CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 1
TALI leher dilonggarkan sambil melangkah ke dapur. Peti ais dibuka. Satu tin Coke dicapai untuk membasah anak tekak. Keluhan panjang dilepas perlahan sebelum menarik kerusi meja makan berhampiran.

Habis setengah tin Coke diteguk, dia menggeleng ketika mata tersorot pada meja makan yang kosong. Tiada rezeki tersedia untuknya pada malam itu. Sudahlah letih seharian bekerja. Bila pulang, ini yang menyambutnya. Bukan sekali dua, boleh dikatakan hampir setiap hari. Bila entah isterinya itu nak berubah Dia merungut sendiri sebelum bingkas dari kerusi untuk ke tingkat atas.

Tuala dicapai sebelum melangkah ke bilik air. Sekujur tubuh si isteri yang nyenyak tidur, tak dipedulikan. Silap menegur, dia akan diherdik.

Usai membersih diri dan menunaikan tanggungjawab pada yang Maha Esa, dia terus berbaring. Ditolehnya ke sisi sambil melihat Irdiana tidur membelakanginya.

Tubuh dirapatkan pada Irdiana. Mulut didekatkan

lalu berbisik, Setiap masa I tunggu you berubah untuk jadi Irdiana yang dulu. Irdiana yang sentiasa menyenangkan hati I. Bukan macam Irdiana sekarang.

Terdengar dengkuran halus Irdiana, dia menjauh diri. Bimbang Irdiana terjaga. Kalau tidur Irdiana terganggu, tentu Irdiana mengamuk. Bukan dia tak kenal sikap panas baran Irdiana. Sering saja dia dapat tempiasnya.

Tubuh Irdiana bergerak-gerak. Idlan cuak. Dia dah terjaga Haish... perang lagi jawabnya.

Apa you membebel tadi Irdiana membuka mata, melihat suaminya sedang merenung ke atas. Baru sekarang tahu nak balik rumah Kenapa tak tidur aje kat pejabat tu Omel Irdiana dalam hati.

Tak ada apalah. Maaf, kalau I buat you terjaga, balas Idlan dengan melirik pada Irdiana yang muncung. Sikit-sikit nak marah. Suka sangat tunjuk muka masam. Tak tahu suami baru balik Senyumlah sikit. Maniskanlah muka tu. Perut tengah lapar boleh jadi kenyang, tau. Hati kecil Idlan berbisik.

Lain kali boleh tak you balik awal sikit Kalau you asyik balik lewat malam macam ni, lebih baik you tak payah balik langsung! Irdiana membentak. Dengan kasar dia menarik selimut. Huh... mengganggu aje.

I kerja. Bukan saja nak balik lambat, bidas Idlan.

Malam-malam buta kalau bergaduh dengan isteri, sangat tak bagus. Nasib baik balik lambat fasal urusan kerja. Kalau urusan perempuan Lagi tambah naya. Mana nak dicari suami macam dia ni Siang malam asyik fikir fasal kerja dan rumahtangga saja. Tak sempat nak tengok perempuan lain. Usahkan nak pandang, jeling pun tak ada masa.

Ada I cakap you pergi melencong ke tempat lain ke Irdiana membalas. Tak puas hati dengan jawapan Idlan. Sengaja nak ganggu dia tidur. Menyusahkan betul!

Idlan mengeluh sambil menggeleng. Malas melayan kemarahan Irdiana kerana dia sudah jemu. Selimut ditarik untuk menutup tubuh yang kedinginan. Tak sampai dua saat, selimut ditarik semula oleh Irdiana. Aduhai isteri, bertimbang rasalah sikit. Selimut ni untuk dikongsi berdua. Bukan untuk kegunaan seorang diri.

Sekali lagi Idlan mengeluh. Apabila Irdiana dalam keadaan begitu, pasti pertengkaran akan berlaku. Dia bangkit lalu bersila di hadapan Irdiana.

