BAB 1
SUASANA meriah jelas kelihatan di majlis keraian di rumah Tan Sri Johari Nasir. Semua jemputan yang hadir adalah dari rakan kongsi dan juga orang kenamaan. Tidak lupa juga kenalan ahli perniagaan yang dijemput khas dari luar negara.
Tan Sri JN! Congratulations! Datuk Chong peluk Tan Sri Johari seketika. Bahu Tan Sri Johari ditepuk-tepuk.
Thanks!
Well, how did you get this things happened so fast I mean..in just less than two years Datuk Rabindra pula menyampuk.
Just my luck! Tan Sri Johari berseloroh.
Semua orang ada tuah! Balas Datuk Chong.
Well, saya bertuah kerana ada seorang saintis yang berkebolehan. Im proud of her! Tan Sri Johari mula memuji Arissa.
She Tercengang Datuk Rabindra.
Tan Sri Johari senyum lebar.
Anyways, thanks for coming. Enjoy the party! Tan Sri Johari berpindah ke sekelompok tetamu lain yang mula memenuhi ruang tamu.
Arissa hanya memandang rumah banglo besar yang tersergam indah di depannya. Dia jeling jam. Lapan setengah malam. Malas sebenarnya hendak menghadiri majlis seperti ini. Tambah lagi bila mendapat tahu Tan Sri Johari ingin memperkenalkannya kepada tetamu yang hadir. Dia tidak suka bila menjadi tumpuan. Tidak betah dengan semua itu. Perlahan dia mengatur langkah. Gaun labuh yang dibeli dua tahun dulu tersarung indah di tubuhnya. Gaun yang memberi kenangan manis dalam hidupnya. Warna pastel ungu mutiara dengan hiasan mutiara putih kecil serta manik juga berona sama di sekeliling kain dan di bahagian leher, cukup elegen digayakan sewaktu majlis penyampaian anugerah hadiah kecemerlangannya sebagai pelajar terbaik dalam bidang mikrobiologi di universiti dulu sebaik tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda.
Sampai di muka pintu, Arissa sekali lagi berhenti melangkah. Teragak-agak melangkah masuk ke ruang tamu yang cukup luas dan cantik.
Arissa!
Arissa mendongak. Suara kuat Tan Sri Johari melaung namanya tadi cukup membuatkan semua tetamu memandang ke arahnya.
Err...Arissa terpaksa senyum.
Wow! So gorgeous! Thats my girl!! Tan Sri Johari merapati Arissa.
Arissa tunduk malu.
Come!Tan Sri Johari menarik tangan Arissa masuk ke ruang tengah tamu yang cukup luas.
Arissa perhatikan sekeliling. Terasa semua mata memandang ke arahnya. Matanya melirik pada tetamu yang hadir.Semuanya berpakaian cantik dan penuh elegan. Tetamu lelaki lengkap dengan tuksedo warna hitam dan tetamu perempuan pula bergaya dengan rekaan gaun masing-masing. Dari pengamatannya, sudah tentu baju dan gaun yang tersarung di tubuh mereka adalah dari pereka fesyen yang terkenal.
Arissa! Nelissa peluk Arissa yang sudah mula menapak ke ruang tamu.
Cantik kau malam ni.. Bisik Nelissa ke telinga Arissa. Mereka mula melangkah beriringan ke arah Tan Sri Johari Nasir.
Everyone! May I have your attention please! Let me introduce my lovely scientist and of course, my lovely daughter! Arissa Lee Badlisha! Tan Sri Johari mula perkenalkan Arissa kepada semua tetamu.
Nelissa hanya senyum melihat tingkah Arissa yang mula mencuit lengannya dari tadi.
And my lovely daughter of mine, Nelissa, shes my heir! Tan Sri Johari juga turut perkenalkan anak gadisnya Nelissa yang akan mewarisi segala harta kekayaannya.Nelissa perlu didedahkan kepada umum.
Semua yang hadir mula bertepuk tangan.
Nelissa hanya senyum kelat. Dia jeling Arissa yang tersipu malu. Malam itu Arissa menjadi tumpuan tetamu. Cantik,elegan dan sungguh mempesona mata memandang. Dia tidak cemburu dengan semua itu. Arissa layak mendapat pengiktirafan seperti itu.
