkenaan bergerak sedikit ke belakang. Beg sandang yang tersangkut di bahunya diteliti seketika.
Malaysia Faliq meneka sebaik sahaja mendengar perkataan beg saya yang meluncur keluar dari bibir gadis berkenaan.
Ya, Malaysia.
Oh god. Kita tertukar beg dekat bakery tadi. Saya nak ambil balik beg saya.
Sorryyy Saya tak tahu. Gadis berbaju putih itu baru menyedari apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dek kerana rasa bersalah, dia segera melutut melihat keadaan Faliq yang sedang terduduk di atas jalan tar. Tangannya turut sama menggosok kepala lelaki yang mengejarnya sebentar tadi.
Kenapa awak lari
Saya ingatkan awak pencuri.
Muka hensem macam ni pun awak boleh ingat pencuri ke Faliq masih terasa sedikit pening. Kepalanya benar-benar rasa sakit.
Hello, look at yourself Dah la awak pakai serba hitam, lepas tu pakai penutup hidung dan mulut lagi.
Tentulah saya lari.
Owh, pasal benda ni ke Sorry, saya selesema.
Sorry sangat. Sakit tak
Sakit jugaklah. Kuat jugak awak hayun penyapu tu. Berbintang juga rasanya.
Sakit sangat ke Sorry, tapi tadi saya tak pukul awak dengan penyapu pun. Masa awal-awal tadi saya baling awak dengan benda ni. Gadis itu mengangkat objek yang singgah diatas kepala Faliq sebentar tadi.
Awak baling saya dengan buku tu Faliq sudah tahu mengapa kepalanya terasa begitu berbintang. Buku kulit tebal itu sudah cukup untuk menjelaskan semuanya.
Ini sahaja yang ada dalam tangan saya tadi. Sorry again... Wajah gadis itu kelihatan cukup bersalah.
Tak apalah. Sikit sahaja. Ini beg awak dan saya perlukan beg saya.
Saya minta maaf sangat-sangat. Jom pergi klinik dulu nak tak Ajak gadis itu kerana merasa bersalah.
Tak apa lah. Sikit sahaja. Lagipun saya nak cepat. Flight saya lagi dua jam setengah. Nasib baik saya dah check-in. Faliq memberikan penjelasan.
Betul ni, awak ok
Betul. Jangan risau. Saya nak kena pergi airport dulu. Takut terlambat pula.
Saya minta maaf. Ujar gadis ini sekali lagi.
Its okay. Take care! Faliq menggapai begnya dan berdiri.
You too and sorry again. Ujar gadis itu sambil memandang Faliq yang sudah pun berjalan pergi.
Ucapan maaf itu cuma disambut dengan lambaian tangan dari Faliq. Dia tidak mampu mahu berkata apaapa dek kerana kepalanya yang masih lagi terasa sakit. Walaupun begitu, Faliq masih lagi bersyukur, mujurlah begnya itu dapat juga ditemui.
Nadhirah tersenyum sungging. Mata setia memerhatikan susuk tubuh tersebut hingga kelibat lelaki itu hilang dibawa teksi. Alamak! Dahi ditepuk. Baru teringat. Kenapa tak tanya nama ya Eh, kalau tanya pun nak buat apa, kan Hmm
Telefon yang berbunyi mematikan lamunannya.
Nama Alana terpamer di skrin telefon bimbit. Ya mak cik
Amboi naik taraf mak cik terus
Nadhirah ketawa, Aku baru sampai ni. Apasal call
Banyak duit bayar bil
Eh, aku buat return call tau. Kau yang bayar!
Tambah besar ketawa Nadhirah mendengar katakata dari temannya, Tak kisah pun. Hah, anything from Malaysia
Nad aku suara Alana di hujung talian kedengaran serba salah.
Kenapa ni Kau jangan buat aku cuak, boleh tak
Papa kau
Liur ditelan. Hati berdentam-dentum. Kenapa dengan Papa
April 2005
Mengingati luka lama tidak sepedih menggali kenangan yang kita lalui