Pucuk dicita, ulam mendatang. Zainura sengihsengih sambil mengeluarkan telefon bimbit milik Syakila dari dalam beg tangan gadis itu. Pantas tangannya menyentuh skrin telefon pintar tersebut. Aplikasi Instagram dibuka.
Sempat dia menoleh beberapa kali sementara menunggu aplikasi tersebut dibuka. Hesy, lambat pula! Janganlah Syakila tiba-tiba keluar. Tak sempat dia nak buat apa-apa nanti.
Sebaik terpapar muka hadapan Instagram, terus saja dia ke bahagian carian. Nama seseorang dicari. Sedikit laju jemarinya beraksi di skrin tersebut.
Bibirnya mula menguntum senyum.
ZAIRIS_HAIKAL
Hampir terbuntang biji matanya. Perghh! Follower dia seramai 290,000 orang! Hebat! Desis hati gadis itu. Jarinya menurunkan paparan ke bawah. Mahu mencari sesuatu gambar.
Ha, inilah dia! Aku kena join ni. Sebelum Syakila keluar dari bilik air, lebih baik aku komen cepat-cepat! Bisik hati Zainura.
Selesai meletakkan komen di ruang yang disediakan, tiba-tiba saja pintu bilik air seperti dikuak dari dalam. Zainura lantas menutup aplikasi tersebut sebelum menuju ke ruang tamu.
Nura, kejap lagi temankan aku pergi beli barang dapur. Dah habislah aku tengok, beritahu Syakila. Langkahnya menghala ke arah meja kopi. Pantas telefon bimbitnya diambil dan ditatap.
Zainura buat-buat menonton televisyen. Sempat matanya melirik pada Syakila. Dadanya sedikit berdebar-debar, bimbang kawannya itu dapat menghidu perkara yang telah dilakukan olehnya.
Mengingati gambar lelaki itu, bibir Zainura sekali lagi tersenyum. Handsomenya dia. Kalau jadi suami aku, mesti hidup aku bahagia! Zainura mula memasang angan-angan, dalam hati.
Kau dengar tak apa aku cakap Suara Syakila yang bergema lagi melenyapkan angan-angan Zainura.
Aku dengarlah ni.
Aku tengok kau semacam aje. Kenapa Kau berangan pasal apa
Tak ada apa-apalah.
Pasal lelakilah tu. Merenyam betul kawan aku ni! Dah gatal nak kahwin eh usik Syakila sambil mencuit hujung hidung Zainura.
Kurang ajar. Mana ada! Tangan Syakila ditepis dan dengan pantas bantal kecil di sisinya dibaling ke arah Syakila.
Pergilah mandi. Aku tunggu. Cepat sikit. Karang kalau lapar, kau juga merengek-rengek dan merayurayu dekat aku temankan kau makan dekat kedai mamak bawah tu... Suruh belajar masak, tak nak! bebel Syakila panjang lebar.
Hmm, yalah. Zainura berlalu ke biliknya.
Syakila tu kalau sehari tak membebel, memang tak sah agaknya hidup dia.
SYAKILA menolak troli apabila sampai di Tesco. Pertama sekali dia menuju ruangan sayur dan beberapa jenis sayur ditimbang terlebih dahulu sebelum menuju ke bahagian kering pula.
Kau tak beli lauk ke soal Zainura apabila troli yang ditolak oleh Syakila tidak dipenuhi lauk pun.
Dekat rumah kan ada, buat apa nak beli lagi
Nanti peti ais tak muat, nak sumbat kat mana
Ala... beli ajelah. Simpan stok lebih sikit.
Boleh. Tapi, semua lauk tu aku sumbat dalam mulut kau. Okey
Agak-agaklah.
Tahu pun. Syakila memasukkan beberapa jenis barang ke dalam troli.
Mata Zainura melilau ke sekeliling. Kawasan Tesco pagi-pagi begini memang agak lengang. Selalunya kawasan ini akan ramai pada waktu petang atau malam.
Tiba-tiba mata Zainura terhala pada wajah seseorang. Dia cuba mengecam wajah tersebut. Sesaat, dua saat dan tiga saat barulah dia menyedari bahawa lelaki itu ialah
Zairis Haikal!
Ya Allah, tak sangkanya aku, Zainura menutup mulutnya sambil mempamerkan wajah teruja.
Syakila yang masih memilih barang di suatu sudut terus menoleh, Kau ni dah kenapa
Oh my baby tak sangka sangat-sangat!
Weh, kau dengar ke tak ni
Keadaan menjadi lebih parah apabila Zainura mengemam bibirnya. Gaya pula, teramatlah gedik.
Oh my hero Oh my idol Oh my
Belum sempat Zainura habis berbicara, Syakila sudah mencelah, Ya Allah... syaitan apa yang dah masuk dalam tubuh kawan aku ni Kau sedar sekarang. Sedar, cepat! Tubuh Zainura digerakkan beberapa kali. Buat malu saja bila orang lain yang berada di situ melihat sikap kawannya.
Aku rasa macam nak pengsanlah
Weh, kau okey ke tak Syakila berasa cemas dengan keadaan Zainura.
