Sorang bekas banduan dan seorang peguam..
Andai cinta itu tidak sempurna..
Andai cinta itu penuh dengan liku
Andai cinta itu bertunjangkan dendam..
******
Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa memasuki sebuah ruang legar pejabat. Matanya difokuskan pada sebuah bilik yang terletak di anjung sudut. Bibirnya diketap rapat. Wajahnya tergambar kemarahan yang sedang menggunung. Di hadapan pintu bilik itu, dia dihalang oleh dua orang lelaki bertubuh besar. Langsung dia melancarkan penumbuknya sehingga kedua-dua lelaki itu tersungkur jatuh.
Daun pintu di hadapannya ditolak kasar. Terpampang seorang lelaki bertubuh besar kemas dan berjambang tebal. Di tangan lelaki itu terjepit sebatang curut yang masih berasap. Mata lelaki itu beralih ke arahnya. Tatapan sepasang mata itu tajam dan dingin. Di samping lelaki bertubuh besar itu, terdapat seorang lelaki berambut spike yang sengaja diwarnakan putih, serta seorang lelaki berambut pendek kemas yang tersenyum sinis ke arahnya. Kedua-duanya kelihatan seperti samseng jalanan.
Sampai pun kau... lelaki bertubuh besar itu bersuara, selamba.
Dia mendengus keras. Wajah lelaki berjambang itu ditatap dengan perasaan geram.
Apa semua ni Datuk Saya tak sangka, rupa-rupanya ini yang Datuk buat selama ini Datuk gunakan syarikat ni untuk tutup kerja sebenar Datuk, sembunyikan tembelang Datuk! Marahnya menular untuk lelaki itu. Namun kemarahannya hanya dibalas dengan ketawa lelaki itu yang sinis.
Kalau iya kenapa Apa yang boleh kau buat Dakwa aku Laporkan aku pada pihak polis Soal lelaki itu acuh tak acuh.
Jangan sangka saya tak berani Datuk. Getusnya berang.
Dan jangan sangka aku tak berani bertindak. Kalau kau nak isteri dan anak-anak kau selamat, duduk diam-diam dan tutup mulut kau. Ugut lelaki itu dengan wajah serius.
Dia terdiam. Kata-kata lelaki itu benar-benar mencabar kesabarannya. Malah lebih teruk, dia adalah sebahagian dari rancangan jahat lelaki itu.
Aku harus lakukan sesuatu! Lelaki itu tak harus dibiarkan bermaharajalela dan menyusahkan lebih ramai orang yang tak berdosa. Tak boleh! Ikrarnya bertemu di bibir, datang dari hati nurani yang mahukan keadilan.
Di hadapan lelaki itu dia pura-pura akur. Pura-pura patuh. Namun diam-diam dia mula menyusun rancangan. Wajah sahabat lamanya Umar bermain-main di pelusuk fikiran. Sudah sampai masanya dia meminta bantuan Umar. Hal ini mesti diselesaikan segera atau hidup dia dan keluarganya takkan pernah aman sampai bila-bila pun.
BUNYI burung-burung berkicauan saling bertingkah di luar jendela, membuatkan dia terjaga dari lena. Lantas dia terpisat-pisat membuka mata. Cahaya matahari yang mencelah dari ruang-ruang kecil di selnya, memancarkan cahaya yang menyilaukan pandangan.
Siling di atas bilik kecilnya diperhatikan. Pandangannya singgah kosong pada siling yang tidak pernah berubah sejak enam tahun yang lalu. Setiap malam merenung pada siling yang sama, dirinya seperti sudah lali. Lali pada kesepian dan kekecewaan yang membalut dirinya saban malam.
Menyedari di mana dia berada, perlahan-lahan dia bingkas bangun lalu mencuci muka dan mengambil wuduk di sinki kecil di tepi sudut selnya yang dikongsi bersama seorang teman.
Ya ALLAH! KepadaMU aku berserah dan hanya kepadaMU jua aku menyerahkan nasibku! Dia mendakap kebesaran ILAHI, mengucap syukur pada RABBUL-RAHIM kerana diberi peluang bernafas dan menghirup udara sebebasnya layak manusia lain.
Awak akan bebas Nira. Awak akan melangkah keluar dari bilik bergeriji besi itu buat selama-lamanya. Dan percayalah, awak akan keluar sebagai manusia yang bersih, manusia yang suci. Kata-kata Joshua beberapa bulan yang lalu diterima antara percaya dengan tidak. Malah sepanjang tempoh itu, dia masih meragui kata-kata lelaki berketurunan Cina yang sangat fasih berbahasa melayu itu.
Saya baru temui saksi baru yang boleh membantu kes Danira ni. Saya boleh buktikan yang Danira bukan pembunuh, dan Danira berada di tempat kejadian itu hanya kebetulan. Atau lebih tepat lagi kerana seseorang. Seseorang yang cuba Danira lindungi selama ini. Keluh Joshua, peguam belanya sejak enam tahun yang lalu.
Tubuhnya bergetar mendengar kata-kata Joshua. Saksi Aneh! Kenapa dengan tiba-tiba sahaja ada saksi yang nampak apa yang telah berlaku enam tahun dahulu
Bagaimana kalau saksi itu membongkar semuanya Tidak! Aku tak boleh benarkan ia berlaku, lebih-lebih lagi sekarang!
Apa yang Nira fikirkan tu Satu suara tiba-tiba menegurnya.
Dia berpaling. Teman satu selnya yang baru bangun dari tempat tidur, segera dipandang. Mata wanita itu asyik merenungnya dari tepi katil.
Takkan dah nak keluar dari tempat ni, masih tak happy Nira bimbangkan apa Salmi wanita berusia lewat 40-an itu menegurnya.
Tak ada apa-apa Kak Sal. Nira cuma terfikir, boleh ke Nira biasakan diri kat luar sana selepas dah lama terkurung kat sini Lagipun orang macam Nira ni kelulusan tak ada, tempat tinggal pun tak ada. Kat mana Nira nak pergi selepas keluar dari tempat ni nanti Keluh Danira.
...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah lelaki misteri itu Bagaimanakah nasib Danira setelah dia dibebaskan dari penjara