Nelissa membawa Arissa berkenalan dengan setiap tetamu yang hadir.
Beb! Cangrats!! Sebuah ciuman singgah di pipi Arissa.
Thanks..Arissa menjawab perlahan. Masih tergamam dengan apa yang berlaku. Terasa seperti cinderella yang baru muncul di tengah-tengah tetamu Putera Raja di sebuah ballroom yang besar.
Teks mesej dari telefon bimbitnya mula berbunyi.
Congratulation, maaf, saya tak dapat bersama awak meraikan kejayaan awak, Tuah
Arissa berkerut kening. Lelaki itulah yang sentiasa memerhatinya dari jauh. Lagak seperti penyiasat.
Hmm..mana dia tahu nombor telefon aku Gumam Arissa sendiri. Telefon disimpan semula di dalam beg tangan yang diletak di tepi meja.
SiapaTegur Nelissa.
Tak ada.. Arissa senyum kelat. Nelissa tidak pernah tahu tentang hal itu. Selagi tidak ada ikatan yang sah dan selagi tidak ada kata putus dari mulut Tuah sendiri, selagi itulah dia tidak suka canangkan perkara itu kepada orang lain. Cukuplah seperti itu.
Wow! So, you are scientist
Arissa menoleh. Seorang lelaki berkulit agak cerah menegurnya, sudah tersengih di sebelah. Mungkin baru tiba.
Nelissa hanya memandang lelaki itu yang nyata tidak lepas merenung tajam ke arah Arissa.
Kau anak Datuk Mustafa kanNelissa perhatikan wajah lelaki yang agak gelap sedikit kulitnya namun cukup maskulin dan bergaya. Ada gaya tersendiri.
Sharif angguk. Kenapa
Tak ada apa.. Nelissa memang tidak senang jika lelaki itu hadir di situ. Sudah banyak kali dia mendengar anak Datuk Mustafa itu digelar kasanova. Pantang melihat perempuan cantik dan seksi.Ah! Apa kurangnya aku Nelissa senyum sendiri.
Sharif senyum sinis. Dia lihat Nelissa atas bawah. Gaun labuh warna kelabu dengan bahagian leher berbentuk V memang jelas menampakkan sebahagian mahkota depan gadis itu. Seksi!
So, you ni kakak ke adik Sharif turut menegur Nelissa. Dia mengorak senyum.
Arissa berkerut kening. Dia jeling Nelissa yang juga berubah wajah. Apa maksud Sharif
Bertuah dapat bertemu seorang saintis yang cantik and of course a lovely daughter of millionaire.. Sharif semakin dekat dengan Arissa.
Arissa menelan liur. Daughter of millionaire Pantas dia berpaling kepada Nelissa.
Nelissa hanya senyum.
Cantik kan Nelissa paut lengan Arissa. Dia kenyit mata kepada Arissa memberi isyarat supaya Arissa mengiakan kata-katanya tadi.
So, your real name is Arissa Lee Badlisha Sharif senyum sinis.
Arissa tunduk. Pecah tembelang selama ini. Ini semua gara-gara Nelissa. Bukan main lagi Nelissa perkenalkannya sebagai Nely Badlina kepada setiap kawan lelakinya dan sekarang ini lelaki berkulit sawo matang di depannya ini pula yang tahu nama rekaan Nelissa itu.
Psst...macam mana dia tahu nama tuArissa bisik ke telinga Nelissa.
Aku yang beritahu dia..sibuk nak tahu tadi, tadi..dia sempat tanya aku masa kau sibuk layan tetamu lain.... Nelissa turut berbisik.
Sharif hanya memerhati gelagat kedua gadis itu.
Betul tapi dia lebih dikenali dengan Nely Badlina! Pantas Nelissa menjawab. Riak Arissa sudah lain tadi.
Oh really
Nelissa angguk.
Kalau macam tu, saya nak panggil apa Arissa, Nely or what Sharif semakin ingin tahu. Matanya tidak lepas dari memandang Arissa yang nyata lebih cantik dari Nelissa.
Panggil je Nely!
Sharif tenung Nelissa. Sibuk je minah ni. Aku tanya Arissa, dia pulak yang banyak mulut menjawab itu ini!
Err..maaf,kami ada hal sikit. Girls matter.Arissa tarik tangan Nelissa ke suatu sudut.
