MY PRETTY BOY - 1
SECARA umumnya, jantung berfungsi sebagai membekalkan darah ke seluruh tubuh badan di mana proses pengepaman berlaku iaitu pengecutan (sistolik) dan pengenduran (diastolic) pada otot jantung. Prof. nak tanya salah seorang dari kamu, terangkan bagaimana ritma denyutan jantung bermula tanya Profesor Madya Dr. Fattah ataupun lebih ringkas, Prof. Fattah yang merupakan Pensyarah Fakulti Perubatan Akademi Al-Haq (A-AH).

Disebabkan tiada respon suara atau sebarang pertanyaan dari para mahasiswa di dalam dewan kuliah, dia menurunkan sedikit cermin mata hingga ke separa batang hidung. Matanya melilau memerhatikan setiap mahasiswa yang pelbagai ragam dan gelagat. Ada yang menumpu perhatian penuh dan tak kurang juga yang asyik menelaah telefon pintar yang disorokkan di bawah laci meja.

Seorang demi seorang mahasiswa tak terlepas dari renungan mata kasarnya dan diakhiri renungan ke arah seorang pelajar yang duduk sambil menulis sesuatu di dalam buku nota. Dia tersenyum sendiri.

Dalam ramai mahasiswa perubatan di akademi ini, hanya dia saja yang benar-benar mengikuti kelas pengajiannya. Dan, dia yakin pelajar itu juga meraih kembali Anugerah Dekan di semester terakhir hujung tahun ini.

Shahril Zamri! Jawab secara terperinci apa yang saya bincangkan tadi, keras sungguh kedengaran suara Prof. Fattah sambil menuding jari telunjuk tepat ke arah pelajar tadi. Sejak dari tadi pelajar lelaki itu diperhatikan tingkah laku dari depan dewan, leka benar dengan mengemaskini akaun Facebook (FB).

Shahril Zamri tersentak bila nama penuhnya dipanggil terang-terangan di dalam kuliah segera menyembunyikan telefon pintar ke dalam poket. Dia bingkas dari kerusi, terkebil-kebil memandang ke arah Prof. Fattah yang terserlah jelas wajah menyinga. Hakikat sebenar, dia tak mengambil perhatian langsung apa yang diterangkan oleh pensyarah itu sejak kuliah bermula pagi tadi.

Soalan apa yang Prof. tanya tadi bisiknya perlahan ke telinga Asyraf Hafiz, pelajar skema yang duduk bersebelahan dengannya. Sahabatnya pula seperti biasa, hanya reti menjungkit bahu. Leka dengan mengemaskini akaun FB.

Tak boleh diharap betul kau ni! Gerutu Shahril Zamri.

Sa saya tak tau Prof. sebab saya jawab Shahril Zamri takut-takut sambil menggaru kepala. Hanya itu saja jawapan yang terlintas di fikiran tatkala ini. Kalau tersilap jawab, mahu digulai dek pensyarahnya nanti. Tengok pada raut wajah menyinga dengan lengan baju disingsing hingga ke paras siku, sudah cukup mengecutkan usus perut setiap mahasiswa yang mengikuti pengajian sepanjang waktu kuliah Prof. Fattah.

Setiap kali tibanya semester baru, tiada siapa pun yang terlepas dari mengikuti kuliah Professor itu. Pusing macam mana pun jadual pengajian, akhirnya mereka terpaksa juga mengadap Profesor a.k.a remaja purba itu hingga ke tahun akhir. Apa tidaknya, hanya Prof. Fattah itu saja satu-satunya pensyarah perubatan yang berpengalaman luas di akademi ini.

Sebab kamu sibuk kemaskini FB, mengutuk saya pantas Prof. Fattah menyampuk kata-kata Shahril Zamri. Dia mengatur langkah mendekati ke meja pelajar itu lalu menunjukkan laman FB yang ditulis oleh Shahril Zamri tadi. Matanya terus buntang setelah membaca apa yang terpampang di skrin Samsung Galaxy Note 5 (SG N5) milik pensyarahnya.

