Complete Me - 1
Bab 1

SUASANA tanah perkuburan Islam ketika ini sunyi sepi. Hanya kedengaran angin kencang yang menyapa halwa telinga jemaah yang hadir bagi upacara pengebumian sepasang suami isteri penduduk kampung tersebut. Rata-rata mereka menunduk menekur tanah perkuburan yang masih merah. Terpancar wajah sayu dan tidak bermaya.

Kesedihan yang dirasai mereka bagaimanapun tidak akan pernah sama ertinya berbanding anak kecil ini. Elok sahaja dia duduk bersimpuh di sisi kubur ibu dan ayahnya. Bersama air mata yang tidak pernah jemu mengalir ketika ini yang semakin menambahkan lagi perisa kelukaan di hatinya. Ya, Allah! Sungguh manusia kecil sepertinya berasa tidak berdaya.

Kenapa ujian ini begitu sukar untuk dia terima

Kenapa Apa salahnya Air mata diseka pantas. Hingus yang meleleh keluar dilap dengan lengan baju kurungnya. Pabila dilap hingus itu makin bertambah sayu hatinya. Kerana itu mengingatkan dia pada ibunya. Mak. Sayu panggilan anak kecil itu. Meratap pergi pemergian insan yang telah menabur bakti yang amat besar untuknya.

Afiqa mengetap bibir. Setelah beberapa minit berlalu, orang kampung mula perlahan meninggalkan tanah perkuburan ini. Hanyalah Pak Mat serta Afiqa yang tinggal di situ. Afiqa masih lagi meratap pemergian ibu dan bapanya.

Sudahlah, Fiqa. Terimalah ketentuan takdir. Walaupun mereka dah tak ada tapi, itu tak bermakna kamu dah terputus hubungan dengan mereka.

Maksud, pak cik kening kecilnya terangkat sedikit dengan hidungnya tidak henti-henti menarik kembali hingusnya agar tidak meleleh keluar.

Pak Mat menarik nafas sejenak. Bahu Afiqa diusapnya perlahan.

Maksudnya, walaupun mak dan ayah kamu dah tiada tapi itu tak bermakna kamu tak boleh berhubung dengan mak dan ayah kamu lagi. Sentiasalah kirimkan doa untuk mereka. Sesungguhnya, doa anak yang solehah sangat membantu ibu bapanya. Doa itu akan memberikan tempat yang baik di akhirat untuk ibu dan bapa mereka.

Afiqa hanya mengangguk. Pak Mat tersenyum kecil.

Kepala Afiqa diusapnya lembut.

Sudahlah, nak. Mari Pak Mat hantar balik. Nanti kamu kemaslah apa yang patut.

Afiqa mengangkat wajahnya. Kesedihan yang baru sahaja ingin reda kembali meruntun hatinya. Pujukan Pak Mat terasa bagaikan terus terpadam dengan ungkapan kata-kata yang berbaur arahan itu.

Kemas nak pergi mana, Pak Mat soalnya bingung.

Pak Mat akan hantarkan kamu ke rumah anakanak yatim nanti.

Afiqa jelas kaget dengan khabar berita itu.

Fiqa tak nak pergi. Fiqa nak duduk sini!

Kalau kamu tinggal di sini sekalipun, apa yang ada buat kamu Kamu tak ada saudara-mara, kamu juga tak ada duit untuk terus hidup. Rumah pun kamu menyewa. Dekat sana, masa depan kamu akan lebih terjamin nanti. Pak Mat pergi dulu, esok Pak Mat akan datang jemput kamu.

Pak Mat! Pak Mat! Pak Mat! laung Afiqa.

Tubuh Pak Mat yang berada nun di hujung sana iaitu ke arah jalan susur keluar dari tanah perkuburan ini direnung kosong oleh Afiqa. Matanya kembali terarah pada kubur mak dan ayahnya yang masih merah.

Mak... ayah.

Mutiara jernih terus berderaian tanpa henti.

FOTO kenangan terakhir gambar ibu bapanya dipeluk kemas. Bersama mata yang terpejam rapat, masih Afiqa dapat merasai betapa hangatnya kasih dan sayang seorang ibu dan ayah buatnya. Ya, Allah, dia rindukan itu semua.

Afiqa, Puan Haryati panggil kamu masuk ke pejabat dia.

Afiqa automatik bangun dari pembaringan. Kenapa pula Puan Haryati memanggilnya Dia ada buat silap ke Selipar disarungkan dan langkahnya diatur menuju ke pejabat Puan Haryati.

Sesampainya dia di sana, kelihatan sepasang suami isteri sedang menunggunya. Dari segi luarannya tidaklah nampak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Mungkin umur mereka lebih kurang dalam 40-an. Kelihatan hampir sebaya dengan arwah mak dan ayahnya. Afiqa dihiris pilu sekali lagi.

Fiqa, masuklah.

Afiqa mengangguk. Langkahnya diatur dengan penuh hati-hati ke arah Puan Haryati.

Ini Encik Mukhriz dan Puan Zuraidah. Mereka datang sini sebab nak ambil kamu sebagai anak angkat. Kamu setuju

Afiqa tersentak dengan perkhabaran yang baru didengarinya itu. Dia memandang kembali pada mereka. Mereka sedang tersenyum ke arahnya sambil tangan lelaki itu melambai-lambai, menyuruhnya supaya datang mendekati mereka. Afiqa menurut.

