KAMU SANG PENCULIK - 1
TUDUNG yang agak senget kubetulkan sedikit. Badan sememangnya terasa penat yang teramat sangat setelah lebih lima jam memandu dari kampung. Padahal abah dari awal lagi mencadangkan agar aku naik kapal terbang sahaja. Lebih mudah dan tidak memenatkan.

Aku menoleh sebaik melihat kelibat seorang gadis masuk ke dalam tandas. Sempat lagi aku hadiahkan senyuman manis padanya. Senyum itu kan sedekah. Tambah pula dia memakai sweater yang sama jenis dan warna denganku. Namun, dia hanya memandangku sinis sebelum berlalu masuk ke dalam salah satu tandas. Aku gelengkan kepala perlahan, sombong betul budak zaman sekarang.

Hoodie kutarik untuk menutupi kepala mengikut gaya gadis tadi. Eh, comel juga aku buat macam ni dah serupa budak belasan tahun walaupun usia sudah hampir mencecah 25 tahun. Sempat pula aku puji diri sendiri sambil tayang senyuman di hadapan cermin. Kemudian aku terus keluar dari tandas. Tidak mahu berlama di stesen minyak. Malam-malam begini bukannya selamat sangat untuk kaum wanita yang berseorangan sepertiku.

Baru sahaja berjalan keluar beberapa langkah, malang yang tidak berbau terus menerjah. Mulutku tiba-tiba ditekup dari belakang dengan sehelai kain. Aku cuba meronta dan menjerit namun ternyata gagal. Tangan yang menekup mulutku terlalu kuat tenaganya.

Allah... hanya itu yang mampu kuluahkan apabila aku rasakan yang tubuhku semakin lemah dan duniaku terus menjadi gelap.

MATA kubuka perlahan-lahan dan hanya gelap gelita yang menjengah. Terasa mata sedikit terkurung dan agak sakit. Di dunia manakah

aku sekarang Kenapa semuanya hitam

Ya Allah apalah nasibku sekarang Aku cuba gerakkan tangan namun gagal kerana ianya terikat kemas dengan tali. Adakah ini salah satu sindiket penculikan Tetapi, mengapa aku

Keluargaku bukannya kaya-raya. Biasa-biasa sahaja. Orang diculik biasanya untuk mendapatkan wang tebusan. Kalau bukan sebagai tebusan, adakah ini sindiket pemerdagangan orang Ya Allah dugaan apakah ini Ingin sekali aku menangis, tetapi mataku terkurung.

Weh, dia dah sedarlah... kedengaran suara garau lelaki. Semakin kecut perutku dibuatnya.

Siapa tu Encik tolong saya, pintaku dengan suara bergetar.

Lebih baik kau diam. Amarannya menyentak semangatku yang tinggal seinci. Namun aku cuba beranikan diri.

Encik ni siapa Nak buat apa dengan saya Tolonglah lepaskan saya. Apa semua ni Keluarga saya tak kaya pun kalau nak minta wang tebusan, rayuku semampu mungkin. Kaki kuangkat dan aku cuba menendang apa sahaja yang berdekatan. Terasa seperti tertendang sesuatu, tapi aku tidak dapat mengagak ianya apa.

Sebelum kaki kau tu aku ikat macam tangan kau, baik kau duduk diam. Bukannya kami nak bunuh kau pun. Lagi satu mulut tu lebih baik diam sebelum kami tutup mulut pula. Suara lelaki lain pula yang muncul.

Ugutannya tidak terlalu kasar tetapi cukup untuk membuatku terdiam. Rentak orang jahat tidak boleh kulawan kerana lebih buruk padahnya. Ya Allah Ya Tuhanku, kini aku hanya berserah pada-Mu. Kau selamatkanlah hamba-Mu ini.

Kau rasa betul ke orang ni Macam salah aje, soal salah seorang dari mereka. Seperti sedang membincangkan tentangku.

Betullah ni. Kita dah tengok gambar dia elok-elok tadi. Lelaki bersuara garau menjawab.

Masalahnya yang ini pakai tudung. Yang gambar tu tak pakai tudung.

Ala... biasalah tu kejap pakai, kejap tak pakai. Kita dah intip baik punya, jadi mestilah tak salah orang.

Dah nak sampai pun ni. Kejap lagi bereslah kerja kita.

Nafasku tertahan saat mendengar kata-kata lelaki bersuara garau itu. Kerja apa yang dimaksudkannya Adakah aku akan dihantar ke sempadan negara

Degup jantungku terasa semakin kencang dan tidak terkawal. Patutlah perasaanku agak tidak enak sepanjang minggu dan kerana itulah aku pulang ke kampung tanpa sebarang perancangan awal seperti biasa. Rupa-rupanya ianya merupakan kali terakhir aku dapat bertemu dengan abah dan mama. Terasa sebak dadaku mengenangkan itu semua. Seumur hidupku tidak pernah kusangka nasibku akan jadi seperti sekarang. Andainya aku ikut nasihat abah untuk menaiki kapal terbang, pasti ini semua tidak akan terjadi.

Bodoh Liya! Bodoh! Bukankah setiap cadangan dan nasihat ibu bapa itu adalah demi kebaikan anakanak dan seharusnya aku tidak memberi banyak dalih.

DAH sampai. Suara lelaki garau tadi. Kedengaran bunyi seakan pintu kereta

ditutup dan kemudian dibuka pintu yang lain.

Cepat keluar! Arah seorang yang lain berserta pegangan di lenganku.

Aku cuba menarik lenganku namun gagal. Terus aku diseret keluar. Kakiku terasa jauh untuk mencecah ke bawah dan aku hampir terjelepuk namun bahuku cepat disambar semula.

Encik tolong jangan pegang saya. Haram perempuan dengan lelaki bukan mahram bersentuhan. Kalau pun encik ni nak bunuh atau nak jual saya, saya reda. Tapi, tolong jangan pegang saya. Suaraku ditekan sedikit agar mereka memahami.

Tapi, orang jahat ada perasaan belas kasihan ke

Kalau aku tak pegang, nanti kau jatuh, balasnya dengan suara mendatar.

Jangan banyak songeh. Jalan aje cepat. Lengan kananku pula dipegang dan aku ditarik ke destinasi misteri di dalam dunia gelap gelitaku.

Terdengar seperti bunyi deruan ombak dan sejurus itu terasa bayu dingin menyapa wajah. Agak sejuk juga kawasan ini. Jadi benarlah agaknya ini sindiket pemerdagangan orang. Dalam hati aku tidak putus-putus berdoa agar aku tabah menghadapi dugaan ini dan mampu menyelamatkan diriku walau dengan apa cara sekali pun.

Setelah agak jauh berjalan, kedengaran bunyi pintu dikuak. Ke mana pula aku dibawa masuk sekarang Bunyi pintu ditutup dan kain yang menutupi mataku dibuka namun duniaku tetap gelap gelita. Keadaan sangat sunyi bagaikan tiada sebarang bunyi yang kedengaran, sekali pun bunyi angin.

Bunyi petikan jari tiba-tiba memecah kesunyian dan sejurus itu lampu terang-benderang terus menyilaukan mataku yang sudah agak lama tertutup.

Aku tidak mampu membuka mata dan wajah terus kutundukkan. Tidak terdaya melawan kesilauan yang teramat dahsyat. Tali yang mengikat tanganku diuraikan dan apa yang tidak pernah kujangka berlaku.