Tika Cinta Berbisik - 1
PROLOG

KAK, ampunkan Anis.

Nurul memalingkan muka. Matanya memandang ke luar rumah menerusi pintu yang terbuka. Kata-kata Anis ibarat mata pedang yang menikam tembus ke jantung. Sakitnya bukan kepalang. Dadanya sesak seperti dipenuhi dengan darah yang likat. Nafasnya bagaikan direntap keluar.

Kak... restuilah kami, suara Anis terus sarat dengan harapan. Hanya akak yang Anis ada. Sama ada akak restui atau tidak, kami akan tetap berkahwin. Maafkan Anis, kak.

Dada Nurul bagai dihiris sembilu mendengar pengakuan Anis. Sama ada dia restui atau tidak, mereka akan tetap berkahwin. Adakah dirinya yang menjadi penghalang kepada perkahwinan mereka Apakah Nurul telah me ngeluarkan ara han supaya mereka berpisah Adakah dia cemburuk an kebahagiaan adiknya, atau dia seorang kakak yang busuk hati

Nurul hanyalah seorang kakak kepada Anis. Apa kuasa yang dia ada untuk menghalang mereka Anis tidak memerlukan keizinannya untuk

berumah tangga. Gadis itu berhak mendapatkan kebahagiaan hidupnya. Bakal suaminya adalah lelaki yang baik. Nurul yakin lelaki itu dapat menjaga Anis dengan baik dan mampu memberikan kebahagiaan padanya. Nurul telah menjaga dan mendidik Anis dengan sempurna semenjak kecil sehinggalah sedewasa ini. Dia telah mencuba sedaya upaya agar Anis dapat hidup seperti gadis-gadis lain. Nurul sanggup melakukan apa sahaja untuk kebahagiaan Anis, walaupun adakalanya menghiris hatinya sendiri.

Anis mahu kakak berada di sisi Anis. Kakak adalah pengganti ibu. Kakak mesti melengkapkan hari bahagia Anis.

Nurul telah menjaga Anis semenjak dia berusia lima tahun. Ibu bapa mereka terkorban dalam satu kemalangan jalan raya yang turut meninggalkan kesan yang bukan kepalang ke atas Anis. Kakinya menjadi cacat.

Mereka berdua menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Saudara mara semuanya terus menjauh. Tiada siapa sudi menjaga dirinya dan Anis. Mereka dihantar ke rumah kebajikan sehingga usia Nurul menjangkau 18 tahun. Anis yang baru berusia 10 tahun ditinggalkan di rumah anak-anak yatim. Nurul bekerja sambil belajar. Apabila wang simpanannya telah mencukupi, dia menyewa sebuah rumah kecil dan mengambil Anis tinggal bersama.

Sungguh perit rasanya untuk membahagikan masa di antara belajar, bekerja dan menjaga Anis. Nurul malah mengorbankan sebahagian daripada pinjaman pengajiannya untuk mengupah guru mengajar Anis di rumah. Anis adalah dunia, nyawa dan padanya segala kasih sayang Nurul tertumpah. Dia sanggup memberikan apa sahaja kepadanya. Apa yang penting, Anis gembira dan mereka akan bahagia.

Entah mengapa kali ini Nurul berasa sedih. Anis tidak pernah merampas apa yang menjadi kepunyaannya. Lelaki itu, tidak pernah menjadi hak Nurul. Namun, air matanya tetap mahu tumpah. Air mata ini menunjukkan kesedihan dan kepiluan.

Nurul cuba menghela nafas walaupun dadanya terasa berat. Air mata yang bertakung di kolam mata, ditahan dengan sedaya-upaya.

Dik, jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Tiada siapa yang mengetahuinya. Jodoh Anis dah sampai. Kahwinlah, dik. Akak berdoa jodoh Anis akan berpanjangan. Semoga Allah akan murahkan rezeki Anis dan suami, kata Nurul dengan tenang.

Anis merenung kakak kandungnya itu dengan sayu. Air mata mengalir di pipinya yang putih bersih. Matanya merah. Kemudian dia terus meraung sambil memeluk Nurul dengan erat.

Ampunkan Anis kerana mengambil Abang Khairul dari akak!