Kenapa kau cakap macam tu tadiArissa bertanya perlahan.
Cakap apa Nelissa berkerut kening.
Kau mengiakan yang aku ni anak Tan Sri! Gila ke Arissa mencebik.
Laa..bagus la tu cik Arissa oi! Biar semua mata luas melihat kau yang cantik lawa ni. Kau bukan saja
bijak tapi anak jutawan Tan Sri Johari Nasir! Ha! Bunyi macam meletop gitu! Nelissa berkata bangga.
Banyaklah kau punya meletop! Aku ni yang rimas tahu tak. Lepas ni orang ingat aku ni anak Tan Sri Johari, tentu ada yang suka usik aku atau ambil kesempatan kat aku. Macam kau dulu masa di kampus, bila mereka tahu kau tu anak Tan Sri, berbondong mereka datang nak jadi kawan kau. Aku tengok pun dah rimas! Arissa sudah resah. Memang dia tidak suka!
Nelissa ketawa mengekek.
Nely..aku serius ni. Kau tu sepatutnya kenalkan diri kau tadi pada Sharif Dol tu. Arissa berpeluk tubuh.Mukanya sudah masam mencuka.
Nelissa ketawa lagi semakin kuat.
Eh, yang kau ketawa tak ingat ni kenapa Arissa pula bingung. Aku serius, dia pula buat main-main.
Sejak bila kau panggil dia Sharif Dol Nelissa masih ketawa.
Kan Sharif Dol dalam cerita P.Ramlee tu gatal dan penyangak. Memang tepatlah nama tu! Arissa turut ketawa.
Kau lapar tak Kita makan nak Aku lapar ni. Nelissa ubah topik. Dia tarik tangan Arissa menuju ke tempat meja bufet. Kata-kata Arissa tadi tidak dihiraukan. Baginya ia hanyalah gurauan semata.
Tangan Arissa ditarik ke sudut meja bufet yang penuh dengan pelbagai makanan.Selepas menjamu selera, mereka berdua melayan dan bermesra dengan semua tetamu yang hadir sekali lagi.
Arissa pula mula rasa tidak selesa. Kini, dia sudah dianggap sebagai anak gadis Tan Sri Johari. Semua mata asyik memandang dan merenungnya dari tadi.
Sharif dari tadi asyik memandang ke arah Arissa dan Nelissa. Padanya dua-dua cantik dan manis tetapi dia lebih tertarik pada saintis muda itu.
DI LUAR BANGLO, Datuk James masih termenung di dalam kereta. Dia masih berfikir untuk hadir ke majlis itu. Tiga hari lepas, dia terima panggilan dari Tan Sri Johari menjemputnya ke majlis itu. Dia faham sangat dengan niat lelaki itu. Tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk menunjuk-nunjuk dan ingin membuatkannya lebih sakit hati.Sengaja dia tidak beritahu anak lelakinya tentang hal itu. Kalau anaknya tahu,sudah tentu dia tidak akan dibenarkan hadir di majlis itu.
I cant do anything... Datuk James mengeluh. Nampaknya kes itu lebih memihak kepada Tan Sri Johari Nasir.
Dia menapak perlahan keluar dari perut kereta Mercedes 7 series hitam yang diparkir di luar laman rumah. Kakinya diatur kemas menuju ke muka pintu banglo yang terbuka luas.
Hi! Datuk JB! What a suprise! Tan Sri Johari menyambut Datuk James di muka pintu sebaik terpandang lelaki Inggeris itu tercegat di situ.
Mereka berjabat seketika. Datuk James hanya senyum kelat. Dia tahu, banyak mata yang memerhati. Matanya sempat melirik pada Datuk Mustafa yang sudah tersenyum dari sudut meja bufet. Senyuman yang cukup dia kenal.
So,hows your business Sengaja Datuk James bertanya.
As what you see. Marvellous! Tan Sri Johari juga sengaja menunjuk depan Datuk James. Kejayaannya yang dicapai dalam tempoh tidak sampai pun dua tahun.
Well,congratulations! I hope your lab can still survive in two years time.
Tan Sri Johari agak terkelu.
Well, as long as I have my beautiful scientist by my side. Tan Sri Johari tuding ke arah Arissa yang leka berborak dengan Nelissa.