Shahril Zamri tergamam. Setahunya, Prof. Fattah tak menahu langsung nama profilnya atau lebih tepat lagi bukanlah seorang kaki skodeng FB, masakan sempat lagi mengendap Profil FBnya di waktu puncak begini.

Mana si remaja purba tu tau yang aku tengah kutuk dia bisiknya perlahan ke telinga Asyraf Hafiz. Ditundukkan sedikit kepala separas kepala Asyraf Hafiz, mulutnya pula diherotkan sedikit ke kiri manakala matanya masih dihalakan ke arah Prof. Fattah yang sedang mengatur langkah mendekati mereka berdua.

Aku dah cakap kat kau banyak kali, jangan pakai nama betoi kau. Kau gatai nak pakai gak, sebab tu dia boleh cari kaungok! Sindir sahabat Asyraf Hafiz perlahan di telinga.

Dengar ye kelas, saya nak bacakan apa yang ditaip oleh kawan kamu ni.

Shahril Zamri

2 hrs. Public

Bo... boos... bosan, aku bosan, dengan bla... bla... bla... merapu kau, Si Tuo Fattah. Muka putih, tangan hitam!

Like. Comment. Share

Asyraf_Macho, GegurlSantai and 200 others like this.

Asyraf_Macho Ha ha ha betul! Aku sokong

110%. Apa kata kau belikan Qu Puteh kat beliau~ 2 hrs. Like

Shahril Zamri Hanglah beli kat dia, lagipun

tuekan remaja purba peberet hang~

2 hrs. Like

Sebiji, sebiji perkataan yang tertulis di wall FB Shahril Zamri dibaca kuat-kuat di hadapan mahasiswa yang memenuhi dewan. Bergema gelak ketawa di dalam dewan kuliah pagi ini. Dia yang terasa malu terpaksa melindungi muka dengan tapak tangan.

Ada juga yang gatal jari reply, sambung Prof. Fattah seraya mengerling tajam ke arah Asyraf Hafiz yang tunduk memandang ke bawah, tak berani bertentang mata dengan renungan Professor yang tajam menikam ke arahnya. Walaupun tampak berusia, namun ketampanan Prof. Fattah masih lagi terserlah. Tak hairanlah jikalau mahasiswa di setiap waktu kuliah dipenuhi kerusi dengan pelajar perempuan dan hanya beberapa kerat saja pelajar lelaki. Pendek kata, boleh dibilang dengan jari kaki.

Begini ke sikap seorang bakal doktor Kemaskini FB semasa kuliah saya! Berapa kali saya harus ingatkan kamu tentang peraturan di mana semasa waktu kuliah, you are required to switch off your mobile phones Bergema suara petir Prof. Fattah sambil menayangkan telefon pintar milik Shahril Zamri.

For the time being, let me keep it for you. I want to meet both of you after class. Taulah nasib kamu nanti! Tak serik-serik!

Again Tanya mereka serentak. Prof. Fattah menjegilkan mata.

Kecut perut mereka berdua dan hanya mampu menurut perintah tanpa bantahan. Masuk kali ini sudah 4 kali mereka berdua menjadi penghuni kelas tahanan. Itupun masih lagi tak menginsafkan. Kalau setakat bersihkan sampah-sarap ataupun tulis perkataan saya insaf berulang kali memenuhi ruang papan hitam seluas dinding akademi, hanya senang kacang untuk mereka lakukan.

Qamra Ain, saya nak dengar pula jawapan kamu, ujar Prof. Fattah. Hanya nama itu saja yang terlintas di fikiran dan kebetulan pula berdiri bersebelahan dengan meja pelajar itu.

Qamra Ain yang tekun mencari isi penting di dalam buku tersentak bila namanya disebut dekat di telinga. Terus dia mendongak memandang ke arah Prof. Fattah. Disebabkan terlalu ralat membaca sehinggakan kehadiran doktor myth and legend itu langsung tak disedarinya.

Prof. tanya apa tadi soalnya perlahan kepada sahabat baiknya yang duduk bersebelahan meja.

