Haziq! Jangan main dekat situ. Bahaya! Mari dekat Acu. Dari jauh Elzaara melaung sambil memberikan amaran supaya Haziq tidak turun ke dalam longkang yang berbahaya itu.
Namun, gamitannya tidak dihiraukan Haziq. Lantas Elzaara segera mendekati Haziq yang sudah duduk di longkang tersebut sambil kakinya sudah terjulur ke dalam.
Acu! Acu! Haziq nak main dekat situ je. Haziq nampak berudu tadi. Cikgu dekat sekolah cakapkan, berudu tu katak. Haziq nak tengok berudu tu ada rupa katak tak. Boleh tak Acu Bolehlah ya Acu Haziq menunjukkan ke arah longkang yang sememang menarik minatnya. Dia begitu teruja untuk melihat berudu dan anak ikan yang sedang berenang-renang. Tak boleh! Haziq tak boleh pergi dekat situ. Bahaya! Nanti kalau ada ular ke, dia patuk Haziq. Tak pun Haziq jatuh dalam longkang tu ke, susah Acu nanti.
Jangan masuk dalam longkang, okey
Alaaaa...
Hmmm, Acu bawa Haziq main dekat taman permainan nak tak Dekat sana nanti Acu belanja aiskrim coklat kegemaran Haziq tu... Elzaara cuba menarik perhatian Haziq dengan menggunakan aiskrim kegemaran Haziq sebagai umpan. Elzaara tahu bahawa Haziq amat gemarkan aiskrim, lebih-lebih lagi ais krim coklat yang menjadi kegemarannya.
Mendengar sahaja perkataan aiskrim coklat, terus saja mata Haziq bersinar-sinar. Keghairahannya untuk menyelidiki soal berudu tadi terus luput di ingatannya.
Oh yeah! Haziq dapat makan aiskrim coklat Seronoknya! Nak, nak! Jom Acu!
Melihat akan kegembiraan Haziq, Elzaara menggelengkan kepalanya. Tangan Haziq dipimpin menuju ke taman permainan. Hujung minggu begini, kelihatan ramai orang yang sedang bersantai bersama keluarga mereka ataupun kawan-kawan. Ada juga yang sedang berjogging, bersukan dan tak kurang juga ada yang menikmati angin petang dan keindahan alam. Dia dan Haziq ke taman permainan hanya sekadar untuk menghirup udara petang sambil menemankan Haziq bermain di taman permainan.
Haziq, jangan main jauh-jauh ya, nanti Haziq hilang susah Acu. Haziq main dekat-dekat sini je tau.
Janji ya
Janji Acu! Haziq meninggalkan Elzaara dan berlari menuju ke arah buaian.
Belum sempat Elzaara menghenyakkan tubuhnya di kerusi kayu, Haziq kembali menemuinya.
Kenapa Haziq Soal Elzaara pelik.
Acu cakap Acu nak belanja Haziq makan aiskrim. Tak ada pun... Haziq mengangkat keningnya sebelah tanda menuntut janji.
Pakcik aiskrim tu tak datang lagi macam mana nak beli. Haziq pergi main dulu. Kejap lagi kalau aiskrim ada Acu panggil Haziq ya
Janji ya Acu
Janji!
Okey. Haziq pergi main dulu.
Elzaara mengangguk sambil tersenyum nipis. Setelah Haziq berlari semula ke arah buaian, Elzaara melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi kayu sambil melihat dari jauh akan keletah anak buahnya.
Telatah Haziq diperhatikan. Ceria dan keletah anak saudara ini sekarang. Tapi, hakikatnya hanya dia dan keluarga yang tahu. Haziq lahir tidak cukup bulan dengan pelbagai komplikasi kelahiran. Apatah lagi, ibu Haziq yang merupakan Kakak sulungnya, Elfira meninggal dunia sebaik Haziq di dunia. Namun, semua itu tidak mematahkan semangat ahli keluarganya yang lain. Kelahiran Haziq bagai memberikan sinar harapan buat mereka sekeluarga.