Oh..I see. Yeah...so brilliant and gorgeous too.. Datuk James turut memandang ke arah Arissa seketika. Akui semua itu.
So,enjoy the food. Tan Sri Johari tepuk-tepuk bahu Datuk James. Dia melangkah ke arah tetamu yang lain pula.
We meet again Datuk JB! Datuk Mustafa pula mendekati Datuk James. Dari tadi dia memandang Datuk James begitu serius berbual dengan Tan Sri Johari, sengaja dia tidak masuk campur. Dia tahu apa yang dibualkan oleh mereka berdua tadi.
Datuk James hanya senyum kelat. Dia tenung Datuk Mustafa yang memandangnya tidak berkelip. Dia tahu kerana lelaki itulah juga dia kehilangan tiga puluh juta!
How was it feel Sengaja Datuk Mustafa bertanya.
Riak Datuk James sudah berubah. Dia masih diam.
Was it wonderful huh Datuk Mustafa semakin galak menyindir Datuk James.
You know something....it was not so hard to pick a penny in a small jar with the right way. It just that you have to know the right technic. Datuk Mustafa senyum sinis.
Datuk James mula berubah riak.Kata-kata Datuk Mustafa tadi memang sengaja untuk menyindirnya. Dia menekan dadanya sendiri. Terasa berdenyut. Berat!
Erghh!!
Semua mata memandang Datuk James yang sudah berkerut dahi menahan sakit.
Arissa menelan liur. Dari tadi dia perasan,lelaki Inggeris itu seperti tidak berapa sihat. Dengan wajah pucat dan agak lemah lelaki itu dilihat menapak masuk ke ruang legar di tengah-tengah majlis.Berbual dengan Tan Sri Johari dan kemudian Datuk Mustafa. Kini, lelaki itu dilihat sudah semakin pucat.
Macam ada yang tak kena.. Arissa pandang lagi ke arah lelaki Inggeris itu. Lelaki itu menekan-nekan dadanya sendiri. Dia pandang pula ke arah Datuk Mustafa yang hanya tersenyum sinis.
Suasana mula riuh. Kelihatan orang ramai sudah mengerumuni sesuatu. Arissa cuba jenguk. Dia tepis bahu tetamu yang masih berkerumun di situ dan menyelinap di celah-celah tetamu. Terkejut melihat lelaki Inggeris tadi sudah rebah ke lantai. Tubuh lelaki Inggeris itu segera dipangku di ribanya. Pipi lelaki Inggeris itu ditepuk banyak kali.
Sir! Are you okSekali lagi Arissa menepuk pipi lelaki Inggeris itu yang sudah pengsan.
Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa hanya senyum memerhati.
Please! Somebody call ambulance!! Arissa cemas. Dia hairan kenapa tetamu yang lain hanya melihat dan tidak melakukan sesuatu. Dia pandang pula wajah lelaki Inggeris yang dipangkunya. Pucat dan termengah-mengah seperti sesak nafas.
Nelissa yang mengikut Arissa dari belakang tadi segera menghubungi ambulan.
DI DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL, suasana masih tegang. Daniel segera ke hospital sebaik menerima panggilan dari Gagak. Dia memang sudah tahu yang ayahnya akan keluar malam itu. Gagak sudah diberitahu awal-awal supaya mengekori ayah. Tak sangka ayah menghadiri majlis musuhnya sendiri!
Doc..hows my dad Daniel bingkas bangun sebaik melihat seorang doktor keluar dari bilik kecemasan.
We have to send him to ICU room..his conditions is very critical...
Oh my.. Sekali lagi Daniel menekup muka.
Dia segera mendapatkan ayah yang mula disorong keluar dari bilik kecemasan menuju ke bahagian ICU.
Dad! Dad! Daniel seperti orang gila.
Bos..sabarlah.. Gagak yang dari tadi berada di hospital hanya mampu menenangkan bos mudanya.
Maaf encik, kami kena bawa ayah encik ke ICU room sekarang.Seorang jururawat segera mengarahkan dua orang pekerja lain menolak stretcher yang membawa Datuk James.
Daniel mengiringi ayahnya sehingga ke muka pintu bilik ICU.
Bos..kalau bos nak apa-apa..saya boleh buat. Gagak mula serba salah. Pertama kali melihat bos mudanya menangis teruk macam tu.