Tu, pasal jantung. Kau baca kat papan depan, ada tulis, bisik Maria seperlahan yang mungkin, takut didengari pula Prof. Fattah. Qamra Ain mengangguk faham. Dia bingkas dan menolak sedikit kerusi ke belakang.

Jantung Ermmmritma semulajadi denyutan jantung bermula dengan penghantaran impuls dari nod sinoatrium (SA). Kemudian impuls ini akan disebarkan kepada nod atrioventrikel (AV). Itu jawapan saya, Prof setakat ni sebab saya tak tumpukan perhatian masa Prof. mengajar tadi. Maafkan saya

Saya tau kamu boleh memperincikan lagi fakta kamu, Qamra. Lagi satu, cara kamu menjawab juga teragak-agak. Tiada keyakinan. Kamu harus yakin dengan jawapan kamu. Prof. Fattah memberikan pendapatnya. Dia tak marah jika setiap mahasiswa memberi jawapan yang kurang tepat atau salah, asalkan ada jawapan yang terpacul dari tiada bunyi langsung.

Baik, Prof. Qamra Ain mengangguk faham. Lagipun, hanya itu yang terlintas di fikiran bila tiba-tiba dipanggil menjawab soalan yang diajukan padanya. Salahnya juga kerana leka menyiapkan tugasan yang tergendala seminggu lalu oleh kerana sibuk dengan tugasan untuk kuliah pengajian subjek lain.

Kamu boleh duduk. Kelas, saya nak kamu siapkan assignment tentang apa yang dibincangkan tadi. Ini tugasan individu, bukan berkumpulan seperti tugasan semester lepas. Ingat! Tugasan ini adalah tugasan penting. Buat yang terbaik, jangan nak pandai bermukabuku saja! lantang suara Prof. Fattah memberi arahan sehinggakan bergema suaranya di dalam dewan kuliah. Selepas itu, dia beredar keluar dari dewan kuliah diikuti seorang demi seorang mahasiswa beransur-ansur keluar.

Korang berdua, tak serik-serik ke Setiap semester jadi penghuni tetap kelas tahanan Bawa-bawalah insaf, perli Maria, sepedas cili. Dia memerhatikan mereka berdua sibuk membaca kemaskini FB di skrin telefon Asyraf Hafiz. Sesekali kedengaran gelak ketawa mereka berdua.

Kau apa tau For your info Minah Kepoh, status yang aku up tadi tak sampai setengah hari dah 200 likes tau! Nampak sangat pelajar akademi kita ni anti sungguh dengan remaja purba tu, jawab Shahril Zamri, mengejek. Bangga kerana dapat mengumpulkan like yang tak sampai sejam status itu ditaip.

Mana kau tau pelajar sini yang like Entah-entah diorang like sebab ada pelajar senget yang mengutuk pensyarah sendiri. Kau berdua baik jaga-jaga. Silapsilap kantoi lagi semester macam tahun lepas baru tau! Pakai akallah sikit kalau nak membongak pun! balas Maria, tak mahu mengalah dengan mereka berdua.

Aku pun ada terfikir gak, Maria. Pelik juga dengan tabiat pemilik akaun FB sebenarnya. Status orang meninggal pun dapat berpuluh like malah beratus pun ada, maknanya orang yang like status seperti tu, seolah-olah dia like orang tu meninggal. Dan, ada juga yang like status orang bercerai, status orang nazak kat wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Pendek kata, status yang jadi trending dan entah yang apa-apa paling menarik perhatian liker. Tak kurang juga status check in sana sini. Apa yang aku nampaklah, ujarnya sambil memandang ke arah mereka silih berganti.

Dia yang sudah siap mengemas lalu diletak beg galasnya di atas meja. Blackberry Z10 (BB Z10) yang dimatikan sepanjang kuliah Prof. Fattah tadi dihidupkan semula dan dibiarkan on sepenuhnya di atas meja.

Apa yang kau nak herankan sangat, Qamra. Status seperti tulah yang upkan profile dalam FB tau, yang lebih tepat buli siber. Kalau up status yang buat follower kau lemau nak baca, baik kau deactivate aje FB kau! Tak gitu, Asyraf soal Shahril Zamri sambil menyiku lengan Asyraf. Lelaki itu hanya mengangguk saja walhal apa yang dikata oleh sahabatnya tak di ambil pusing langsung.