I penat. Nak tidur. Mengantuk sangat. Kalau you nak gaduh dengan I, esok ajelah. I dah tak larat. Dahlah I tengah lapar. Balik rumah satu apa pun tak ada untuk I makan. Nak harapkan you masak, kebulurlah I. Idlan hamburkan rasa tak puas hati. Kalau Irdiana nak marah, silakan. Dia malas nak ambil kisah. Dah puas dia dengar bebelan Irdiana. Dia dah kalis benar.

Irdiana kecilkan mata sambil mengetap rapat bibirnya. Bengang dengan kata-kata Idlan, dia terus membalas, Habis, you nak apa Nak suruh I layan you macam putera raja Nak hadap muka you hari-hari Nak jadi hamba you Uruskan makan dan pakai you Tolong sikit, ya Mr. Idlan. I bukan orang gaji you!

Ingat kita ni isteri zaman apa Zaman batu ke nak hadap suami 24 jam Tak kuasa! Bebel Irdiana dalam hati.

Memanglah you bukan orang gaji. Tapi, you seorang isteri. I malas nak beritahu satu per satu apa tanggungjawab seorang isteri pada suaminya. Lagipun, you bukan budak-budak. You sendiri pun tahu apa tanggungjawab you. Tak perlu I nak terangkan, kata Idlan sebelum bergerak turun dari katil.

Tak faham-faham agaknya. Kalau sudah namanya isteri, pandai-pandailah selesaikan tanggungjawab pada rumahtangga. Bukan dia nak suruh Irdiana sembah dia pun. Cukup sekadar makan, minum dan pakainya dijaga. Itu sudah memadai. Kebelakangan ini Irdiana agak melampau. Makin hari, rumahtangga mereka makin tak terurus.

You nak ke mana pula tu Irdiana menyoal. Masih tak puas nak bertikam lidah dengan Idlan.

I nak tidur di bilik tetamu. Kalau tidur kat sini, sampai esoklah kita takkan habis bertekak. Good night. Idlan keluar dari bilik dengan perasaan berjauh hati. Terkesan sungguh dengan kata-kata Irdiana. Dibuatnya kita ini macam orang tak ada perasaan. Kahwin lain baru tahu.

Irdiana baring semula. Selimut ditarik kasar sebelum menutup mata. Dalam hati, dia menyumpah. Bengang dengan Idlan yang langsung tak peduli dengan dirinya sejak akhir-akhir ini.

Betulkah begitu Idlan yang tak hiraukan dia atau dia yang tak pedulikan Idlan Ah, tidur lagi bagus!

IDLAN terkebil-kebil sendirian. Sudah dua kali dia ambil tindakan begini. Tak mahu bergaduh dengan Irdiana, dia buat keputusan untuk tidur berasingan. Mungkin dengan cara ini, akan menyedarkan Irdiana tak lama lagi.

Dia mengeluh perlahan. Rasa letih dan kantuknya hilang. Ya Allah, kenapa begini hebat Engkau menguji aku Aku tak minta banyak. Cukup dengan kebahagiaan yang berkekalan untuk rumahtangga kami. Tapi, kenapa aku gagal menemui kebahagiaan itu Di mana silapku Dia meratap sendiri. Mengingati pada Sang Pencipta langit dan bumi, sedikit sebanyak dapat mententeramkan hati.

Sudah tujuh tahun dia mendirikan rumahtangga dengan Irdiana. Seorang gadis kaya yang dikenalinya ketika menuntut di luar negara. Atas dasar suka sama suka, dia buat keputusan untuk memperisterikan Irdiana tanpa memaklumkan pada orang tuanya terlebih dahulu.

Perkahwinan mereka mendapat restu dari kedua orang tua Irdiana iaitu Dato Arshad dan Datin Zabedah.

Apabila menghubungi orang tuanya di kampung untuk memaklumkan perkara itu, kedua orang tuanya kecewa. Manakan tidak, sebelum berangkat ke luar negara, dia sudah pun ditunangkan dengan seorang gadis tanpa kerelaannya.

Ketika hendak ditunangkan, dia menentang keras, tapi ayahnya tetap dengan pendirian dan si ibu juga memaksa. Dia tak mampu hendak berbuat apa-apa ketika rombongan peminangan dihantar. Mahu tak mahu, terpaksa dia terima juga dengan hati separuh rela.

