Lampu terang. Kelihatan Rene Gallimard, 65 tahun. Keletihan di dalam jubah mandi yang selesa. Duduk di meja kayu berhadapan dengan sebuah pita rakaman dan cerek air panas.
Di belakangnya kelihatan Song, wanita cantik berpakaian tradisi cina menari tarian tradisional cina dengan alunan muzik Opera Peking yang berselang-seli dengan bunyi-bunyian alat muzik perkusi tradisional Cina.
Secara perlahan, lampu dan bunyi cross fade; muzik opera Cina bertukar kepada muzik opera Barat the love duet dari karya Puccini Madame Butterfly. Song masih menari dengan gerak tari yang sama meskipun muzik berubah.
Gallimard berdiri menghadap song yang terus menari tanpa mempedulikannya.
GALLIMARD: Butterfly, Butterfly.. (imej Song semakin hilang. Gallimard memaksa dirinya untuk berpaling menghadap audiens) Dunia aku sekarang. Empat setengah kali lima meter. Ada satu tingkap di hujung sana. Dan pintu, yang boleh menahan dari peminat-peminta aku datang menyerbu. Dan kerana aku adalah aku, aku dapat pita rakaman, air panas dan meja kayu yang cantik ni.
Kalau aku lapar, aku hanya perlu berjalan ke dewan makan. Sebelum aku sampai, makanan dah siap terhidang. Makanan panas-panas pulak tu. Kalau aku nak tidur, lampu dalam bilik ni akan terpadam dengan sendirinya. Wow! Aku hidup dalam dunia magik! Orang perancis memang pandai menjaga hati orang-orang popular macam aku. Sebab apa Sebab aku ahli lawak yang bikin orang Perancis ketawa.
Aku tak pernah mimpi pun hari-hari macam ni akan datang dalam hidup aku. Aku bukannya pandai. Masa aku sekolah dulu, nama aku selalu yang paling akhir untuk apa-apa pun. Kadang-kadang tak masuk senarai langsung. Macam tu lah sampai aku besar.
Tapi sekarang, tengok! Aku jadi bahan bualan di setiap majlis keramaian di kota Paris ni. Eh,Paris saja ke, cik Gallimard (ketawa) maaf ye, aku ni merendah diri sikit. Maklumlah, tak biasa jadi terkenal. Tapi ya, Paris, Amsterdam, London, new york! Di majlis-majlis paling dahsyat sekalipun, nama aku disebut-sebut. Inspirasi untuk hidup ceria, katanya. (ketawa) Aku lah bahan lawak tu.
(Gallimard berpaling menghadap satu ruang lain di atas pentas)