Bukan ke korang kena masuk detention class Baik pergi lekas sebelum bergema suara Prof. Fattah dicorong A-AH. Lagi malu korang nanti. Qamra Ain mengingatkan mereka semula yang leka membaca ayat-ayat serang balas statusnya tadi.

Chill lah, Qamra. Kalau setakat tulis kat papan hitam macam semester lepas, celah gigi aku aje ni hah! balasnya sambil menunjukkan celah gigi gerahamnya yang terlekat gula-gula getah.

Qamra Ain mencebik. Shahril Zamri, pelajar perubatan sejak semester 1 sampai sekarang, perangai tak pernahnya semenggah. Sungguh pun begitu, namun keputusan peperiksaan sering mendapat kepujian oleh pensyarah di akademi ini. Cuma, entah kenapa semasa kuliah Prof. Fattah suka benar pemuda ini naikkan tekanan darah remaja purba itu.

Jangan nak kekwat sangatlah, Shah. Mana tau, kut-kut denda korang berdua kena berus jamban ladies ke, bagi tenuk makan ke, baru ada akal! sindir Maria, meluat mendengar ayat berlagak Shahril Zamri apatah lagi dia cukup anti sungguh dengan mamat kekwat itu sejak awal semester lagi.

Hei, Minah Kepoche! Suka hati akulah, kau peduli apa! Ke kau nak gantikan aku, berus jamban dengan Fabuloso wangian Lavender Jomlah, Chad. Tetiba pula ada langau sesat kat sini buat berdesing telinga aku aje! Cakap ajelah yang kau syok kat si remaja purba tukan, titik noktah! Shahril Zamri menarik lengan Asyraf Hafiz serta mengerling tajam ke arah Maria. Terkial-kial dia mengikut langkah cepat Shahril Zamri hingga ke muka pintu. Kalau setakat Qamra Ain mereka mampu lagi bertentang mata atau sembang teh tarik tapi kalau adanya si mulut puaka Maria, tiada selera mereka hendak duduk lebih lama di sini.

Maria merengus. Ringan saja tangan mahu melempar buku dalam pegangan ke arah Shahril Zamri namun sempat dirampas oleh Qamra Ain. Sakit hati mendengar mulut celupar pelajar lelaki tadi mengatanya terang-terangan.

Yang kau layan si senget tu kenapa Kau pun tahu, kan mulut Shah tu tak ada insuran. Sebab tu dia berani up status sampai tahap macam tu. Biarkan ajelah, pujuk Qamra Ain. Maria menghela nafas panjang.

Aku memang berbulu betul dengan si senget tu. Entah apa yang dia antikan sangat dengan aku pun tak taulah, rungut Maria.

Takkan kau dah lupa Kau yang buat report sebab Shah hisap vape kat belakang dewankan Sebab tu dia dendam dengan kau. Pasal mulut kau, Shah kena gantung semester. Kalau tak, tentu dia dah graduate tahun lepas.

Maria terdiam. Baru dia teringat. Memang betul pun, dia yang laporkan tentang kegiatan rahsia Shahril Zamri. Tapi, taklah sampai terfikir yang Prof. Fattah akan menjatuhkan hukuman hingga digantung semester. Rentetan peristiwa itu, Shahril Zamri benci tahap gaban pada Prof. Fattah.

Kau nak marah pun dah tak guna. Punca dari kau juga, Maria. ujar Qamra Ain sambil mengeliat beberapa kali. Kematu punggung oleh kerana duduk selama 2 jam dalam dewan hanya diskusi tentang jantung. Itu belum lagi tentang perincian tentang diagnosis, biopsi atau prosedur yang berkaitan. Mahu duduk bertapa di dalam dewan kuliah sehari suntuk.

Qamra, kau ada plan apa-apa tak lepas ni Jom tengok wayang nak tanya Maria sambil tangannya pantas mengemas buku-buku nota lalu dimasukan terus ke dalam beg galasnya.

