CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 1
ADWAN terasa dirinya bagaikan di awangawangan. Berlegar bebas diudara. Dia berpusing-pusing mencari kelibat suri hatinya. Mahu dikongsikan kelebihan yang dia ada.

Sayang! Jeritnya. Meliar memerhati andai bayangan si suri hati muncul.

Sunyi. Tiada jawapan.

Sayangggg! Dia menjerit lagi. Kali ini sekuatkuat hatinya. Biarlah orang nak marah. Dia mahu suri hatinya muncul. Dia mahu mendakap suri hatinya.

Dari kejauhan. Di tempat yang sama. Di udara. Melayang-layang. Dia nampak bayang insan yang dicari-carinya.

Sayang! Dia berusaha mendekat. Semakin dia berusaha, semakin jauh bayangan itu melayang.

Sayang, jangan tinggalkan saya!

Bayangan itu hilang. Dia menangis, menangis dan terus menangis lagi. Tak peduli dengan keadaan sekeliling. Biarlah kalau orang kata dia lelaki yang kuat menangis pun, dia tidak peduli! Yang dimahukan hanya suri hatinya itu kembali semula padanya.

Awak gemersik suara suri hati menyapa gegendang telinganya. Wajah gadis itu langsung tidak kelihatan.

Adwan senyum, cuba menggapai huluran tangan gadis itu. Namun, tubuh suri hatinya semakin jauh melayang. Meninggalkan Adwan yang cuba mendekatkan jarak.

Insya-Allah, kita pasti bertemu kata-kata terakhir gadis itu kedengaran pasrah. Lantas. dibiarkan sahaja tubuh tersebut melayang dibawa angin.

Adwan tersentak. Mata terbuka luas. Dia meraba pipi yang terasa basah. Mimpi atau benar-benar kejadian