Daniel geleng. Dia bersandar di dinding. Muka ditekup lama. Masih memikirkan kejadian yang tidak disangka tadi.
Gagak..awak ikut ayah saya sampai rumah Tan Sri tu..awak nampak apa yang mereka buat kat ayah saya sampai ayah saya jadi macam ni Daniel mula reda. Air mata lelakinya yang tumpah disapu rapi. Mata masih merah.
Bos..saya ikut Datuk sampai rumah Tan Sri tu. Saya hanya berdiri di muka pintu, bimbang Datuk perasan saya ada kat situ. Saya beranikan diri masuk ke ruang tamu bila saya tengok dia sedang berbual dengan Datuk Mustafa. Lepas tu, Datuk rebah. Mujur ada seorang gadis yang memangku kepala Datuk yang terlentang atas lantai masa tu. Saya segera angkat Datuk masuk ke dalam ambulans yang tiba sepuluh minit lepas tu. Gagak mula menceritakan keadaan sebenar.
Daniel angguk-angguk.
Bos..ada apa-apa yang saya boleh buat Gagak masih rasa tidak sedap hati.
Where's the nearest hotel here
One World Hotel bos.
Ok! Then get me a room. I need to be near to my dad. Suara Daniel sudah lemah.
Perlahan dia menapak ke arah bilik ICU. Ada deretan kerusi untuk pelawat di situ.
DI BILIK hotel, Daniel masih bersedih. Kalau boleh dia hendak menemani ayahnya di hospital tapi keadaan ayah yang sudah kritikal di bilik ICU tidak membenarkan sesiapa berada di situ buat masa ini.
If anything happen to my dad... Daniel mengetap bibir. Sudah terbayang wajah Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa yang tersenyum sinis mendengar keadaan ayahnya yang kini terlantar sakit.
HAMPIR sebulan Daniel berulang alik ke hospital melawat ayah yang masih tidak sedarkan diri. Segala tugas pejabat terpaksa diserahkan kepada pembantu kanannya. Dia hanya dapat melihat wajah ayah melalui cermin bilik.Telefon bimbit dicapai dari dalam poket seluar. Nombor Gagak dan Robin dihubungi.
Kita jumpa tempat biasa.Daniel matikan talian.
Dia menapak ke kereta dari tempat letak kereta di depan hospital. Kereta Lamborghini kelabu dipandu keluar dari kawasan hospital menuju ke Bangsar.
Sebaik tiba di Bangsar, Daniel terus ke sebuah restoran. Gagak dan Robin sudah sedia menunggunya di situ. Daniel menapak perlahan ke sebuah meja.
Anything boss Robin mula bertanya. Dari riak Daniel jelas ada sesuatu yang sarat di benak bos mudanya.
I need you to do something for me. Dapatkan maklumat tentang Tan Sri Johari Nasir dan Datuk Mustafa.Daniel hulur satu sampul surat kepada Robin.
Robin melihat isi kandungan dalam sampul itu. Dia senyum. Ok boss!
If you want to eat, just order. Take this! Daniel letak lima ratus ringgit atas meja.
Gagak dan Robin tersenyum.
Daniel menapak keluar dari restoran. Dia perlu ke hospital semula. Semalam doktor mengatakan kesihatan ayahnya semakin tidak stabil.
Sepanjang perjalanan, ligat otaknya memikirkan apakah tindakan yang bakal diambil sekiranya ayah tidak dapat diselamatkan. Tidak sesekali membiarkan maruah ayah dipijak sesuka hati. Selama ini dia hanya mendiamkan diri tapi tidak sangka tindakan ayah menghadiri majlis sempena kejayaan Tan Sri Johari Nasir dalam projek Bioremediasi itu telah menjatuhkan maruah keluarganya selama ini.
Why dad Why Tangan sasa Daniel menghentam kuat stereng kereta. Kereta Lamborghini terbabas ke bahu jalan. Hampir melanggar batang pokok!
Lama Daniel bersandar di kerusi kereta. Kedua tangannya masih melekat pada stereng. Perasaan geramnya semakin membuak. Terang-terang ayahnya menyuakan diri untuk dicemuh dan dihina.
I hate all these!!! Jeritan Daniel begitu kuat bergema dari dalam kereta.