Qamra Ain juga begitu. Usai mengemas meja, dia terus mengalas begnya ke belakang.

Sorry, Maria. Aku ada lunch date. Next time okay pujuk Qamra Ain, tak mahu menghampakan ajakan Maria.

Taulah kau tu ada balak. Sesekali luanglah masa dengan aku juga, pujuk Maria walhal dalam hati terbit rasa cemburu pada Qamra Ain kerana berjaya memiliki seorang jejaka kacak yang pernah merangkul gelaran siswa terbaik di A-AH tiga tahun lepas.

Next time okay Aku janji. Lama benar aku tak jumpa rindu gila kat dia, adu Qamra Ain manja sambil mengelip-ngedipkan mata.

Untung kau dapat dia, kan Aku juga yang single terlajak...sampai la ni tak laris-laris.

Alahkau yang jual mahal sangat. Ada Reza yang maskulin tu kau tak nak. Dia tu baik apa, charming... kacak. Sweet aje aku tengok bila dia tanggalkan spek mata tau!

Si Reza! Mat skema yang sibuk memanjang dengan kalkulator tu Sorry beb Hes not my type. Tak ada selera aku. Bermadah puisi bagai. Mamat tu romantik tak kena tempat.eiii, geli aku, geli-geleman dirasakan tengkuk Maria bila teringat semula sewaktu bersembang dengan pelajar skema berkaca mata itu.

Okey apa Reza Rizman anak Dato Rizal. Ada sport car, jantan rebutan terhangat di pasaran lagi. Rugi kau nanti. Aku dengar dia tengah cari puteri menawan yang masih solo. Tunggu apa lagi kau cubalah tackle.

Dia hanyasyok kat kau sebab kau aje yang faham dia. Kat aku yang Vogue de vest ni sebelah mata pun tak sudi nak toleh. Sebab kau dah buka cerita pasal mamat tu mesti kau tak tau sesuatu tentang dia, kan

Apa yang aku tak tau Qamra Ain menjongket kening. Ada suatu perkara yang ada kala dia tak berkenan dengan perangai Maria, suka sangat merendah-rendahkan martabat orang. Dan juga, menganggap dirinya saja sempurna tanpa cacat cela. Bukan dia tak tahu, dalam diam-diam Maria cuba memikat sang kekasih hatinya.

Mat skema tu extend semester sebab kau. Kalau

tak, Reza dah graduate sekali dengan teman lelaki kau tahun lepas.

Takkanlahkut ya sekali pun tentu ada sebab dan yang pasti bukan sebab aku okey Yang tu aku tak percaya, sangkal Qamra Ain, tak mahu sama sekali dikait apa-apa antara dia dan Reza Rizman. Dia menghormati lelaki itu sebagai sahabat baik kepada kekasihnya. Tak lebih dari itu.

Perbualan mereka terhenti bila terdengar bunyi nada deringan memberitahu ada panggilan masuk di BB Z10. Pantas Qamra Ain mencapai telefon yang terbiar lama di atas meja tadi. Bebola matanya terus tertancap ke arah skrin.

kejap Maria. Aku nak jawab call. Qamra Ain menjarakkan sikit kedudukan dari Maria berlalu pergi bersandar di tepi dinding.

Assalamualaikum honey, lirih suara Qamra Ain memberi salam. Rindu benar pada suara sang kekasih hati yang dikenali sejak mendaftar masuk ke A-AH. Ketika itu dia masih di Tahun 1 dan kekasihnya pula di Tahun 3.

You tunggu I kat tempat biasa, 10 minit lagi I sampaiI love you! pesannya sekilas melirik ke arah jam di pergelangan tangan, pemberian lelaki yang sedang berbicara di dalam telefon. Talian terus dimatikan. Qamra Ain menghayun langkah mendekati Maria semula.

Maria, aku gerak dulu. Kalau lambat, bising lagi prince charming aku tu nanti. Jumpa esok!

Selepas mencapai beg galas dan buku yang siap sedia tersusun, mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.