Papa dengan mama datang sebab nak ambil Fiqa sebagai anak papa dengan mama, jelas lelaki berkulit sawo matang itu.

Afiqa terdiam. Agak janggal telinganya pabila mendengar perkataan papa itu.

Mukhriz menarik nafas sejenak selepas melihat reaksi Afiqa.

Papa kenal dengan arwah mak dan ayah kamu. Kami adalah sahabat karib semasa di sekolah. Walaupun papa dah lama pindah, kami masih berhubung sampai sekarang. Papa minta maaf tak sempat hadir masa majlis pengebumian tu. Papa lewat dapat berita.

Mata Afiqa bersinar-sinar. Lebar senyuman di bibirnya, Ini Pak Cik Mukhriz yang tinggal di Kuala Lumpur

Mukhriz mengangguk sambil tersenyum gembira.

Mama dengan papa tahu Daud tak ada keluarga. Sebagai sahabat, anak Daud, anak papa juga. Lagipun papa dan mama cuma ada seorang anak saja. Sekarang Katrina dan Afiqa boleh jadi kembar tak seiras. Tu Katrina.

Afiqa mengalihkan pandangannya ke arah luar kawasan pejabat Puan Haryati. Ada seorang gadis kecil, mungkin sebaya umur dengannya sedang bersandar di dinding luar sana. Bibir gadis itu memuncung panjang dengan tangannya yang sedang berpeluk tubuh. Katrina dan Afiqa sebaya.

Afiqa mengangguk. Benar telahannya. Tapi, kenapa gadis itu seperti tidak sukakannya

Jangan risau, Katrina memang nampak macam tu. Dia sentiasa cakap benda yang dia tak maksudkan. Suka cakap berbelit-belit sebab dia tak suka meluahkan rasa sukanya pada orang lain, Zuraidah menjelaskan persoalan dalam benak Afiqa.

Afiqa mengerutkan dahinya. Sungguh dia tidak menyangka, wujudnya manusia seperti itu.

Fiqa balik dengan kami, ya

Perkenalan yang singkat tetapi itu sudah cukup membuatkan Afiqa setuju dengan ajakan mereka. Lalu, keputusan telah dibuat. Entah kenapa begitu mudah Afiqa bersetuju. Mungkin tinggal bersama orang yang mengenali ayahnya akan membuatkannya lebih tenang.

Sejurus sahaja urusan untuk pengambilan anak angkat selesai, mereka beriringan keluar dari pejabat itu. Langkah Afiqa menghampiri Katrina. Bibir bawahnya digigit. Mulutnya ingin bersuara untuk menegur gadis yang berambut ekor kuda itu namun gadis itu terlebih dahulu menegurnya.

Kau akan tinggal dengan aku

Teguran di hujung sana menggembirakan Afiqa. Lantas, bibirnya mengoyak senyuman. Kepalanya diangguk.

Baguslah! Kat rumah pun banyak pinggan dan mangkuk yang kotor. Tandas pun bagus juga kalau dibersihkan setiap hari.

Bulat mata Afiqa mendengarnya. Dia akan dijadikan bibik Kata-kata Zuraidah tadi diingat kembali.

Jangan risau, Katrina memang nampak macam tu.

Dia sentiasa cakap benda yang dia tak maksudkan. Kenapa kau diam Kau bisu

Tak adalah. Afiqa bersuara.

Kenapa mak dengan ayah kau meninggal soalan mendatar daripada Katrina itu membuat Afiqa terkedu.

Sebenarnya.

Tak apalah. Aku tak berminat nak tahu. Kalau aku tanya banyak, nanti aku rasa kita macam kawan pulak.

Afiqa terdiam sebelum bibirnya mencetuskan tawa kecil di situ. Sedikit sebanyak dia mula nampak apa yang Zuraidah katakan mengenai Katrina memang benar.

Untuk pengetahuan kau, mama dengan papa tu sentiasa ke luar negara sebab business trip. Jadi kita akan banyak habiskan masa berdua aje dekat rumah nanti.

Afiqa menarik nafasnya.

Aku cakap dengan orang bisu ke

Tak adalah. Jarang orang bisu yang cantik macam aku ni.

Katrina hampir melopong tidak percaya. Oh, my! Betul ke dia cakap macam tu

Hei, aku lagi cantiklah!

Tu, mama dengan papa dah sampai.

Lurus telunjuk Afiqa pada kereta yang datang ke arah mereka. Kata-kata Katrina sebentar tadi tidak dipedulikannya. Lalu, langkahnya didahulukan dari Katrina sebelum masuk ke dalam perut kereta tersebut. Katrina menjeling tajam pada Afiqa.

Huh! Tak percaya aku dia perangai macam tu..., ujarnya sendiri.

Tapi, tak apa! Sebab dia memang sukakan kawan yang macam tu sebenarnya. Wujud juga kawan seperti ini buatnya. Selama ini, dia langsung tiada teman rapat kerana keadaan dirinya yang sukar menyatakan kebenaran.

Katrina kemudiannya melangkah juga ke arah pintu belakang sebelum memboloskan dirinya ke dalam kereta tersebut. Apabila dia melihat Afiqa, nampaknya mungkin betul kata papanya. Mereka boleh jadi kembar yang tak seiras.

Mungkin.