Hai, termenung jauh nampak Teringatkan siapa Pakwe ye
Elzaara yang sedang mengelamun jauh terkejut apabila tiba-tiba dirinya disapa dan ditepuk dari belakang. Dia menoleh, hai... segan pula apabila dirinya telah ditangkap sedang mengelamun sendirian di taman permainan.
Hai... Pakwe Taklah. Tak kuasa aku nak fikir pasal pakwe-pakwe ni. Aku mana ada pakwe bagai. Kau macamlah tak kenal aku, kan Ini ha... aku dok teringatkan Haziq dan arwah Kak Fira je. Keluh Elzaara sambil menunduk memandang rumput yang sedang tumbuh melata di atas tanah. kakinya menguisnguis lembut rumput dihadapannya untuk melepaskan keluhan.
Eh, dah kenapa pula dengan Haziq Dia sakit ke Kau dah bawa dia pergi klinik untuk check up Doktor cakap Haziq sakit apa Soal Lyn yang prihatin akan keadaan Haziq. Dia tau betul bahawa Haziq itu adalah nyawa Elzaara.
Eh, tak-tak, bukan tu. Aku cuma terkenangkan apa yang berlaku enam tahun lepas. Itu je.
Kenapa dengan enam tahun lepas Polos sekali soalan yang dikemuKakan Lyn.
Yelah, kau tak perasan ke yang wajah Haziq tu macam arwah Kak Fira. Tiap kali aku pandang dia, aku sebak sangat. Haziq tu budak kecil lagi. Dia tak tahu apa-apa pun yang telah terjadi pada dia dan Mamanya. Kecil-kecil lagi dah jadi anak yatim piatu. Aku kesian sangat dekat dia...
El... perkara yang lepas tu, tak usahlah kau kenang-kenangkan lagi.
Entahlah Lyn... Kadang-kadang aku macam nampak Kak Fira dalam diri Haziq. Aku terlalu rindukan Kak Fira. Rindu sangat-sangat. Kalaulah dia tak... Elzaara menyepak batu kecil yang berada betul-betul di bawah kakinya ibarat melemparkan rasa hatinya yang sedang rawan. Rasa sebak tiba-tiba datang menyapa tangkai hatinya.
El, dengar sini. Tak baik mengungkit apa yang dah berlaku dulu. Semua tu takdir-Nya buat Kak Fira dan keluarga kita. Kau kena reda dengan apa yang dah tersurat ni. Allah dah tentukan pengakhiran perjalanan arwah Kak Fira macam tu. Lepaskan arwah Kak Fira pergi. Biarkan dia berehat dengan tenang dekat sana. Kesian dia tak tenang kalau kau tak nak lepaskan dia.
Dia pandang Lyn. Bercakap memanglah senang. Cuba rasa sendiri apa yang terbuku dalam hati ni. Boleh tunggang-langgang hidup rasanya hidup ni kalau tak kuat bertahan.
Aku tahu ini memang berat untuk kau sekeluarga terima ini semua tapi yalah, ini semua kan dah tertulis di lohmahfuz. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuhan yang Allah dah tetapkan buat kita semua sebagai umat-Nya. Setiap orang ada takdir mereka sendiri, ada jalan yang sememangnya dah termaktub dari sebelum kita lahir lagi. Yakinlah hikmah di sebalik
semua yang berlaku.
Tapi Lyn, aku kesian...
Sudahlah El... kau kena ingat, apa pun yang telah terjadi, kita tak boleh nak kembali ke masa silam. Ini bukan cerita dongeng Doraemon yang ada mesin masa untuk kau putarkan masa kembali ke zaman dulu. Let bygones be bygones.
Elzaara diam. Matanya memerhatikan susuk tubuh Haziq dari jauh.
