MY SWEET ARISSA - 1
"AKU NAK duit aku, Shima! Aku nak balikduit aku! pekik Arissa kepada Shima,

teman baiknya di sebelah sana. Sudah rasa tidak tentu arah dia memikirkan di mana dia hendak mendapatkan duit sebanyak sepuluh ribu.

Mana duit aku! tekan Arissa sekali lagi setelah tiada suara dari temannya itu untuk beberapa ketika.

Mana aku ada duit nak ganti duit kau, Ris. Duit aku yang sebelum kau pun, si Ija tak bayar lagi. Lima belas ribu, Ris... lima belas ribu! suara Shima pula keras di sebelah sana pula.

Arissa mengeluh keras. Terasa tubuhnya bergoyang-goyang. Dia melangkah duduk di sofa merah dua tempat duduk yang menghadap pintu balkoni. Nafas dilepaskan sedikit kuat.

Timbul rasa menyesal melabur di dalam skim pelaburan internet secara semberono tanpa tahu apakah jenis pelaburan perniagaannya. Keputusannya menyertai pelaburan itu hanya sekadar untuk sukasuka sahaja.

Tidak berminat untuknya meneruskan setelah mendapat hasilnya kelak. Itulah keputusannya sebelum mendapat pulangan yang begitu besar. Dan keputusan awalnya menjadi goyah. Matanya sudah gelap dengan tanda ringgit ketika itu.

Atas pujukan Shima dan rakannya yang dipanggil Ija, yang memperkenalkan skim tersebut, lantas dia pun bersetuju untuk menyertai mereka. Wanita itu meyakinkan dirinya yang pelaburan itu bukanlah satu penipuan dan siap tunjuk laman webnya berserta ID Shima dan beberapa orang lagi yang telah menyertai skim tersebut.

Eee... tiada guna dikenang perkara yang sudah berlaku dan tidak dapat ditarik balik!

Apa pun, dia mahukan duitnya semula. Duit modal pelaburannya sahaja pun sudah cukup tak perlulah untungnya.

Aku nak bayar hutang aku, Shima... si... dah kejar aku, haa!

Kau pinjam pada Along ke Shima seperti terkejut di sebelah sana.

Ya! perlahan Arissa menjawab.

Ya Allah... kenapa kau buat kerja gila tu!

Kau yang jebak aku buat kerja gila ni! pekik Arissa bengang mendengar suara Shima menengkingnya.

Haa... kan dah kena! Cemuhnya sendiri.

Shima senyap.

Mana Ija sekarang Kau bagi nombor handphone dia pada aku. Arissa sudah tidak sabar hendak bertemu dengan perempuan yang membuat hidupnya tidak menentu ketika ini.

Tak guna kau telefon dia.

Kenapa Dah mati... aduh! Sebelum mati kenapa tak bayar hutang aku dulu. Eee... dasar penipu. Dari dulu aku memang tak percaya dengan perempuan vogue tu!

Nombor tu dah tak ada.

Apa! terjerit Arissa lalu bangun. Dadanya seperti hendak pecah mendengar jawapan Shima.

Aku rasa dia dah lari bawa duit kita lepas Kerajaan tutup semua laman web. Lagipun apa yang dia orang buat salah sebab ambil deposit secara haram.

Arissa kembali duduk. Terasa pusing kepalanya dengan apa yang berlaku. Hendak menyesal tiada lagi gunanya. Perkara sudah pun berlaku.

Kau ada alamat penipu tu Aku nak pergi rumah dia.

Ada-ada... tapi aku tak pernah pula terfikir untuk pergi rumah dia ni. Tempat elit-elitlah katakan.

Elitelah sangat... Kerja menipu orang! cemuh Arissa. Hatinya terus membengkak.

Nanti aku Whatsapp.

Okey, cepat sikit, kata Arissa sebelum memutuskan talian.

Dia bangun dan melangkah ke bilik untuk menukar pakaian. Jaga, kau Ija... aku dapat nanti aku ganyang kau cukup-cukup, hatinya berkata sendiri.

