Hafiz. Nama yang mak bapak aku bagi dekat aku lebih kurang 20 tahun dulu. Bercakap soal nama ni, banyak variasi nama yang telah aku perlolehi sejak kecil dulu. Dulu masa kecil, kawan-kawan menggelar aku Pak Itam (Ini gelaran sahaja, bukan nama panggilan okay). Tapi kenapa Pak Itam Sebab diorang cakap aku hitam. Sungguh kejam. Tak tahu pula aku ketika itu di Malaysia ada mengamalkan dasar Aparteid. Dasar yang mana masyarakat dikelompokkan mengikut warna kulit. Mujur gelaran itu tidak kekal lama kerana aku mula masuk sekolah rendah sekitar tahun 1998. Kesibukan aktiviti di sekolah mengehadkan aktiviti luar rumah aku yang ironinya mengurangkan lagi kepekatan warna kulit aku. Maksudnya dah cerah sikitlah tu. Ini realiti.
Masuk sekolah menengah sekitar tahun 2004. Aku ditempatkan di kelas aliran agama (KKA). Jangan fikir aku nak bangga. Serius, bila aku ditempatkan di aliran ini, aku akan tahu tiada istilah bangga itu. Duduk di asrama harian betul-betul mengajar aku erti kehidupan. Kehidupan bermasyarakat, kehidupan berdikari, kehidupan berpolitik sebagai persediaan sebelum menghadapai dunia masyarakat yang sebenar.
Di asrama, ada dua orang senior yang sama nama dengan aku. Pertama, Muhamad Hafiz Bin Masod. Mungkin orang jawa. Kedua, Hafiz Bin Jumen. Mungkin juga orang jawa. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Entah, aku tak pernah tanya. Itu belum lagi dicampur dengan kawan-kawan seangkatan aku. Ada seorang lagi yang turut berkongsi nama dengan aku. Muhammad Hafiz Bin Ithnin. Jadi bayangkan kalau kami berempat berada berada dalam satu kawasan yang sama. Tiba-tiba ada orang yang panggil nama umum kami iaitu Hafiz Menjadi satu masalah pula mahu menentukan Hafiz mana yang dicari.
Pernah satu peristiwa di dewan makan. Ada pengumuman,
Perhatian kepada pelajar yang bernama Hafiz, sila pergi ke bilik gerakan kerana ada waris sedang menunggu
Pengumuman yang sangat umum. Tak ke AJK yang bertugas itu terfikir bahawa terdapat beribu-ribu (andaian hiperbola aku sahaja) insan yang bernama Hafiz di asrama kami Jadi tolonglah spesifik sikit. Sudahnya tiada siapa yang pergi kerana kami selalu terkena.
Untuk menyelesaikan masalah ini, senior aku yang bijak lagi pandai mulalah mencipta satu formula untuk membeza-bezakan kami. Nak tahu macam mana Formulanya begini :
Nama umum + Nama ayah = Nama Baru
Hafiz + Masod = Piod
Mesti korang semua pelik. Nama umum Hafiz tapi bagaimana pula jadi singkatan Pi. Korang ada tak kawan bernama Hafiz Sekarang aku nak tanya korang. Korang panggil diorang Hafiz atau Apiz Tentu Apiz bukan. Sebab panggilan tu lagi mesra dengan lidah korang. Betul tak (Sila senyap jika salah). Ini berdasarkan pengalaman aku sepanjang 20 tahun kebelakangan ini. Jarang yang memanggil aku dengan nama Hafiz. Kebanyakan mereka memanggil aku dengan nama Apiz. Tapi kawan-kawan aku dari Kedah kebanyakannya memanggil aku Apit Macam mana boleh jadi T Mungkin diorang susah nak sebut huruf Z (Minta maaf ya orang-orang Kedah. Aku cakap berdasarkan pengalaman).
Nak dijadikan cerita, terciptalah nama baharu untuk aku. Agak-agak korang, apa nama baru aku
Nama umum + Nama ayah = Nama Baru
Hafiz + Mahmod = Pimod
Sangat ironi. Ironikah Lekatlah nama baharu aku ni sampailah aku tingkatan 5. Sampai junior-junior aku pun memanggil aku dengan nama Abang Pimod. Euw, haruskah ada abang tu Itulah kehidupan di asrama. Siapa yang duduk di asrama, pasti tahu. Ada juga junior-junior bertanya,
Kenapa Pimod Ada maksud apa-apakah Junior
Entah.. Aku
Diharapkan dengan adanya ulasan tadi, maka terjawablah persoalan mereka tadi. Bukan aku tak nak jawab, tapi percayalah ketika itu banyak lagi benda yang berfaedah boleh aku lakukan daripada menerangkan perkara sebenar dengan korang. Jadi maaf ya adik-adik sekalian.
Baiklah, azan Zuhur sudah berkumandang. Aku mahu bersiap-siap dahulu. Nanti kalau ada masa, aku sambung lagi. Doakan agar aku terus bersemangat untuk menulis.