Apa yang penting sekarang ni, niat kau untuk membesarkan Haziq itu lebih penting. Besar pahalanya kalau kau berbuat baik pada anak yatim ni, kau tau itu, kan Lyn menepuk bahu Elzaara untuk meredakan kesedihan di hatinya. Dia tau apa yang berlaku dan kenapa Elzaara sampai sekarang masih lagi belum dapat melepaskan arwah Elfira pergi.
Yup, kau betul Lyn. Sekarang ini aku memang nak fokuskan kehidupan aku pada Haziq dan keluarga aku je. Aku tak mahu fikirkan benda lain lagi. Mereka jelah yang penting buat aku sekarang ni. Ini jelah harta kesayangan aku sekarang. Cukuplah aku dah kehilangan Kak Fira dulu dan sekarang aku tak mau nak kehilangan sesiapa lagi, lebih-lebih lagi Haziq. Kak Fira dah amanahkan pada aku Haziq dan aku cuba untuk jaga amanah dia sebaik-baiknya macam nyawa aku sendiri.
Tangan Lyn digenggam erat dan Lyn turut membalasnya.
Tapi, untuk aku lepaskan Kak Fira dari hati aku... susah. Susah sangat... aku tak boleh nak lepaskan dia pergi lagi. Selagi aku tak boleh nak lupakan apa yang berlaku dulu, selagi tulah hati aku sulit sangat nak lepaskan arwah pergi.
Tak boleh macam tu El. Kesian arwah Kak Fira. Terseksa dia dekat sana. Kalau kau rindukan arwah Kak Fira, cukuplah lepas solat kau sedekahkan doa buat arwah. Itu paling minima yang kau boleh buat untuk arwah.
Lyn... aku berdosa ke Iyalah, walau sekuat mana pun aku rindu dekat arwah Kak Fira, macam mana sulit sekali pun aku rasa... aku tak sepatutnya seksa dia macam ni, kan Aku tak sepatutnya macam ni, kan Lyn Kalau arwah Kak Fira tau aku macam ni, dia mesti sedihkan
Hah tahu pun. Aku ingatkan kau nak terus meratap macam ni lagi untuk enam tahun akan datang. Kau kena bangkit daripada kesedihan kau tu. Kau patut tumpukan untuk bagi kasih sayang yang cukup pada Haziq tu biar dia tak terasa sangat yang dia dah tak ada Mama dan papa, Lyn memberikan semangat.
Kan Lyn... selain Haziq, kerja aku pun penting juga. Kalau tak, sia-sialah aku belajar tinggi-tinggi, tapi tak digunakan...
Ha, tahu pun! Ingat El, kau kena kuat semangat demi Haziq, demi ibu dan ayah kau.
Yalah...
Hah, bagus pun. Kalau kau nak terus bersedih, murung macam ni je karang makan pasir jelah budak Haziq tu sebab kau tak ada gaji nak beli beras bagi dia makan, seloroh Lyn.
Amboi, mulut! Tak ada insurans kau ni! Tak apa, kalau aku tak ada duit nak beli beras aku tanam je padi dekat belakang rumah. Lagi jimat, tak payah aku keluarkan duit beli beras berkilo-kilo tu. Ujar Elzaara selamba membalas gurauan Lyn.
Meletus ketawa Lyn mendengar jawapan balas dari Elzaara, Ish, aku bergurau jelah Makcik oi.
Elzaara mencekak pinggang, seolah-olah marah dengan gurauan sahabatnya.
El, kau tak terfikir nak kahwin ke Maksud aku, Haziq kan kecil lagi. Dia dah tentu perlukan kasih sayang seorang ayah. Kau tak terfikir ke nak kahwin Nak bagi Haziq rasa kasih sayang seorang ayah... Lyn tiba-tiba membangkitkan soal perkahwinan setelah mendiamkan diri beberapa ketika.
Mencerlung mata Elzaara mendengarkan soalan
Lyn. No!
Tapi, kenapa...