Ketika berada di luar negara, dia langsung tak peduli dengan status dirinya. Gadis yang ditunangkan dengannya juga kurang dikenali walaupun mereka tinggal sekampung. Apa yang dia tahu, gadis itu anak ketua kampung dan baru saja berusia 15 tahun ketika itu. Sebelum dia berangkat ke luar negara untuk menyambung pelajaran, ibunya memberikan sekeping gambar gadis itu untuk disimpan. Tapi, terus dibuangnya ke dalam tong sampah sebaik saja dia memijak bumi England.

Idlan mengeluh sendiri apabila mengenangkan itu semua. Barangkali, inilah harga yang terpaksa dia bayar kerana berkahwin tanpa restu keluarga.

Kesannya, dia yang sedang menanggung sekarang ini. Hanya di awal-awal perkahwinan saja dia bahagia.

Tapi, selepas lima tahun, kebahagiaan itu direntap tanpa diketahui puncanya.

IIrdiana sambil melihat jam di pergelangan R... bangun sayang. Dia menyentuh bahu

tangan. Sudah hampir pukul 8 pagi. Sah, tak ada sarapan lagi untuk dia pagi ini. Tak apalah, Lan. Selagi boleh sabar, sabar sajalah. Dia memujuk hati.

Irdiana menggeliat. Dia membuka mata sebelum bangkit dengan gaya malas lalu duduk bersila, Kenapa awal sangat you kejutkan I ni Ngantuk laa...

Bangunlah. Mana ada awalnya Dah nak pukul 8 ni. Tolong sediakan sarapan untuk I. Sengaja Idlan meminta begitu untuk melihat tindakbalas Irdiana walau dia sendiri tahu, apa jawapan yang akan diterima.

Jangan haraplah Irdiana akan buat sarapan untuk dia. Mimpi sajalah jawabnya. Makin lama, Irdiana semakin malas bangun di awal pagi. Jangankan kata rajin nak buat sarapan, solat subuh pun tak. Cuma dia saja yang tak pernah putus asa untuk mengejutkan Irdiana sejurus azan subuh berkumandang. Tapi, Irdiana tetap malas nak mengerjakan solat. Apa nak jadi pun tak tahulah.

Pergaduhan kecil semalam, mahu saja dilupakan. Sehingga ke hari ini, dia sering mengalah.

Melihat Irdiana yang masih terkebil-kebil, Idlan duduk di birai katil. Sejurus kemudian, Irdiana letakkan kepala di bahunya. Nak bodek Idlanlah tu.

Lan...

Erm... Sahut Idlan ringkas. Faham sangat apa yang Irdiana nak. Macamlah dia tak biasa. Kalau bukan nak minta maaf, mesti nak duit. Dua perkara ini sajalah yang Irdiana tahu minta.

I nak minta maaf fasal semalam, pinta Irdiana. Lenggok suaranya manja. Kemeja yang dipakai Idlan, sengaja dibetulkan sekadar mengambil hati. Tentu marahnya sudah habis. Tahu sangat Idlan ni. Pantang digoda dan dicakap lembut-lembut. Mesti cair punyalah.

Idlan langsung tak nampak terkejut dengan kata maaf itu kerana dia sudah biasa. Macam itulah Irdiana. Lepas bergaduh, tentu Irdiana terlebih dahulu meminta maaf. Tapi, kata maaf itu haruslah dibayar dengan sesuatu. Shopping atau duit!

Yalah. I maafkan. Tapi, tolong buatkan sarapan untuk I. Please.. pinta Idlan dengan separuh hati. Tak bersungguh-sungguh kerana dia sudah tahu jawapan yang bakal diterima.

I rasa tak sihatlah. Kepala I pening. Lagipun, bukannya susah sangat nak buat sarapan tu. You ambil dua keping roti, lepas tu you...