Aku rasa macam nak pitam pula Lengan baju Syakila digenggam.
Kau kenapa ni Cakaplah! Jangan buat perangai pelik-pelik, boleh tak
Zainura segera melepaskan pegangan. Dia bergegas berlalu dari situ.
Kau nak pergi mana tu Oii!! panggil Syakila. Kelibat Zainura mula menghilang. Pantas betul kawannya itu pergi. Apa masalah gadis itu sebenarnya
Dari jauh, seorang lelaki seperti dikerumuni dengan manusia yang ramai. Zainura semakin mempercepatkan langkah. Suasana ketika itu mula bising dengan pelbagai suara yang bergema.
Zairis, saya nak tandatangan awak!
Saya nak bergambar dengan awak, Zairis. Please! Zairis, kalau I jadi teman wanita you, boleh tak I minat sangat dekat you, baby
Zainura turut bersesak-sesak dengan pelbagai manusia itu.
Zairis, I sayang dekat you. Tolong bergambar dengan I Manja suara Zainura. Tangannya terus menarik lengan baju lelaki itu.
Dalam sekelip mata, tubuh Zainura dirempuh.
Sekaligus terasa seperti tubuhnya ditolak. Dia terjatuh ke lantai.
Aduh, ramai betul orang! Tak pasal-pasal aku kena tolak, omel Zainura. Dia bingkas bangun. Sedikit keluhan mula terlepas dari bibir. Langkah diatur menuju ke bahagian yang menempatkan Syakila.
Hah, kau pergi mana, Nura
Pergi tengok barang kejap.
Eh, aku dengar macam ada bunyi bising tadi. Ada apa ya Kepala Syakila sudah terjenguk-jenguk ke bahagian luar. Pantas saja Zainura menghalang pandangan kawannya itu.
Tak ada apa-apalah. Dah habis pilih barang ke
Sikit lagi.
Okeylah, kalau macam tu aku tunggu kat kaunter ajelah. Penatlah temankan kau jalan-jalan ni... Zainura menggelengkan kepalanya, Syakila tu kalau dapat shopping, macam satu pasaraya ni dia nak borong! Okey.
Standas sekejap. Kunci kereta diberikan YAK, kau pergi ke kereta dulu. Aku nak pergi
kepada Syakila. Zainura terus berlalu dari situ.
Troli yang berisi pelbagai barang ditolak ke kereta. Bonet belakang dibuka. Barang-barang tersebut disumbatkan ke dalam. Kemudian, troli yang telah kosong itu segera ditolak ke tempat yang disediakan.
Apabila Syakila kembali semula ke tempat letak kereta, dia melihat ada sebuah kereta lain berada di belakang kereta Zainura. Kedudukan kereta tersebut seperti menghalang laluan mereka untuk keluar.
Hei, pantang betul aku kalau ada manusia yang tak reti nak parkir kereta. Kereta aje mewah, tapi otak letak kat mana pun tak tahu. Memang menganggu betullah! Marah Syakila.
Dia menjengah cermin kereta yang sedikit gelap tersebut. Kelihatan seperti ada seseorang duduk ditempat duduk pemandu. Wajahnya seperti tidak mempunyai perasaan. Dia tak nampak ke kereta kat depan ni nak keluar
Tok! Tok!
Cermin kereta milik lelaki itu diketuk olehnya.
Sesaat kemudian, cermin tersebut diturunkan. Hah, apa yang kau nak Amboi, cantiknya bahasa!
Boleh tolong alihkan kereta tak Menghalang laluan.
Suka hati akulah nak letak kereta kat mana.
Aku bukan cakap pasal tu! Tak semena-mena, Syakila turut membahasakan kau-aku dengan lelaki itu.
Habis, apa masalahnya
Kau masalahnya! Boleh tak jangan halang laluan Kereta lain pun nak keluar!
Dahlah, aku malas nak layan. Lelaki yang berkaca mata hitam itu menaikkan cermin keretanya semula.
Ini memang dah melampau ni! Syakila terus membuka pintu kereta. Dia mengambil kayu hoki yang berada di dalam lalu langkahnya menuju ke kereta itu semula. Sekali lagi Tok! Tok!
Cermin kereta diturunkan.
Lebih baik kau pergi, sebelum Kayu hoki yang digenggam mahu dihalakan pada kereta itu. Belum sempat Syakila meneruskan perbuatannya, tiba-tiba
Syakila! Jangan buat!
Itu, suara belum sempat suara hatinya mahu menyambung, tiba-tiba Tangannya ditarik oleh Zainura. Sempat mata Syakila memandang ke arah kereta itu yang sudah beredar.
Kau buat kerja gila apa ni!
Kereta mewah tu halang laluan kereta kaulah
Kut ya pun, kau jangan bertindak macam tu. Kau tahu tak
Tanpa disedari, beberapa orang wartawan mula mendekati Syakila dan Zainura.
Apa hubungan cik dengan lelaki tadi
Kenapa cik buat macam tu
Cik bergaduh dengan dia ke Tolong berikan penjelasan kepada kami, boleh Arghh! Apakah semua ini