Kau tau jawapan aku dan kau juga tau alasan aku. Cukuplah Haziq rasa kasih sayang seorang ayah daripada ayah aku, kasih sayang ibu daripada ibu aku. Dan yang paling penting kasih sayang aku terhadap Haziq takkan pernah berkurangan. Aku tau apa yang terbaik untuk dia. Tak perlu ada lelaki lain menghulurkan kasih sayang palsu untuk Haziq! Tegas Elzaara memberikan jawapan.
Tapi El...
Lyn, stop it! Aku tak sukalah kita nak bahas pasal kahwin ni. Tak penting pun bagi aku. Apa yang kami bagi selama ni dah cukup buat Haziq. Tak ada kurang sedikit pun kasih sayang kami untuk dia. Kalau kau masih lagi nak bahas soal ni, apa kata kau je yang kahwin. Sebab keputusan aku dah bulat. Aku tak akan kahwin semata-mata nak bagi Haziq merasai kasih sayang seorang ayah.
Lyn terdiam mendengar kata-kata Elzaara yang pedas lagi berapi. Betul-betul nekad minah ni buat keputusan. Kalau dipanjangkan lagi soal ni confirmed berasap telinga nanti. Boleh tahan mulut minah ni kalau membebel, gumam Lyn di dalam hatinya. Dia memang dah masak dengan perangai Elzaara, begitu juga sebaliknya. Sebelum kena smash, lebih baik tutup mulut dulu.
Keadaan menjadi makin sunyi apabila suara mereka tidak lagi bertingkah antara satu sama lain.
Eh, kau ni datang dari mana Tiba-tiba je kau muncul dekat sini. Kau pakai magik ke ape Selar Elzaara bertalu-talu.
Aku Ni dari pejabatlah. Kan ke aku masih berpakaian pejabat lagi ni. Lagi mau tanya ke Makcik
Adoilah minah ni.
Macam mana pula kau tahu aku ada dekat sini
Aku call rumah kaulah tadi sebab aku call handphone kau tak berjawab. Mak Long yang angkat call kata kau tak ada dekat rumah. So aku agak jelah yang kau bawa Haziq datang main dekat-dekat sini. Nak balik rumah awal lagi... bosanlah... Jadinya, taraaaaa... Lyn membuat gaya seperti ahli silap mata konon-konon baru sahaja selesai membuat persembahan magik.
Elzaara hanya tersengih apabila menyedari soalan bijak pandainya kini sudah memerangkap dirinya sendiri. Dia tidak dapat mengagak bahawa Lyn akan menghubungi rumahnya kerana sememangnya dia tidak membawa handphonenya bersama.
Eh, Haziq mana Rindulah pula aku dekat budak
tu. Daripada tadi tak nampak batang hidung si kecil tu. Kalau dia ada, boleh ajak dia makan McD, tapi kau yang belanja, Lyn mengalihkan topik perbualan. Dari tadi dia sampai hinggalah kini kelibat Haziq tidak pun kelihatan. Perutnya sudah mula bergendang lagu jiwang minta diisi.
Mendengar lawak sengal daripada Lyn, Elzaara mula menguntum senyuman. Baginya Lyn adalah seorang sepupu merangkap sahabat yang baik walaupun kadang-kadang dia suka cakap main lepas tanpa memikirkan perasaan orang. Mereka berdua memang rapat, begitu juga dengan Kak Lisa (Kakak Lyn) yang kini sedang menetap jauh di London kerana sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang kaunseling dan psikologi. Dia, Lyn, arwah Kak Fira dan Kak Lisa sememangnya rapat dari kecil dan lebih dikenali sebagai kembar empat walaupun pada hakikatnya mereka adalah sepupu.
Elzaara tersentak apabila soal Haziq diutarakan oleh Lyn. Dia baru tersedar yang dia sudah mengabaikan Haziq sendirian di taman permainan itu. Pantas dia berdiri cuba mencari kelibat Haziq, namun raik hatinya jadi gelisah apabila bayangan Haziq tiada di tempat kali terakhir anak saudaranya itu berada.