Okeylah. Idlan berdiri tanpa menunggu bicara Irdiana yang belum selesai. Dah malas dia nak dengar alasan yang sengaja direka. Asyik-asyik alasan itu saja. Dah tak reti nak bagi alasan lain ke

Dia terduduk semula apabila lengannya dipaut Irdiana. Pinggangnya dipeluk. Belakangnya menjadi tempat bersandar kepala Irdiana.

Lan... I minta maaf. Tak dapat buatkan you sarapan. Bolehlah kalau I nak tidur semula. Ngantuk sangat ni. Semuanya gara-gara you yang balik lambat malam tadi. Irdiana sengaja merungut untuk meraih perhatian Idlan. Kalau tadi percubaan pertama untuk lembutkan hati Idlan tak berjaya, tak salah kalau dia cuba kali kedua.

Idlan mengeluh. Pagi-pagi begini, dia malas hendak bergaduh. Hanya disebabkan Irdiana tak mahu menyediakan sarapan, takkan dia nak amuk satu dunia Macam orang tak waraslah pula.

Walaupun setiap hari Irdiana semakin lupa dengan tanggungjawab, dia lebih suka mengalah. Itu lebih baik dari telinganya pekak mendengar jerit pekik Irdiana kalau mereka bergaduh lagi.

Erm, tak apalah. I sarapan kat pejabat aje. Tak boleh makan di rumah, di pejabat pun boleh. Bukannya susah sangat. Restoran pun berlambak kat sini.

Idlan menyedapkan hati. Kalau bukan dia yang boleh memujuk diri sendiri, siapa lagi Irdiana nak pujuk Jangan haraplah. Kalau kucing tumbuh tanduk sekalipun, ia mustahil akan terjadi.

Lan... panggil Irdiana lagi. Adalah tu benda yang dia nak. Tak lain tak bukan, mesti nak ajak Idlan shopping atau tinggalkan duit untuk dia berbelanja pada hari ini.

Erm... apa lagi ni Dia menoleh, melihat Irdiana berpakaian tidur, telinga pula menjamah suara manja, hati lelakinya bergetar tiba-tiba. Hai, nak marah pun dah tak ada rasa nak marah kalau macam ni.

Nanti you nak pergi kerja, tinggalkanlah duit sikit. Hari ni, I nak keluar beli baju. Kad kredit yang you bagi dulu, entah kenapa semalam tak boleh guna pula, rengek Irdiana sambil bermain pada kolar kemeja Idlan. Susahnya kalau asyik harapkan duit suami. Nak kerja, dia pula yang malas. Ada kelulusan dari luar negara pun, tak digunakan dengan sebaik mungkin. Buang sajalah degree tu ke dalam tong sampah.

Idlan tersenyum nipis. Ada sebab kenapa kad kredit itu tak boleh dipakai lagi. Hanya dia saja yang tahu.

Okeylah. Nanti I bagi. Tapi, sebelum tu I nak upah... senyuman nakal Idlan terserlah.

Manalah tahu kalau dapat sesuatu yang indah pagi ini. Dia lebih rela duduk di rumah dan tak perlu ke tempat kerja untuk hari ini. Hari ini saja. Please... Ir. Sudah berhari-hari dia terabai. Sejak akhir-akhir ini, Irdiana sering menolak kalau diajak bersama. Irdiana segera meleraikan pelukan di pinggang Idlan. Berkerut-kerut wajahnya apabila mendengar perkataan upah.

Upah apa pula ni Mesti maksudnya upah yang itu. Memang tak syak lagi. Teruk betul suaminya ini.

Upah yang you dah lama tak bagi pada I. Upah... Idlan tak meneruskan bicara secara terbuka, tapi hanya melalui bisikan disampaikan maksudnya. Malulah pula nak terus-terang walaupun dengan isteri sendiri.

I period, Irdiana menolak perlahan tubuh Idlan lalu membetul duduk.

Memang tepat sangkaannya. Jangan harap dia nak bagi upah itu, jadi terpaksalah dia menipu yang dia datang bulan. Kebelakangan ini, sejak Idlan selalu mengawasi perbelanjaannya, dia tak ada keinginan untuk ke arah hubungan intim. Semuanya bagaikan sudah tawar. Hilang segala yang manis dalam rumahtangganya kerana kongkongan Idlan.

