CINTA RIMAU - 1
Hasya Lourdes, nice name nice seeing you, itu kata Bahrain Nasution terhadap wanita berketinggian sederhana, memiliki bentuk tubuh atlit namun masih terpamer ciri kewanitaan dengan rambut panjang hitam paras dadanya yang montok, dibiarkan mengurai acapkali mengelirukan banyak mata yang pastinya tidak menyangka bahawa dia sebenarnya sudah pun melepasi fasa usia 30an jauh sekali 20an.

Sinar matanya yang penuh ceria persis kanak-kanak yang teruja mengejar rama-rama, cukup mendamaikan setiap hati yang memandang. Bahrain tidak terkecuali. Matanya tidak berkelip; seolah terpaku dengan panahan asmara kali pertama!

Tiada kata-kata yang dapat dizahirkan hanya anggukan kecil yang mampu menguraikan gejolak rasa di jiwa. Siapakah gadis ini Milik siapakah dia Hasya berlalu menyusur keluar Carat Club seolah tidak mempedulikan renungan Bahrain yang seribu makna. Namun di hatinya terdetik satu perasaan aneh yang menyentap tangkai jantungnya. Apakah gerangan yang membuatkan hatinya begitu terusik dengan lelaki yang kayaknya layak menjadi bapanya itu

Keris! Seru Hasya sebaik pintu dibuka. Kelihatan seekor harimau sedia duduk tercokoh menanti kepulangan tuannya. Sebaik menyangkut kunci kereta di dinding serba putih itu, Hasya lantas menerkam ke arah Keris diusapusap kepalanya dan dicium-cium pipinya Ah! Keris sesungguhnya hanya kau yang memahami hati ini.

Tas tangan dan briefcase diletak di atas meja makan berhampiran. Fikirannya kembali terawang pada Bahrain. Hmmmm Bahrain lagi, what the hell is happening to me Hati kecilnya tertanya.

Jam di dinding menunjukkan pukul lima petang. Menyedari akan tanggungjawabnya, Hasya lantas ke dapur disusuli Keris sambil menyondol-nyondol kepalanya ke kaki Hasya. Peti sejuk dibuka, daging merah dikeluarkan Hasya sebelum menghirisnya menjadi kepingan-kepingan yang sederhana besar.

Ok baby, enjoy your meal, kata Hasya pada Keris sambil menyua bekas makanan pada Keris yang siap tersedia melepak di lantai sebelum meratah daging dengan lahapnya.

Hasya tuang segelas air kosong. Teringatkan Bahrain lagi. Ah! Sekali teguk sahaja air dihabiskan, seakan gambaran: Enough with Bahrain!

Gelas kosong diletak atas kabinet dapur dengan agak kasar menyebabkan Keris tersentap dengan ekspresi muka seolah-olah berkata, Apa kena dengan tuan aku ni

Renungan tidak dipeduli Hasya, Keris menyambung santap.

Bahrain tersentap mata terbuka luas, menoleh pada jam yang masih terlilit pada pergelangan tangan. Insomniac sepertinya itu, tidur yang nyenyak tidak ubah seperti mimpi yang tidak tergapai dek tangan tidur di siang hari Ah umpama mimpi dalam mimpi! Namun, entah apa yang yang membawanya ke alam mimpi yang terindah tadi dalam lena yang amat panjang. Tergambar di fikiran Bahrain, mimpinya ternampak seekor harimau. Harimau Ridiculous! Maybe Im just too tired fikirnya lagi. Dia lantas meninggalkan bilik bacaan di mana terlihat business card Hasya Lourdes, Director of Jones & Associates berada di situ.

Dengan hanya dibaluti robe putih, rambut yang masih basah dan dengan jari-jemarinya membelek gambar Bahrain satu persatu, Hasya nampak lebih bermaya kini selepas mandi. Bahrain orangnya tidaklah kacak tidak juga tinggi yang menjadi antara ciri yang didambakan ramai wanita. Namun karismanya sangat luar biasa. Auranya kalau tidak kena gaya, bisa meruntun banyak jiwa.

Wajarlah Regina Ong di Montreal, Kanada sanggup mengupah Private Investigator bagi mengesan gerakgeri sang suami yang dikhuatiri bermain kayu tiga di belakangnya itu. Hasya tersenyum sendiri: Apa perlunya perkahwinan andai tiada lagi kepercayaan

Keris tiba-tiba muncul dan berlingkar di sisinya. Alahai apa lagi yang rimau ni mahu Hasya

bertanya,You want susu milk

Itulah nama jolokan bagi susu kegemaran Keris: susu milk yang mana setiap hari sebanyak liter diperlukan Keris bagi menguatkan sistem imunisasinya dalam melawan penyakit. Memusing-musing manja kepalanya, memang itu petanda, susulah yang dia mahukan. Hasya bingkas menuju ke dapur.

Kembali bersama sebotol besar susu, foto-foto Bahrain dilihat Hasya tiada lagi bertaburan di lantai, Mana perginya ni

Hasya mengomel sendiri. Ah! Keris, kau dengan kenakalan kau yang tak habis-habis! Keris, if you want your susu milk, give me back the pictures!

Gesaan Hasya yang ketara tegas diikuti badannya yang direndahkan sambil menghayun botol susu ke kiri dan kanan dalam usaha mengumpan Keris ke sisinya. Harimau tidak ubah seperti anak kecil, begitu pandangan Hasya. Adakala ketegasan diperlukan bagi mengajar salah atau betulnya satu-satu perbuatan itu.

Keris yang santai melepak, menuju ke arah Hasya, mengusung malas badannya yang seberat 70kg itu. Dan seperti yang diduga Hasya, terlurutlah kepingan-kepingan gambar dari tubuh indah makhluk Tuhan yang berbelang oren dan hitam dengan ukurlilit 1.3716 meter itu, Wah! Dah semakin membesar dan lebih berat daripada aku ni!

Keris mula menyendeng ke kakinya. Lantas gambar Bahrain di lantai dikutip Hasya satu persatu. Keris mengekorinya sambil menjinjit-jinjit; cuba menerkam botol yang sarat susu. Hasya tunduk semula, mengusapngusap kepala Keris dan senyum, seraya bertanya, Ada apa dengan lelaki ni

Keris yang sedari tadi dambakan susu sepertinya sudah tidak sabar-sabar lagi, membalas pandangan Hasya dengan tajam sebelum mengaum ngauman harimau yang memecah kepekatan malam!