Haziq Haziq! Haziq! Haziq kat mana sayang Janganlah pergi jauh-jauh nanti Haziq sesat. Haziq!! Laung Elzaara sambil matanya meliar mencari kelibat Haziq yang tidak muncul-muncul apabila namanya dipanggil. Matanya terus mengimbas sekitar kawasan taman permainan tempat Haziq bermain terakhir kali dia melihatnya tadi. Kawasan taman permainan itu juga sudah mulai lenggang.
Melihatkan Haziq yang tidak kelihatan sebaik sahaja namanya dipanggil, Elzaara melilau-melilau mencari Haziq sambil melaungkan nama Haziq.
Lagaknya sudah seperti orang yang kurang siuman yang sedang terjerit-jerit satu taman. Habis satu taman dia kelilingi untuk mencari si kecil itu. Hari sudah semakin petang dah matahari juga semakin menyorokkan diri di balik awan. Orang ramai juga sudah beransur pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga dengan Lyn.
Haziq!! Haziq kat mana sayang Janganlah takutkan Acu. Elzaara sudah mula ingin menitiskan airmata. Lyn mendapatkan Elzaara sambil menyabarkannya.
El, relakss. Jangan macam ni. Aku tahu kau tengah cemas kan. Relakss, cool down. Kita cari sama-sama. Aku pasti kita akan jumpa Haziq. Okey, sekarang kau duduk dulu, tenangkan fikiran kau dulu. Aku rasa dia takkan pergi jauh-jauh tu. Mesti dia ada dekat-dekat sini juga. Insya-Allah! Lyn cuba menyabarkan dan menenangkan Elzaara dengan menarik Elzaara duduk di atas bangku taman.
Tapi aku takutlah Lyn. Buatnya dia kena culik ke, merayap ke mana-mana ke apa aku nak buat Haziq tu, bukannya kenal siapa-siapa pun dekat sini. Ya Allah! Aku risau sangat ni. Dahlah hari dah nak gelap ni. Jomlah kita cari Haziq sekarang. Rayu Elzaara yang khuatir apabila mengenangkan keberadaan Haziq yang kini entah di mana. Dia bangkit dan cuba untuk melangkah untuk mencari anak buah kesayangannya itu. Air matanya yang tidak lagi mampu ditakung oleh kelopak mata merembes dengan derasnya.
Okey, okey jom kita pergi cari Haziq. Kau pun janganlah cemas sangat ya Lagipun kat sini kan ada pengawal. Tadi, aku dah minta tolong semua pengawal yang ada sama-sama tolong kita untuk cari Haziq sampai dapat. Aku pasti kita akan jumpa Haziq juga nanti. Kau sabar ya.
Aku takkan balik selagi kita tak jumpa Haziq. Apa nak jadi, jadilah! Janji aku jumpa Haziq dengan selamat.
Lyn hanya mengangguk. Dia tahu betapa dahsyatnya kegusaran Elzaara apabila melibatkan soal Haziq.
Dengan bantuan pengawal taman permainan, mereka pun mengitari taman itu untuk mencari Haziq. Hari sudah semakin gelap, tetapi Elzaara tidak berputus asa untuk mencari anak buah kesayangannya itu. Melilau-lilau mereka berpusing di tempat yang sama. Apabila mereka tiba di kawasan gazebo, mereka melihat terdapat kelibat seorang kanak-kanak yang menyerupai bentuk tubuh Haziq dan baju yang dipakainya sama persis macam baju yang dipakai oleh Haziq dan disampingnya terlihat seorang lelaki dewasa yang sedang memujuknya di dalam sebuah gazebo yang berhampiran mereka. Elzaara sudah tidak keruan apabila ternyata budak lelaki itu sebenarnya adalah Haziq.