Berapa hari lagi Soal Idlan. Jelas di wajahnya rasa berjauh hati dengan tolakan Irdiana.

Seminggu.

Okey. I tunggu. Seminggu, kan Idlan bertindak nakal dengan mencuit dagu Irdiana sebelum isterinya itu menjarakkan diri. Seminggu pun seminggulah, sayang. Dia akan tunggu.

Dia sebenarnya tak bersungguh-sungguh mahukan upah itu. Gila! Takkanlah disebabkan duit, dia minta Irdiana serahkan tubuh pula Bukankah tak baik kalau dia berniat begitu walau Irdiana halal untuknya

Melihat Irdiana yang tiba-tiba mencuka, dia segera memujuk. I gurau aje. Nah, ambillah ni. I harap seribu tu cukup. Beberapa keping wang kertas dikeluarkan dari wallet lalu diserah pada Irdiana. Erm... sayangkan isteri dia turutkan. Walaupun si isteri itu sudah nusyuz berkoyan-koyan.

Irdiana menyambut pemberian Idlan namun reaksinya tak gembira kerana jumlah itu tak mencukupi baginya. Banyak ini aje Kedekut!

Kenapa Tak cukup Soal Idlan sekadar ingin tahu. Walaupun Irdiana kata tak cukup, dia tak mahu berikan yang lebih. Cukup jumlahnya sebanyak itu saja. Tak mahu terlalu bagi muka pada Irdiana. Makin diberi muka, makin naik lemaklah jawabnya.

Kalau tak cukup, nanti I singgah office you untuk ambil duit lagi, boleh

Hish, kalau orang lain seribu itu sudah lebih dari cukup. Entah apalah yang dia nak beli Emas Berlian Semuanya Idlan pernah lambakkan di hadapan matanya. Takkan tak puas-puas lagi

Idlan berdiri. Renungannya lembut memerhati seluruh wajah Irdiana. Mencari sedikit pengertian supaya si isteri memahami.

Jimatlah sikit. Sementara I masih sihat ni, you janganlah boros sangat, peringatan diberikan.

Nanti kalau ditakdirkan dia terlantar sakit, siapa nak kerja Siapa nak sara keluarga Irdiana Huh... jangan haraplah dia nak bekerja. Belajar tinggi-tinggi di luar negara pun, balik Malaysia menganggur juga. Sudah puas Dato Arshad menyuruh Irdiana bekerja, tapi mahunya dilayan Dicebik berkali-kali adalah.

Irdiana lebih suka goyang kaki dari menyusahkan diri mencari rezeki. Apa nak hairan kalau gaji Idlan sudah beribu-ribu. Tambah lagi Irdiana itu anak orang kaya. Jadi, buat apa susah-susah dia nak kerja Baik duduk di rumah saja dan jadi puteri raja. Segala apa yang dia perlukan, minta saja dari Idlan. Habis cerita.

Irdiana melepas keluhan. Dia muncung. Nampak sangat tak puas hati apabila Idlan kata begitu.

Tak hiraukan tingkah Irdiana, Idlan mengerling jam di tangan. Okeylah. I pergi kerja dulu. Nak sarapan kat rumah pun dah tak sempat. Asyik layan karenah you aje, rungutnya.

Yalah, sepatah Irdiana membalas.

Idlan hulur tangan. Mahukan Irdiana mencium tangannya.

Irdiana menurut dalam paksa. Dia tak senang dengan cara Idlan yang dianggapnya kuno dan kekampungan. Tak habis-habis nak suruh dia cium tangan.

Lepas ni jangan tidur lagi. Kalau I call dari office, tapi you tak jawab, I anggap you sambung tidur. Kalau I dapat tahu, I takkan bagi duit lagi pada you, Idlan sekadar main-main apabila memberi ugutan begitu. Tak tergamak pula nak buat betul-betul. Siapa tak sayang isteri