Bunyi ketukan di pintu membuat dadanya kembali berdetup detap tidak menentu. Dia pasti sangat orangorang dari tempatnya meminjam wang tempoh hari telah datang untuk menuntut wang. Rasa tidak tahu di mana lagi dia mahu menyorok di dalam rumah sekangkang kera ini. Hendak terjun tinggi sangat. Tingkat lapan. Kalau terjun memang tak hidup kecuali dia punya superpower.

Arissa! Bila you mau bayar gua punya utang haa! jerit lelaki Cina di sebalik pintu yang sedang diketuknya.

Arissa senyap. Dadanya terus berdegup kencang.

Mahu saja dia menyorok di bawah katil. Arissa!

Arissa terus senyap. Kedengaran suara-suara lelaki itu bercakap dalam bahasa Cina dengan beberapa orang di luar sana. Mungkin mereka datang dalam tiga ke empat orang, dia meneka sendiri. Matilah dia. Macam mana dia nak keluar Nampaknya mereka akan terus mencarinya di sini.

Kalau dia keluar dari pangsapurinya, di mana dia nak tinggal Inilah rumahnya semenjak dia bekerja di Pulau Mutiara itu. Selesa walaupun tidak sebesar mana Lagipun dia tinggal sendirian. Dan kini status bersendirian amat menakutkannya.

Perlahan-lahan Arissa keluar dari biliknya setelah pasti tiada sesiapa di luar pintu pangsapurinya. Dia melangkah ke pintu dan melekapkan telinganya di pintu kayu untuk mendengar kalau-kalau, koncokonco Along masih berada di foyer luar. Dia tahu konco-konco Along akan menunggunya di laluan keluar dari pangsapuri itu. Nampaknya dia terpaksa mengguna lif barang.

Arissa melangkah laju menuju ke meja kopi di mana telefon bimbit diletakkan tadi. Pantas dia mencari nombor teksi Pak Mat yang selalu dinaiki.

Assalammualaikum, Pak Mat.

Waaalaikumussalam. Arissa, nak ke mana soal Pak Mat di sebelah sana.

Ke Kondo Restally, Pak Mat. Boleh ke soal Arissa ingin tahu.

Boleh je. Pukul berapa tu soal lelaki itu di sebelah sana.

Dalam 15 minit lagi. Dia sendiri tidak pasti. Tapi apa-apa, saya telefon Pak Mat balik, kut-kut tak jadi ke. Minta-minta jadi, doanya sendiri. Dia mahu keluar dari sini dan sebelum itu dia mahu ke alamat tempat tinggal Ija.

Tak ada masalah.

Okey... Pak Mat tunggu di apartment sebelah ya.

Eh, kenapa jauh sangat

Arissa ketawa. Tiada alasan untuk diberikan.

Saya dekat rumah kawan saya apartment sebelah ni, bohongnya. Berdosa lagi. Berapa banyak dosa yang terpaksa ditanggungnya.

Yalah. Pak Mat tunggu kat apartment sebelah.

Okey, terima kasih Pak Mat, ucapnya sebelum mengakhiri perbualan itu.

Arissa mencapai beg tangannya. Dia memandang sekitar. Pintu gelangsar ke balkoni sudah ditutupnya. Sengaja dia tidak memasang lampu, biar ia kelihatan tiada sesiapa di rumah. Terjengkit-jengkit dia menuju ke pintu dan sekali lagi dia meletak telinganya di pintu. Sepi.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi... dia membuka pintu perlahan-lahan. Terkejut dia melihat pintu rumahnya tercalit warna merah. Dilantai kelihatan berus cat.

Ahh... Lantaklah! Mujurlah kasut-kasutnya yang berada di atas rak tidak disimbah dengan cat merah. Cepat-cepat dia mencapai kasutnya dan menyarungnya. Sebaik pintu kayu dan pintu besi di kunci dia melangkah menuju bahagian belakang untuk mengambil lif di sana. Lif itu jarang di gunakan kecuali untuk mengangkut barang-barang berat sahaja.

Lega, line clear, katanya sebaik berada di dalam lif itu.